CUTI SEKOLAH JOM KE GENTING HIGHLAND

CUTI SEKOLAH JOM KE GENTING HIGHLAND

Cuti Sekolah Jom Ke Genting Highland | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua! Yeayyyy, cuti sekolah datang lagi ni oiii! Teringat zaman dulu kala. Bila cuti sekolah je mesti terfikir nak kemana. Tapi disebabkan family aku ni jenis suka balik kampung, so destinasi percutian aku masa tu adalah balik kampung ke Kelantan. Memang best! Selain tu tak tahu nak kemana?Haaaa, Genting Highland adalah jawapannya, kalau korang rasa nakkan sesuatu yang best dan berjalan dalam suasana yang sejuk naiklah ke Genting Highland. Nak naik ke Genting ni ada pelbagai cara iaitu dengan menaiki kenderaan masing-masing, kereta kabel dan bas. Untuk transportation ni korang boleh tengok di website Genting Highland. Okay, so apa yang ada di Genting Highland masa musim cuti sekolah ni? Haaa?

Jelajah Dunia Bersama Snoopy

CUTI SEKOLAH JOM KE GENTING HIGHLAND


Peminat cerita kartun Snoopy mesti tahun kan kisah Charlie Brown iaitu karakter animasi dan anjingnya,Snoopy yang merupakan kegemaran pada anak-anak dan seluruh rakyat dunia. Karakter yang sangat comel ini korang dah boleh jumpa di Resort World Genting. Bukan satu Snoopy je tau yang ada. Sebanyak 52 buah negara termasuk negara Malaysia pun turut serta sepanjang Jelajah Dunia Bersama Snoopy. Tempoh yang wajib korang naik ke Genting adalah bermula 1 November 2017 hingga 1 Januari 2018. Paling menarik sekali, korang dan anak-anak korang juga menghiburkan hati dengan menonton perarakan dengan kostum yang tersendiri.


Jangan lupa jugak korang! Bergambarlah bersama patung belon Snoopy yang berketinggian 6 meter yang terletak di Resort World Genting. Jangan lupa tau untuk berjumpa dan bergambar dengan favourite Snoopy dari pelbagai negara pada 25 November setiap hari di SkyAvenue dan Genting Grand.


Cara nak ke SkyAvenue iaitu lokasi Snoopy menanti korang sangat mudah dan perlu masuk dari pintu ketibaan First World Hotel belok ke kanan, straight sampai jumpa eskalator dan naik ke atas di Aras 1,SkyAvenue.. So, enjoy with your Snoopy..


CUTI SEKOLAH JOM KE GENTING HIGHLAND

CUTI SEKOLAH JOM KE GENTING HIGHLAND

CUTI SEKOLAH JOM KE GENTING HIGHLAND

CUTI SEKOLAH JOM KE GENTING HIGHLAND




Motorino Pizza Sedap!

CUTI SEKOLAH JOM KE GENTING HIGHLAND


Peminat pizza, timbulkan diri korang tu sekejap. Selepas aku layan koleksi-koleksi Snoopy di SkyAvenue. Nah! Tiba masa untuk makan. Kali ini akh memilih Motorino Pizza and my first impression about this restaurant is so cozy and calm! Sumpah selesa dan apa yang aku tertarik di sini, walaupun restoran ini menjual arak, tetapi penjual di restoran ini sudab dimaklumkan untuk tidak menjual minuman keras kepada umat islam yang singgah makan di restoran ini. 

Nasi? Yes! Anda salah restoran kerana di sini tiada menjual nasi malah pelbagai jenis pizza yang mempunyai perasa sendiri korang waji  mencuba. Masa akh pergi, akh mencuba 2 jenis pizza. Keduanya mempunyai perisa yang berbeza dan sangat mengenyangkan. Fuh, dalam hati aku. Kenyang ke makan pizza je kan? Sekali tibai 2 keping pizza pun dah mengah. Yes! Jangan risau untuk lunch atau dinner di sini kerana kualiti masakannya pun dijaga. 

Restoran ini berada di Aras 1,SkyAvenue. Sangat mudah untuk mencari restoran ini. Sebelum aku terlupa, Motorino Pizza bakal menjamu dengan menu yang baharu iaiti Egg,Bacon & Chilli, Lamb Saisage Calzone dan Fried Calamari. Restoran yang terletak di aras 1 ini menawarkan harga bermula MYR10 hingga MYR63!


CUTI SEKOLAH JOM KE GENTING HIGHLAND

CUTI SEKOLAH JOM KE GENTING HIGHLAND

CUTI SEKOLAH JOM KE GENTING HIGHLAND

CUTI SEKOLAH JOM KE GENTING HIGHLAND

CUTI SEKOLAH JOM KE GENTING HIGHLAND





TEMUI WATAK JUSTICE LEAGUE

CUTI SEKOLAH JOM KE GENTING HIGHLAND

Fuh! Rata-rata mesti ramai kanak-kanak, malah orang dewasa sendiri suka akan watak Justice League yang mempunyai karakter tersendiri dan keunikan sendiri. Untuk pengetahuan buat semua peminat watak Justice League ini, jangan lupa juga untuk menemui 5 superhero Justice League di Aras 3, SkyAvenue bermula 10 hingga 26 November 2017. 

Antara watak yang ada ialah:
  1. Superman
  2. Batman
  3. Wonder Woman
  4. Cyborg
  5. Aquaman
Selain daripada menemui watak-watak superhero kegemaran semua orang ini, korang juga boleh menyertai aktiviti seperti:

  • Justice League Cosplay Gathering, dimana korang boleh menggayakan pakaian atau kostum ikut kegemaran bermula pada:
- 10 - 12 November 2017 (Jumaat - Ahad)
- 17 - 19 November 2017 (Jumaat - Ahad)
- 24 - 26 November 2017 (Jumaat - Ahad)

  • Nak dapatkan koleksi barangan eksklusif? Yes! Pun turut ada dijual di SkyAvenue.
  • Tayangan Premier Filem Justice League juga ada ditayangkan di PictureHouse Cinema yang terletak di Aras 1, SkyAvenue. Filem Justice League ini mengisahkan watak Superman (Henry Cavill) setelah kematiannya ditangan Doomsday membuat Batman (Ben Affleck) mencari cara baru dan mulai mengumpulkan team superhero untuk melindungi bumi dari pelbagai ancaman bersama Wonder Woman (Gal Gadot), Cyborg (Ray Fisher), The Flash (Ezra Miller) dan Aquaman (Jason Momoa). Nak tahu apa kesudahannya, jangan lupa untuk menyaksikan tayangan filem Justice League di Aras 1 SkyAvenue tau.




HIKAYAT RAJA MONYET DI RESORT WORLD GENTING

CUTI SEKOLAH JOM KE GENTING HIGHLAND

Hikayat Raja Monyet Di Resort World Genting | Pertunjukan teater akrobatik yang menakjubkan ini dengan menggunakan teknologi 3D bermula 11 November hingga 1 Januari 2018 akan membuat para penonton teruja dengan aksi-aksi yang cukup bertenaga. Pertunjukan teater ini bermula pengembaraan Raja Monyet, Tongkat Emas Sakti dimana hikayat raja monyet ini pernah diterbitkan dan menjadi rancangan kesukaan aku pada waktu dahulu kala. 


Persembahan yang menakjubkan ini merupakan satu produksi yang diolah semula daripada kisah hikayat Raja Monyet dan ia menjanjikan pengalaman mendebarkan dengan pertunjukan akrobatik dengan gabungan khas 3D. 


Untuk makluman semua, pertunjukan ini masih baru dan mereka baru bermula pada tahun 2016 di China. Menyaksikan teater ini, langsung tidak menyesal malah aku sendiri sangat berpuas hati dengan pertunjukan teater dan prop-prop yang disediakan pun turut membuatkan diri ini sangat dihargai. Persembahan yang berdurasi selama 65 minit ini telah dijadualkan setiap hari pada jam 9 malam dengan pertunjukan tambahan pada pukul 4 dan 5 petang serta 8 malam.


Persembahan ini dipersembahkan oleh bakat-bakat dari seluruh negara China yang pakar dalam pertunjukan akrobatik. Kalau korang nak tahu, mereka yang membuat aksi ini juga merupakan ahli-ahli Seni Persembahan Akrobatik Kebangsaan. 


Harga tiket untuk persembahan ini:
  • MYR176 (VIP)
  • MYR136 (PS1)
  • MYR96 (PS2)
Manakala, ahli kad Ganjaran Genting (GRC) akan menikmati ganjaran diskaun sebanyak 10%. Fuh! Apapun, untuk maklumat lanjut, kornag boleh juga hubungi 03-6101 1118. Aku bagi 5 bintang untuk pertunjukan yang sangat mendebarkan ini. Bukan persembahan teater yang biasa. Bagi aku, ini adalah luar biasa dan aku sendiri suka dengan persembahan yang penuh bertenaga! Good job!


CUTI SEKOLAH JOM KE GENTING HIGHLAND

CUTI SEKOLAH JOM KE GENTING HIGHLAND

CUTI SEKOLAH JOM KE GENTING HIGHLAND

CUTI SEKOLAH JOM KE GENTING HIGHLAND

CUTI SEKOLAH JOM KE GENTING HIGHLAND

CUTI SEKOLAH JOM KE GENTING HIGHLAND

CUTI SEKOLAH JOM KE GENTING HIGHLAND

CUTI SEKOLAH JOM KE GENTING HIGHLAND




21 ulasan:

  1. menarik jugak nak ke genting macam ni :D

    BalasPadam
  2. bestkan teater dia. memang penuh debaran

    BalasPadam
  3. hi followed u here #3441.

    jmput la join n meriahkan segmen GA kt sini.

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    BalasPadam
  4. Wow, many activities also happen in Genting. I feel like going there

    BalasPadam
  5. bestnya tapi nak naik Genting fikir 10-20 x juga, bila mak sedara cakap tak ada apa apa atas tu katanya haha

    BalasPadam
  6. best cite monkey king tu..memang fav movie since kecik lagi...nice writing

    BalasPadam
  7. Ya Allah... sedapnya tengok pizza tu! Haha. Apapun Genting memang selalu menjadi pilihan sebab selain banyak makanan (yang saya suka), ada banyak aktiviti. Senang cerita, sesuai untuk setiap peringkat usia!

    BalasPadam
  8. Baru tau banyak benda boleh buat dekat genting ni. Paling menarik dekat snoopy tu sebab ada patung belon snoopy setinggi 6m. Sempat lg ni nak naik genting ni.

    BalasPadam
  9. Genting makin menarik sekarang ni..nak kelik Besut, bulih siggoh di Genting mggu depey! yey

    BalasPadam
  10. Bestnyaaa..sebenarnya kannnn...akak tak pernah sampai lagi GH ni...sadis takkkk

    BalasPadam
  11. Bestnyaaa... Dah lama tak pergi Genting Highland. Snoopy... Memang suka dengan cartoon ni dulu.

    BalasPadam
  12. Rawlins nie ketinggalan. Tak pergi lagi ke atas nun. Teringin nak bermalam bagai sebab tau pergi balik hari mesti tak sempat nak cover semua.

    BalasPadam
  13. tgk org semua banyak jalan sana sini tp ririey busy dengan kerja je. ada masa free pun, layan movie sbb member semua pun mmg kaki movie hahaha

    BalasPadam
  14. jangan kata anak...kalau gini tarikan Genting Highland ..MakPak pun nak terjah ke sana . Lama giler tak naik sana .

    BalasPadam
  15. Dah lama tak pergi genting ni. Sebabnya asyik duk terfikir, theme park dekat situ tak siap lagi, apa lagi yang best dekat situ kan. Bila baca onie punye entry ni baru tau ade benda selain theme park best dekat genting

    BalasPadam
  16. Lama betul tak pegi genting. Dah banyak betul tarikan baru.

    BalasPadam
  17. Wow Mekonie nak belanja kita ker Genting ker bestnya nak hehehehe.. kita memang nak pergi sana lama tak pergi tengok ada macam-macam aktiviti dan makanan yang sedap2 pastu dapat duduk hotel bestnya...

    BalasPadam
  18. Genting dah ada mcm2 aktiviti skrg ni lebih2 lagi time nak cuti sek ni, mmg syiok sape2 yg naik ke sana

    BalasPadam
  19. Seronok gila ni.. too bad I missed out... I teringin nak tengok performance gak... hahaha

    BalasPadam
  20. Best betul nampaknya aktiviti kat sana, tahun depan mesti lagi meriah bila dah fully open

    BalasPadam
  21. Demn....!!! onie pakai kamera apa sampai boleh sharp ambik gambar monkey king depan-depan T-T

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..