PROGRAM KAD PRABAYAR NEGARAKU MPAY MASTERCARD
Program Kad Prabayar Negaraku MPay Mastercard | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Beberapa minggu lepas aku telah menghadiri satu pelancaran berkenaan Program Kad Prabayar Negaraku MPay Mastercard bersama Managepay Systems Berhad (Kumpulan MPay) bersama untuk meterai kerjasama bersama Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) dalam melebarkan ekonomi digital untuk menjayakan lagi program ini.
Untuk pengetahuan semua, program ini telah pun menerima surat sokongan penuh daripada Pejabat Perdana Menteri pada September 2017 yang lalu dan untuk itu Kumpulan MPay telah memperkenalkan Wallet MPay dan Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard yang bertemakan Negaraku merujuk kepada saranan YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak.
Menurut Pengasas KSP Dr. Mohd Zamri Noordin, melalui Kerjasama dan Perlantikan secara eksklusif ini, pihak kelab telah merancang untuk lebih serius melaksanakan program ini serta konsisten untuk menghubungkan pihak kerajaan, rakyat, badan berdaftar seperti NGO dan Koperasi dalam era digital.
Visi program ini adalah untuk memanfaatkan teknologi baharu dalam mendidik dan menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia termasuk kumpulan NGO dan Koperasi.
Tema Kad Prabayar MasterCard yang bertemakan NegaraKu ini adalah melambangkan perpaduan rakyat Malaysia dalam era digital baharu.
Ciri yang terdapat melalui program ini adalah bertujuan untuk membolehkan Kerajaan, Masyrakat termasuk ahli-ahli NGO dan Koperasi untuk membantu dan memahami keperluan antara satu sama lain secara terus. Melalui program ini juga, ianya dapat mendidik masyarakat ke arah pengguna ynag bijak dan berhemah supaya dapat dijayakan dengan berkesan. Program MPay NegaraKu ini juga akan memasuki era tanpa tunai dengan kebolehan menghantar dan menerima dana (wang) antara satu sama lain, pembayaran bil dan tambah nilai kad prabayar telefon bimbit juga dapat dilakukan menggunakan kad ini. Selain itu, rakyat juga dapat membeli belah secara dalam talian dan terus dan mendapat banyak kelebihan seperti kupon, diskaun dan kad hadiah.
Antara kelebihan lain program ini adalah:
- Membolehkan pengguna untuk menderma kepada rakyat Malaysia yang memerlukan.
- Penghantaran siaran pesanan atau SMS juga boleh digunakan untuk berkongsi berita penting antara satu sama lain.
- Bantuan perkongsian akan lebih cepat dengan adanya penghantaran SMS ketika waktu kecemasan.
Apapun, melalui program ini, banyak kelebihan yang akan dapat dan terima kasih sekali lagi pihak ManagePay Systems Berhad kerana sudi menjemput saya untuk pelancaran program ini. Semoga terus maju dengan jayanya.
Tiada ulasan:
Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..