REVIEW: ID.AZ DERM FIT MASK



Review : ID.AZ DERM Fit Mask | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Yeayyyyyyy! Salam tahun baru semua. So, kali ini aku nak berkongsi berkenaan ID.AZ DERM Fit Mask di mana kali pertama aku dengar dan ianya  sangat berkesan dalam beberapa minit. Pertama sekali, produk ini baru sahaja berada di Watsons pada bulan Disember 2017 ini. Untuk pengetahuan semua, mask ID ini berharga RM1 SAHAJA untuk pembelian yang kedua dan sumpah aku cakap, Mask ID ini korang wajib cuba, bagi peminat mask, yesss ini adalah peluang yang terbaik untuk mencuba jenama ini dan rasai hasilnya sendiri. Sejujurnya, aku suka gila dengan mask ID ini. Sementara masih berbakikan lagi beberapa hari sebelum nak masuk Januari 2018, aku sarankan pada peminat setia mask atau yang bukan peminat pun, tolonglah beli di WATSONS dan rasai kehebatan mask ID ini tanpa ada penyesalan walau sekelumit pun. JANJI! Dan kalau korang nak tahu, ini adalah PREMIUM MASK dan bila kau pakai, rasa taknak lepas je tangan dari nak pegang muka kau tu haaaaaa...

*Good News: Mask ini sesuai untuk lelaki juga. Beli la kat watson, confirm ada! hehe

Untuk makluman semua, mask ID ini dicipta kerana ramai pencinta kecantikan obses dengan pembedahan dan rawatan muka sehingga menimbulkan kesan yang buruk kepada wajah dan mampu membuatkan diri sendiri tidak berapa yakin untuk berhadapan dengan orang ramai termasuk melihat muka sendiri. Jadi, motif utama mask ID ini dicipta/dikeluarkan/dihasilkan adalah kerana menjadikan rawatan utama kepada kulit muka tanpa membuang masa untuk bergerak ke spa, menghabiskan wang di mana rawatan atau pembedahan bakal menelan kos yang tinggi. Jadi, disebabkan adanya mask ID ini, ia mampu membantu pencinta kecantikan terutama bagi yang ada masalah kulit sensitif selepas pembedahan atau rawatan. 


Masih ragu-ragu untuk menggunakan mask ID ini? Dah! Tak payah nak berkira sangat. Kat rumah je dah boleh membuat rawatan, dah boleh cantik-cantik dengan hanya menggunakan mask ID ini. Serius, part yang paling seronok bila waktu malam. Memang aku wajibkan buat diri sendiri untuk memakai mask pada setiap malam atau selang 2 hari bergantung kepada stok mask. Kalau ada, pakai la mask. Tapi atleast dalam sebulan wajib restock mask! WAJIB.


Sebab kenapa aku cadangkan mask ID ini untuk rawatan kulit muka? Sebab penyelesaian aku untuk mask ID ini adalah sangat terbaik dan bebaskan daripada masalah kulit. Lagi-lagi part jerawat. Semua gelabahkan kalau jerawat mula keluar di muka? Segala permasalahan kulit muka ini terjadi bergantung kepada sebab-sebab tertentu dan perlukan rawatan yang berbeza. Penyelesaian yang paling wajib diterima adalah dengan menggunakan hanya satu keping mask dan rasai keajaibannya sendiri.


ID.AZ DERMASTIC GOLDEN-FIT MASK - HARGA: RM19.90/pack
DEEP NOURISHING MASK
Menyimbangkan nutrisi pada kulit muka


Yes. Paling top dan paling tak sabar nak pakai adalah ID.AZ Dermastic Golden-Fit Mask dan satu-satunya mask yang pelik tapi sangat berbaloi. Kenapa pelik? Kenapa berbaloi sedangkan banyak lagi mask yang hebat-hebat di atas muka bumi ni onie? Okay, hal ini kerana.. ID.AZ Dermastic Golden-Fit Mask ini memang pelik kerana mempunyai EMAS yang membuatkan kulit muka akan kekal remaja dan dengan pemakaian mask ini, aku sendiri dapat merasai kemewahan yang ada dimuka apabila mengenakan mask ini. Nak lagi best, sejukkan dalam suhu peti ais dan pakai untuk beberapa minit, tapi biasanya aku lebih suka pakai mask sehingga kering. Puas hati !





Sebenarnya, aku dah banyak kali jumpa mask jenis gold macam ni. Tapi dalam bentuk serbuk dan belum pernah jumpa mask yang sebegini rupa. First impression aku untuk aku pakai mask ini adalah ianya sangat mudah untuk dilekatkan pada muka kerana ianya full coverage dan selesa dipakai pada kulit muka. Pertama kali aku jumpa mask yang packaging dia tu BESAR dan teruja nak pakai. 

Gold care?
Deep Nourishing?
Esthetic care? 


Kesemua yang ada pada ID.AZ Dermastic Golden-Fit Mask ini mampu menjaga kulit muka dan nutrisikan kulit muka. Dari segi estetiknya, ID.AZ Dermastic Golden-Fit Mask ini sangat sesuai dipakai dirumah selain di spa atau pusat rawatan kulit muka. Emas dan kecerahan kulit ini adalah merupakan bahan-bahan yang datang seperti emas, madu, royal jelly, aloe vera, ceramide, kolagen, ginseng merah, kolagen, propolis dan panthenol. Kalau korang nak tahu, madu, royal jelly, propolis membuatkan kulit muka menjadi elastik/tegang dan sihat! 






Kenapa mask dia rasa macam melekit-lekit tu. Yes. Setiap rekaan mask ini ada sebabnya dimana untuk betul-betul manjakan kulit dan supaya mask ini sentiasa kekal di wajah dan mengurangkan kulit muka cepat kendur. Kiranya mask ini juga bertindak sebagai anti-penuaan dengan hebatnya. 


Jenis mask ini adalah dalam bentuk hydrogel di mana aku sendiri merasai melekit (tak la lekit sangat), elastik hyrogel mask ni juga sebenarnya diperkaya dengan nutrisi selepas penjagaan kulit yang mahal. Kalau korang nak tahu, mask ini berasingan namun masih dalam 1 pek yang sama cuma part T-Zone dan U-Zone itu diasingkan supaya mudah diapply pada kulit muka supaya terletak dengan elok.






ID.AZ Dermastic Golden-Fit Mask ini sesuai kepada mereka yang nak feeling-feeling ke pusat rawatan kulit muka/spa. Bagi yang rasa nak keluar untuk hari istimewa dia, aku cadangkan pakailah mask ini kerana mask ini mampu membuatkan kulit muka anjal dan seterusnya tampak segar. Paling penting mask ini sesuai kepada mereka yang kulitnya kasar dan kering. So, sila cuba ID.AZ Dermastic Golden-Fit Mask ini haaaaa. Macam aku, aku sendiri mengalami kulit kering dan sangat sesuai untuk kulit muka aku. Hasil yang aku dapat pun sangat super awesome! Teruja wei lepas cabut mask ni dari muka. Segar, anjal dan kulit tampak sihat!


----------


ID.AZ DERMASTIC BRIGHT-FIT MASK - HARGA: RM12.90/PACK
BRIGTENING MASK
Mencerahkan tona kulit


Yeayyyy! Part ni paling seronok. Sesiapa sahaja kalau sebut nak cerahkan kulit mesti semua menyahut NAK! Tapi mengikut pengalaman aku bila buat di pusat rawatan kulit, aku akan berkira-kira dahulu dimana aku mula berfikir, baik buat rawatan kulit muka dulu sebelum mencerahkan kulit. Yes, benda ni sangat penting sebenarnya, tak laki tak perempuan. Benda-benda macam ni kadang-kadang mesti lemas nak fikir. Tapi aku cadangkan korang sebelum membuat rawatan kulit muka, korang wajib rawat kulit muka dahulu. Pada permulaan, tengok dan kenali kulit muka korang jenis yang macamana. 




Tapi !
Yes, ada tapi!


Korang tak perlu dah nak fikir, nak buat rawatan dulu ke atau pencerahan dulu?
Disebabkan hal ini berlaku, ID ini mampu mengeluarkan dan memahami kesusahan wanita dengan hanya mengadakan mask ID jenis pencerahan sekaligus meratakan tona kulit muka. Bukan itu sahaja, kulit muka akan nampak berkilau gitu la. Nak tengok silap mata sendiri? Boleh, korang kena cuba mask ID ini haaaaa..





Macam yang aku cakap, mask ini bertujuan untuk mencerahkan kulit wajah mengikut tona kulit muka sejak lahir lagi. Jadi, nampak tak silap mata kat situ?Dah! Sebelum aku pergi lebih jauh, aku nak kongsi di mana mask ID ini mempunyai mutiara yang berkilau untuk mencerahkan tona kulit muka aku. Seronoknya, lepas pakai mask ini aku puas hati dan merasakan kulit muka segar selepas memakai mask jenis cerah ni haaaaa...Bahan yang adalah dalam mask ID ini adalah perar, hyaluronic, asid, teh hijau, licorice, witch hazel, raspberry, blueberry dan trehalose.


Jenis mask ini berbeza dengan mask yang atas kerana jenis kepingan mask itu datang dari microfiber di mana memang rasa nipis, ringan dan lembut sangat. Terkejut aku weh bila tarik keluar kepingan mask ini dari packaging. Memang lembut dan mask yang macam ni lah aku cari, lembut dan mudah melekat di muka sekaligus bertindak mencerahkan kulit muka. Cecair atau lebih dikenali iaitu essence pada mask atau cecari pada mask bukan dalam bentuk jernih malah berwarna putih sedikit dan satu kelainan di situ.




Mask ini sangat sesuai bagi mereka yang nakkan kulit muka yang putih dan semulajadi. Bagi yang memiliki kulit gelap atau ada jerawat serta sewaktu dengannya memang sesuai pakai mask jenis ini. Macam aku, lepas pakai mask ini, aku nampak kulit muka makin bermaya dan tak pucat dah lepas tu! Segar je weh! Tapi serius aku suka mask ni sebab cecair essence dia tu melimpah ruah, jenis kepingan mask ini sangat berbeza dari mask yang lain. Mudah dan selesa apabila berada di muka. Totally, aku suka dengan mask ni. Terujanya lagi, korang boleh nampak keajaiban melalui mask ini serta bukan sahaja merawat luar kulit malah dalam kulit juga.


----------

ID.AZ DERMASTIC WHITE-FIT MASK - HARGA: RM12.90/PACK
HYDRATING MASK
Melembabkan Kulit Muka


Untuk mask yang ini pula, aku sangat teruja bila tengok sendiri hasilnya. Aku tak pernah jumpa mask yang jenis untuk hidrasi atau melembabkan kulit muka berakhir dengan kegembiraan. Tak pernah lagi tau. Tapi untuk keputusan lepas aku pakai mask jenis ini, aku sendiri nampak hasil yang justtt wowwwwww super awesome nak matik mask ni. Bila aku sentuh part hidrasi ini, aku sangat risau kerana aku sendiri mengalami masalah ini di mana persekitaran aku sentiasa berada dalam pejabat dan juga kawasan berhabuk. Untuk pengetahuan korang semua ni, berada dalam persekitaran pejabat yang aircond dia tu ibarat duduk dalam peti ais haaaaa jangan fikir kau selamat dari segala masalah kulit. Sebenarnya, banyak pendedahan bila berada dalam ruang yang sejuk dan sinaran cahaya lampu. 




Macam aku, aku akan sentiasa sapu pelembab pada kulit muka setiap masa. Tapi untuk kali ini, aku taknak bercerita panjang kerana mask ID jenis hidrasi ini memang berguna gila dengan aku. Memang kesan dia serius nampak dan sumpah aku tak tipu. Untuk kesan yang mendalam, aku suggest korang pakai mask jenis ini untuk kekalkan kelembapan pada kulit muka. Mask ID ini akan menghidratkan kulit muka sedalamnya. 





Mask ID ini mengandungi bahan seperti Kolagen marin yang mengandungi bahan dari air lautan dalam, kolagen air laut, asid hyaluronik panthenol, betaine dan bertujuan untuk mendapatkan kesan kelembapan yang pantas dari stress. Jenis kepingan mask ini juga seperti brightening tu haaaaaa..Yang penting kepingan mask ini memang fit pada kulit muka dan kepingan yang nipis serta sangat selesa bila berada di atas muka, haaaaa. 






So, mask jenis hidrasi ini sesuai pada mereka yang mempunyai kulit kering. Macam aku cakap atas tadi tu, bagi yang kulit kering sila beli mask ini di Watsons ini segera sementara. Made in Korea!


So, silalah beli dengan harapan korang akan happy dengan result selepas pakai mask ini. Dah. Nak sleeping mask dulu, hihi. Apapun, kalau korang peminat mask sheet bagitahu la mask jenis macamana korang suka,hihi.. Dah, itu sahaja dari saya, mohon maaf sekiranya ada yang salah ye. 



18 ulasan:

  1. patutlah first time dengar hehehe sha suka face mask! sha suka face mask yang suit well dengan muka sha yang besar ni hahaha and my fav mask kat watson is sep!

    BalasPadam
  2. iD.AZ Dermastic Golden-Fit Mask tu plg menarik perhatian ana sebab nampak mewah sgt. Yg lain pun best juga. Nampak sangat perbezaan sebelum dan selepas pakai mask tu. Kulit mekonie nampak lagi moist. Teruja nak terjah watson hari ni juga.

    BalasPadam
  3. Suka gak pakai mask jenis gini dari serbuk atau losyen tu..K.Sal tertarik dengan mask Golden Fit sbb TZone & UZone dipisahkan. Senang nak lekap kat muka..

    BalasPadam
  4. Lelaki boleh jugak ke kak oi! Haha. Dulu buat mask pakai putih telur je. Tapi yang ni khasiatnya nampak lagi banyak dengan bahan2 semulajadi.

    BalasPadam
  5. mesti rasa bertambah segar dan sihatkan? teringin jugak nak pakai thehehe

    BalasPadam
  6. I memang suka maskers ni especially yang gold mask sekarang tinggal 1 keping je 😝😝😝😝😂

    BalasPadam
  7. Berkenan dengan yang gold tu....nampak elegan. Macam mask yg omputih pakai tu...hihi

    BalasPadam
  8. Saya ni memang tgh mencari mask. Terima kasih share.

    BalasPadam
  9. Alaaaa...onie..akak suka la mask macam ni..bestnyaaa...kalau akak stress akak suka pakai mask ni waktu malam..lepas tu pakai seminggu senali..selalu beli mask kat SASA...

    BalasPadam
  10. Bestnya mask dia semua..semua ada kebaikan..suka gold tu..eh suka semuala..sebb tgk muka onie..nampak makin berseri dan segar

    BalasPadam
  11. Bagus rajin jaga kulit wajah.. nampak cam best je mask tu. nnti boleh try.

    BalasPadam
  12. read a lot about this.. I want to try it too

    BalasPadam
  13. nampak best jer... pakai mask tapi bilalah Bonde nak buat stok beli mask dekat korea masih ada lagi..

    BalasPadam
  14. oo.. mask dia jenis gel yea.. rasa2 mana lagi mek onie suka? yang paper ke atau gel mask tu? TB suka dah denagn amsk sekarang ni.. tapi nak cari yang baunya sedap je.. tak mau ginseng2 ke apa.. huhuhu

    BalasPadam
  15. Kena singgah beli ni..watson mmg tempat wajib beli barang..hehe..xpenah cuba lgi gold mask.., pakai mask bestkan smpai tertidur..

    BalasPadam
  16. wah... macam2 mask.. bole pilih ikut keperluan...

    BalasPadam
  17. Kak suka tgk Onie pakai gold mask tu...nampak menarik dan cantik xyah bukak mask tu heee...

    BalasPadam
  18. I memnag wajib pakai mask setiap hari, this one look quite good also.

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..