BLAZEPANTS BRIGHTENING SERIES DAN SLIMPLEZY CHALLENGE BY JONLIVIA



Kemeriahan Majlis Jonlivia | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Yeayyyy! Alhamdulillah aku berkesempatan untuk memeriahkan lagi majlis yang meriah pada beberapa minggu yang lalu. Majlis ini bersempena malam pengumuman pemenang bagi Slimplezy Challenge by Jonlivia dan juga pelancaran produk baru daripada Jonlivia sendiri iaitu Blazepants Brightening Series untuk perempuan dan majlis ini sangat meriah dengan kehadiran orang ramai. Orang ramai juga dapat merebut peluang untuk mendapatkan goodies bag yang sangat menarik.


Sejujurnya, pertama kali aku mendengar nama produk ini dan tidak menyangka di mana Jonlivia ini mempunyai produk yang sangat hebat. Bagi yang aktif dengan sukan, berjogging atau nakkan sesuatu yang selesa aku sarankan korang kena mencuba pakaian daripada Jonlivia ini. Macam aku, aku sendiri sangat teruja apabila melihat produk seperti Blazepants Brightening Series. Bukan sekadar seluar yang selesa untuk melakukan aktiviti sukan tetapi pelbagai kelebihan yang ada pada seluar tersebut. Sungguh apa yang aku nak perkatakan ini adalah bahawa, Jonlivia ini bukan sekadar nama produk yang biasa malah ianya sangat hebat dimata kaki sukan ini.  





Simplezy Challenge ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran 20 peserta yang sudah melalui pelbagai cabaran selama 2 bulan sepanjang cabaran ini. Dan pemenangnya juga telah dimenangi oleh Lim Siew Li. Cantik orangnya dan tahniah saya ucapkan kepada pemenang dan semua peserta kerana anda memang hebat dan berjiwa kental untuk melalui pelbagai cabaran yang dianjurkan oleh Jonlivia. Tahniah juga Jonlivia saya ucapkan kerana berjaya menamatkan cabaran ini. Yeah! Terkejutnya aku, semasa pendaftaran media, aku telah diberi bola kecil yang berwarna purple cerah. Pada mulanya agak terkejut untuk apa bola kecil itu. Rupanya, itu adalah salah satu cara pengundian para peserta untuk melayakkan mereka menjadi pemenang. Terbaik Jonlivia :)






Sepanjang majlis pelancaran in berlangsung, kami juga sebagai penonton berpeluang melihat sendiri produk-produk yang diperagakan oleh para peserta cabaran Slimplezy. Pelbagai produk aku tengok dan ternyata kesemua produk daripada Jonlivia ini sangat cantik, selesa dipakai dan ada juga pelbagai beg yang diberi nama iaitu Thule! Memang menarik beg dia.


Seperti yang aku katakan di atas tadi, Jonlivia juga turut melancarkan produk terbaharu iaitu BlazePants Brightening Series yang bertujuan untuk membakar lemak dan memutihkan bahagian kaki. Haaaaa, terkejutkan korang bila dengar berkenaan seluar ini? Memang banyak kelebihan yang ada pada seluar BlazePants Brightening Series  tak percaya korang kena tengok sini : baca berkenaan kelebihan BlazePants Brightening Series


Tahniah juga aku ucapkan kepada Mr.Jon Lai yang merupakan seorang pemilik dan pengarah urusan di Jonlivia kerana mengeluarkan produk yang super awesome!






Saya juga memiliki beberapa produk daripada Jonlivia dan sememangnya tidak sabar untuk menggunakan dan merasai sendiri kelebihan yang ada pada produk Jonlivia. Terima kasih banyak pada Jonlivia kerana memberi peluang ini kepada saya untuk merasainya juga. InshaAllah aku akan berkongsi dan pengalaman aku menggunakan produk Jonlivia dilain entri. Stay tuned guys!





1 ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..