DAY 1: PENGALAMAN KE LUANG PRABANG, LAOS




Day 1: Pengalaman ke Luang Prabang, Laos | Yeay ! Finally sampai pun Luang Prabang! Kalau korang nak tahu, ini adalah trip redah, kos sendiri, tak get ready langsung dan last minute. Bila dapat tahu tiket ke Luang Prabang tengah murah dalam RM277 dan tak sempat pun nak tempah makanan dalam flight maka berhuhu-huhu seketika, haha. Tapi disebabkan member sorang ni baik hati, dia belanja kami sebanyak RM77 menggunakan AirAsia Big Point. Maka jimatlah aku RM77 disitu, hihi. Thank you Mawardi Yunus!

Untuk entri Laos,maaf untuk bahasa pasar ni,enjoy jela ye.

So,perjalanan bermula apabila aku mula bermalan di Cheras dan keesokan pagi tu kami macam takde mood nak gerak awal. Well,tiket flight jam 12 tengahari kan. So, lambat lagi! Haha. Sekali bila berhuhu bersero serah nah! Kami gerak ke KLIA 2 around 10am naik uber tau! Kami order uber XL dimana pakcik Alza bawak yang teramat laju sebab tahu kami punya flight jam 12 tengahari. Dia pulak gelabah,haha. So, sampai airport around 10.45am gitu kami terus beli kfc untuk bekalan semasa hari pertama di Luang Prabang pastu terus check in flight. Okay la, ngam ngam perjalanan kami dan boarding time pun jam 11:40am gitu dan flight kami delay ke 12.20 tengahari. 


Tiba masa untuk fly! Bila troli makanan dari flight Air Asia mula lalu, anak tekak mulalah tak tenteram dan disebabkan kami tak sempat book makanan online, maka terbanglah juga beberapa rm kepada nasi lemak dan air. Nasi Lemak Pak Nassir punya pasal tau. So, kita wajib makan dan disebabkan jarak perjalanan mengambil masa 3 jam lebih atas flight. Kita isi perut dulu. 3 kali jugak kot rasanya flight bergegar time tidur. Aku risau dah. Tapi disebabkan ngantuk yang amat. Aku layan je biji mata ni haaa..Dan sedar-sedar, bila aku terbangun aku bukak tingkap dan tengok ke arah luar yang mula nampak kawasan bukit-bukau yang cantik dia. Allahuakhbar. Nampak Sungai Mekong dan di atas bukit tu terdapat beberapa biji rumah yabg boleh kira dengan jari. Cantik macam New Zealand!



Dan sampai airport dalam jam 4 waktu Malaysia dan kami beli simkad di area claim baggage. Aku guna simkad Unitel dan mempunyai 4GB sahaja. Masuk hari kedua ni internet masih okay. So, aku kurangkan penggunaan instagram. Bukak bila nak upload gambar sahaja. Harga simkad tu aku bayar guna usd dan harga dia 5usd jugak. Bolehlah kan. Setel beli simkad, kami tukar duit USD kepada KIP. Maklumlah, kat Malaysia tukaran untuk duit KIP tidak diterima kerana duit Malaysia ni terlalu kecik bagi mereka. Nampak tak? So, duit Malaysia kami tukar dulu pada usd di Plaza Alam Sentral Shah Alam dimana rate masa tu 1usd= RM4.28. 


Sambung balik yang tukar duit di Airport Luang Prabang tu. Disebabkan aku yang pegang duit untuk transportation dan hotel, aku tukar 200USD kepada KIP dan dapat la dalam KIP1,654,000. So, setel tukar duit transportation dan hotel, aku tukar duit personal lak. Alaaa aku tukar 40usd je dan masih ada baki USD. So, baki tu aku simpan dulu. Setel semua tukar duit tu, kami cari tempat duduk untuk makan sekejap yang ditapau dari KLIA 2 tu,kahkahkah. Nak gerak awal tak boleh, sebab ribut time tu. Ribut yang nak terbalik kereta tu  seram jugak aku tengok. Tapi kami rest je dulu. Tunggu sampai hujan berhenti.


Bila dah okay semua, kami gerak naik van ke night market. Naik van dari airport ke night market di Luang Prabang tu dalam KIP50,000. Sesampainya kami ke Night Market ,Luang Prabang tu kami mula explore sekitar Night Market dan Royal Palace Luang Prabang. Cuma tak sempat nak naik 200 anak tangga tu. So, yang tu kita hold dulu untuk hari ke-4. Di Night Market ni barang dia murah yang amat dan boleh bargain lagi ! Dan hasil yang dijual itu kebanyakkannya dibuat sendiri dan serius cantik weh. Jalan punya jalan tiba masa untuk kami gerak ke Ban Na Luang Bus Station untuk beli tiket ke Vang Vieng pulak. 


Sampai je Luang Prabang kami terus ke Tourist Information Center, Luang Prabang dengan harapan untuk bergambar je,hehe


Depan Tourist Information Center, Luang Prabang



Belakang aku ni adalah Royal Palace yang berada di tengah-tengah Luang Prabang dan bangunan ini sangat terkenal dalam kalangan pelancong. 


Dalam kawasan Royal Palace ni ada tempat teater tau. Nak masuk kena bayar dan aku lupa harga dia berapa, tapi mahal jugaklah. Cuma siapa yang suka dengan teater serta keunikan yang ada di Luang Prabang ni korang boleh cuba masuk tempat teater tu. Dia ada masa jugak.


Maka, kisah realiti pun bermula di sini, haha.. Tiket habis. Tiket untuk sleeper bus tu habis dah wak. Sleeper bus tu la yang kami teringin nak naik. Tapi habis pulekkkkkk.. Jadinya, kami cari alternatif lain. Maka, bermalamlah kami di Guest House belakang Ban Na Luang Bus Station tu. 1 bilik yang kami dapat KIP70,000 untuk 1 malam dan itu sangat worth it. Kalau tukar balik duit Malaysia, satu malam just rm34 je weh. Murah! Janji dapat letak kepala. Bilik pun selesa jugaklah. Toilet ada di dalam.



Menariknya di Luang Prabang ni, pelbagai jenis makanan yang korang boleh tengok di jual di Night Market, Luang Prabang. Cuma yang macam lauk-lauk tu mostly tak halal dan memang pelik-pelik lauk yang ada,haha... Bila lalu di kawasan tu rasa macam emmmmm...bertabah la perut. 



Dan malam tu kami terus beli tiket ke Vang Vieng dengan harga KIP110,000 lebih kurang Rm56. Okay la kan. Kalau sleeper bus harga dia KIP130,000. Dan kami tidur dulu. Tiket bas kami dalam jam 6:20am waktu Luang Prabang dan 7:20am waktu Malaysia. So kami tidur dulu. Junpa di entri hari kedua pulak tau.

Tips hari pertama bila tiba di Luang Prabang, Laos :

1. Kalau boleh bila sampai airport terus je beli simkad. Standard price 5usd untuk 4gb boleh dapat dah,tahan 4 hari dan line laju gila, aku siap pakai di Vang Vieng lagi.
2. Nak ke night market dari airport Luang Prabang tu kalau nak jimat just ambik tuk tuk je wak. Tapi kalau van, harga dia tak beza mana pun.
3. Jangan lupa ambik gambar di Royal Palace, nampak Tourist Information terus je berjalan ke hadapan menuju ke Royal Palace untuk ambil gambar yang cantik.
4. Nak naik sleeper bus? Boleh, tapi make sure kena beli tiket sleeper bus awal. Sleeper bus ni ada jam 8.30pm waktu Luang Prabang.


Tukaran duit masa aku pergi Luang Prabang bulan Julai 2017 : 1 USD = RM4.28
Aku tukar duit 200USD untuk 5 orang: KIP1,654,000 ( Time ni aku jadi AJK Pegang Duit,segala duit keluar masuk aku pegang untuk 5 orang termasuk aku)
Duit personal tukar 40USD je.

Kos pada hari pertama:
Tiket Flight KLIA 2 - Luang Prabang = RM277 - RM77 = RM200
Beli KFC = RM20 (Siap tapau nak makan di Luang Prabang,haha
Beli Nasi Lemak Pak Nasser dan Air = RM15
Beli Simkad Unitel 4GB = 5USD (RM21.40)
Naik van dari airport ke night market = KIP50,000 / 5 orang = KIP10,000 / 1 orang (RM4.50)
Tidur di Guest House belakang terminal bus = KIP140,000 / 5 orang = KIP28,000 / 1 orang (RM17/seorang)
Beli tiket ke Vang Vieng = KIP110,000 / 1 orang (lebih kurang Rm56)

TOTAL = RM338.40 (Termasuk tiket flight)


4 ulasan:

  1. mudahnya nk ke sini. agak2 kalau kita p sorang2 ok x? huhu

    BalasPadam
  2. salam ziarah & follow di sini..

    bestnyer jenjalan ke situ... tgk pemandangan tempat orang.. :)

    BalasPadam
  3. wow..pegi laos..jarang sekali tengok orang pergi ke negara ni..sure best

    BalasPadam
  4. Doakan sy spya dpt smpai sana jugak ^^ ..

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..