DAY 3 : HARI TERAKHIR DI VANG VIENG, LAOS



Day 3:Hari Terakhir Di Vang Vieng, Laos | Kawasan-kawasan kampung yang terletak di Vang Vieng, melusuri pekan-pekan dan Cafe Eh Eh | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Yeay! So, korang dah baca HARI PERTAMA dan HARI KEDUA? Sekarang aku nak bawak korang ke HARI KETIGA pula di Vang Vieng iaitu hari terakhir aku berada di bumi Vang Vieng! Entri ni masih lagi di Vang Vieng. So, pagi tu kami bangun awal untuk melawat ke kawasan perkampungan Vang Vieng. 


Semasa di Vang Vieng kami banyak menggunakan tuk-tuk dan juga jalan kaki sahaja. Untuk pusing-pusing kawasan perkampungan di Vang Vieng aku sarankan untuk berjalan kaki sahaja kerana lebih dekat dengan suasana dan menghayati ciptaan Tuhan di bumi Vang Vieng. Haaaa, abaikan ayat aku yang selalu jsbvbdbvbaoasdoiewfi,haha.





1. Nam Song River





First, kami melalui Jambatan Nam Song River . Sebelum masuk, kami perlu bayar Kip5,000 untuk pejalan kaki,manakala kalau yang menaiki kenderaan tiket masuk adalah antara Kip10,000-15,000. Sepanjang jambatan ini, kita boleh melihat pemandangan bukit-bukau yang masih berkabus. Jambatan ini juga penghubung utama bagi penduduk di seberang untuk ke Pekan. 


2. Vieng Tara Villa, Paddy Field







Yeay! Walaupun kami tak menginap di Tara Villa, tapi kami meminta izin di receptionist untuk memasuki kawasan tersebut bagi tujuan bergambar. Memang cantik. Sebenarnya, kami nak stay di Tara Villa semasa di Vang Vieng, tapi disebabkan dah penuh maka kami berhuhu jelah. So, kalau korang nak stay di Tara Villa ni..make sure kena booking sebulan awal. Sebab Villa dia tak banyak pun dan seriously, view memang cantik nak matik!


3. Cafe Eh Eh






Masing-masing penat maka, kami berhenti dan menyejukkan badan di Cafe Eh Eh. Nama dia sangat catchy dan deco cafe ni pun cantik yang amat! So, di cafe ni kami hanya order fruit shake je yang berharga Kip18,000. Kalau di Malaysia, Cafe Eh Eh ni ibarat macam cafe hipster la. Hihi. Bukan minuman je yang ada di sini, tapi makanan pun ada. Bestnya di sini, ada wifi free dan layanan di sini sangatlah terbaik. 


4. Kedai Cenderahati di Vang Vieng





Lepas lepak dan kumpul tenaga di Cae Eh Eh, kami keluar berjalan menuju ke Pekan Vang Vieng untuk melihat lagi sekali apa yang ada di sana. Nak beli pashmina, beg hyper gear? Aku suggest korang beli di area Vang Vieng. Serius murah! Kalau nak dibandingkan harga di Luang Prabang, di Vang Vieng lagi murah.


5. Aiskrim Kelapa


Tengok kedai biasa? Sekali bila masuk dan cuba sendiri aiskrim kelapa ni, rasa dia sangat wowww! Rasa segar dan sedap. Yang kami beli ni harga dia Kip10,000 sahaja. Kalau kon,Kip5,000. Tekak kering so bila pekena aiskrim ni, terus rasa segar dan bertenaga balik. Yang tak tahan,lepas kami beli aiskrim ni..ada la sekumpulan keluarga dari Kun Ming, China singgah dan we recommend them to buy this ice cream and they buy! Bukan sekali! Dah habis, pastu beli lagi. Haha. Betapa sedap aiskrim kelapa pakcik tu. 








6. Tiba masa untuk balik ke Luang Prabang semula.

So, lepas balik dari berjalan pusing kampung. Kami balik ke bilik untuk check out dan pulang ke Luang Prabang. Time check out adalah jam 12 tengahari waktu Vang Vieng. Tapi tiket kami ke Luang Prabang jam 3pm. So,berhuhu la dihalaman guesthouse kami. Sempat jugak lunch semua. Kali ini, kami pulang ke Luang Prabang menaiki Van dan hanya berharga Kip100,000 sahaja dan KATANYA hanya 3 jam perjalanan. Tapi apa yang kami expect sampailah dalam masa 3 jam tu sebab sempat bukak google maps lagi. Sebab dalam google kata 3 jam. Rupanya lebih 3 jam nokkkkk perjalanan balik.


Untuk perjalanan balik ni, kami melalui jalan yang lagi dekat dan rosak. Betul. Siap ada tanah runtuh segala bagai. Selekoh tajam Ya Rabbi. Memang time tu masing-masing ngantuk tapi memang TAK BOLEH tidur langsung sebab jalan yang berbukit-bukau dan selekoh. Serius hazab jugak jalan dia. Ibarat kalau di Malaysia, sedang melalui Grik - Banjaran Titiwangsa tu, hahaha! 


Sampai Luang Prabang dalam jam 8.33pm dan terus check in penginapan lain. Penginapan ni pun kami book last minute dan sangat berpuas hati kerana hotel hanya berharga RM30/night bagi seorang. So kalau pergi beramai memang jimat habis la kan. Di guesthouse ini, kami bayar menggunakan USD dan berharga Usd75 sahaja. Murah ke idok?


Setel check in, kami rehat sebentar dan berjalan pula ke Night Market di area Royal Palace Luang Prabang. Kelabu mata weh bila tengok barang yang dijual. Dia punya konsep macam uptown di Malaysia gak la. Cuma di Night Market ni kalau boleh bargain, korang bargain lagi! Bestnya di sini, korang boleh tengok sendiri kesungguhan orang Luang Prabang berniaga. Anak kecil pun turut serta! Setel pergi night market. Kami balik ke bilik untuk makan malam. Tapi makan malam kami ni versi tapau dari Malaysia. Makan maggi je nok. So, malam tu aku makan maggi perisa tomyam. Sedap tak terkata! Dan setel makan kami balik ke bilik untuk rehat. 


Jadi, apa jadi dengan hari keempat aku? Dengar kata, vomit separuh hari? Haaaa.... nak tahu apa kisah aku. Jom baca entri day 4 pula. 


3 ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..