FILEM SURF THIS LOVE DI PULAU TIOMAN

Filem Surf This Love Di Pulau Tioman | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. So, dah nak masuk bulan februari 2018 ni. Movie apa yang korang dah layan di panggung wayang. Kongsi la sedikit di komen bawah. Sejujurnya aku adalah seorang peminat setia dengan cerita hantu. Jadi bila keluar je cerita hantu memang aku akan pergi tengok. Cuma kadang-kadang ada yang terlepas atas kekangan masa.


Bukan itu sahaja, aku juga seorang yang suka layan cerita yang sempoi-sempoi dan tak berat. Selain itu, aku memang seorang peminat setia dengan Cristina Suzanne. Serius aku suka gila bila dia berlakon. Jadi untuk kali ini, cerita yang aku nak kongsi dengan korang adalah Surf This Love! Surf? Love? Adakah ada kaitan dengan sukan luncur ombak tu? Ada kisah percintaan juga ke dalam filem ini? Teruja weh bila pelakon kegemaran ada dalam filem ini,hehe..Dah jom baca sinopsis bawah ni. 




SINOPSIS FILEM SURF THIS LOVE

Billie (20an) bekerja dengan kakaknya, Siti (30an) sebagai pemandu pelancong di Pulau Tioman. Sejak kecil, Billie sangat suka dengan sukan surfing (luncur ombak) kerana dia mendapat sumber inspirasi dari arwah abangnya iaitu Bobby yang merupakan seorang juara luncur ombak yang terkenal. Selain Bobby, Mike Malaya (30an) dan Jimmy (30an) yang juga sahabat arwah abangnya juga handal dalam sukan luncur ombak, turut menjadi idola Billie.


Walaupun sangat obsess dengan sukan surfing sejak dia berusia 8 tahun hinggalah sekarang Billie tidak pernah betul-betul cekap dan handal bermain dengan surf board dan ombak. Pencapaiannya dalam sukan ini terbantut kerana arwah abangnya Bobby mati lemas dalam satu pertandingan sukan luncur ombak di Bali. Manakala Jimmy yang masih berkawan dengannya hingga kini dan tinggal tidak jauh dari rumahnya juga enggan mengajarnya kerana Jimmy mengalami kecacatan di kaki. Kesan dari kecederaan di kakinya dan juga sejak kematian Bobby, Jimmy bagaikan sudah ‘patah hati’ dengan sukan luncur ombak. Mike Malaya pula sejak kematian Bobby, dia telah merantau ke seluruh dunia bagi menyertai sukan luncur ombak. Maka terpaksa lah Billie terkial-kial berlatih surfing sorang diri tanpa tunjuk ajar sesiapa pun. Walaubagaimanapun, apa jua cabaran dan kesusahan, minat Billie dengan sukan ini tidak pernah luntur.


Kisah ini bermula sejak kehadiran seorang blogger yang cantik dari Kuala Lumpur iaitu Mia (20an) yang bertandang ke Pulau Tioman untuk mendapatkan liputan tentang keindahan Pulau Tioman bagi bahan berita dalam blognya akan datang. Walaupun Mia 1st time sampai Tioman dan hanya datang seorang diri, Mia tidak berdepan dengan sebarang masalah kerana di Tioman, Mia mempunyai seorang sahabat yang pernah belajar bersama-sama dengannya di universiti dahulu iaitu Lia (20an). Lia bekerja dengan abangnya Jimmy, yang mengusahakan sebuah café dan bengkel membaiki surf board di tepi pantai.


Lia mencadangkan Mia mendapatkan khidmat pemandu pelancong bagi membawanya bersiar-siar ke seluruh Pulau Tioman kerana dia sibuk membantu abangnya menguruskan kedai. Pemandu pelancong yang dimaksudkan Lia adalah kawanya sejak kecil iaitu Billie.


Billie lah yang membawa Mia bersiar-siar seluruh pulau. Dari perkenalan singkat itu, Mia tertarik dengan perwatakan Billie yang kelakar dan bersahaja. Jauh dalam hati Mia, Mia kagum dengan kesungguhan Billie dalam sukan surfing walaupun Billie sering gagal dan tidak pandai dalam sukan itu. Bagi Billie pula, dia sudah mula jatuh hati pada Mia kerana Mia tidak seperti kakaknya, tidak seperti orang lain di pulau itu yang sering merendah-rendahkan cita-citanya.




Kini, Billie mempunyai satu lagi impian, iaitu mahu menjadi juara sukan luncur ombak, dan memenangi hati Mia yang baru dikenalinya. Hancur luluh hati Billie apabila mengetahui yang Mia sudah berpunya malah Billie lebih frust lagi apabila mengetahui teman lelaki Mia adalah Mike Malaya, idolanya selama ini. Terpaksalah Billie melupakan Mia dan menumpukan 




Jadi, apa pengakhiran kisah Surf This Love ini? Adakah Billie ini mampu menjadi seorang yang berjaya dalam sukan luncur ombak ini? Katanya juga, Billie ada hati dengan Mia? Biar betul Billie ni? Kenapa pula ada perasaan taruh hati pada Mia sedangkan Mia? Haaaaaaaaaa... Kalau nak tahu kisah akhir cinta ini jom serbu panggung wayang pada 22 Februari 2018 ini. Pelakon semua hebat-hebat! Yesssssss... Kita dah block date on that day. See u #SurfThisLove .





3 ulasan:

  1. ada kata okay
    ada kata tak
    hehehe
    dekat panggung wayang sini tak tayang pula filem nih

    BalasPadam
  2. Hmm macam best je citer ni .. errr ada macam Baywatch tak? huhuhuhhuhu :P

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..