FLORA SKINCARE BEBAS DARIPADA MERKURI DAN BAHAN TERLARANG

@syazlinzainal // @jaydeesm // @anisalidrus

Ekstrak Bunga Peony Di Dalam Flora Skincare | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Tahniah saya ucapkan kepada pemilik Flora Skincare yang diuruskan oleh Nadia Zulkifli sekeluarga kerana telah memasuki pasaran Malaysia. Tahniah sekali lagi saya ucapkan. Beberapa hari lepas saya sendiri telah menghadiri Majlis Pelancaran Produk Flora Skincare di The Vilej, Damansara Perdana. Majlis pelancaran ini sangat menarik perhatian saya kerana tema serba putih ini menjadikan majlis pelancaran ini sangat awesome.



Produk yang telah dilancarkan pada tempoh hari adalah produk kosmetik Flora Skincare secara rasmi. Flora Skincare ini terdiri daripada pencuci muka, pelembab, serum, toner dan krim siang dan malam. Menariknya tentang produk ini adalah bungkusan produk ini iaitu penggunaan bunga peony sebagai bahan utama yang ada dalam produk ini. Sejujurnya, saya sangat tertarik dengan design pada bungkusan produk ini dan bakal membuatkan orang ramai suka dengan produk ini.


@floraskincare_official

Sebelum saya perkenalkan produk ini, izinkan saya berkongsi latar belakang tentang pengasas yang sangat memberi inspirasi kepada kami yang hadir ketika majlis pelancaran ini. Ya, siapa sangka dengan semangat yang ada pada pemilik produk ini iaitu Nadia Zulkifli mampu mencipta idea produk kecantikan bagi mereka yang memerlukan. Produk ini terhasil daripada rasa kurang yakin diri Nadia terhadap kulit muka yang rosak dan terbakar akibat menjalani rawatan radioterapi sebanyak 30 sesi pada muka.


@floraskincare_official

Nadia Zulkifli (gambar di atas) merupakan anak bongsu kepada lima adik beradik yang juga seorang isteri dan ibu kepada dua (2) cahaya mata. Beliau menghidap penyakit ketumbuhan otak dan telah menjalani dua kali pembedahan besar dan lebih daripada sepuluh (10) kali pembedahan kecil. Apapun, Nadia Zulkifli kini kembali sihat dan membesarkan dua (2) orang anak dengan bahagia. Saya doakan semoga Nadia Zulkifli sekeluarga terus diberikan kesihatan yang baik dan berjaya dalam dunia perniagaan.


@floraskincare_official

Produk Flora Skincare diformulasi sesuai dengan kulit wanita Asia dimana, produk ini sesuai pada semua jenis kulit dari sesuai hinggalah sensitif. Jadi, pada yang memiliki kulit muka yang sensitif. Yes! Inilah penyelesaiannya bagi membuktikan produk lokal dari Malaysia ini mampu merawat dan sekaligus menjadi produk rawat muka yang terkenal. Kelebihan Flora Skincare adalah terdapat bunga Peony di dalam setiap rangkaian produk ini. Kalau korang nak tahu, bunga peony ni memang banyak kelebihannya dan antaranya adalah dapat mengurangkan hyper pigmentasi pada kulit, dapat mengurangkan jalur penuaan dan juga menjadikan kulit cerah dan berseri.


@floraskincare_official

Antara kandungan yang ada pada Flora Skincare ini adalah:


  • Minyak Argan
  • Ekstrak Kigelia
  • Ekstrak Teh Hijau
  • Aloe Vera
  • Sumber vitamin yang baik 

Bersama Puan Nadia Zulkifli yang cantik manis

Vitamin yang baik juga adalah satu kelebihan untuk menjaga kulit di mana ia dapat merawat parut jerawat. Jadi sesiapa yang ada parut jerawat inilah jawapannya. Selain itu, sesuai juga pada mereka yang mempunyai tona kulit yang tidak sekata, melindungi kulit dari oxidation serta dapat menghasilkan kulit yang sihat.


Produk Flora Skincare ini mempunyai bauan yang sangat menyenangkan dan mampu memberi kepuasan kepada si pemakai. Merkuri? Bahan terlarang? Yessss. Produk Flora Skincare ini bebas daripada merkuri dan bahan-bahan terlarang. Jadi pakailah dengan selamat dan jangan ragu-ragu. Tak sabar nak cuba produk ni. Paling tak sabar nak guna serum dia. Mesti best! So, siapa dah siap sedia jadi pembeli Flora Skincare? 


Harga: RM149 / set produk
Mendapat kelulusan daripada KKM


Gambar sekitar majlis pelancaran produk Flora Skincare.




@anisalidrus

@adiela_safiyyani

@anisalidrus // @dikbee // @ahmadfauziaryaan // @mawardiyunus // @amirnawawi

@dikbee // @anisalidrus


1 ulasan:

  1. mcmne nak dapatkan product ni? Bo wassup sy kat 0126508341

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..