Jelajah Lubuk Linggau Sumatera Selatan di Indonesia | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Yeayyyyyyy akhirnya aku berkesempatan juga untuk kemaskini berkenaan kisah aku menjelajah ke Sumatera Selatan di Indonesia. Ini adalah pertama kali aku melangkah kaki ke Sumatera Selatan dan sangat teruja. Trip kali ini dibawakan khas bersempena Media FamTrip International Musi Triboatton Palembang pada 8 hingga 12 November 2017. Dikesempatan ini juga, aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dinas Kebudayaan & Pariwisata Sumsel kerana sudi membawa diri ini untuk menjelajah Indonesia. Walaupun ini adalah FamTrip dimana ditaja sepenuhnya sepanjang aku berada di Sumatera Selatan namun aku akan berkongsi info-info yang menarik dan mohon maaf sekiranya aku tidak paparkan kos sebenar perjalanan ini.
Aku akan kongsikan perjalanan ini bermula daripada aku di Malaysia kerana perasaan aku ketika itu sangat gementar kerana ini adalah kali pertama aku mengikuti trip yang ditaja oleh Dinas Kebudayaan & Pariwisata Sumsel dan sebelum ini aku pernah bersama trip yang ditaja oleh AirAsia ke Bangkok bersempena Majlis Ulangtahun AirAsia ke-2 (tak silap,hehe). Pada mulanya aku ingat trip ke Sumatera Selatan ini dibatalkan namun apabila ada pengesahan dari pihak sana untuk trip kali ini, aku bersyukur dan ini adalah rezeki untuk aku menjelajah Sumatera Selatan bersama Media dari Malaysia dan Singapore.
Untuk pengetahuan semua, Sumatera Selatan ini adalah merupakan sebuah wilayah yang terdapat di Negara Indonesia dimana terletak di bahagian Selatan Pulau Sumatera. Sumatera Selatan ini adalah negeri yang ibu kotanya di Palembang. Kalau korang nak tahu, Sumatera Selatan ini bersempadan dengan Negeri Jambi di sebelah Utara, Negeri Kep.Bangka-Belitung di bahagian Timur, negeri Lampung di Selatan dan negeri Bengkulu di Barat. Negeri ini kaya dengan sumber alam seperti petroleum, gas asli dan arang batu. Selain itu, ibu negeri Sumatera Selatan iaitu Palembang terkenal sejak dahulu kerana menjadi ibu kota bagi Kerajaan Sriwijaya.
Selain itu, negeri ini mempunyai tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi seperti Sungai Musi, Jambatan Ampera, Pulau Kemaro, Danau Ranau, Kota Pagar Alam dan banyak lagi. Terdapat juga makanan tradisional seperti pempek, model, tekwan, pindang patin, pindang tulang, sambal jokjok, berengkes dan tempoyak.
Yes! Sebelum aku tiba di Lubuk Linggau ini, perjalanan kami bermula daripada Malaysia dan terus ke Jakarta untuk transit sebelum ke Sumatera Selatan. Perjalanan ini akan bermula dari Jakarta - Lubuk Linggau - Gubug Makan Mang Engking Sebroyot - Sat Lantas Polres Empat Lawang - Pagar Alam dan akan berakhir di Palembang. Aku akan cuba olahkan perjalanan kami sepadat yang mungkin dan akan tunjuk lokasi yang wajib korang terjah bila ke Sumatera Selatan. Untuk entri ini aku akan fokuskan perjalanan ke Lubuk Linggau dimana Lubuk Linggau atau singkatannya Linggau ini adalah sebuah bandar di Sumatera Selatan, Indonesia dan mempunyai sebuah kawasan seluas 401.50km dan sejumlah penduduk lebih kurang 167, 138 orang. Linggau ini masih serumpun dan sama bahasa dengan Palembang.
Aku ke Linggau ini menaiki kapal terbang Nam Air IN 014 dari Jakarta dan mengambil masa selama sejam. Pesawat Nam Air ini kecil dan agak gementar juga masa naik. Apapun, pesawat kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Lubuk Linggau Silampari pada jam 1.30 petang waktu tempatan selepas transit di Jakarta selama lebih kurang 2 jam macam tu. Pesawat Nam Air ini tidak selalu ada dan menjadi keperluan untuk korang pilih dahulu masa yang sesuai sekiranya ingin menaiki pesawat Nam Air ke Linggau. Ketika tibanya kami di Jakarta, kami disambut oleh jejaka handsome dari Indonesia, Mas Eka yang super handsome!
Setibanya kami di Lapangan Terbang Lubuk Linggau Silampari pula, kami di sambut meriah oleh Mbak Esa yang sangat baik orangnya dan tak jemu melayan karenah kami,haha..yang istimewanya kami diberi tengkolok untuk media lelaki dan selendang untuk media perempuan. Terharu gila wei, dalam hati ni rasa macam tak layak pulak untuk disambut begitu dan saya respek dengan sikap penerimaan mereka pada kami ketika itu. Terharu sampai harini wei. Walaupun 2 bulan dah aku peram kisah ni. Aku cuba untuk ulaskan dengan baik. Aku yakin, ramai lagi yang belum sampai ke Linggau ini kan? Sekiranya sampai ke Linggau ini .. make sure ambillah cuti panjang untuk terokai Linggau sekaligus jelajah Pagar Alam dan kawasan di Sumatera Selatan ini.
Makan Di Gubug Makan Mang Engking Sebroyot, Lubuk Linggau
Sebelum aku meneruskan perjalanan ke Pagar Alam, kami telah singgah di Gubug Makan Mang Engking Sebroyot yang terletak di Lubuk Linggau. Gubug Makan Mang Engking Sebroyot ini adalah satu lokasi tempat makanan dan istirehat yang sangat cantik dan berseni. Tujuan kami singgah di sini adalah untuk beristirehat dan mengisi perut sebelum memulakan perjalanan yang mengambil masa selama 4 jam untuk ke Pagar Alam. Nasib baiklah aku makan jugak. Sebab kalau aku dah penat, biasanya aku akan kurang makan dan sebenarnya aku tak expect pun perjalanan ke Pagar Alam itu sangat mencabar keimanan weh. Serius mencabar.
Suasana di Gubug Makan Mang Engking Sebroyot
Gubug Makan Mang Engking Sebroyot ini menyajikan kami dengan menu masakan dari Sunda. Menu utama yang ada di restoran ini adalah ikan gurame (ikan talapia). Bila sampai di Negara Indonesia, memang waktu makan mesti kena ada ikan gurame ni. Menariknya, Gubug Makan Mang Engking Sebroyot ini dibina di atas kolam ikan dan gazebo ini diperbuat daripada buluh. Jujur aku kata, orang Indonesia kebanyakkannya sangat berseni siap bolah buat spa lagi di gazebo ini kerana boleh menjulurkan kaki ke dalam kolam ikan untuk diurut oleh ikan-ikan yang boleh tahan sihat jugak. Tapi aku tak cubalah, sebab aku ni seorang yang penggeli,baahahhaha... Tapi memang cool gila Gubug Makan Mang Engking Sebroyot ni.
Setelah beristirehat di Gubug Makan Mang Engking Sebroyot, kami memulakan perjalanan ke Kota Pagar Alam yang sejauh lebih kurang 168km dan mengambil masa selama 4 jam lebih bergantung kepada keadaan jalan tersebut dan kelajuan pemandu. Setelah kami menempuh perjalanan selama lebih kurang 1 jam lebih. Kami diberhentikan di Sat Lantas Polres Empat Lawang untuk membuang air kecil dan apa yang sepatutnya. Masa tu memang agak penat dan ngantuk dan memang terbaik sebab diberhentikan di pit stop tu. Setelah itu, perjalanan di sambung dengan di escort/diiring oleh pak polisi. Memang wow terasa!
Pengalaman sepanjang perjalanan memang Tuhan sahaja yang memahami dan memang satu cabaran yang sangat besar dan aku rasa macam dah mula give up. Sepanjang perjalanan 4 jam kami melalui kawasan hutan belantara dengan menaiki van serta jalan yang rosak. Apapun, apabila sudah menempuhi selama 4 jam, aku bersyukur kerana kami selama sampai di Kota Pagar Alam. Masa sampai, waktu tu tengah gerimis dan agak gelap. Jadi memang tak nampak sekeliling di kawasan hotel tu. Tapi hotel yang kami menginap ni pun memang super cantik nak matik. Sebab?
Okay, aku tahu.. Kang makin panjang aku menaip mesti ada yang bosankan? Jadi jumpa di entri seterusnya untuk tahu sebabnya. Nantikan lokasi-lokasi yang menarik di entri seterusnya. Perjalanan dari Malaysia - Kota Pagar Alam ini memakan masa selama satu hari dan satu pengalaman yang tak akan dilupakan. Ingat, jumpa di next entri tau. Terima kasih Dinas Kebudayaan & Pariwisata Sumsel. Rindu dengan manusia yang baik-baik itu.
JELAJAH LUBUK LINGGAU SUMATERA SELATAN DI INDONESIA
Reviewed by Mek Onie
on
Januari 27, 2018
Rating: 5
wow... bestnya...
BalasPadamWah.. cantiknya suasana dekat gubug makan tu..
BalasPadamcantiknyaaa.. yang dekat dengan air tu paling cantik =)
BalasPadamCantik tempat makan buluh tu. Tak sabar nak baca lagi
BalasPadam