PENGALAMAN KE SINGAPURA BERSAMA RAINI TRAVEL

PENGALAMAN KE SINGAPORE BERSAMA RAINI TRAVEL


Pengalaman Ke Singapore Bersama Raini Travel | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Alhamdulillah dah masuk tahun 2018 dan aku masih tak boleh move on dengan kisah perjalanan aku ke Singapore. Untuk posting tentang Singapore, ini adalah perjalanan kedua kali aku ke Singapore dan mengikuti trip Raini Travel. 


Pengalaman pertama kali aku ke Singapore aku adalah dengan trip sendiri, memang konsep redah je weh. 2 hari 1 malam je aku ke Singapore masa trip pertama tu dan langsung tak buat tempahan bilik sebelum sampai ke Singapore. Memang agak tragis jugaklah. Sebab kalau tempah bilik di Singapore secara walk in memang mahal nak matik. Nak cerita, nasib baiklah dah beli simkad Singtel siap-siap di sekitar Singapore then book guna agoda.com. Dapatlah murah sikit. Tu pun kami menginap di dorm sahaja. Alaaaa, jadilah kan. Takat letak kepala pun jadilah. 


Lupakan trip pertama kali aku ke Singapore. Back to the topic. So, untuk trip bersama Raini Travel ini aku join dan waktu bergerak adalah pada waktu malam dan menaiki bas sahaja. Kami tunggu di salah sebuah hotel di sekitar Kuala Lumpur dan aku lupa hotel apa, wahwah.. dan bas tiba. 


"Maka bermulalah perjalanan ke Singapore bersama Raini Travel...."


Untuk makluman semua, aku rasa trip ini sangat menarik, mencabar dan yang pasti jimat kerana dari A - Z korang akan dijaga oleh pihak Raini Travel. Cuma, korang jangan expect dengan perjalanan satu hari ke Singapore dapat memasuki Universal Studios Singapore (USS) tu. Aku sendiri yang dah 2 kali ke Singapore pun masih belum berpeluang ke USS. Apapun, enjoy kisah aku ke Singapure bersama Raini Travel.


Pakej yang aku ambil ini adalah hanya 1 hari ke Singapura dan perjalanan bermula dari Kuala Lumpur dengan menaiki bas.

Tujuan aku menggunakan servis Raini Travel ini adalah kerana ingin merasai sendiri bagaimana dan apa yang disediakan oleh Raini Travel ini. Kebetulan pula aku saja nak membawa hati yang lara (haha, tipu je!) ke Singapura walaupun 1 hari sahaja. Trip kali ini seronok sebab tak payah dah susah-susah nak drive sendiri. Pastu nak kena menunggu di Woodlands Checkpoint. Heiiiiii, bukan aku la nak menunggu di situ. Jadi, trip kali ini memang mudah. Naik bas je dan korang jangan expect la kalau naik bas dan flight macamana. Sejujurnya, flight lagi mudah bagi aku. Tapi why not kalau mencuba pengalaman baru dengan menaiki bas untuk memasuki Singapura? Menarik okay.


PENGALAMAN KE SINGAPORE BERSAMA RAINI TRAVEL


Sebelum masuk ke Woodlands atau Tuas Checkpoint:
  1. Make sure sampai awal pagi.
  2. Isi perut dulu dan bersihkan diri di mana-mana tempat rehat di sekita Johor. Part yang ni jangan risau sebab Raini Travel akan sediakan. Part yang ni korang kena bawak baju siap-siap sebab dah semalaman dalam bas. Haaa, untuk gambar yang cantik, bawaklah baju yang cantik,hehe
  3. Pergi la ke tandas dulu sebelum memulakan perjalanan ke Singapura kerana biasanya kalau hujung minggu atau ada musim perayaan/percutian di checkpoint memasuki Singapura akan sesak dan korang tak akan sempat ke toilet.
  4. Dah siap semua tu, okay korang dah boleh mulakan perjalanan untuk memasuki Singapura.

Semasa di Woodlands atau Tuas Checkpoint:
  1. Pastikan dokumen perjalanan seperti kad pengenalan diri dan passport dijaga rapi supaya tiada masalah semasa memasuki Singapura. 
  2. Perhatikan kenderaan/no.plat yang korang naiki semasa memasuki Singapura kerana korang perlu daftar masuk di Woodlands Checkpoint dan korang perlu keluar dari perut bas yang korang naiki. 
  3. Dah jumpa bas yang naik? Okay jom sambung perjalanan ke Singapura.
  4. Enjoy!

Lokasi wajib yang aku pergi setibanya di Singapura:
  1. Merlion Park
  2. Riverside
  3. Masjid Sultan
  4. Bugis Street
  5. Globe Universal Studios Singapore (tak masuk, sebab memang tak cukup 1 hari)

Korang kena pilih Raini Travel kerana:

  • Sukanya aku mengikuti pakej daripada Raini Travel ini adalah kerana ini adalah pakej bajet dan hanya perlu tempoh masa pada buku merah masih sah digunakan.  
  • Tak perlu pening kepala nak memandu sendiri sebab korang akan di guide oleh Raini Travel dan tak perlu juga nak cari parking kereta yang mengambil masa yang lama. Cakap tidak kepada Autopass Card, Vehicle Entry Permit (VEP), Electronic Road Pricing (ERP).
  • Perjalanan yang mudah kerana sepanjang menaiki bas yang di 'chartered' khas dari TBS/Kuala Lumpur akan bawa korang untuk memasuki Singapura dan menurunkan anda di lokasi-lokasi yang WAJIB TERJAH dan tidak perlu jalan jauh dan 'ketibas'
  • Perjalanan ke Singapura ini akan bertolak pada waktu malam hari Jumaat, melancong di Singapura pada hari Sabtu dan rehat hari Ahad. Jadi, kenapa tidak pilih Raini Travel?
  • Selesai perjalanan ke Singapura, singgah sebentar di Johor untuk merasai keunikan makanan yang ada di Johor.

Suka aku nak kongsikan dengan korang semua, perjalanan ke Singapura masih dibuka dan sesiapa yang nak ke luar Malaysia dan melihat kehidupan negara orang jom tempah sekarang. Kalau nak best lagi, tempah 5 tempat duduk dan dapat 1 percuma tempat duduk. Haaaa, pandai-pandai la korang bahagikan duit tu kalau nak jimat,hehe. 

Apapun trip aku satu hari ni sangat penat kerana rushing untuk satu lokasi ke satu lokasi tapi aku enjoy ! Sebab orang yang guide sangat berpengalaman.

Tarikh trip ke Singapura dengan Raini Travel:
  • 12 - 13 Jan 2018
  • 26 - 27 Jan 2018
  • 2 - 3 Feb 2018
  • 16 - 17 Feb 2018
Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan boleh hubungi : 

No.Tel: 018-777 4594
Email: admin@rainitravel.com


Gambar aku di sekitar Singapura :


PENGALAMAN KE SINGAPORE BERSAMA RAINI TRAVEL

PENGALAMAN KE SINGAPORE BERSAMA RAINI TRAVEL

PENGALAMAN KE SINGAPORE BERSAMA RAINI TRAVEL

PENGALAMAN KE SINGAPORE BERSAMA RAINI TRAVEL




















Untuk mengetahui tentang Raini Travel boleh rujuk link di bawah:




3 ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..