KULIN SEA PRODUK DARI KOREA

Kulin Sea Produk Dari Korea | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Setelah sekian lama aku tak berkongsi tentang produk kecantikan dan sekarang yesss! Again. Produk yang bakal aku kongsikan ini adalah HALAL dan dari KOREA. Kalau korang nak tahu, produk kali ini adalah keluaran daripada Kulin Sea iaitu set Seven Days Later dan UV Protector Puresh yang diformulasikan di Korea. So, sesiapa yang minat dengan produk dari Korea? Please sila baca ini. Serius aku sangat teruja bilamana sesi perkongsian bersama pemilik produk ini.




Mesti korang pening lagikan macamana la nak jaga muka dengan elok dan dalam masa yang sama nak cerahkan kulit muka. Cukuplah kalau ada produk penjagaan muka yang betul dengan adanya set produk yang lengkap. Sejujurnya, aku sangat cerewet bila bab memilih produk penjagaan muka ini. Ada kalanya, produk yang dikeluarkan kadang-kadang tidak sesuai dengan kulit muka kita. Jadi pilihan unuk memilih itu adalah dari diri kita.



Seven Days Later Skincare Set


  • Set penjagaan kulit muka yang premium dan eksklusif.
  • Menggunakan bahan semulajadi sebagai bahan utama untuk produk mereka.
  • Mesra Muslim dan halal.
  • Puresh: Diiktiraf halal oleh GIMDES iaitu Turkey Highest Halal Certification. GIMDES ini diiktiraf oleh JAKIM. 

Set Penjagaan Kulit Muka Kulin Sea ini terdiri daripada:
  • Seven Days Later Waterful Magic Whitening Essence - RM120
  • Seven Days Later Premium Multi Essence - RM292
  • Seven Days Later Fish Collagen Powder - RM98
  • Puresh UV Protector SPF 35PA++ (RM138)




1. Seven Days Later Premium Multi Essence - RM292



  • Datang dalam bentuk bekas yang perlu spray apabila nak digunakan.
  • Sejujurnya aku suka gila dengan essence ini kerana apabila digunakan pada kulit muka, ianya akan membuatkan kulit muka lebih segar.
  • Mampu mengekalkan kelembapan dan mengurangkan kekeringan daripada kulit muka.
  • Menurut bahagian R & D Kulin, Patented Aloe Vera ditanam secara meluas dan tradisional di Korea dan digunakan pada produk ini yang berfungsi untuk melembapkan kulit dan merawat kulit dari dalam sekaligus meningkatkan metabolisme kulit untuk menyerap vitamin yang diberikan.
  • Antara bahan lain adalah ginko, buah dilema, buah tin dan buah mulberry yang mempunyai banyak khasiat. Antara sebabnya menggunakan produk ini adalah untuk membuang kotoran dan kulit mati pada kulit muka serta mengembalikan sel kulit yang sihat dan segar.

Cara penggunaan produk ini: sembur dan dab kan sahaja pada kulit muka dan biarkan kering pada kulit muka.



2. Seven Days Later Waterful Magic Whitening Essence - RM120



  • Diformulasikan daripada 4 bahan semulajadi yang terkenal di Korea. 
  • Mempunyai sumber vitamin C kepada kulit.
  • Mengandungi pelbagai khasiat daripada buah delima, buah tomato dan banyak lagi.
  • Seronoknya, Essence ini tidak melekit langsung dan tidak berminyak pun.
  • Menariknya, produk ini mempunyai kandungan seperti lendiran daripada siput. Bagi mereka yang mempunyai jerawat dan parut, sangat sesuailah menggunakan produk ini.

Cara penggunaan produk ini: Essence ini perlu digunakan sekali bersama Fish Collagen Powder. Untuk pemakaian kedua produk ini, Fish Collagen Powder dan Essence perlu dicampurkan sekali dan sapu kepada muka dengan cara dab pada muka supaya meresap ke dalam kulit muka sekaligus membuatkan kulit muka anjal dan dapat dirawat dengan cara yang betul.



3. Seven Days Later Fish Collagen Powder - RM98


  • Pertama kalikan dengar tentang fish collagen ini.
  • Sangat bagus dan bermanfaat kepada kesihatan.
  • Fish Collagen ini didatangkan dalam bentuk serbuk.
  • Memberikan keanjalan dan memberi nutrisi kepada kulit muka bagi menangani masalah kulit kusam akibat kerosakan kulit muka.
  • Membuatkan kulit muka bertambah cerah dan mengurangkan kedutan serta membuatkan kulit muka terus segar.
  • Part paling penting adalah cara penggunaan produk ini seperti yang aku katakan di atas tadi ini kerana cara pemakaian sangat memainkan peranan iaitu mengurangkan risiko iritasi pada kulit, dab dan pat pada kulit muka sangat penting juga dan mampu menutup pori yang besar.

4. Puresh UV Protector SPF 35PA++ (RM138)



  • Melindungi kulit wajah bagi kedua jenis sinaran matahari iaitu UVA & UVB.
  • Tidak melekit dan selesa dipakai pada kulit muka.
  • Perlu disapu dalam bentuk yang sedikit supaya warna kulit muka tidak pelik.

Kesimpulannya, produk ini sangat sesuai untuk kulit muka aku, cuma part Fish Collagen dan Essence tu perlu disapu secara menyeluruh dan ambil dalam kuantiti sedikit. Overall best! 


WEBSITE | INSTAGRAM | FACEBOOK

1 ulasan:

  1. Uishh banyak juga produk dari Korea ni ye. Saya pun ada guna, isteri punya untuk masker .. tapi bukan jenama ni la. Memang bagus produk2 dri Korea ni.

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..