PENGINAPAN DI SABAH : KIRAM'S VILLAGE,KUNDASANG SABAH

Penginapan Di Sabah : Kiram's Village, Kundasang Sabah  | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Yeayyy! Finally, aku akan nak berkongsi sedikit tentang penginapan yang sangat mengujakan aku sendiri ketika berada di Kundasang, Sabah. Untuk cerita di Sabah inshaAllah aku akan cerita satu per satu mengikut lokasi dan waktu aku pergi. Siap semua cerita aku akan combine semua nanti dalam satu entri untuk memudahkan mereka yang nak pergi ke Kundasang dan Kota Kinabalu. 

PENGINAPAN DI SABAH : KIRAM'S VILLAGE,KUNDASANG SABAH

Cabin yang aku pilih dengan kesesuaian orang yang pergi ketika aku ke Kundasang adalah 4 orang dan aku minta pemilik Kiram Village ini yang tetapkan dan kami dapat Cabbage Cabin. Bukan gambar atas, atas ini pumpkin cabin.




Cabbage Cabin: RM210/malam
Check in: 2 pm
Check out: 12pm
Tuala disewa: RM3/sehelai



Perjalanan daripada Kota Kinabalu International Airport (KKIA) ke Kiram's Village : 2 jam 7 minit (97km)


So, selamat datang ke Kiram's Village korang. Sumpah. Sebelum aku Kundasang, aku hanya nampak Kiram's Village ini sahaja. Disebabkan cabin dia murah dan view dia cantik, aku memang booking di sini sahaja dan ini adalah trip sponsor tau. Ini adalah duit sendiri dan aku sangat suka dengan penginapan yang disediakan oleh Kiram's Village. Maka aku kongsikan di sini untuk tatapan korang semua. Peginapan di Kiram's Village ini juga selalu cepat sold out dan korang kena book cepat-cepat supaya tidak kecewa.


Uniknya Kiram's Village ini adalah nama setiap cabin yang disediakan adalah daripada sayur-sayuran dan buah-buahan seperti: 
  1. Apple & Banana (New!)
  2. Asparagus
  3. Capsicum
  4. Strawberry
  5. Pumpkin *next penginapan
  6. Cabbage *pilihan aku
  7. Broccoli
  8. Pineapple
  9. Chilli & Onion
  10. Mushroom & Potato

Bestnya, harga bermula daripada RM80. Haaaaaa, gilakan. Lokasi ini juga berdekatan dengan Desa Dairy Farm. Dimana Desa Dairy Farm ini wajib pergi ketika pagi dan pilihlah lokasi penginapan yang sesuai supaya tak terburu-buru untuk ke Desa Dairy Farm serta beroleh rezeki mengambil gambar berlatar belakangkan Gunung Kinabalu.


PENGINAPAN DI SABAH : KIRAM'S VILLAGE,KUNDASANG SABAH

PENGINAPAN DI SABAH : KIRAM'S VILLAGE,KUNDASANG SABAH

Laluan nak ke cabbage cabin dan kalau korang perasan belakang aku itu adalah cabbage cabin dan sangat besar. Pun ada diubah suai sedikit cabin yang aku duduk ni. Siap ada tempat bbq.


PENGINAPAN DI SABAH : KIRAM'S VILLAGE,KUNDASANG SABAH

So, inilah Cabbage Cabin yang aku duduk tu. Sebelum ni aku tengok kat website Kiram's Village takde pokok depan tu, jadi nampaklah view dia kan kalau takde pokok tu. Sekali masa aku sampai ada pokok tu haaaa... Jadi view terbatas sedikit la kalau dari loteng. Cabbage Cabin ni, boleh nampak view Gunung Kinabalu.


PENGINAPAN DI SABAH : KIRAM'S VILLAGE,KUNDASANG SABAH



SUDUT DALAMAN DI CABBAGE CABIN

PENGINAPAN DI SABAH : KIRAM'S VILLAGE,KUNDASANG SABAH

Ini bilik aku yang berada di tingkat bawah.


PENGINAPAN DI SABAH : KIRAM'S VILLAGE,KUNDASANG SABAH

Tangga dan sofa yang ada diruang tamu.


PENGINAPAN DI SABAH : KIRAM'S VILLAGE,KUNDASANG SABAH

Dapur yang luas dan baru dibesarkan. 
Memang puas hati.


PENGINAPAN DI SABAH : KIRAM'S VILLAGE,KUNDASANG SABAH

Inilah tempat bbq yang aku cakap tadi. Puas hatikan?
Cuma masa aku pergi, mula tu nak BBQ, tapi macam malas,hahahaha


PENGINAPAN DI SABAH : KIRAM'S VILLAGE,KUNDASANG SABAH

Beranda di tingkat bawah.


PENGINAPAN DI SABAH : KIRAM'S VILLAGE,KUNDASANG SABAH

Tempat wajib bergambar kalau tiba di Kiram's Village.
Dimana tempat aku berdiri adalah di ketinggian 5700 paras laut.


PENGINAPAN DI SABAH : KIRAM'S VILLAGE,KUNDASANG SABAH

Nahhhhh! View dari Kiram's Village.
Cantik wei! Masa ni jam 5petang tak silap. 
Gunung Kinabalu ni sebenarnya ada masa je boleh nampak.
Kalau ada rezeki nampak, kalau takde rezeki nampak kabus jelah haaa.


PENGINAPAN DI SABAH : KIRAM'S VILLAGE,KUNDASANG SABAH

View Cabbage Cabin dari jalan masuk.


VIEW DARIPADA KIRAM'S VILLAGE



Nak dapat view macam ni kena pergi kedepan sedikit.
Serius nak menangis tengok.


PENGINAPAN DI SABAH : KIRAM'S VILLAGE,KUNDASANG SABAH

View dari loteng Cabbage Cabin


PENGINAPAN DI SABAH : KIRAM'S VILLAGE,KUNDASANG SABAH

View dari loteng Cabbage Cabin


PENGINAPAN DI SABAH : KIRAM'S VILLAGE,KUNDASANG SABAH

View dari loteng Cabbage Cabin


PENGINAPAN DI SABAH : KIRAM'S VILLAGE,KUNDASANG SABAH

View dari office Kiram's Village. Cantikkan?


PENGINAPAN DI SABAH : KIRAM'S VILLAGE,KUNDASANG SABAH

Jangan lupa bawak seluar bulu-bulu ke Kundasang. 
Suhu kat sini agak sejuk.
Suhu ketika aku pergi adalah 15 darjah celcius hingga 17 darjah celcius.
Nak sedap bawak sweater tebal-tebal tau.


PENGINAPAN DI SABAH : KIRAM'S VILLAGE,KUNDASANG SABAH


SO BAWAH INI, AKU KONGSIKAN SEDIKIT TIPS KE KUNDASANG.

10 Tips Bercuti Ke Kundasang Dengan Pengalaman Aku Sendiri:

1. Ambil flight awal dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA)
Bila aku banyak google tentang perjalanan orang lain ke Kota Kinabalu, ramai yang akan terus ke Kundasang setibanya di Kota Kinabalu International Airport (KKIA). Hal ini kerana, lebih selamat dan puas hati sekiranya terus ke Kundasang. Takut hari akhir nak balik KLIA tak sempat kejar flight. Jadi bagi sesiapa yang nak Kundasang, better pilih Kundasang dulu sebelum ke Kota Kinabalu. Sekiranya, tiba di KKIA pada waktu malam. Abaikan planning untuk terus ke Kundasang kerana bahaya untuk memandu. Hal ini kerana, kabus mula tebal jam 5.30pm di sekitar Kundasang. Thats why, pilih flight pagi-pagi dan bajet sampai ke KKIA jam tengahari itu sangat okay dah sebenarnya.

2. Naik Kereta Sewa Lagi Lain Macam
Aku sewa kereta je, tak terfikir nak hire travel agent ke apa. Kali ini, aku yang bawak adik-adik jalan dan all decision aku yang buat nak kemana-mana. Disebabkan aku tak sempat nak sewa kereta thru online, maka aku sewa kereta di airport sahaja. So far harga takdelah beza mana pun dari online dan aku pilih MYVI. Huiii, kereta idaman sepanjang masa dan akulah driver sepanjang masa walaupun ada lelaki,LOL.

3. Perjalanan Mengambil Masa Selama 2 Jam
Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang ambil masa selama 2 jam. Jadi, jangan expect jalan nak Kundasang ini lurus sepanjang masa kerana bermula dari Tuaran - Tamparuli akan lalu jalan lurus dan selepas Tamparuli, aku telah memasuki jalan yang mula bengkak bengkok. Jalan nak Kundasang ini sangat mudah kerana dari Tuaran - Tamparuli perlu straight sahaja dan tidak banyak papan tanda. Untuk selamat, korang bukak google map / waze untuk panduan sepanjang ke Kundasang.


4. Isi Minyak, Solat, Cucuk Duit Di Kota Kinabalu
Perancangan yang awal itu adalah sesuatu yang baik. Maka, isi munyak, solat, cucuk duit di Kota Kinabalu adalah lebih baik. Ingat, make sure isi penuh dan belilah makanan kudap-kudap atau bekalan makanan lain siap-siap di Kota Kinabalu. Sekiranya korang nak buat BBQ, korang juga digalakkan untuk membeli bahan di Kota Kinabalu kerana selepas Tamparuli, tidak banyak kedai yang ada. Petrol pam pun sama jugak.


5. Lokasi Yang Wajib Korang Pergi Ketika Dalam Perjalanan Ke Kundasang
Sekitar Tamparuli ada Rumah Terbalik & 3D Wonder Museum yang lokasinya terletak betul-betul ditepi jalan sebelah kiri. Jambatan Tamparuli pula terletak di arah pekan. Tapi lokasi-lokasi tarikan utama di sekitar Tamparuli ni aku tak pergi pun sebab Rumah Terbalik ni tak boleh ambil gambar disebelah dalam dan sangat tak worth it dengan bayaran RM10/seorang tu. Kalau masuk dalam dapat ambil gambar gigih jugak aku nak singgah. Cuma Jambatan Tamparuli je aku tak pergi. Ingat nak singgah masa ke Kundasang. Sekali terlepas. Pastu ingat nak singgah masa balik ke KK. Pun terlepas jugak,kah!


6. Peringatan Buat Muslim
Selepas simpang Tamparuli tu yang menghala ke Kundasang ada beberapa gerai tepi jalan. Tengok macam menyelerakan. Tetapi sebenarnya yang dijual itu adalah sinalau bakas atau lebih dikenali adalah babi hutan salai. Pernah terjadi, ada beberapa orang muslim singgah membeli kerana tidak tahu apa maksud sinalau bakas tu. So, setiap makanan di Kundasang itu berhati-hati sebelum beli. Kalau nama pelik-pelik tu better tanya dulu. 


7. Kedai Makan Di Kundasang
Seriously, di Kundasang tu tak banyak kedai makan pun, yang ada kedai di sekitar pasar malam (lupa pulak aku nama kedai tu) dan KFC. Nak puas hati belilah makanan sesiap dan masak je kat homestay sekiranya ada disediakan tempat masak.


8. Nak Tengok View Gunung Yang Cantik
Sumpah! Sape datang Kundasang dan tak berniat nak tengok Gunung Kinabalu tu anda adalah manusia yang sangat merugikan, serius! So, masa yang sesuai untuk korang tengok view Gunung Kinabalu tanpa ada kabus adalah pada jam 6 pagi hingga 10 pagi. Tu pun masa aku pergi, jam 10 pagi dah mula berkabus. Bangun awal dan jangan lupa untuk tengok sendiri Gunung Kinabalu yang tersergam indah itu. Tak lekang mata aku untuk pandang Gunung Kinabalu tu,dengan suhu yang sangat mengujakan. View yang cantik. Rasa sayang nak menetap duduk situ je.


9. Desa Dairy Farm
Waktu yang wajib pergi ke Desa Dairy Farm ini adalah pada waktu pagi dimana lokasi ini dibuka jam 8am dan datanglah seawal yang boleh untuk dapatkan gambar yang cantik. Sampai Desa Dairy Farm ni jangan lupa cuba susu segar, puding dan aiskrim tau. Cuma aku, aku tak minum susu pun, sebab aku takut muntah semasa perjalanan balik. Jadi tapau sikit je susu segar. Tak boleh beli banyak, takut rosak nanti susunya. 

10. Lokasi Menarik Di Kundasang
  • Pekan Nabalu - Ole-ole murah di sini berbanding di Kota Kinabalu
  • Kinabalu Park - Starting point untuk hiking ke Gunung Kinabalu dan Tiket masuk RM3/seorang. Biasa lokasi ini, ramai yang bergambar di pintu gerbang sahaja, tak masuk pun takpe.
  • Pekan Kundasang - Khamis, jumaat ada pasar tamu.
  • Desa Dairy Farm - Tiket masuk RM5/seorang
  • Kundasang War Memorial - Tiket masuk RM2/seorang. Naiklah dan tengok peninggalan dulu.
  • Poring Hot Spring - Kolam air panas dan aku tak pergi pun.
  • Sabah Tea Garden - Boleh la nak pergi ambil gambar.
  • Fish Massage di Kg.Luanti - Perjalanan ke Kg.Luanti ni mengambil masa selama 1 jam pun sama dengan Sabah Tea Garden. Jauh gak la. HAHA.

PENGINAPAN DI SABAH : KIRAM'S VILLAGE,KUNDASANG SABAH

Hari pertama tiba di Kiram's Village dan tiba di bumi Kundasang aku teruja untuk lihat Gunung Kinabalu ini. Rezeki kami berpeluang untuk melihat Gunung Kinabalu dengan jayanya. Nak sampai atas tu entah bila la kan. InshaAllah one fine day, hihi. So, korang dah pernah sampai ke Puncak Gunung Kinabalu? Kalau dah, sharekan la pengalaman sepanjang mendaki Gunung Kinabalu tu. Nak baca. InshaAllah akan berada di sini pada tahun hadapan lagi bersama family. Yeay!

23 ulasan:

  1. cantik permandangan kat sana.. kena masuk list untuk bercuti ni.. adik pun ada dekat sabah jadi cikgu..dia pun kata sabah tempat lawa2

    BalasPadam
  2. Waa bestnya, menarik tempat ni. Nampak nyaman je. Kundsang memang best. Seronok kalau dapat pergi sini

    BalasPadam
  3. Seronoknya dapat pergi sabah.. penginapan yang begitu selesa sekali.. nice!

    BalasPadam
  4. Subhanallah..cantik sungguh pemandangan Kundasang...masih dalam wishlist lagi..takde geng nak pi la..kalau bleh nak bawak family tapi masalahnya mak abah tak sihat sgt..pi tempat sejuk sure diorang tak tahan kan..

    BalasPadam
  5. Akak tak pernah sampai desa diary farm lagi. Kena kesana lagi tapi tak tahu bila lagi. Tapi kalau kesana boleh stay kat Kirams Village ni. Sejukkkk kan??

    BalasPadam
  6. Tuala kena sewa jugak ke Onie? Huhu. Ke kalau nak add-on? Btw, view mount Kinabalau tu memanglah cantik. Bilalah nak kesana ni. Cabin pun cantik, tak pernah lagi stay kat cabin macam ni. Nampak macam obersea dah.

    BalasPadam
  7. Cantiknya pemandangan di sini ..sekali pandang suasananya macam luar negara .. sapa cakap di Malaysia takde tempat-tempat kehijauan macam ni kan .. udara sini sah2 segar bugar

    BalasPadam
  8. Cantiknya. Pernah singgah je kat kundasang ni dulu. Pastu g kaki gunung kinabalu. Ada rezeki boleh pergi lagi..

    BalasPadam
  9. Haha blog ni dtg tepat pada masanya hehe mmg mak hilma pun nak ke sini sbb kwn di cerita best gi kundasang..sejuk pun sejuk hehe..kitorg mmg nak aim pegi desa dairy farm tu..skrg tgh survey2 tempat..tgk kiram village ni bagus la..blh la try nnt

    BalasPadam
  10. cute sngat cabin mcm tu. lagi2 mengadap pemandangan cantik bak new zealand

    BalasPadam
  11. Bestnya dapat duduk kat kawasan sejuk di Kundasang tu kita pergi singgah jer tak pula bermalam kat sana teringin nak pergi lagi bila lah Sabah di hati...

    BalasPadam
  12. Thank you entry ni. Memang alang-alang nak ke sana lepas raya nanti. Tengah survey jugak pasal kat sana.

    BalasPadam
  13. The view from the cabin so beautiful. It seems like at oversea. The cabin quite big too and attractive. Next time I can explore Sabah.

    BalasPadam
  14. Cantiknya pemandangan kat karam valleys ni. Siap boleh nampak view gunung kinabalu. Indahnya ciptaan Tuhan. Entah bila nak ke sini. Moga ada rezeki nak ke sini.

    BalasPadam
  15. Bestnya pergi Kundasang. Memang plan nak pergi Kundasang sebab pemandangan sana cantik

    BalasPadam
  16. Perghhhh cantik betul laaaa tempat ni.kita pernah 2x pi ke kundasang ni..tapi dua2 stay kt kinabalu pine resort tu...nx time boleh la stay kt sini pulak

    BalasPadam
  17. Bestnya mekonie. Sis mmg terpikir nk ke sana. Nanti kalau gi nk dok sini lah

    BalasPadam
  18. Akk dan famili pernah menginap di kiram ni. Mmg best sbb pemandangan cantik. Tapi time kitaorg pegi ms tu musim byk lalat

    BalasPadam
  19. I am liking the outlook of the cabin...it looks very similar to those english cottages...i will consider this place for sure when i visit sabah...even the surrounding scenery looks beautiful

    BalasPadam
  20. i always wanted to go Sabahand this place really beautiful ya. I wanna try the cottage that you stay la.. now checking thru rates...

    BalasPadam
  21. tq mek the info.. mmg tgh riki kiram village ni.. my next destination .. huhuu

    BalasPadam
  22. Blh tahu sewa kereta myvi berapa rate dia?

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..