PENCARIAN WANITA MELAYU 2018 SUDAH BERMULA

Pencarian Wanita Melayu 2018 Sudah Bermula | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, korang mesti excited nak tahukan siapalah agaknya yang layak ke peringkat seterusnya. Untuk makluman semua, seramai 30 orang finalis telah berjaya untuk ke peringkat semi final. Jadi, kalau korang nak kenal siapa yang layak jangan lupa untuk datang ke Plaza Masalam di Seksyen 9, Shah Alam. 






Buat tahun kelima penganjuran PENCARIAN WANITA MELAYU – PLAZA SHAH ALAM (PWM2018) kembali membuka peluang buat semua gadis Melayu di luar sana untuk bergelar Ikon Wanita 2018. Apa yang lebih istimewa kali ini, pihak Plaza Shah Alam sebagai penganjur utama membuka peluang buat gadis “Curvy” untuk turut serta mencuba nasib bergelar Ikon Wanita Melayu.


Puan Azura Mokhtar (tengah) diapit Karl Shafek dan Encik Rizwan (General Manager Ice-Watch) bersama pemenang Pencarian Wanita Melayu 2014-2017


Penyertaan secara dalam talian dibuka untuk peserta mendaftar sejak akhir Januari 2018 lalu menerusi laman web rasmi www.plazashahalam.com dengan syarat lengkap penyertaan. Peserta dikehendaki mengisi setiap butiran tersedia dan menyertakan gambar terbaik mereka sebagai rujukan pihak penganjur dan kordinator.


Sesi uji bakat bakal diadakan pada 7 April 2017 (Sabtu) bertempat di Plaza Shah Alam bermula jam 11 pagi bagi sesi pertama dan jam 2 petang bagi sesi kedua. Bagi sesi uji bakat ini pemarkahan para peserta akan dinilai daripada sudut personaliti, skil komunikasi dan bakat yang untuk ditonjolkan.  Beberapa soalan akan diajukan oleh juri terpilih bagi melihat keupayaan serta kebolehan para peserta dalam menjawab soalan secara spontan dalam masa yang ditetapkan.


Puan Azura Mokhtar Bersama General Manager Ice-Watch En Rizwan


“MALAY GIRLS RULE!"

Seiring dengan kempen global woman empowerment yang semakin hangat diperkatakan, pihak Plaza Shah Alam mengambil peluang serupa dangan menggunakan tag line “MALAY GIRLS RULE!” yang akan menjadi tag line rasmi yang akan digunakan sepanjang tempoh penganjuran Pencarian Wanita Melayu 2018 tahun ini.

MENTORING SESSION

Buat pertama kalinya sesi mentoring akan diadakan pada tahun ini buat 12 finalis yang terpilih. Empat mentor terpilih adalah pemenang Pencarian Wanita Melayu yang terdahulu terdiri daripada Ashira Kaseh (Pemenang 2014), Ayu Harris (2015), Hazwani Zaini (2016) dan Nurul Ain pemenang Pencarian Wanita Melayu tahun lalu.


Pemenang PWM Dari kiri Ashira Kaseh (2014) Hazwani Zaini (2015) Ayu Harris (2016) dan Nurul Ain (2017).

Setiap mentor akan mengendalikan 3 finalis yang akan dibentuk personaliti, keyakinan serta imej mereka sebagai wanita Melayu dalam beberapa aktiviti yang telah disusun. Kelas solekan, etika, pertandingan memasak dan aktiviti luar sebagai riadah telah disusun sepanjang tempoh seminggu sebelum mereka melangkah ke sesi final PWM2018.


HABIB JEWELS SELAKU PENAJA UTAMA PENCARIAN WANITA MELAYU 2018 (PWM2018)

Seperti tahun sebelumnya, HABIB JEWELS menjadi penaja utama program Pencarian Wanita Melayu 2018 kali ini bersama ICE-WATCH. Antara penaja lain yang turut memberi sokongan terhadap penganjuran PWM2018 adalah Elianto Makeup, ARCO.MY, D’Qapas, Original Classic (OC), NRCosmetics (NRC), Shaiful Azley Affaley dan Ani Catering & Wedding Planner

Berikut merupakan tentatif yang telah disusun untuk acara Pencarian Wanita Melayu 2018 (PWM2018)

31 Mac 2018 : Sesi Ujibakat di ruang legar Plaza Shah Alam
5 April 2018 : Press Conference Pencarian Wanita Melayu 2018
21 April 2018 : Semi-final Pencarian Wanita Melayu 2018
22 April 2018 : Mentoring Session : Rock Climbing, Kelas Etika, Perundingan Imej & Sesi Fitting Acara Final
23 April 2018 : Kelas & Demo Solekan Bersama ELIANTO di Elianto HQ, Mid Valley
25 April 2018 : Lawatan ke HQ Habib Jewels selaku penaja utama Pencarian Wanita Melayu 2018 (PWM2018)
26 April 2018 : Pertandingan Memasak di Plaza Shah Alam
28 April 2018 : Acara Kemuncak Pencarian Wanita Melayu 2018 di Plaza Shah Alam pada 2 - 5 Petang


Pemenang PWM 2014 - 2017

ACARA MENARIK FINAL PENCARIAN WANITA MELAYU 2018

Untuk memberi kelainan, buat pertama kalinya Pencarian Wanita Melayu memperkenalkan pengacara lelaki bagi acara separuh akhir dan acara kemuncak final PWM2018. Karl Shafek diberi kepercayaan mengemudi acara ini sebagai pengacara dan bakat baru meningkat naik, Ismail Izzani akan membuat persembahan di acara kemuncak Pencarian Wanita Melayu 2018 yang abakal berlangsung pada 28 April ini.


TENTANG PENCARIAN WANITA MELAYU – PLAZA SHAH ALAM

Mula dianjurkan pada tahun 2014, Pencarian Wanita Melayu diwujudkan bagi mencari gadis Melayu yang masih mengamalkan gaya hidup Melayu dalam dunia serba moden hari ini. Peserta yang diangkat sebagai pemenang utama akan diberikan gelaran Ikon Wanita yang melengkapi ciri-ciri seperti personaliti menarik, beretika dan memiliki pemikiran yang seiring dengan kemajuan dunia moden hari ini. Sepanjang penganjuran acara ini, empat Ikon Wanita telah diangkat iaitu Ashira Kaseh, Ayu Harris, Hazwani Zaini dan Nurul Ain Basiron.


1 ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..