PENGINAPAN DI SABAH : ELOPURA VACATION APARTMENT III BERBALOI
Penginapan Di Sabah : Elopura Vacation Apartment III Berbaloi | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Turn back to Sabah. Yuhuuuu.. Masa di Sabah haritu, mula aku nak ambil hotel je, tapi fikir balik, macam payah pulak hotel dan aku decide untuk sewa homestay. Duduk sekali harung je dalam homestay tu dengan adik aku dan kawan-kawan dia.
Cara buat tempahan homestay ni mudah sahaja. Sebab aku lebih suka cari di Agoda.com . Entah, banyak-banyak website yang tawarkan hotel, aku tetap pilih Agoda tu haaaa. Bagi aku Agoda ini sangat menjimatkan berbanding website lain serta sangat mudah untuk aku cari hotel yang ikut citarasa aku sendiri.
Harga untuk penginapan 3 hari 2 malam aku ini adalah berjumlah RM372.26 sahaja. Bahagi 4 orang sorang RM93/pax sahaja dengan rumah sebegitu selesa dan luas! Jimat weh. Maksimum untuk stay di sini adalah seramai 5 orang sahaja. Tapi aku tak pasti pulak kalau boleh masuk ramai-ramai. Sebab rumah dia memang luas gila. Haritu aku ada tanya owner homestay ni melalui website agoda dan dia reply sangat cepat. Waktu nak check in tu pun mudah dan tak perlu pun jumpa owner tu sebab cara check in dia memang lain dari yang lain dan aku sangat salute dengan cara owner homestay ni buat. Nak tahu macamana cara check in dia, haaa korang kena la menginap sendiri,hehe..
Sebut hal dekorasi, tak disangkal lagi. Aku bagi 9/10 sebab dia punya dekorasi ni memang sangat moden dan mewah. Aku sendiri terkejut bila masuk homestay tu. Sebagai penyewa adalah lebih baik jika kita menjaga rapi homestay ini seperti mana kita mula-mula masuk ke homestay ini. Tak silap aku dia banyak homestay kalau perasan di Agoda sebab dia punya nama ada 1,11 dan 111. Mungkin 3 homestay la kot dan lokasi yang sama aku duduk ni. Yang aku duduk ini adalah Elopura Vacation Apartment III.
Kalau korang nak tengok design dan jenis homestay lain boleh klik link bawah ni:
As you can see, ini adalah ruang tamu dia. Besar dan luas. Perabot dia semua cantik-cantik dan masih baru.
Dapur dia lengkap segalanya. Luas pun iye. Rasa nak baring-baring kat dapur pun boleh. Peti ais, microwave, mesin basuh, dapur masak, pinggan mangkuk. Eh semua la lengkap.
Dan ini bilik aku dan adik aku. Katil dia pun Allahu cantik. Tengok je macam tu kan? Sebenarnya tilam dan bantal dia tu serupa kat hotel dah. Gebu weh. Setiap bilik ada aircond. So, apa benda lagi yang tak puas hati? hehe
Sebelum aku lupa, kalau stay di sini.. dia punya parking kereta memang dah ada disediakan sebab ni rumah apartment dan agak privasi tu yang aku suka. Kalau park kat hotel belum tentu senang nak dapat parking. Bagi aku, pemilihan hotel masa travel ni pun sebenarnya aku agak cerewet sikitlah terutama kalau hotel yang jenis shop lot tu,huhu... part ni nanti aku cerita lain. Apapun, aku akan stay sini lagi sekiranya datang ke Sabah. Cantik dan owner dia sangat peramah dan sangat membantu. Terima kasih kerana memuaskan hati kami sebagai pelanggan.
mewahnya..:)
BalasPadam