3 LANGKAH MUDAH DENGAN ALTHEA BARE ESSENTIALS



3 LANGKAH MUDAH DENGAN ALTHEA BARE ESSENTIALS

3 Langkah Mudah Dengan Althea Bare Essentials | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Yeay, finally. Althea Korea telah keluarkan produk kedua. Good job Althea Korea!.. aku akan pilih produk yang berasaskan bahan alami iaitu bahan semulajadi dan yang pasti setiap apa yang aku nak mesti aku akan refer pada review atau kadang-kadang tu, aku lah tukang review nombor satu. Haaaa, perasan sangat, tapi bila sebut Your Skin Completes Makeup ini dan siapa yang beli set Bare Essentials ini sah-sah untung sebab harga kesemu produk ini adalah RM116 SAHAJA


Fuh! 





Pernah dengar Althea?

So, kalau korang pernah dengar Althea yesssss! korang adalah seorang yang sangat peka dengan keadaan sekeliling, gichuuuuu.. betul! Kadang-kadang mesti korang akan tercari-cari dan google apakah produk yang berbaloi-baloi untuk kulit muka. Jujur aku kata, produk dari Korea ini memang tak pernah mengecewakan. Pernah dengar Innisfree? Pernah dengar Skinfood? Pernah dengar The Saem? dan pernah dengar Althea Korea? Yessss, semua tu Made In Korea. Shipping dari Althea ini adalah worldwide dan siapa yang nak beli boleh ke website Althea. Jangan risau, sebab website Althea ini sangat user friendly dan memang banyak gila produk yang boleh pilih.


Tak puas hati dengan produk yang korang order tu? Takpe jangan risau, korang boleh return balik (terma dan syarat). Thats why aku suka membeli di Althea kerana servis yang ada sangat memudahkan kita. Hampir 3 tahun aku memborong di Althea Korea iaitu di www.althea.kr. Lately ni, aku memang jaga betul-betul kulit muka, haha.. Maklumlah ikut trend! Tapi bila 'ikut trend' itu telah disalah ertikan lama-kelamaan penjagaan kulit muka ini menjadi rutin harian untuk mengelakkan kulit muka terus rosak.


3 LANGKAH MUDAH DENGAN ALTHEA BARE ESSENTIALS


Jujur aku kata, dulu jahil nak matik bab penjagaan kulit muka ni. Bila aku dah terjebak dengan barangan penjagaan muka yang ada. Aku jadi gian dan kalau boleh nak try semua! Jadinya, antara produk yang aku dapat untuk brand Bare Essentials ini adalah:

  1. Contour Cleanser
  2. Primer Water
  3. Fixer Cream

3 LANGKAH MUDAH DENGAN ALTHEA BARE ESSENTIALS

  • Althea : Contour Cleanser
Bagi aku, untuk mendapatkan kulit yang cantik adalah bermula daripada pembersihan muka iaitu pembersih muka apa yang kita guna, bagaimana disiplinnya kita untuk menjaga kulit muka. For me, untuk mendapatkan kulit muka yang cantik adalah bermula dengan kulit yang bersih dan segar. Buat masa sekarang, aku memang jarang gunakan make up kerana untuk menjaga kulit muka agar lebih terjaga dan segar. 


Untuk langkah pertama penggunaan Althea Bare Essentials ni aku gunakan Contour Cleanser yang kalau korang nak tahu fungsi dia adalah bukan sekadar pembersih muka, malah boleh dijadikan sebagai Facial Mask. Wow sangatkan. Dengan buih-buih yang terhasil, Althea Bare Essentials berfungsi sebagai membuang/membersihkan kotoran dimana boleh meningkatkan kitaran darah pada muka. Selain itu juga, pembersih muka ini boleh membuatkan kulit muka kita akan jadi V-Shaped! Bagi yang sudah menggunakan contour cleanser ini, jangan terkejut kerana produk ini mempunyai kapsul micro yang bertujuan untuk memulihkan sel-sel kulit mati dan meninggalkan kulit muka yang segar dan sejuk. Serius. Aku suka gila dengan pencuci muka ni. Apa yang penting, untuk penggunaan dan nak dapat kesan yang lebih baik kenalah pakai Primer Water dan Fixer Cream. 


3 LANGKAH MUDAH DENGAN ALTHEA BARE ESSENTIALS


Apa yang aku nak kata:

  1. Pembersih muka ini sesuai untuk semua jenis kulit muka. 
  2. Nakkan sesuatu yang segar pada kulit muka? Yess.. korang kena cuba pakai pembersih muka ni.
  3. Tiada alkohol dan SLS pada contour cleanser ini.
  4. Dengan menggunakan sedikit sahaja pada tapak tangan, aku jamin..ianya akan membuatkan si pemakai terus terkesima dengan pencuci muka ini.
  5. Selain itu, contour cleanser ini mengandungi ice plant di mana ianya untuk hidrasi dan membuatkan kulit muka 'calm redness' serta mempunyai lemon myrtle yang diperkaya dengan vitamin c dan antioksida untuk menguatkan kulit muka serta menegangkan kulit muka.
  6. Boleh dijadikan sebagai facial mask juga! Power tak?
Saiz: 150 g / 5.29 oz
Jenis kulit: Sesuai untuk semua jenis kulit.
Harga: RM23
Rating: ⭐⭐⭐⭐⭐




3 LANGKAH MUDAH DENGAN ALTHEA BARE ESSENTIALS

  • Althea : Primer Water
Langkah kedua ini sangat mudah dan aku rasa dah ramai yang mencuba primer water dan mereka suka dengan produk ini. Sejujurnya, aku suka sangat primer water ini kerana teksturnya sangat ringan dan tidak seperti toner yang lain. Non-greasy dan sudah semestinya cepat serap. Primer water ini berfungsi sebagai untuk melembutkan, menghidratkan dan berfungsi sebagai 'balm-like'. 'Dewdrops' ini bertindak sebagai untuk meningkatkan kelembutan pada kulit muka. Selain itu juga, primer akan melancarkan/mengurangkan kulit muka yang tidak sekata.


3 LANGKAH MUDAH DENGAN ALTHEA BARE ESSENTIALS


Apa yang aku nak kata:

  1. Mempunyai Makro Teknologi Dispersi Fluidik yang berfungsi sebagai mengecilkan liang-liang roma dan melembapkan kulit muka. 
  2. Mengandungi salji lotus yang bertindak untuk melembutkan kulit muka, menngkatkan kelembapan kulit.
  3. Dewdrop ini diformulasikan untuk mengembalikan kulit muka yang tidak bermaya dan memberikan kelembapan yang segera.
  4. Selesa bila disapu pada kulit muka.
  5. Mudah serap dan tidak melekit pada kulit muka.
Saiz: 200ml / 6.76fl. oz
Jenis kulit: Sesuai untuk semua jenis kulit.
Harga: RM43
Rating: ⭐⭐⭐⭐⭐





3 LANGKAH MUDAH DENGAN ALTHEA BARE ESSENTIALS

  • Althea : Fixer Cream
Langkah ketiga dengan menggunakan fixer cream di mana pelembap ini bertujuan untuk melembapkan kulit muka, hidratkan kulit muka selama lebih 24 jam untuk segarkan kulit muka. Cara pemakaian krim ini sangat mudah dan dengan hadir seperti di gambar atas, ia memudahkan lagi si pemakai untuk memakai cuma tahap kebersihan tiada (unhygenic). Sejujurnya, aku sendiri tidak berapa minat kalau product skincare seperti di atas. Jadi, untuk menjaga kebersihan pada produk ini, kenalah pakai sudu kecil.


3 LANGKAH MUDAH DENGAN ALTHEA BARE ESSENTIALS


Apa yang aku nak kata:

  1. Trehalose - Humectant untuk mengekalkan kulit muka lebih lembap.
  2. Wild Green Tea - Hidrasikan kulit, skin soothing dan pack with antioxidants
  3. Baobab Tree Extract - Tidak melekit 

Saiz: 50g / 1.76 oz
Jenis kulit: Sesuai untuk semua jenis kulit.
Harga: RM50
Rating: ⭐⭐⭐⭐




3 LANGKAH MUDAH DENGAN ALTHEA BARE ESSENTIALS


Overall, inilah 3 langkah muda untuk dapatkan kulit yang cantik dan aku suka dengan rekaan packaging yang minimalis ini. Cantik dan sangat cool. Tahniah juga buat Althea atas penghasilan produk kedua dari brand Althea sendiri. Mostly, selepas sebulan aku memakai produk ini, ternyata ianya berhasil pada kulit muka aku dan tidak kering. Maklumlah, bila bekerja di pejabat yang suhunya sangat sejuk (lebih kurang 16˚c). Jadi, inilah cara penjagaan kulit muka aku. So, kat mana nak beli produk ni? Haaaa, korang boleh refer link bawah ni jugak. Thank you korang sape sudi baca sampai habis ✨✨✨✨



Salam Sayang,
mekonie@yahoo.com

2 ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..