JOM KE PAMERAN ICE AGE ALIVE 2018 DI KUALA LUMPUR

Jom Ke Pameran Ice Age Alive 2018 Di Kuala Lumpur | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. 11 Mei 2018 yang lalu, aku telah menjadi orang yang pertama untuk merasai sendiri dunia haiwan mamalia yang telah wujud Zaman Pertengahan di mana zaman ini merupakan zaman kedua dalam pembahagian tradisional sejarah Eropah kepada tiga zaman iaitu Taman Klasik Purba, Zaman Pertengahan dan Zaman Moden. Zaman ini juga merupakan zaman perubahan besar dalam kebudayaan, politik dan ekonomi di Eropah.


JOM KE PAMERAN ICE AGE ALIVE 2018 DI KUALA LUMPUR

JOM KE PAMERAN ICE AGE ALIVE 2018 DI KUALA LUMPUR



Sewaktu pelancaran Pameran Ice Age Alive 2018 di Lanai, MaTiC, Jalan Ampang Kuala Lumpur yang lalu, pegawai-pegawai Kementerian / Agensi, media-media dan juga YBhg. Datuk Rashidi Hasbullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis pelancaran ini. Turut hadir, Kaka Azraff untuk persembahan nyanyiannya dan majlis sangat meriah. Tahniah saya ucapkan.


JOM KE PAMERAN ICE AGE ALIVE 2018 DI KUALA LUMPUR

JOM KE PAMERAN ICE AGE ALIVE 2018 DI KUALA LUMPUR


Berbalik kepada Pameran Ice Age Alive 2018 ini, orang ramai juga turut dapat merasai kesejukan dan pengalaman interaktif sepanjang pameran ini. Pameran ini, telah dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 13 Mei 2018. Pameran ini akan membuatkan pengunjung terpaku dengan kehadiran haiwan purba termasuk dinosaur, gajah mamot dan hidupan marin zaman purba yang dihidupkan kembali melalui penggunaan teknologi bagi membawa pengunjung merasai sendiri di zaman tersebut. 


JOM KE PAMERAN ICE AGE ALIVE 2018 DI KUALA LUMPUR

JOM KE PAMERAN ICE AGE ALIVE 2018 DI KUALA LUMPUR


Pameran ini juga dapat memberikan manfaat kepada pengunjung kerana kita dapat merasai sendiri kehadiran makhluk mega fauna. Selain dinasour, turut dipamerkan makhluk mega fauna lain yang telah pupus seperti kucing purba, Giant Wooly Mammoths hingga Saber-Toothed Tigers. 


JOM KE PAMERAN ICE AGE ALIVE 2018 DI KUALA LUMPUR


Selain korang dapat merasai makhluk mega fauna dan zaman ais batu ini, pengunjung juga dapat melakukan aktiviti seperti:
  • Jumping castles
  • Ice skating rink
  • Fossil digging & ice age crafts
  • Games & Amusement activities
  • Merchandise
  • Interactive entertaiment & video documentaries
  • Themed food & beverages
  • See ice age giants from across the world termasuk America, New Zealand, Australia dan Eropah
  • dan banyak lagi.


Pameran ini akan berlangsung bermula 13 Mei 2018 hingga 31 Disember 2018 pada jam 10.00 pagi hingga 7 malam setiap selasa hingga ahad termasuk hari cuti umum. Tetapi sepanjang ramadan ini, pengunjung dapat merasai diskaun sebanyak 50% dan waktu operasi bermula 1 petang hingga 10 malam. Jadi sekiranya ada sebarang pertanyaan bolehlah hubungi ditalian 03-2170 6333. Kot nak bawak rombongan jumpa makhluk mega fauna di Ice Age Alive 2018 kan? Saya dah sampai ke pameran ini? Anda bila lagi? Jomlah bawa anak-anak, aku yakin anak anda akan terkesima melihat dinosaur besar yang amat nanti.
TIKET MASUK DIBERI DISKAUN SEBANYAK 50% SEPANJANG RAMADAN KEPADA PENGUNJUNG. 

WEBSITE : ICE AGE ALIVE 2018

2 ulasan:

  1. Wah menariknya. Dah la tiket masuk diberi diskaun sebanyak 50%. Murahnya boleh bawa sekeluarga datang melawat. Adik Ika sure suka ni. Suka dengan sejarah purba ni.

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..