CLAY MASK KOREA ID.AZ DERMASTIC BEST

Clay Mask Korea ID.AZ Dermastic | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Yeayyyyyyy! Happy Friyay semua. So, kali ini aku nak berkongsi berkenaan ID.AZ DERMASTIC CLAY MASK di mana kali kedua aku dengar tentang jenama produk penjagaan kulit dan ianya  sangat berkesan dalam beberapa minit. Pertama sekali, jenama produk ini baru sahaja berada di Watsons sekitar tahun 2017 ini. Untuk pengetahuan semua, clay mask ID ini berharga RM59 setiap satu. Clay Mask ID ini korang wajib cuba, bagi peminat clay mask, yesss ini adalah peluang yang terbaik untuk mencuba jenama ini dan rasai hasilnya sendiri. Sejujurnya, aku suka gila dengan clay mask ID ini. 


Jemput baca review : ID.AZ DERM FIT MASK



*Good News: Mask ini sesuai untuk lelaki juga. Beli la kat watson, confirm ada! hehe

Untuk makluman semua, clay mask ID ini dicipta kerana ramai pencinta kecantikan obses dengan pembedahan dan rawatan muka sehingga menimbulkan kesan yang buruk kepada wajah dan mampu membuatkan diri sendiri tidak berapa yakin untuk berhadapan dengan orang ramai termasuk melihat muka sendiri. Jadi, motif utama clay mask ID ini dicipta/dikeluarkan/dihasilkan adalah kerana menjadikan rawatan utama kepada kulit muka tanpa membuang masa untuk bergerak ke spa, menghabiskan wang di mana rawatan atau pembedahan bakal menelan kos yang tinggi. Jadi, disebabkan adanya clay mask ID ini, ia mampu membantu pencinta kecantikan terutama bagi yang ada masalah kulit sensitif selepas pembedahan atau rawatan. 


Masih ragu-ragu untuk menggunakan clay mask ID ini? Dah! Tak payah nak berkira sangat. Kat rumah je dah boleh membuat rawatan, dah boleh cantik-cantik dengan hanya menggunakan clay mask ID ini. Penggunaan clay mask ID ini pun sebenarnya sangat mudah kerana idplacosmetics ini sendiri mencipta clay mask ini dengan hanya memakai selama 5 minit bagi sesiapa yang nakkan rawatan muka yang cepat bagi melicinkan dan membersihkan kulit secara mendalam.


Sebab kenapa aku cadangkan clay mask ID ini untuk rawatan kulit muka? Sebab penyelesaian aku untuk clay mask ID ini adalah sangat terbaik dan bebaskan daripada masalah kulit. Lagi-lagi part jerawat,muka berminyak dan kulit kombinasi. Semua gelabahkan kalau jerawat mula keluar di muka? Segala permasalahan kulit muka ini terjadi bergantung kepada sebab-sebab tertentu dan perlukan rawatan yang berbeza. Penyelesaian yang paling wajib diterima adalah dengan menggunakan hanya satu beberapa clay mask pada bahagian yang tertentu.




Clay Mask ID ini mempunyai 4 fungsi dan 4 warna yang berbeza mengikut penggunaan atau fungsi pada kulit muka kita dan antaranya adalah:

  1. ID.AZ Dermastic Hydrating Clay Mask - Pink
  2. ID.AZ Dermastic Oil Control Clay Mask - Hijau cair
  3. ID.AZ Dermastic Pore Clean Clay Mask - Kelabu
  4. ID.AZ Dermastic Brigthening Clay Mask - Kuning




ID.AZ DERMASTIC HYDRATING CLAY MASK - HARGA: RM59.00/pack
INTENSE - MOISTURIZING
Melembapkan kulit muka 

Dermastic Morocca Lava Clay Mask ini bertindak sebagai hidratkan kulit muka, memberi tenaga, memberi kelegaan pada kulit muka dari nampak kusam dan tidak bermaya. Bahan yang digunakan dalam clay mask ini berasal daripada Moroccan Lava Clay, Calamine, Pomegranate dan bahan-bahan ini membantu untuk melegakan kulit muka serta membiarkan kulit muka sentiasa lembap. 



ID.AZ DERMASTIC OIL CONTROL CLAY MASK - HARGA: RM59.00/pack
T-ZONE - NO SEBUM
Mengawal kulit muka berminyak

Dermastic Oil Control Clay Mask ini bertindak untuk menyeimbangkan kulit muka yang berminyak bagi sentiasa kulit muka terus segar dan sihat. Pemakaian clay mask bagi jenis oil control ini adalah bersesuai di tempat yang sentiasa menghasilkan minyak iaitu dibahagian T-Zone muka. Jadi pemakaiannya juga hendaklah disapu sekitar T-Zone pada kulit muka.  Bahan yang digunakan dalam clay mask ini berasal daripada Canadian Glacier Clay, Calamine, Avocado dan bahan-bahan ini membantu untuk menenangkan kulit muka daripada jerawat dan kotoran serta membuang lebihan minyak. 



ID.AZ DERMASTIC PORE CLEAN CLAY MASK - HARGA: RM59.00/pack

Pore - Tightening

Mengecilkan liang pori



Dermastic Pore Clean Clay Mask ini bertindak untuk menenangkan kulit muka yang sensitif semasa membersihkan, mengetatkan liang pori dan kulit yang menggelupas. . Bahan yang digunakan dalam clay mask ini berasal daripada Hawaiian Sea Silt Fermented Clay, AHA/BHA, Charcoal dan bahan-bahan ini membantu untuk menenangkan kulit muka yang bermasalah dan memastikan kulit muka sentiasa segar serta licin. 




ID.AZ DERMASTIC BRIGHTENING CLAY MASK - HARGA: RM59.00/pack
ILLUMINATION - SKIN TONE
Menyamaratakan tona kulit muka dan mencerahkan kulit muka

Dermastic Brightening Clay Mask ini bertindak untuk memberi kesan kulit muka tidak kusam, segar dan kulit sekata. Bahan yang digunakan dalam clay mask ini berasal daripada Amazonian White Clay, Calamine, vitamin c (Ascorbyl Glucoside dan bahan-bahan ini membantu untuk kembalikan kulit yang segar dan tidak kusam serta memberi kesan yang mencerahkan.







KELEBIHAN YANG ADA PADA CLAY MASK INI

Kelebihan yang ada pada produk ini adalah first thing first is packaging dia yang didatangkan dalam bentuk tube dan mempunyai warna tersendiri bagi membezakan fungsi setiap clay mask ini. Clay mask ini telah diuji ke atas orang yang mempunyai masalah kulit (skin irritation) dan ternyata produk ini sesuai untuk semua orang tak kira lelaki atau wanita serta sesuai juga digunakan pada mereka yang mempunyai kulit muka yang sensitif.

Cuma clay mask ini rata-rata yang kita tahu, ianya lain dari segi penggunaanya kerana tidak boleh dipakai lama pada kulit muka sehingga clay mask ini merekah. Hal ini kerana, clay mask boleh membuatkan kulit muka gatal serta mengeringkan lagi kulit muka. Clay mask ini juga, asasnya daripada tanah liat dan tempoh pemakaian produk ini tidak boleh lama.

Bagi kulit muka yang kering, korang boleh pakai clay mask tapi pastikan tempoh pemakaian dan pilihan clay mask betul supaya tidak membuatkan kulit muka bertambah kering.




BILA MASA YANG SESUAI UNTUK DIGUNAKAN

Gunakan produk ini satu atau dua kali seminggu.








SIAPA YANG SESUAI UNTUK GUNAKAN PRODUK INI?
Semua jenis kulit sesuai digunakan.

NAK BELI DIMANA?
Boleh dapatkan di seluruh cawangan Watsons di Malaysia dengan berharga RM59/150g

CARA PEMAKAIAN CLAY MASK

Cara pemakaian produk ini sangat mudah sahaja.
  • Ambil sedikit clay mask dan sapu rata pada muka seperti contoh atau kesesuaian kulit muka korang dan fungsi tersebut dan biarkan selama 5 minit sahaja.
  • Bilas menggunakan air suam dan bersihkan clay mask sehingga betul-betul bersih.
  • Siap!




KOMEN AKU TENTANG ID.AZ DERMASTIC CLAY MASK INI

The best part is, result! Sejujurnya aku suka dengan hasil selepas menggunakan clay mask ini,nampak hasilnya dan kulit muka memang betul-betul bersih. Bestnya bila sapu clay mask ini pada tempat yang perlu sahaja dan lihat sendiri hasilnya. Bau clay mask ini pun sangat menyenangkan dan harga dia sangat berpatutan. Cuma, kalau nak travel tu aku rasa tak sesuai untuk dibawa kerana packaging (150g) membuatkan beg aku lebih muatan. Clay mask ini fungsinya lain dari sheet mask kerana clay mask ini membersihkan muka secara mendalam berbanding sheet mask. Yes! Just incase kalau clay mask aku yang ni habis, aku akan beli lagi. Jangan lupa juga korang untuk cuba ID.AZ Derm Fit Mask dia, memang best gila. Cuma masa basuh clay mask ini, dia memerlukan masa yang lama untuk tanggal semua. Tapi takpelah, janji kesan dia POWER!HIHI


Jenama ini sangat pentingkan keselamatan penggunaan di dari A hingga Z oleh hospital ID. Thats why nama dia, ID.AZ. Yuhuuuuuuuu! 







20 ulasan:

  1. I can see your skin glowing after using this! Can't wait to try this on my skin.

    BalasPadam
  2. Woahhh.. nak coba lah jugak claymask, tak pernah lagi coba, nengok pic before and after tu, macam truja gitu akak hahha

    8 Cara Buat Duit Dengan YouTube

    BalasPadam
  3. Clay mask pernah beli dulu tapi tak ingat la produk mana. Lepas pakai kulit muka rasa licin je. Produk ni memang baru pertama kali dengar ni. Boleh la cuba nanti.

    BalasPadam
  4. Wah rajin pakai topeng boleh jadi superhero. Hehe

    BalasPadam
  5. thanks onie,baru tau fungsi tiap mask idaz ni.Dah tengok kat watson.. besar tu packaging dia.. berbaloi beli ni,dengan kebaikan dia.

    BalasPadam
  6. I love this mask. I kind of use this like twice a week. Love the pink one the most because it suit my skin well.

    BalasPadam
  7. Memang best kan Clay Mask ID.Az ni. Kak min pun guna dan memang suka sangat dengan result nya

    BalasPadam
  8. peminat clay mask memang perlu cuba ni sebab function dah khusus tiap satu tube, senang tuuu :D

    BalasPadam
  9. Wah... Nampak perubahan lah sebelum dan selepas pakai. Macam best jer Clay Mask Korea ID.AZ ni. Packaging pon menarik. Boleh lah try nanti ni.

    BalasPadam
  10. bestnya tengok mask ni. dah la akk jenis suka clay mask..harga yang ditawarkan cukup berpatutan...blh rekomen kat kengkawan ni hehe :-)

    BalasPadam
  11. pergh..nampak perbezaannya..boleh cari ni dekat watson..takdela mahal mana. tgk mask dia macam mask dekat spa..huhu..bolehla nak cuba..orang lelaki pun boleh guna erk..

    BalasPadam
  12. Bestnya tgk onie pakai clay mask, kak jrg guna mask tp nti nk traylah. Visit my blog: www.keunggulanwanita.com

    BalasPadam
  13. Baru tau fungsi lain² mask ni... Selama ni dok belasah jer pakai mana suka. Hehee...
    Nak try cari kat watsons laaa...

    BalasPadam
  14. Baru tau fungsi lain² mask ni... Selama ni dok belasah jer pakai mana suka. Hehee...
    Nak try cari kat watsons laaa...

    BalasPadam
  15. Hahaha suka tengok review mask dari onie. Macam Comel je nengok gelagat onie. Hehe. Akak suka gila mask ni semua. Beli je apa jenama. Semuanya okay. Masa pakai mask untuk akak tak perlu ambil waktu khas. Lepas bangun tido, tepek mask ni. Masuk bilik air mandi. Last tu tanggalkan mask. Mask jenis sapu cam onie pakai ni begitulah rutin akak. Cuma yg ada sheet tu akak pakai malam. Paling mudah nak jaga kesihatan kulit. Pakai mask. Hehe

    BalasPadam
  16. I will buy. Always wanted to get clay mask but it's so difficult to find one with a friendly price. But buy which colour mask? I think I get all lah. Haha!

    BalasPadam
  17. Syoknya pakai Clay Mask.. TB pun suka clay mask jugak.. sejak akhir-akhir ni asyik la membelek website online mencari mask.. walhal yang kat rumah berlambak tak berpakai.. ni tengok mek oney pakai macam best pulak.. hahaha.. abeslahhhhh

    BalasPadam
  18. Tak pernah lagi cuba mask ni, bila baca entry ni terasa nak cuba pulak. Nampak macam bagus je mask ni. Kat rumah ni masih banyak lagi mask, kalau dah habis boleh lah sis cuba yang ni pulak

    BalasPadam
  19. Wah xsangka kita guna clay mask dr brand yg sma kan.. Tp mmg kita serasi dgn idaz claymask ni.. Rase berbaloi guna... Lg2 yg pore clean dan oil control...

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..