MALAYSIA SOCIAL MEDIA WEEK 2018 LEBIH MENARIK
Malaysia Social Media Week 2018 Lebih Menarik | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Malaysia Social Media Week 2018 kini datang lagi. Kali ini berbeza sedikit kerana lokasinya di MITEC Kuala Lumpur. Sebagai pengamal media sosial, dah pasti ramai yang akan memberi tumpuan kepada Malaysia Social Media Week 2018 (MSMW 2018) tempoh hari. Pelbagai slot yang sangat berinformasi dan bual bicara sepanjang program ini.
Untuk pengetahuan semua, MSMW 2018 diadakan di ruang pameran yang besar dan baru iaitu di MITEC Kuala Lumpur. Bermula 4 Julai hingga 6 Julai 2018 yang lalu program ini telah memanggil pengamal media sosial untuk bersama.
Apa yang menarik tentang MSMW 2018 ini?
- YB Syed Saddiq sebagai Ikon
- MSMW 2018 adalah yang kali ke-7 setelah mendapat sambutan yang baik seperti tahun-tahun yang lepas.
- Pelbagai latar belakang speaker yang turut serta semasa slot bual bicara terutama pengetahuan dan maklumat penting seperti Facebook, Twitter, Instagram, Snapchat, Google dan banyak lagi.
- Antara topik panel menjadi kegilaan orang ramai adalah The Insights to Social Media Monitoring & Metrics.
- Panel yang lain seperti Syed Khalid AlJuned, Naib Presiden Social Media Chambers yang juga membincangkan topik Social Media Analytics.
- Workshop juga telah dijalankan pada hari kedua dan ketiga yang dibincangkan dalam kumpulan kecil.
- Topik yang dibincangkan semasa workshop adalah Blogging for Living, Zero Budget for Facebook Marketing dan Creating a Data-Driven Social Media Strategy.
- Antara speaker yang turut hadir adalah Kendrik Ng, Bosco Lim, Andrew Chan dan ramai lagi.
Rata-rata, yang hadir workshop MSMW 2018 ini terdiri dalam kalangan penggiat media sosial yang inginkan perubahan dan belajar bagaimana untuk menjadi penggiat media sosial yang berilmu. Hopefully tahun depan terus mendapat sambutan seperti tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya.
Kesimpulannya, pelbagai peserta yang terdiri daripada blogger, instafemes, businessman, businesswoman dan banyak lagi turut serta kerana workshop yang diadakan ini bukanlah omongan kosong. Namun, pelbagai input yang menarik untuk mereka gunapakai dimasa akan datang sebagai penggiat media sosial.
Tiada ulasan:
Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..