SKIN CARE PURE BEAUTY ILLUMINATING URBAN SHIELD LAUNCH
Skin Care Pure Beauty Illuminating Urban Shield Launch | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pada tanggal 12 juli 2018 Pure Beauty yang berpangkalan di Korea sekali lagi telah melancarkan produk yang terbaharu iaitu Pure Beauty Illuminating Urban Shield dimana produk ini mempunyai pelbagai kelebihan dan akan saya terangkan dibawah nanti.
Seperti yang terjadi pada saya juga, faktor persekitaran kadang-kadang membuatkan kulit muka saya dan rata-rata mereka di luar sana mempunyai masalah yang sama seperti kedutan, dark spot, jerawat, tona kulit muka tidak sekata. Hal ini berlaku kerana kulit muka kita kadang-kadang terlalu didedahkan di kawasan yang sangat kering, berhabuk dan cahaya matahari yang terlampau.
Penggunaan produk penjagaan kulit juga memainkan peranan yang penting kerana fungsi dan permasalahan dikulit muka juga adalah punca yang sebenar sekiranya kulit muka tidak dirawat dengan baik. Dengan adanya produk baru ini iaitu Pure Beauty Illuminating Urban Shield ia sangat membantu terutama dari segi dark spots dan tona kulit muka tidak sama. Produk ini juga telah terjual di seluruh cawangan Watsons Malaysia yang terdapat di Malaysia. Untuk makluman semua, Pure Beauty Illuminating Urban Shield ini menggunakan formulasi teknologi yang terbaharu untuk memperkayakan kulit muka supaya tampak bersinar semulajadi, melindungi kulit muka daripada persekitaran yang tercemar. Pengguna yang baharu nak menggunakan Pure Beauty Illuminating Urban Shield ini juga boleh memilig daripada Serum, Capsule Essence, Water Gel, Radiance Cream dan Sun Protector with SPF 50+ PA ++++ .
Produk penjagaan kulit muka Pure Beauty Illuminating Urban Shield ini juga berfungsi sebagai meningkatkan lagi kulit muka yang sihat dan memberikan kulit muka yang bersinar bak cahaya matahari yang semulajadi, mengurangkan kawasan dark spots, menguatkan kawasan kulit muka dan melindungi kulit muka dari unsur yang berbahaya.
Seronoknya, bagi mereka yang ingin kurangkan dark spots dan mengembalikan kulit muka dengan tona yang sama digalakkan untuk mencuba Pure Beauty Illuminating Urban Shield serum yang berharga RM59.90 sahaja dan serum ini juga membaiki kulit muka yang rosak dan melindungi kulit muka daripada pencemaran yang tidak sihat dan tidak bersih. Menurut ujian makmal, sebanyak 90% pengguna telah menggunakan produk ini dan mengatakan setelah menggunakan produk ini ternyata kulit muka bertambah lembut dan lembap.
Bagi produk Pure Beauty Illuminating Urban Shield Capsule Essence pula yang berharga RM69.90 akan meningkatkan kulit muka bersinar semula jadi dan mengurangkan dark spots juga. Menurut ujian makmal, 90% pengguna telah mencuba produk ini dan menyatakan kulit muka nampak cerah, gebu dan lembap selepas menggunakan serum serta 96.7% pengguna mengatakan kulit muka semakin lembap dan tidak kering selepas menggunaka Capsule Essence.
Bagi kulit muka yang kering pula, jangan lupa untuk mencuba produk Pure Beauty Illuminating Urban Shield Water Gel yang berharga RM55.90 untuk bertujuan membantu kulit muka terus terhidrat dan tidak kering serta melembapkan kulit muka. Water Gel ini juga sangat mudah digunakan dan cepat meresap serta dalam masa yang sama membantu kulit muka untuk kelihatan lebih cerah.
Lebih 90% pengguna, Pure Beauty Illuminating Urban Shield Radiance Cream yang berharga RM59.90 ini meningkat penjagaan kulit dari cahaya matahari, merasa muka terus lembap sepanjang masa dan hidrat selepas menggunakan Radiance Cream. Radiance Cream ini membantu untuk mencerahkan kulit muka dan melindungi kulit muka dari persekitaran yang kotor.
Last but not least, Pure Beauty Illuminating Urban Shield Sun Protector with SPF 50+ PA++++ yang berharga RM49.90 bukan sahaja melindungi kulit muka dari pancaran sinar UV yang tak dingini malah mencerahkan kulit muka dan membantu kulit muka sentiasa kulit muka lembap sepanjang hari.
Selain Pure Beauty Illuminating Urban Shield ini terdapat produk lain lagi daripada Pure Beauty iaitu Pure Beauty Pomegranate Urban Shield, PINK by Pure Beauty It's Pore Perfection, PINK by Pure Beauty Pink Skin yang kini ada dijual di seluruh cawangan WATSONS MALAYSIA di Malaysia.
Inspired by Nature, Perfected by Science', the Pure Beauty "Illuminating Urban Shield Radiance" range is dermatologically tested and suitable for all skin types. Affordably priced, the Pure Beauty "Illuminating Urban Shield Radiance" range is available at all Watsons stores nationwide and at the Watsons online shop as well.
Semasa pelancaran produk Pure Beauty Illuminating Urban Shield, telah ada satu sesi bengkel bersama Make Up Artist terkenal iaitu Shazreeyna Shukri atau dikenali dengan k.love dan menunjukkan cara pemakaian produk Pure Beauty Illuminating Urban Shield pada model tersebut. Pelbagai tips yang aku dapat dari k.love dan tengok sendiri bagaimana k.love membuat tutorial pemakaian pada model tersebut. Tips yang sangat berguna.
Jangan lupa untuk terus bersama Pure Beauty :
Ape beza pink dan putih
BalasPadamlooks good to have the kind of shield for our skin... pure beauty is a good product... nice one...
BalasPadamyang ni new range tu kan. airah pernah cuba wet tissue dia je best jugak. yang range pink pun tak sempat try lagi hihi
BalasPadamBanyaknya produk kosmetik yang best2 kat pasaran ni. Paling utama pilih yang serasi dengan kulit muka kita orang asia.
BalasPadamFirst time dengar nama brand ni. Tapi yg bestnya dia ada complete set. Harganya pun manpu milik jugakkan. Kos ni nak beli blh la ke watsons
BalasPadamwow. nice. The price is very reasonable. So, can this product in all the watson stores nationwide or only selected store? Do let me know. Thank you
BalasPadamWell, this caught my attention... I wanna check this out in soonest time. Seems good for me
BalasPadamBanyak nampak Mekonie guna produk ok ker untuk kulit hehehe sebab kita tahu onie dah cantik kulit dah licin hehehe orang perempuan senang nak cari produk macam Skin Care Pure ini lah bagus tengok..
BalasPadamMenarik betul produk ni. Ni produk baru ke mek onie? Nampak sangat elegan dan kesannya terbaik. Tak sabar nak tggu review mek onie pula
BalasPadamLia x pernah cuba produk ini lagi . Baru 1St time dengar mana tahu next time boleh Cuba . Packaging pun nampak mewah .
BalasPadamputih berseri je gambar ni..product nampak eksklusif..tertarik dengan packaging dia..mesti bagus product ni..tapi tengok kulit juga sesuai ke tidak kan..
BalasPadamPernah dengar pasal produk ni baru-baru ni belum cuba lagi. Nampak cam menarik je. Cuma sis ni tak berani sangat nak cuba macam2 produk, masih setia dengan yang ada..:D. Kalau terasa nak tukar nanti bolehlah cuba yang ni pulak
BalasPadamFirsttime dengar tentang produk ni, dermatology tested tu yang best. Packaging pun cantik..
BalasPadamProduk kecantikan brand Korea memang sangat dikenal saat ini dan byk di sukai para remaja. Ni dapat baru lagi produk Korea dari tulisan ini ttg Pure Beauty Illuminating Urban Shield. Menarik di coba nih
BalasPadamWaaaah. Produk baru ke? First time tahu dan dengar pasal produk ni. Hahaha, jakun jap.
BalasPadamNice giler pi event ada tema camni. Semua pakai putih. Gambar jadi lawa
Waaaah. Produk baru ke? First time tahu dan dengar pasal produk ni. Hahaha, jakun jap.
BalasPadamNice giler pi event ada tema camni. Semua pakai putih. Gambar jadi lawa
Emi tak familiar dengan jenama ni, tapi boleh cuba jugak nanti. Lagipun harga dia not bad, mampu milik lagi tu.
BalasPadamSo many new brands nowadays, have not tried this product before but price wise looks good.
BalasPadamTB sukatentang produk ni part yang boleh kurangkan dark spots tu.. kulit TB memang semakin worst sejak lepas bersalin, eh sebelum bersalin pun.. hahaha.. sebab time mengandung TB tak pakai apa-apa produk untuk protect kulit muka dari sinaran UV dan what els.. sebab takut ada bahan merbahaya tak sesuai untuk ibu mengandung.. so, muka pun tak berjaga.. dah timbul dark spot.. tona tak sekata.. huwaa.. tapi produk yang Me oney review ni macam best je utnuk dicuba.. will check it out later.. heheh
BalasPadamNampak bagus je produk nih. Tapi apa beza packaging produk yang putih dan pink tuh ye. Menarik je macam nak try
BalasPadamBagus jugak produk ni kan..tambahan dgn keadaan cuaca panas sekarang ni kita kena cari produk yg boleh lindungi dari sinar matahari yg mengeringkan kulit..
BalasPadamBanyak produk launch dekat Watsons Malaysia ni. Nnt sy singgah nak try out produk Pure Beauty ni jugak.
BalasPadamMakin cantik beauty-blogger seorang nie. No wonder makin jelita now. Eh. Lama tak jumpa Mek Onie kan.
BalasPadammakin lawa onie
BalasPadam