KINI LAURIER TAMPAK LEBIH SEGAR DAN BAHARU


Kini Laurier Tampak Lebih Segar Dan Baharu | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Yeay finally! Laurier kini tampak lebih segar dan baharu dengan pembungkusan yang super cantik dan lebih ceria berbanding sebelum ini. Sebelum aku bercerita panjang lagi berkenaan tuala wanita yang mengetengahkan kecanggihan teknologi dan inovasi Jepun, jangan terkejut kerana tuala wanita yang luarannya tampak lebih cantik sebenarnya bukanlah produk baharu, tetapi packagingnya yang baharu. Aku juga turut menghadiri majlis pelancaran Laurier serba baharu yang hadir dengan gaya dan penampilan lebih segar oleh Kao Malaysia di Sunway Velocity Mall, Cheras pada beberapa hari lepas.



Sesuai dengan tagline 'Diperbuat dengan Penuh Perhatian' (Made with Love) memperkayakan kehidupan wanita dengan kecanggihan inovasi Jepun turut mengambil kira tentang keperluan dan kemudahan golongan wanita. Kao Malaysia pada beberapa hari lepas telah melancarkan Laurier serba baharu yang hadir dengan gaya dan penampilan lebih segar. Ciri yang terbaharu didapati pada tuala wanita ini adalah "Ultra Absorbent Core".




CIRI-CIRI YANG TERDAPAT PADA KAO MALAYSIA TENTANG TUALA WANITA INI ADALAH:
  • Sangat memenuhi keperluan gaya hidup wanita yang sofistikated dan aktif pada hari ini.
  • Meningkatkan kualiti hidup mereka dan berkongsi keterujaan terhadap produk-produk yang inovatif demi memaksimumkan kepuasan pelanggan.
  • Adanya nilai-nilai seperti "Yoki-Monozukuri" Kao, Laurier serba baharu menggabungkan keperluan pengguna dengan R&D inovatif dalam usaha menawarkan tahap keselesaan yang terbaik kepada wanita apabila mereka datang bulan.

"Sejak 35 tahun lalu, Kao Laurier terus bergabung pada komitmennya iaitu menjaga wanita serta memperkasakan mereka untuk menjalani kehidupan dengan bebas menerusi teknologi dan inovasi Jepun. Laurier serba baharu memberikan wanita keyakinan kerana dapat menjaga diri sendiri dengan baik, menghilangkan rasa bimbang dan ketidakselesaan fizikal sepanjang tempoh datang bulan yang tidak dapat dielakkan." kata Presiden Kao Malaysia, Encik Masaki Fujiwara ketika majlis pelancaran berlangsung.




DISEBALIK REKA BENTUK BUNGKUSAN BAHARU INI ADALAH:
  • Menurut Naib Presiden Pemasaran Kao Malaysia, Tan Poh Ling berkata, Kao Laurier "Diperbuat dengan Penuh Perhatian".
  • Reka bentuk dan penampilan bungkusan Laurier serba baharu direka untuk memenuhi keperluan wanita dalam masyarakat berbilang bangsa di Malaysia. Terutama dalam lingkungan usia 18 tahun hingga 22 tahun yang mahukan bungkusan yang ringkas, berwarna-warnia dan segar.
  • Teknologi 'Ultra Absorbent Core' yang inovatif pantas menyerap dan memerangkap darah haid pada bahagian tengah tuala wanita berfungsi untuk memastikan kulit kekal kering serta memberikan keselesaan dan ketenangan minda kepada wanita walaupun pada dua malam pertama kitaran haid berlaku.
  • Pembungkusan baharu bagi Perfect Comfort (Maxi & Slim) dan Night Safe (dengan & tanpa kedutan) ia sememangnya akan menjadi kawan baik sepanjang tempoh kitaran haid berlaku setiap bulan dan boleh menjalankan aktiviti dengan tenang dan selesa.
  • Teknologi Jepun yang baharu ini mampu memastikan kulit lebih kering, mencegah kebocoran dan tiada kebimbangan walaupun pada 2 hari pertama datang haid.



FAKTA TENTANG LAURIER:
  • Kao Laurier ini telah dilancarkan pada tahun 1979 di Jepun sebagai satu jenama yang memenuhi keperluan wanita moden pada hari ini.
  • Misi Kao Laurier adalah untuk memberi keyakinan kepada wanita kerana mampu menjaga diri mereka sendiri dengan baik sama ada dari segi mental ataupun fizikal.
  • Pada tahun 1982, Kao Laurier telah diperkenalkan ke negara-negara Asia dan sejak daripada itu ia menjadi jenama kegemaran dalam kalangan wanita di Asia. 
  • Kao membawakan Laurier kepada pasaran.
  • Kao Laurier akan terus menyumbang ke arah kesejahteraan hidup wanita menerusi produk-produk termaju dan berkualiti tinggi.



FAKTA TENTANG PRODUK:
  • Quick Lock System - Dwi lapisan udara yang lembut dan kering pantas menyerap dan memerangkap darah haid pada bahagian tengah tuala wanita ini.
  • Diamond Surface - Ada pada Laurier serba baharu kecuali Maxi Non Wing yang menawarkan rasa kering mengagumkan dengan penyerapan dua kali lebih pantas, membuatkan wanita rasa lima kali lebih kering.
  • Paling penting, tuala wanita ini juga lebih senang dan cepat dicuci.
  • Laurier Night Safe Serba Baharu - Menampilkan Ultra Absorbent Core untuk penyerapan maksimum bagi menghalang kebocoran, walaupun pada hari dengan aliran darah yang banyak serta menyerap cecair lebih cepat dan memerangkap aliran mendadak di dalam terasnya untuk mencegah kebocoran pada bahagian belakang dalam apa jua posisi tidur.



Maklumat produk:

Laurier Night With Safety Gather : Ultra Absorbent Core Maximum Absorption for Leakage Prevention
  • Menyerap darah haid 2 kali lebih pantas dan nikmati 5 kali tahap kekeringan, walaupun pada hari aliran besar korang
  • Padan dengan baik pada badan untuk membantu mencegah kebocoran di bahagian belakang dalam apa jua posisi tidur




Maklumat produk:

Laurier Night Safe : Ultra Absorbent Core Maximum Absorption for Leakage Prevention
  • Menyerap darah haid 2 kali lebih pantas dan nikmati 5 kali tahap kekeringan walaupun pada aliran berat korang.
  • Membantu mencegah kebocoran di bahagian belakang dalam apa jua posisi tidur.





Maklumat produk:

Laurier Perfect Comfort Maxi : Maximum Absorbent 360° All Round Leak Guard
  • Ciri anti-kerenyuk mencegah kebocoran dan kerenyuk ke tengah
  • Menahan darah haid dari mengembang ke bahagian tepi.



Maklumat produk:

Laurier Perfect Comfort Slim : Maximum Absorbent Hyper Absorption
  • Menyerap cecair 2 kali lebih cepat dan nikmati 5 kali tahap kekeringan yang tinggi.
  • Kulit lebih selesa untuk jangka masa yang lebih lama.




Pengalaman aku memakai All-New Laurier jenis NIght Safe ini cukup-cukup puas hati terutama pada hari pertama hingga ketiga sewaktu aku datang bulan. Nasib baik ada All-New Laurier Night Safe, tak perlu risau kalau bocor ke apa. Nasib baik membantu aku. Seronoknya ada All-New Laurier Night Safe, suka yang amat rasa. 

Kenapa aku tetap dengan pendirian aku untuk terus setia dengan All-New Laurier ini? Haaaaa, inilah sebabnya iaitu senang dicuci, menyerap cecair 2 kali lebih cepat dan memerangkap aliran mendadak terus tiada kebocoran disebelah belakang serta kering sepanjang datang bulan. Memang cukup selesa kalau korang nak tahu. Korang pernah try? Aku? Yes, sangat berpuas hati.


_________________________________________________________

PERADUAN MENANG PERCUTIAN KE JEPUN


JOM MENANG PERCUTIAN 5 HARI 4 MALAM KE JEPUN DENGAN CARA:

Yeayyyyy ada berita baik juga untuk pengguna tuala wanita Laurier dimana korang berpeluang memenangi percutian ke Jepun untuk dua orang bersama photographer peribadi weiiiii! Ruginya kalau sape tak join peraduan ni. 

Cara untuk menyertai peraduan ini adalah:
  1. Pelanggan perlu beli mana-mana produk Laurier serba baharu bernilai RM20 ke atas.
  2. Rakam idea 'Made with Love' korang dalam sekeping gambar.
  3. Muat naik ke laman Kao Laurier Facebook dengan hashtag #LaurierMadeWithLove
  4. Gambar yang menerima like paling banyak itu adalah pemenangnya.
Maklumat lanjut sila layari Facebook Laurier atau laman web rasmi Kao Malaysia. *Tertakluk kepada Terma dan Syarat


Komen aku tentang produk Laurier ini adalah:
  • Yesssss! Aku memang pengguna setia tuala wanita jenama Laurier.
  • Aku suka yang maxi ! Best gila.
  • Tak mudah bocor.
  • Cepat serap.
  • Mudah dicuci
  • Tak kerenyut (tak bergulung-gulung)
  • Harga dia memang murah dan berbaloi!
  • Mak aku pun pakai tuala wanita jenama ini! Yuhuuuuuu...
  • Aku akan tetap setia dengan tuala wanita Laurier.



19 ulasan:

  1. Yaya memang peminat setia Laurier dari dulu! So bila dah tukar packaging ni dengan Yaya sekali rasa lebih muda hohoho. Memang cute dan fresh sangat Laurier wajah baharu ni :)

    BalasPadam
  2. nice new pakaging...suka pakai yg maxi non wing..wah ada contest...tq share info..mn tau beli pad ada rezeki ke jepun

    BalasPadam
  3. Boleh try Laurier lepas ini. Looks better than the previous one.

    BalasPadam
  4. Mula2 tengok baju mek onie macam serupa warna dengan package besar tu, Bella scroll balik untuk kepastian. Haha.. Dulu Bella pernah pakai Laurier ni - zaman baru period haha.. Tapi selepas tu pakai Kotex je tak pernah pulak tukar2. Bila baca maklumat produk yang mek onie sertakan tu, rasa macam nak tukar lah sekarang. Lagi2 sebab ada contest, hehe.. Kena la join!

    BalasPadam
  5. Jenama Laurier memang lama berada di pasaran, best jugak ada peraduan jadi tak rugi beli bli wajib htr sekali peraduan dia

    BalasPadam
  6. Terbaik, jenama Laurier ini memang semakin popular semakin hari.

    BalasPadam
  7. Cantiklah packinging yang baharu ni, warna ceria nampak lebih feminin, Ada contest rupanya bolehlah join nanti... Suka baca review dari Onie tentang Laurier... memudahkan kami buat pilihan.

    BalasPadam
  8. wowo laurier datang dengan wajah baru. lebih energetik sesuai dengan karektor anak2 gadis. ada contest juga ya...menarik. beli dan nak join la heheh

    BalasPadam
  9. Brand ni otai di Malaysia. Well known dah. Byk upgrade produknya. Bagus. Menepati keperluan yg sepatutnya. Aida gun brand lain. Tapi ada kala beli jugak laurier ni.

    BalasPadam
  10. Fadzi memang pakai brand Laurier ni sebab dalam banyak-banyak brand, ini paling sesuai dengan Fadzi. Fadzi prefer pakai yang non wing punya. Cantik jugak packaging baru dieorang eh.

    BalasPadam
  11. Packaging laurieryang sekarang nampak more fresh dan feminine.suka tengok perubahan pada packagingnya.laurier pun okey dan selesa bila dipakai

    BalasPadam
  12. Tuala wanita sangat penting buat wanita. Dan mestilah keselesaan dan kualitinya sangat dititikberatkan. Nampaknya jenama tuala wanita ini sangat bagus untuk wanita yg sedang berbendera merah.

    BalasPadam
  13. Dah tukar penampilan dan penjenamaan baru ya. Warna pun lebih pink dan ke femininan sekarang ni hehe. Mudahlah nak ingat kan

    BalasPadam
  14. Patutlah hari tu cari tak jumpa, rupa rupanya dah tukar pek dan nampak lain. Takut juga nak beli takut salah jenis

    BalasPadam
  15. Memang pakejing baru ni nampak lebih kemas dan cantik. Tapi kita beli bukan sebab pakejing saja kan. Kualiti no 1

    BalasPadam
  16. Nak kongsikan pengalaman pakai Laurier ni pun macam tak pernah lagi pakai..haha..kadang2 bila wife minta tolong belikan, punyalah risau takut salah beli..

    BalasPadam
  17. Suka pakai laurier juga sebab walaupun pad tu nipis, tapi selesa dan tahan lasak. Lepas tu susahlah nak bocor.

    BalasPadam
  18. After buying the old packing for so long, ah, finally there is something fresh and new looking from Laurier. Nice, can't wait to see these on the shelf.

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..