PENGALAMAN SCALLING GIGI DI KLINIK PERGIGIAN QASEH DENTAL
Pengalaman Scalling Gigi Di Klinik Pergigian Qaseh Dental | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Masuk bulan 9 je aku mesti gelabah bila terlajak beberapa bulan untuk jumpa doktor gigi. Kalau korang pengikut blog mek onie ini, dah tentu korang tahu aku ni seorang pengguna gigi crowning dimana 2 batang gigi aku telah disarungkan. Sedih bila teringat kisah silam sewaktu sebelum pakai gigi crowning. Macam-macam tempias dan ejekan aku kena. Start dari situ, aku kuatkan hati untuk berjumpa doktor gigi.
Kalau korang nak baca kisah gigi crowning boleh klik link bawah ni ya, hampir 50,000 pembaca telah baca kisah aku di entri tersebut dengan 88 komen dan beratus email dan sms aku terima untuk kongsikan kisah crowning aku tu, jadi inilah entrinya:
(p/s: sorry, gambar banyak hilang,sedihhhhhhh)
So, sejak aku pakai gigi crowning tu, aku dah tak takut dengan doktor gigi pun. Every 3 months aku akan follow up dengan doktor gigi. Kalau korang nak tahu, aku ni sebenarnya tengah follow up di salah satu Klinik Kerajaan dan juga Klinik Gigi Swasta. Untuk entri kali ini, aku nak kongsi pengalaman aku sewaktu ke Klinik Pergigian Qaseh Dental di mana klinik ini adalah klinik swasta yang rata-rata korang tahu harganya lebih mahal dari klinik gigi kerajaan.
Bagi aku, banyak pro and cons bila kita pergi kedua-dua klinik ini dan aku sedang laluinya. Masing-masing ada pendapat sendirikan.
Pertama kalinya aku datang ke Klinik Pergigian Qaseh Dental ini adalah kerana untuk berjumpa dengan doktornya sendiri, macam-macam ilmu aku dapat sewaktu tiba untuk kali pertama di klinik gigi ini dan ternyata first impression aku terhadap dr yang akan merawat aku adalah seorang yang sangat memahami pesakitnya, peramah, lemah lembut dan helpful. The things yang aku rasa susah gila nak cari doktor gigi yang betul-betul nak merawat pesakitnya. Kalau korang nak tahu, dengan dr.huda (tengok gambar atas) inilah aku mendapatkan rawatan dan consultation. Sangat seronok bila mendengar part gigi.
Aku kenal dr.huda dan Klinik Pergigian Qaseh Dental ini pun dari sorang member aku dan dia cerita seronok katanya. Maka aku dari Puncak Alam pun gigih menapak ke Bangi semata-mata nak jumpa dr.huda dan nak buat rawatan di Klinik Pergigian Qaseh Dental. Kalau korang nak tahu jugak, Klinik Pergigian Qaseh Dental ini adalah kepunyaan dr.huda sendiri. Hebatkan? U deserve it dr.huda.
Di sini sebelum aku cerita panjang lagi,adalah baiknya kalau aku berkongsi sedikit informasi berkenaan gigi dan juga Klinik Pergigian Qaseh Dental ini:-
- Penggunaan ubat gigi yang mempunyai kandungan fluorida ini sangat baik kerana dapat mengelakkan kehadiran karies pada gigi malah dapat kurangkan kerosakan gigi. Fluorida ini adalah mineral yang mampu mencegah kerosakan gigi. Jadi, amalkan ketika usia muda dan sesuai untuk kanak-kanak juga.
- Pemilihan berus gigi pun sangat penting dan aku sekarang memang banyak guna bulu yang halus (brand systema, a bit pricey) dan soft.
- Kalau korang nak tahu, gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh. Secara semulajadinya, gula ini boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubi. Oleh itu, amalkan gosok gigi selepas makan makanan yang mengandungi karbohidrat.
- Amalan penjagaan gigi ini sebenarnya sangat mudah dan antaranya adalah jaga gigi dengan berus gigi yang sesuai, flos gigi selepas makan terutama makanan yang mudah terselit dicelahan gigi, kurangkan gula dan amalkan jumpa doktor setahun 2 kali untuk cuci gigi/scalling gigi.
- Mouth wash (pencuci mulut) sebenarnya tidak digalakkan untuk diguna kerana kandungan bahan aktif antiseptik tidak bertindak secara berkesan dengan kehadiran buih yang dihasilkan oleh ubat gigi. Jadi kurangkanlah penggunaan mouth wash dan lebihkan pada berus gigi seperti biasa.
- Bagi mereka yang mempunyai masalah dengan gigi bongsu yang belum naik lagi, ia mempunyai beberapa side effect dimana mungkin boleh menyebabkan pesakit akan sakit dan mulut membengkak selama 3 hari selepas pembuangan gigi bongsu. Untuk pengetahuan semua, pembuangan gigi bongsu ini boleh menyebabkan susah untuk membuka mulut dan ini kerana ia mempunyai hubungan dengan urat saraf di bahagian gigi bongsu (boleh google untuk maklumat lanjut).
- Untuk rawatan di Klinik Pergigian Qaseh Dental ini, dr.huda atau beberapa doktor termasuk doktor pakar juga akan bertanya sekiranya pesakit mempunyai alahan ubat atau ada sakit kronik supaya proses rawatan gigi tidak terganggu dan terjaga.
- Pernah dengar implant tak? Kalau pernah, rawatan implant ini menggunakan titanium dan langsung tidak nyilukan gigi serta sesuai untuk tulang di sekitar gigi agar tulang gigi tidak beralih atau berada dalam kedudukan kedalaman (bayangkan gigi nenek atuk kita). Kira implant ini, more to support our teeth yang asal supaya tiada peralihan gusi dan a bit pricey.
- Part paling menarik di Klinik Pergigian Qaseh Dental ini adalah, pesakit akan diberi pakai headphone dan dipasangkan lagu sepanjang rawatan dibuat. Hal ini adalah kerana, untuk mengurangkan perasaan nervous dan takut pesakit sepanjang rawatan. Memang enjoice!
- Free consultation oleh dr.huda akan diadakan setiap hari rabu. Jadi bagi sesiapa yang perlukan khidmat dr.huda untuk gigi kesayangan itu, jadi datanglah hari rabu untuk FREE CONSULTATION. Bagus wehhhhh! Free je.
- Klinik Pergigian Qaseh Dental ini dibuka pada setiap hari bermula 10 pagi hingga 8.30 malam kecuali ahad bermula 10 pagi hingga 6 petang.
Phewwwwwww itu baru intro, sebenarnya aku sangat teruja dengan Klinik Pergigian Qaseh Dental ini kerana di sini korang boleh tengok keadaan gigi korang yang sebenar. Doktor pun tak ganas, setengah doktor gigi kadang aku ada dengar cerita ganas. Dah orang takut nak jumpa doktor gigi. Tapi alhamdulillah, sekarang ni memang aku banyak jumpa doktor gigi yang baik-baik.
Paling terkejut bila aku tengok keadaan gigi aku yang sebenar. Okay mengikut sesi consultation bersama dr.huda, ini adalah:
Gambar atas kiri: Kurang karies pada gigi dan ini membanggakan aku.
Gambar atas kanan : Kan aku ada share atas tadi dimana aku tengah ada follow up dengan klinik kerajaan dan aku ceritakan all situasi aku sebenarnya dan dr.huda suggestkan aku teruskan dengan rawatan di klinik kerajaan tu. Sebab untuk kes ini aku tengah buat rawatan akar gigi, tapi tampalan dia dah tercabut,haha.. Maklumlah, gigi gerahamkan gigi untuk mengunyah. Jadi selepas setel rawatan akar aku tu, dr.huda suggestkan untuk aku pakai crowning kerana lubang dia terlalu besar dan tak sesuai untuk tampalan. Okay kechinggggggggg! duit marilah dikau,haha
Gambar bawah kiri: Ada gigi pecah dan tampalan aku berjuta kali dah tercabut. Pun dr.huda suggestkan untuk aku pakai crowning pada gigi tersebut selepas rawatan akar sekiranya keadaan gigi tersebut teruk. Ada gigi bertindih dan inshaAllah aku akan buat temujanji di Klinik Pergigian Qaseh Dental kemudian. Sekarang busy je weh, stress yakmat!
Jadi, seronok weh datang ke Klinik Pergigian Qaseh Dental ini. Rasa taknak balik sebab nak tengok gigi kita puas-puas. Klinik Pergigian Qaseh Dental ini dikendalikan oleh Doktor Norhuda Daud yang menawarkan rawatan pemutihan gigi, rawatan estetik pergigian seperti pemasangan braces, tampalan gigi hadapan sewarna dan juga crown and bridge (gigi sarung).
Seronoknya Klinik Pergigian Qaseh Dental ini, ia dibuka setiap hari termasuk cuti kelepasan am (secara temujanji) dan harganya juga cukup kompetitif. Boleh juga buat sebut harga dulu sebelum menerima rawatan selanjutnya dan jangan risau tiada cas tersembunyi di akhir rawatan. Bukan itu sahaja, di Klinik Pergigian Qaseh Dental ini juga disediakan wifi dan air minuman percuma demi pelanggan yang disayangi. Inikan doktor gigi yang kita nak?hehe..
Disebabkan masa hari aku scalling tu aku macam berminat nak cabut gigi geraham bertindih tu, tiba-tiba dr.huda tanya aku selepas cabutan gigi tersebut esokkan hari ada apa-apa program tak? Sebab takut lambat nak healing. Then, aku cakap la aku busy pastu dr.huda suruh booking apointment lain pulak. Actually, gigi bertindih tu better buang supaya kehadiran karies itu tidak terjadi. Maklumlah payah nak gosok celah tersembunyi itu,huhu.
Masa sesi consultation tu, aku cerita yang aku ni memang gosok gigi 3 kali sehari then dr.huda terkejut sebab teruja aku gosok gigi 3 kali sehari. Yesssss, since aku ni pemakai gigi crowning dan ada beberapa gigi yang bermasalah, makanya part penjagaan gigi tu aku sangat titikberatkan dan yessss, aku takde karies pada gigi, cuma ada beberapa gigi sahaja ada.
SEKARANG TENGAH ADA SALE RM50 UNTUK SCALLING/CUCI GIGI. JADI JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA SEBAB PROMOSI INI AKAN BERAKHIR PADA 30 SEPTEMBER 2018.
Bersama rakan blogger Ahmad Fauzi Aryaan dan Dr.Huda |
LATAR BELAKANG DOKTOR NORHUDA DAUD:-
Doktor Norhuda menerima Ijazah Doktor Pergigian (Doctor of Dental Surgery, DDS) di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 11 Ogos 2007. Kemudian beliau berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia di Negeri Sembilan selama 3 tahun. Pada tahun 2010, beliau menubuhkan Klinik Pergigian Qaseh Dental di Bandar Baru Bangi. Doktor Norhuda atau Doktor Qaseh boleh dihubungi pada bila-bila masa menerusi saluran media sosial seperti:
ALAMAT:
21 GF Seri Bangi,
Jalan 8/35,
Seksyen 8,
Bandar Baru Bangi, Selangor
No.Telefon: 03-89127609 / 013-992 7609
alaa..bestnya check gigi klu dapt doktor baik n sporting macam ni. Bayar mahal xper janji puashati..:)
BalasPadamsaya pernah buat sekali. terasa ngilu sampai ke harini. alahai, nak buat macam mana. saya ni takut kalau pasal gigi-gigi ni :D
BalasPadamCantik nya dental clinic tu. Kita pun dari dulu mmg best friend sgt kena pi dentist selalu sbb masalah gigi. Dari penakut sampai dah tak rasa apa. HUhu
BalasPadamMenariknya! Cx kalau banyak duit mmg nak je buat semua prosedur ntk ntk canti gigi, i mean, cuci, putihkan segala tu ikut bulan dia. Supaya lebih bersih. Tp itulah mcm mek onie ckp, duit kemarilah dikau. Hahahah nak nangis rasa lg² cx ni fulltime fulltime housewife. Anyway, thanks for sharing your experience
BalasPadamwhoa murahnya promosi. airah pun teringin nak scalling gigi tapi tengah pregnant macam bahaya pulak.nanti baru nak try
BalasPadamk lily selalu pi dental Qaseh ni sebab panel company ktorang ni, scallingnya cantik dan bersih tapi kak lily selalu kena dengang doktor lelaki je tak pernah dengan doktor huda ni lagi
BalasPadamScary la jumpa doktor gigi ni. Tapi aku kena jumpa juga sebab gigi bongsu aku problem. sakit yang amat.
BalasPadamSeriau bila sebut tentang klinik gigi tapi kalau jumpa doktor yang betul2 memahami hilang semua rasa takut tu kan. Murah sangat harga promo scalling tu. Kalau tau awal nak book juga.
BalasPadamSetiap 6 bulan sekali memang akak kena pi check gigi, buat scaling ke apa yang patut...masalah akak plak gigi geraham bongsu tumbuh sampai buat gigi bengkak, doc nak buat operation untuk buang gigi geraham tu..masalahnya akak ni penakut..hahaha...apapun bagus Onie jaga gigi..x banyak karies...
BalasPadamBagusnya dr Huda ni layan patient dia siap kongsi ilmu dan tips lagi .Dah lama tka buat scaling kena buat lagi nampak gayanya. Tapi bab scaling ni yang tak sanggup nak tahan tu ngilu kat gigi tau. Sampai berdafrah dikerjakan tapi okeylah rasa bersih je kan gigi buat scaling ni .
BalasPadamwey... bagusnya siap amik gambar gigi. azni aritu hujung dec pun kalut p dentist sbb nak kejar claim hahaha... sekali 3 gigi kena tampal daa...... amik.. tpai dlm bulan ni pun nakbuat crowning and bridge jugak... huhuu makan riban jugak... abis tu nnt gigi lagi teruk
BalasPadamtertarik dengan no 9 tu. hehe... ena memang suka pegi scalling gigi tiap tahun. mula2 takut tapi bila beberapa kali pegi sebab puas hati hasilnya so tak pikir takut da. yang penting berbaloi. lebih prefer swasta sebab bersih. klau gov buat 10minit je tak bersih.haha.. xsempat nak panas bontot.
BalasPadamI need to make myself an appointment and try it out, since ade RM50 off can make use of it, I see a dentist every year to keep my teeth healthy.
BalasPadamSis kalau bab jumpa doc gigi ni memang scary lah sangat..boleh masuk toilet beberapa kali kalau dh sampai klinik..hahaha.
BalasPadamNow sis mampu gi klinik kerajaan je lah..jimat gak duit..huhuhu
Doktor gigi ni nampak muda la. Cantik pulak tu. Emi sejenis yg penakut doktor gigi. Tp klu dapat doc yg sporting, ok jugak la.
BalasPadamKata orang kesihatan gigi melambangkan kesihatan seluruh badan...jadi kita kenalar jaga kesihatan gigi kita kan. Saya pun baru buat scalling semalam. Sakit...tapi...kenalar buat.
BalasPadamAlaaa,baru baca pasal ni. Melepas untuk buat scaling gigi dengan harga promo rm50. Btw, scaling gigi mesti best kan? Dapat check gigi dan dapat tahu keadaan terkini untuk rawat an lanjut kalau ada masalah. At least once a year. Kena try ni gi klinik gigi ni
BalasPadamAkak suka gak scaling gigi. .lepas scalling tu suka buat2 hembus. .nanti angin lalu celah2 gigi. Hahahha. Mcam budak2 sangat kan. Gigi bongsu akak naik half ja. Kalau ikut kena buang. Tpi rasa horor sangat
BalasPadampergh nyilu gila tengok gigi yang berlubang tu, i usually buat scalling dekat klinik kerajaan tapi 1 hari 1 treatment je sediakan... kalau klinik swasta.. haritu sakit gigi haritu juga setel kesakitan... pernah pergi cabut gigi dekat kk, pergh.. dua kali ulang aling sebab tertinggal serpihan gigi tu.. :((( eiii nyilu !!
BalasPadamyes it's important to have a clean teeth! and good to have a yearly checkup as well as cleaning and scaling. RM50 is way too affordable! if only penang also got such price i would have go to!
BalasPadamHow to deal with markets ups and downs?
Check gigi memang seriau! Huhuu... Alhamdulillah, ada satu Klinik yang serasi. Klinik pergigian Erfa kat area nak masuk wangsa maju tu menepati jiwa. Suka doktor yang lemah lembut. Harga pun ok. Dah setahun tak pi check gigi ni... Anti laaa nak pi
BalasPadamAlaaa kak min takut la jumpe dentist hahah dr kecik camtu wak. Tp scalling gigi bagua bagi gigi tersusun cantik
BalasPadamPenjagaan gigi tu penting. Mouse mommy pun bawa MR dan MH pergi ke klinik dental utk buat pemeriksaan gigi tiap tahun. Tak ada lah phobia nak jumpa doktor gigi nnt.
BalasPadam