BERSIHKAN MUKA DENGAN NION BEAUTY OPUS EXPRESS
Bersihkan Muka Dengan NION BEAUTY Opus Express | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Yuhuuu! Sebenarnya aku seorang yang sangat cerewet bila sentuh bab muka terutama dalam pembersihan muka. Untuk pengetahuan semua, bagi sesiapa yang mencari peranti yang bertujuan membersihkan muka secara mendalam dan boleh membuatkan kulit muka sentiasa glowing yes, korang kena baca entri ini sampai habis. Actually, memang dah banyak drugstore yang menjual device untuk membersihkan muka tetapi harganya jauh lebih mahal daripada yang lain dan ya NION BEAUTY Opus Express ini harganya adalah sangat reansonable dan semua orang pun boleh membelinya.
Sebelum aku bercerita panjang, NION BEAUTY ada menyediakan peranti pembersihan kulit muka dimana syarikatnya berpangkalan di Amerika Syarikat juga dibangunkan oleh pasukan daripada Amerika Syarikat dan Korea yang menggabungkan 'Japan cutting-edge Technology'. Peranti pembersihan NION BEAUTY dilengkapi dengan 'Kinetic Skin Cleansing' dan 'S-ION Technology' yang menjadikan jenama NION BEAUTY ini berbeza dengan jenama lain. Sistem pembersihan yang menggunakan konsep kinetik ini menggunakan tenaga getaran untuk membuang kotoran yang ada pada muka sekaligus membuatkan kulit muka tampak bersih dan lembut.
Nama Produk: NION BEAUTY Opus Express
Harga: RM187.90
Jangan pelik kerana NION BEAUTY Opus Express ini menggunakan mekanisme getaran yang lembut untuk menghilangkan kotoran, pencemaran tanpa membuatkan kulit muka kering malah dapat mengekalkan kelembapan pada kulit muka. Teknologi S-ION ini merujuk kepada campuran silikon getah dan turmalin (tourmaline) yang boleh menghasilkan ion negatif untuk memberi manfaat kepada kulit kita. Ion-ion negatif ini berfungsi seperti magnet kecil yang melekat pada toksin alam sekitar yang berisiko positif (kotoran) pada kulit dan mampu mewujudkan elemen yang berat bertujuan untuk senang dibasuh/dicuci.
Bila Teknologi S-ION bergabung dengan Kinetic Skin Cleansing:
- Secara semulajadi dapat menghasilkan negatif ion.
- Meneutralkan toksin alam sekitar.
- Membersihkan lagi kulit muka secara mendalam dan meremajakan kulit.
- mampu provide natural glow tanpa ada kesan sampingan pada kulit muka.
- Meningkatkan kulit muka yang tegang.
- Kulit akan lebih lembut dan licin.
Kenapa menggunakan silikon adalah TERBAIK?
- Lebih tahan lama berbanding getah
- Tahan daripada kewujudan kulat dan bahan kimia
- Tahan terhadap sinaran UV dan haba
- Ketahanan yang luar biasa
- Bulu tidak akan melekat
- Sesuai untuk kulit muka.
- Bertahan sehingga jangkamasa sekurang-kurangnya 250 jam
Dalam produk NION BEAUTY ini terdapat produk seperti:
- Opus Renew (Eye Pad) - RM64.90
- Opus 2Go (For Travel) - RM140.90
- Opus Express - RM187.90
- Opus Daily - RM319.90
- Opus Luxe - RM470.90
- Opus Elite - RM621.90
NION BEAUTY Opus Express ini menawarkan nilai yang tiada tandingan dan pelbagai ciri inovatif, Opus Express ini adalah merupakan pembersih muka yang kita semua wajib ada untuk membersihkan kulit muka lebih bersih. Percayalah, dengan teknologi S-ION dan Kinetik ini ianya mampu membersihkan kulit muka dengan baik dan membuatkan kulit muka sentiasa lembap tanpa meninggalkan kesan sampingan yang tidak diingini. Sesuai juga untuk dihadiahkan kepada sesiapa yang inginkan satu kelainan dan membuatkan seseorang itu sentiasa akan ingat di atas pemberian kita.
Ciri-ciri yang ada pada NION BEAUTY Opus Express ini adalah:
- 3 kelajuan Kinetic Skin Cleansing Vibration.
- S-ION Technology silicone tip
- Mudah dicuci selepas digunakan
- Selamat digunakan semasa mandi dan terkena air
- Digunakan bersama 2 bateri bersaiz AA (tidak termasuk bateri semasa beli produk ini)
- Mempunyai 2 warna iaitu putih dan pink
Cara menggunakan NION BEAUTY Opus Express ini seperti:
- Tanggalkan penutup bateri dibahagian bawah produk Opus Express mengikut arah jam.
- Masukkan 2 bateri bersaiz AA.
- Tutup penutup bateri sehingga betul-betul ditutup rapat supaya air tidak masuk.
- Tekan butang on dibahagian badan peranti ini mengikut kesesuaian masing-masing dimana kelajuan terdiri daripada High,Medium, Low dan OFF.
- Basahkan muka dengan air dan gunakan produk pencuci muka kesukaan korang.
- Basahkan permukaan bulu silikon Opus Express dengan air suam.
- Biarkan Opus Express ratakan pembersih muka pada muka dalam pergerakan bulatan selama 1 - 2 minit. Untuk penggunaan pertama kali, digalakkan untuk menggunakan selama 3 minit untuk pembersihan yang mendalam.
- Bilas muka dan rasai sendiri hasilnya. Muka akan jadi lembut, lembap, bersih dan bersinar.
Nama Produk: NION BEAUTY Opus 2Go
Harga: RM140.90 ( 3pc/pack)
Bagi yang selalu travel, yes aku sarankan untuk beli satu NION BEAUTY Opus 2Go. Mempunyai konsep yang sama seperti Opus Express yang wajib ada untuk produk kecantikan untuk mana-mana trip. Mudah di bawa dan hasil yang sangat mengujakan. Mempunyai 3 jenis warna iaitu putih, pink dan biru. Selamat digunakan semasa mandi, mudah dibersihkan, pakai buang dan sangat sesuai dibawa kemana sahaja.
Komen aku tentang NION BEAUTY Opus Express:
First aku pegang NION BEAUTY Opus Express ini aku sangat impress dengan rekaan yang selesa dipegang dan semasa pakai. Teknologi S-ION dan Kinetik ini membuatkan kulit muka selepas pembersihan sangat bersih, lembut dan dapat mengekalkan kulit muka yang lembap. Harganya juga mampu milik dan seronok dipakai. So sekarang ni kalau kemana-mana memang aku bawak Opus Express atau Opus 2Go untuk bersihkan muka. Maklumlah bila melancong
Produk boleh dibeli di:
sesuai la bawak g travel nie .
BalasPadammencuci muka dengan NION BEAUTY Opus Express ni adalah lebih bersih dari menggunakan tangan..iskk, teringin nak beli juga laa...
BalasPadam