FESYEN.INSTA KINI DI HURR.TV
Fesyen.Insta Kini Di Hurr.Tv | Bagi gadis-gadis di luar sana yang sukakan fesyen, kini tibalah masa untuk korang sendiri melihat apa itu Fesyen.Insta yang akan ditayangkan di hurr.tv bermula 31 Julai 2018 lalu sehingga 2 Oktober 2018 setiap jam 5 petang. Bagi mereka yang mencari tips bergaya yang trendy dan mengikut masa terkini, inilah peluangnya untuk melihat sendiri program fesyen dan beli-belah online terutama bagi hijabista moden setiap selasa di hurr.tv. Laman online gaya hidup dan platform strim video Malaysia, hurr.tv juga telah memperkenalkan sebuah program fesyen dan beli-belah online iaitu Fesyen.Insta, khususnya untuk hijabista yang menginginkan gaya Muslimah yang modest dan stylist.
Jujur aku cakap, program sebegini sebenarnya adalah sangat bagus untuk mereka yang tercari-cari terutama panduan berkenaan berfesyen. Untuk pengetahuan semua, rancangan Fesyen.Insta ini menampilkan beberapa buah butik menjual pakaian atau aksesori yang menepati citarasa gaya hijabista serta mereka yang ingin kelihatan elegan, bergaya dan selesa. Program yang merangkumi 8 episod ini dihoskan oleh 2 orang instafamous tak lain tak bukan iaitu Sharifah Rose dan Tasnim Shah.
JOM BELI DI SHOP.HURR.TV
Setiap episod program ini, Sharifah dan Tasnim secara bergilir-gilir akan melawat butik fesyen terpilih yang menjual pakaian serta aksesori sesuai untuk diperagakan bagi wanita yang inginkan inspirasi dari segi berfesyen dan dalam masa yang sama kesopanan dikekalkan serta membuat si pemakai selesa dengan gayanya.
Antara butik yang dilawati kedua-dua hos rancangan ini adalah Miss Lily Shop, Muslimah4U, Arco.my, Calaqisya, Ameera Zaini, Sofea Rose dan Minimalace. Kesemua butik yang mereka pergi ini adalah butik kesukaan aku juga terutama Miss Lily Shop yang sering berkongsi gambar pembeli di platform instagram mereka sekaligus memberi inspirasi kepada gadis di luar sana.
Setiap episod juga menampilkan hos yang akan menggayakan beberapa koleksi pakaian dan aksesori mengikut tema daripada butik fesyen berkenaan bagi memberi peluang kepada penonton untuk melihat sendiri rekaan yang dijual. Hos akan turut berkongsi tips 'do's & don'ts' sebagai panduan antaranya bagaimana untuk tampil lebih bergaya dan berkeyakinan dengan cara mix & match dan paling penting tidak tersalah pilih gaya berfesyen. Penonton juga boleh beli di laman web Beli@hurr.
Pengenalan tentang Program Fesyen.Insta:
- Merupakan program panduan fesyen untuk hijabista dimana sesuai dengan wanita islam moden yang ingin tampak bergaya dan tetap menjaga kesopanan mereka.
- Menerusi kerjasama dengan butik-butik fesyen terpilih ini, penonton juga boleh mendapatkan pakaian serta aksesori yang ditampilkan dengan harga yang berpatutan di laman web Beli@hurr.
- Episod ke-6 yang disiarkan minggu lalu menampilkan butik Sofea Rose yang menawarkan 'custom-printed shawl' sementara episod ke-7 bersama Tasnim Shah membawa penonton ke butik Minimalace yang mempunyai busana perkahwinan yang elegan dan feminin bermula dengan harga RM400. Di episod ke-8 pula, rancangan Fesyen.Insta ini akan ditayangkan pada 2 Oktober 2018, dimana episod terakhir rancangan Fesyen.Insta ini serta akan membawa penonton ke Butik Qhaleesaa.
- Untuk makluman semua, sepanjang bulan oktober ini, Kempen Jualan MurMur #FesyenInsta akan berlangsung di mana pakaian dan aksesori dari empat butik pakaian termasuk MissLilyShop, Ameera Zaini, Calaqisya dan Arco.my boleh didapati di laman web Beli@hurr.tv yang menawarkan diskaun sebanyak 15% serta bestnya penghantaran adalah percuma wak.
- Pembeli juga berpeluang memenangi 2 pasang tiket wayang GSC setiap minggu di bulan Oktober sekiranya jumlah pembeliannya melebihi RM100 dan nama pemenang akan diumumkan pada hujung bulan Oktober 2018.
Jangan lupa juga untuk muat turun aplikasi hurr.tv di pautan google store atau apps store untuk tengok rancangan Fesyen.Insta. Yuhuuuu :D
Selalu tengok hurr tv ni dekat youtube je. Hehe
BalasPadam