PENGALAMAN MENGINAP DI RESORTS WORLD KIJAL, TERENGGANU

Pengalaman Menginap Di Resorts World Kijal, Terengganu | Alhamdulillah, akhirnya aku berpeluang untuk menginap di Resort World Kijal dan aku dapat bilik yang super comfy and seaview! Kebetulan datang Resorts World Kijal hujung minggu memang dapat release tension lelagi bila berada di kesibukan kota. Sejujurnya, first time aku sampai di Resorts World Kijal ini, hati aku cukup tenang. First thing first, aku mengambil peluang selama berada di Resorts World Kijal ini aku akan membuat aktiviti luar iaitu team building bersama rakan-rakan dan aktiviti bersama penyu iaitu melihat cara penyu menetas, menanam telurpenyu dan melepaskan penyu. 


PENGALAMAN MENGINAP DI RESORTS WORLD KIJAL, TERENGGANU
View from my room




Jadi perjalanan aku ke Resorts World Kijal ini bermula daripada Wisma Genting, Kuala Lumpur terus menaiki kenderaan yang disediakan. Perjalanan ini bermula jam 7 pagi dan sampai sekitar jam 1 tengahari. Actually kalau gerak naik kereta sendiri cepat je sampai. Tapi ini adalah FAM Trip yang dianjurkan oleh Resorts World Genting. Yuhuuuu, apapun terima kasih Resorts World Genting kerana sudi menjemput diri ini. 


PENGALAMAN MENGINAP DI RESORTS WORLD KIJAL, TERENGGANU
Yess, korang boleh dapat gambar seperti aku ketika waktu matahari terbit di sebelah pagi.

PENGALAMAN MENGINAP DI RESORTS WORLD KIJAL, TERENGGANU


Setibanya kami di Resorts World Kijal ini, kami disambut meriah oleh pihak Resorts World Kijal beserta tarian daripada Sekolah Kebangsaan Ayer Jerneh yang terletak di Kemasek, Kemaman, Terengganu. Tahniah buat adik-adik dan cikgu-cikgu kerana sudi mempersembahkan tarian kebudayaan pada kami semua yang hadir tempoh hari. Semoga terus maju jaya.


PENGALAMAN MENGINAP DI RESORTS WORLD KIJAL, TERENGGANU

PENGALAMAN MENGINAP DI RESORTS WORLD KIJAL, TERENGGANU

PENGALAMAN MENGINAP DI RESORTS WORLD KIJAL, TERENGGANU


Masing-masing kepenatan dan kami telah diberi bilik yang super selesa dan besar. Bilik yang aku stay haritu adalah premier room dan memang menghadap ke laut. Korang tahu tak, betapa happynya aku bila dapat bilik yang menghadap laut. Susah tau nak dapat view macam tu lagi-lagi bila stay di hotel yang biliknya sentiasa penuh. Jadi rezeki di situ, hehe..


PENGALAMAN MENGINAP DI RESORTS WORLD KIJAL, TERENGGANU

PENGALAMAN MENGINAP DI RESORTS WORLD KIJAL, TERENGGANU

PENGALAMAN MENGINAP DI RESORTS WORLD KIJAL, TERENGGANU


Sebelum itu, kami menjamu selera di Restoran Kampong Meraga Beris yang dihidangkan di atas sampan dan pelbagai menu tempatan disediakan di Restoran ini. Semua makanan puas hati dan bagi sesiapa yang mencari nasi dagang silalah makan di sini.


PENGALAMAN MENGINAP DI RESORTS WORLD KIJAL, TERENGGANU


Untuk bilik premier room (sea view) tu aku memang puji sebab semuanya sangat mencukupi. Antara kelengkapan yang disediakan adalah Televisyen yang mempunyai pelbagai rancangan, Free Wifi line yang berdesup laju, teh dan kopi 2 dalam 1 penghibur hati, pengering rambut dan  alat mandian, Air cond dan kipas siling disediakan, katil yang super besar, Peti sejuk mini, Air mineral dikala kehausan,  peti keselamatan (electronic safe), Baby cot pun boleh dimohon sekiranya diperlukan. Bagi aku, bilik yang aku stay haritu memang cukup selesa kalau nak tidur seorang atau berdua. Sesungguhnya lagi selesa bila bilik aku menghadap laut yang cukup menenangkan hati, (gituuuuuuu,hehe). 


Selepas daftar masuk hotel, aku dan rakan lain bersiap untuk aktiviti luar seterusnya. Aktiviti ini dinamakan sukaneka antaranya menarik upih, membawa bola dipeha, mengukur buah kelapa (nyo) memancing botol air dan pelbagai lagi yang membuatkan aku teringat kembali akan zaman kanak-kanak. Untuk pengetahuan semua, terutama bagi yang syarikat yang suka adakan team building aku sarankan juga untuk cuba di Resorts World Kijal ini. Selain itu juga, boleh dijadikan sebagai aktiviti semasa hari keluarga. Aktiviti sebegini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama kita. Part paling tak boleh lupa adalah permainan menarik upih,bhahaha... Kelakar yang amat.


PENGALAMAN MENGINAP DI RESORTS WORLD KIJAL, TERENGGANU


Di Resorts World Kijal ini juga terdapat beberapa kategori aktiviti yang terbahagi kepada iaitu Rediscover Leisure dan Rediscover Adventure. Untuk aktiviti Rediscover Leisure ini kemudahan rekreasi dan fasiliti yang telah disediakan di Resorts World Kijal. Bagi aktiviti Rediscover Adventure ini pula adalah aktivti yang sangat bermakna terutama bagi mereka yang ingin melihat cara hidup dan budaya tempatan sekitar Resorts World Kijal. Kesemua aktiviti ini sebenarnya korang boleh runding dengan pihak RWK untuk aktiviti yang ingin dilakukan. 


PENGALAMAN MENGINAP DI RESORTS WORLD KIJAL, TERENGGANU





Antara aktiviti sukaneka yang diadakan di Resorts World Kijal

Tarik Upih


Antara aktiviti Rediscover Leisure seperti:

  • Jungle trekking dan aktiviti berhalangan.
  • Menunggang basikal
  • Kolam renang
  • Jakuzi dan sauna di sekitar kolam renang 
  • Bersukan dalam air (water polo), bola keranjang dan bola tampar
  • Tenis (meja tenis ada disediakan)
  • Aktiviti memanah
  • Pusat Kecergasan yang menyediakan peralatan cukup lengkap
  • Snuker
  • Taman permainan kanak-kanak dalam dan luar yang turut disediakan.

PENGALAMAN MENGINAP DI RESORTS WORLD KIJAL, TERENGGANU


Antara aktiviti Rediscover Adventure seperti:
  • Berjalan di sekitar bandar dan kampung berdekatan dengan Resorts World Kijal
  • Melawat di perkampungan nelayan dan pasar malam
  • Melihat kelip-kelip di waktu malam
  • Melihat penyu (bermusim dan bermula dari bulan februari hingga september)
  • Durian trip (bermusim juga)

Di Resorts World Kijal ini juga terdapat aktiviti bermain golf yang mempunyai harga tersendiri dan lubang golf di sini juga mempunyai 18 lubang golf. Untuk aktiviti golf ini juga orang awam boleh bermain dan harga mengikut hari serta jumlah lubang golf samada 9 lubang golf atau 18 lubang golf.


Setelah selesai segala aktivti bersukaneka tadi, kami diberi masa untuk ke sesi makan malam di Oasis Beach Bistro yang terletak betul-betul di persisir pantai Kijal. Sambil makan kami boleh menikmati keindahan Pantai Kijal serta dendangan lagu yang dinyanyikan oleh live band. Untuk Oasis Beach Bistro ini akan dibuka bermula jam 3pm sehingga 12.00am setiap hari. 


PENGALAMAN MENGINAP DI RESORTS WORLD KIJAL, TERENGGANU


Selepas kami menjamu selera di Oasis Beach Bistro tadi kami telah dibawa ke Pantai Teluk Mak Nik sekitar Kemaman, Terengganu dimana dahulunya dikenali sebagai Monica Bay dan jaraknya lebih kurang 25 kilometer dari Resorts World Kijal. Tujuan aku dibawa ke sini adalah untuk melihat sendiri penyu-penyu mendarat dan bertelur di tempat mereka mula dilepaskan pada berpuluh tahun penyu meninggalkan darat. Kebiasaannya penyu akan naik semula ke darat sewaktu tiba musim bertelur dan penyu ini akan mendarat di sekitar pantai di Terengganu atau Pahang sahaja. 


PENGALAMAN MENGINAP DI RESORTS WORLD KIJAL, TERENGGANU


PENGALAMAN MENGINAP DI RESORTS WORLD KIJAL, TERENGGANU

Menurut Jabatan Perikanan Negeri Terengganu dan Pusat Konservasi Penyu Rantau Abang, pantai yang kerap penyu mendarat untuk bertelur adalah:

  • Pantai Telaga Papan, Setiu
  • Pantai Bukit Cakar, Paka
  • Pantai Ma Daerah, Kerteh
  • Pantai Rantau Abang/Kuala Abang
  • Pantai Teluk Mak Nik,Kemaman (dahulu dikenali Monica Bay)

Di sinilah penyu-penyu akan mendarat dan kebiasaannya untuk melihat penyu ini mendarat adalah sekitar jam 11.30 malam dan kami tidak ada rezeki untuk bertemu dengan penyu sewaktu kami ke Pantai Teluk Mak Nik,Kemaman pada 22 September 2018 yang lalu. InshaAllah mungkin rezeki seterusnya. Pelbagai jenis spesis penyu yang terdapat di dunia dan antara penyu yang kerap mendarat di Malaysia adalah Penyu Belimbing, Penyu Karah, Penyu Lipas dan Penyu Agar. Kesemua penyu ini mempunyai saiz yang berbeza dan rupa bentuk cengkerang yang berbeza mengikut spesis.


PENGALAMAN MENGINAP DI RESORTS WORLD KIJAL, TERENGGANU
Anak Penyu

PENGALAMAN MENGINAP DI RESORTS WORLD KIJAL, TERENGGANU
Ketika sesi melepaskan anak penyu


Apapun, malam tu kami tak dapat tengok pun penyu mendarat namun aktiviti menanam telur penyu dan melepaskan telur penyu diteruskan keesokan harinya. Satu pengalaman yang luar biasa dan pertama kali aku melepaskan penyu di lautan yang luas. Tak boleh bayangkan bagaimana anak penyu boleh survive dengan kehidupan yang cukup luas sedangkan masih anak penyu lagi.


Selepas sesi melepaskan anak penyu, kami diberi peluang untuk menanam anak pokok kelapa di persisiran pantai. Bagus aktviti seperti ini sebenarnya dan semoga usaha memulihara dan mencantikkan pantai di sekitar Resorts World Kijal ini diteruskan. Tahniah buat team Resorts World Kijal. 




Pengalaman Menanam Telur Penyu Dan Melepaskan Anak Penyu Di Pantai Kijal 

Kami telah dibawa ke Pantai Teluk Mak Nik sekitar Kemaman, Terengganu dimana dahulunya dikenali sebagai Monica Bay dan jaraknya lebih kurang 25 kilometer dari Resorts World Kijal. Tujuan aku dibawa ke sini adalah untuk melihat sendiri penyu-penyu mendarat dan bertelur di tempat mereka mula dilepaskan pada berpuluh tahun penyu meninggalkan darat. Kebiasaannya penyu akan naik semula ke darat sewaktu tiba musim bertelur dan penyu ini akan mendarat di sekitar pantai di Terengganu atau Pahang sahaja. 


PENGALAMAN MENGINAP DI RESORTS WORLD KIJAL, TERENGGANU


Menurut Jabatan Perikanan Negeri Terengganu dan Pusat Konservasi Penyu Rantau Abang, pantai yang kerap penyu mendarat untuk bertelur adalah:

  • Pantai Telaga Papan, Setiu
  • Pantai Bukit Cakar, Paka
  • Pantai Ma Daerah, Kerteh
  • Pantai Rantau Abang/Kuala Abang
  • Pantai Teluk Mak Nik,Kemaman (dahulu dikenali Monica Bay)

Di sinilah penyu-penyu akan mendarat dan kebiasaannya untuk melihat penyu ini mendarat adalah sekitar jam 11.30 malam dan kami tidak ada rezeki untuk bertemu dengan penyu sewaktu kami ke Pantai Teluk Mak Nik,Kemaman pada 22 September 2018 yang lalu. InshaAllah mungkin rezeki seterusnya. Pelbagai jenis spesis penyu yang terdapat di dunia dan antara penyu yang kerap mendarat di Malaysia adalah Penyu Belimbing, Penyu Karah, Penyu Lipas dan Penyu Agar. Kesemua penyu ini mempunyai saiz yang berbeza dan rupa bentuk cengkerang yang berbeza mengikut spesis.


Untuk pengetahuan semua, penyu ini adalah haiwan jenis reptilia yang hidup di darat dan di laut serta bernafas menggunakan paru-paru dan berdarah sejuk. Jantina penyu ini boleh dilihat melalui panjang ekornya. Bagi penyu yang mempunyai ekor yang panjang itu adalah jantan manakala penyu yang mempunyai ekor yang pendek adalah betina. Selain daripada ekor penyu, dengan melihat cengkerang penyu juga kita boleh tahu bahawa penyu yang mempunyai cengkerang adalah penyu jantan manakala cengekerang kecil ialah betina. 


Untuk aktiviti melepaskan penyu dan penanaman telur penyu harganya adalah RM49 per sesi dan untuk melihat sendiri pendaratan penyu di Resorts World Kijal, Santuari Penyu Ma Daerah Kerteh atau di Pantai Teluk Mak Nik Kuala Kemaman yang dulunya dikenali sebagai Monica Bay tiket masuk adalah RM70 seorang. Pantai yang terpilih dimana kebiasaannya penyu akan mendarat biasanya akan dijaga rapi oleh Jabatan Perikanan.


PENGALAMAN MENGINAP DI RESORTS WORLD KIJAL, TERENGGANU
Pantai Penunjuk

PENGALAMAN MENGINAP DI RESORTS WORLD KIJAL, TERENGGANU
Perkampungan di Kijal

Salah sebuah di rumah nelayan

Hampir sejam kami membuat aktivti menanam telur penyu, melepaskan anak penyu di lautan dan menanam anak pokok kelapa di persisir pantai Resorts World Kijal ini kami meneruskan pula aktiviti melawat ke perkampungan nelayan dan Pantai Penunjuk di sekitar Kijal. Cantik dia tak terkata dan rasa macam taknak balik je. Melihat awan biru, tutur kata orang di sana membuatkan hati ini kuat berkata sayangkan akan Negeri Terengganu dan indahnya negeri ini.


PENGALAMAN MENGINAP DI RESORTS WORLD KIJAL, TERENGGANU

PENGALAMAN MENGINAP DI RESORTS WORLD KIJAL, TERENGGANU

Cara nak ke Resorts World Kijal ini ada 2 cara iaitu melalui udara atau darat:


UDARA:

Dari Kuala Lumpur:

- Turun di Lapangan Terbang Kuantan mengambil masa selama 50 minit ke RWK
- Turun di Lapangan Terbang Kuala Terengganu mengambil masa selama 1 jam ke RWK
- Turun di Lapangan Terbang Kerteh mengambil masa selama 1 jam ke RWK


DARAT:

Dari Kuala Lumpur:
- Melalui Lebuhraya Pantai Timur mengambil masa selama 3 jam ke RWK
- Melalui Lebuhraya Karak mengambil masa selama 5 jam ke RWK (352km)

Dari Johor Bahru:
- Melalui Lebuhraya Pantai Timur mengambil masa selama 6 jam ke RWK (407km)

Dari Tangkak:
- Melalui Tangkak - Segamat - Kuantan mengambil masa selama 7 jam ke RWK (379km)

Dari Kuantan:
- mengambil masa selama 1 jam 20 minit ke RWK

Dari Cherating:
- mengambil masa selama 30 minit ke RWK

Dari Kuala Terengganu:
- mengambil masa selama 50 minit ke RWK

Dari Kerteh:
- melalui Lapangan Terbang Kerteh mengambil masa selama 20 minit ke RWK




Apapun, pengalaman menginap di Resorts World Kijal ini sangat seronok dan pemandangan yang cantik ini membuatkan aku akan kembali semula ke Resorts World Kijal satu hari nanti. Terima kasih atas peluang yang diberikan. Korang dah pernah menginap di Resorts World Kijal? Best tak? Kalau yang belum, yes aku sarankan untuk korang menginap di sini. Confirm tak menyesal.


KOMEN AKU TENTANG RESORT WORLD KIJAL:

Makanan: 4.5 / 5 
Bilik: 5 / 5
Servis: 4.5 / 5
Fasiliti: 4.5 / 5


KM 28, 24210, Jalan Kemaman,
Dungun, Kampung Meraga Beris,
24100, Kijal Terengganu, Malaysia

3 ulasan:

  1. cantik tempat ni :)

    singgah n follow sini.. harap sudi follow http://ejulz.blogspot.com :)

    BalasPadam
  2. seronoknya..macam2 aktiviti ada..tempat pon menarik..

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..