PROMOSI 'PERDANA 188 DEALS' DI HOTEL PERDANA KOTA BHARU

Promosi 'Perdana 188 Deals' Di Hotel Perdana Kota Bharu |Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Cuti sekolah dan tak tahu nak bercuti dimana? Yes! Anda kini berada dipautan yang tepat sekali untuk mereka yang mencari lokasi sebenar cuti sekolah bersama keluarga tercinta dan sahabat handai. Di Hotel Perdana Kota Bharu kini sedang mengadakan Promosi 'Perdana 188 Deals' dimana pakej promosi bilik ini untuk satu malam. Harga termasuk sarapan pagi untuk 2 orang dewasa serta 2 orang kanak-kanak berumur 5 tahun yang berkongsi bilik dengan ibubapa.


Untuk pengetahuan semua, Hotel Perdana Kota Bharu ini merupakan sebuah hotel premier yang terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu,Kelantan. Hotel ini membawa imej kebudayaan Melayu Klasik yang unik dengan sentuhan moden yang mewah. Hotel ini juga mempunyai 272 bilik yang berkonsepkan moden kontemporari,sesuai buat mereka yang berkunjung ke Kelantan untuk bercuti mahupun atas urusan perniagaan. 


Biik Deluxe Classic yang super cantik dan luas

Berdasarkan tajuk di atas, kita semua telah menghampiri ke penghujung tahun 2018 dan Hotel Perdana Kota Bharu telah mengadakan promosi 'Perdana 188 Deals' bagi menghargai pelanggan yang sentiasa menyokong dan memilih Hotel Perdana Kota Bharu.


'Perdana 188 Deals' merupakan pakej promosi bilik pada harga terendah yang telah dilancarkan pada 18 Disember 2018. Menerusi promosi ini, tetamu dapat meneumpah bilik Deluxe Classic dengan harga serendah RM188 untuk satu malam. Harga promosi ini termasuk sarapan pagi untuk 2 orang dewasa serta 2 orang kanak-kanak di bawah umur 5 tahun yang berkongsi bilik dengan ibubapa. Bestkan? Dah la murah, siap dapat sarapan lagi. Siapa taknakkan?




View dari Hotel Perdana Kota Bharu


Dengan harga promosi serendah RM188, pelanggan akan mendapat keselesaan bilik yang berkeluasan 32 meter persegi dimana bilik ini cukup luas untuk percutian bersama keluarga tersayang. Selain itu, bilik Deluxe Classic juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti LCD TV Skrin Rata beserta siaran Astro, kemudahan mesin pembancuh kopi,minibar, seterika serta papan alas seterika, peti simpanan, sejarah serta akses Wi-Fi secara percuma. Ye, korang pasti akan puas hati dengan kemudahan yang disediakan di Hotel Perdana Kota Bharu ini. Paling best, lokasi hotel ini sangat strategik dimana tenpat-tempat yang wajib dikunjungi ada berdekatan dengan hotel ini. Antara lokasi yang wajib singgah sekitar Kota Bharu adalah Pasar Siti Khadijah, Pasar Terapung Pulau Suri, Air Terjun Jelawang, Masjid Ar-Rahman, Pasar Malam Wakaf Che Yeh, Bazar Tok Guru, Rumah Api Pantai Senok, Zon Bebas Cukai Rantau Panjang, Muzium Negeri Kelantan, Masjid Kampung Laut, Pasar Besar Siti Aishah Jelawat, Pantai Tok Bali, Pantai Irama, Istana Jahar (Muzium Adat Istiadat), Muzium Diraja (Istana Batu), Kampung Kraftangan,Pantai Cahaya Bulan dan banyak lagi.






Untuk makluman semua, harga promosi ini hanya sah dengan tempahan atas talian di laman sesawang Hotel Perdana Kota Bharu sahaja iaitu di www.hotelperdanakotabharu.com dari 18 hingga 22 Disember 2018. Tempahan ini sah sehingga 22 Mac 2019 dan tertakluk kepada kekosongan bilik. Harga Promosi Perdana Deals adalah tertakluk kepada terma dan syarat.


Selain itu, jangan lupa untuk menikmati 'Festive BBQ Buffet Dinner' dengan harga RM75 seorang pada 24 Disember 201& dan 31 Disember 2018. Untuk tempahan 'Festive BBQ Buffet Dinner' boleh berhubung di talian 09-7458888
   

2 ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..