BEAUTY REVIEW - ID.AZ CU-V TENSIONING SLEEPING PACK FACE FIT
Beauty Review - ID.AZ CU-V Tensioning Sleeping Pack Face Fit | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Yeay finally! Bulan Januari dah nak habis dan alhamdulillah kulit muka aku setakat ini okay dan tiada masalah dari segi redness, kedutan, garis-garis halus, segala jenis jerawat, takde blackhead, kulit tak oily. Fuh! Alhamdulillah untuk penjagaan kulit muka yang konsisten wahai onie.
Bagi perempuan, kulit muka sangat penting dan untuk lelaki juga, korang pun sebenarnya penting untuk jaga kulit muka. Jangan nak malas sangat ye even sebelum nak tidur pun kalau boleh calit la 2 3 produk supaya bangun pagi tu terus semangat nak pergi kerja ke apa kan. For me, penjagaan kulit muka ini sangatlah penting dalam apa jua keadaan. Jika diletakkan persoalan pada aku, aku akan pilih penjagaan kulit muka dahulu sebelum solekan. Tanpa penjagaan kulit muka, hasil solekan tidak akan berhasil dengan elok. Jadi ingat, jagalah kulit muka hanya dengan beberapa langkah mudah sahaja.
Apa dia ID.AZ CU-V Tensioning Sleeping Pack Face Fit?
Yes. ID.AZ CU-V Tensioning Sleeping Pack Face Fit. So, what ur first impression for the name onie? My impression is wowwwww! Tensioning Sleeping Pack Face Fit? Yes, suatu nama yang aku rasa cukup tepat, padat dan wowww! Untuk pengetahuan semua ini, produk ini bakal dilancarkan pada Februari 2019 dan ini merupakan produk yang berjenama dari Korea. Rata-rata produk dari Korea ini tidak pernah menghampakan aku. Produk ini perlu dipakai sebelum tidur pada setiap hari. Packaging cantik! I like the concept of glassess ang grey with black box. Sangat eksklusif ❤️
Komen aku tentang ID.AZ CU-V Tensioning Sleeping Pack Face Fit ini adalah:
1. Harga normal untuk produk ini adalah RM199 dan masih ada diskaun iaitu RM169.15 di mana-mana cawangan Watsons Malaysia
2. WAJIB beli sebab harga dia tengah murah sekarang weh. Mana tahu lepas ni naik harga. Jeng jeng. HAHA.. Mandai je aku kan.
3. Tekstur dia sangat lembut dan non-greasy, cepat absorb pada kulit muka dan selesa dipakai walaupun masa tidur tau. First time aku tengok tekstur produk ini, aku ingat greasy bila di calit pada kulit muka, rupanya tak! Eh. iyeeee laaaaaa oiiii! Takkan aku nak tipu pulak. Tak mainlah tipu-tipu ni wak.
4. Tak percaya pakailah dalam masa seminggu dan bila bangun pagi tengok cermin sambil baca doa,Allah, indah dan terletak serta paling aku perasan, kulit muka nampak tegang!!hikhik...YAKIN?eh of course la wak!
5. Kurang hygenic which is kalau produk ini packaging dia dalam bentuk tube better kot aku rasa. Sebab kadang bila sekali calit dan tak perasan tangan tak bersih ke apa, takut tinggalkan kesan yang 'kurang manis' dekat krim dia tu.
6. Anti Kedutan dan untuk memutihkan kulit muka.
6. Anti Kedutan dan untuk memutihkan kulit muka.
6. I Design, Small Face A to Z.
Kalau sebelum ini, jenama ID.AZ keluarkan sheet mask, sekarang adalah:
- ID.AZ CU-V Tensioning Sleeping Pack Face Fit ( Anti Wrinkle - Whitening care )
Siapa yang sesuai pakai ID.AZ CU-V Tensioning Sleeping Pack Face Fit ?
Semua orang sesuai pakai termasuk si lelaki !
Yang kulit berminyak, ada kedutan, garis halus, muka kendur dan nampak tua di usia muda? Semua sesuai. Jangan risau. HIHI. Masa ni la nak cuba u :P
Kenapa perlu pakai ID.AZ CU-V Tensioning Sleeping Pack Face Fit ?
Seperti yang aku cakap atas tadi, penjagaan kulit muka sangat penting even sebelum nak tidur pun kenalah pakai untuk mengurangkan masalah anti penuaan dimana boleh menghilangkan garis-garis halus, membantu untuk mencerahkan kulit muka, melembabkan kulit wajah yang kering, membuatkan kulit muka tegang hingga membuatkan kulit muka menjadi bentuk V, membantu menganjalkan kulit muka. Haaaa, best tak?
Berapa harga ID.AZ CU-V Tensioning Sleeping Pack Face Fit?
Watsons Malaysia - RM199 now (since 31 Januari 2019) diskaun RM169.15
Bila ID.AZ CU-V Tensioning Sleeping Pack Face Fit dilancarkan?
Pada Februari 2019 dan actually, produk ini dah ada di website Watsons Malaysia, cuma di stor aku tak pasti dah ada ke belum, nampak nauuu dah lama gila aku tak ke Watsons Malaysia ni. Adeh la.
Nak beli ID.AZ CU-V Tensioning Sleeping Pack Face Fit dekat mana?
Watsons Malaysia: WEBSITE
Watsons Malaysia: DRUGSTORE
Review aku tentang ID.AZ CU-V Tensioning Sleeping Pack Face Fit ?
First thing first, harga dia a bit pricey dengan kandungan dia yang aku rasa tahan 2 bulan je kot kalau aku then kena beli lagi. Produk ID.AZ ni wa cakap sama lu, dia punya best tu tak terkata, sama juga dengan sheet mask, no wonder mahal. Muka aku lepas sebulan pakai ID.AZ CU-V Tensioning Sleeping Pack Face Fit ini langsung takde breakout or anything yang mencurigakan. TAKDE okay!
Sebulan dah aku pakai dan setiap hari sebelum tidur memang aku pakai ID.AZ CU-V Tensioning Sleeping Pack Face Fit selepas aku lumurkan serum pada kulit muka. Bangun pagi muka aku langsung tak kusam dan nampak tegang, kurang jugak garis-garis halus terutama pada hujung bahagian mata dan bibir. Tiada garis halus. Maybe aku nampak lagi muda selepas pakai ID.AZ CU-V Tensioning Sleeping Pack Face Fit ini?
Jadi, inilah rahsia aku sebelum tidur iaitu memang aku akan pakai serum, moisturizing dan last sekali ID.AZ CU-V Tensioning Sleeping Pack Face Fit ini. Cara pakai produk ini mudah semudah ABC sahaja. Make sure, bersihkan muka dahulu, kemudian gunakan serum, moisturizing dan akhir sekali ID.AZ CU-V Tensioning Sleeping Pack Face Fit. Cara nak pakai dia, mestilah lakukan urutan ke atas untuk menegangkan kulit muka lagi dan jangan urut secara ke bawah supaya kulit muka tidak kendur kelak. Okay, selamat mencuba korang :D
Hashtag: #idaz #butterflymsia #facefitsleepingmask
Salam Sayang,
mekonie@yahoo.com
Nama wow sangat. Tengok harga lagilah wow. Kalau ada rezeki boleh cuba ni hehee
BalasPadamDia punya pricey tu yang tutup mata kalau nak beli tu. Huhu. Tapi ramai kata worth the money produk ni, betul ke? Nak anjal2 balik kulit ni hehee
BalasPadamSuka sangat krik ni..nak habis dah..belasah guna pagi dan malam..suka sebab dia boleh hilangkan wrinkle..almaklum la..akak kan dah 40an...banyak garis2 halus dh timbul
BalasPadamWah ada harga diskaun lah sekarang. Dah lama aim nak beli sleeping mask ni. Memang best baca review. teringin nak beli satu nanti
BalasPadamwah. boleh tahan jugak harganya. surely bagus, ekk?
BalasPadamelok la ada jual di watson. mudah nak membeli nyer kalau teringin.
now, regim skincare aida waktu mlm memang dah 3 steps :)
hadoi lah... selalu lupa. terus tido jer.
baca-baca-baca, sekali tengok harga, terkejut juga. hihihihihihi. Tapi Brand ID.AZ ni memang bagus la.
BalasPadamDengar kata produk ni dari korea kan. Selalu produk dari sana mesti serasi dengan kulit kita semua.
BalasPadamSenang nak cari ye. Ada jual di Watson.
Bolehla survey nanti.
The price can be a little eye-watering for some but if it is really effective I am sure it will worth it right?
BalasPadamFirst time dengar perkataan Tensioning. Selalu Tension je kan?. Banyak la produk kat pasaran. Bila banyak produk, pengguna boleh la buat pilihan yang mana elok / sesuai dengan kulit kita kan?
BalasPadamAla comel sangat Mekonie letak produk tu atas kepala hehehehe kelakar lah tapi orang perempuan suka lah akan ada produk bagus macam ni hehehehhee
BalasPadamproduk korea mmg banyak bagus bagus sekarang nih. banyak dah baca. and sekarang mmg orang ckp sleeping mask mcm nih bagus . ada rezeki boleh grab lah jugak. aritu ada usha brand laneige.. tapi ni lagi murah and berbaloi untuk permulaan sbg first trial kan
BalasPadamMmg suka tengok sleeping face jenis krim ni. Sbb nampak senang pakai. Rumisannya pun nampak hebat. Cam nak tryla satu hr nanti
BalasPadamRamai jugak yang dah gunakan produk ni kata best. Teringin gak..maklumlah muka ni dah melebar betul..mana tahu boleh dapat V shape..sure cunn..hehehe
BalasPadamBiasa kalau packaging macam ni,. Dieorang patut bagi spatula kecik la kan. Baru hygenic sikit nak colek colek cream ni.
BalasPadamDengar jugak pasal produk nie. Ramai yang kata bagus tapi xpasti lah kalau ia sesuai dgn kulit muka sy. Nanti sy nak cuba sendiri. Nampk meyakinkan dan berkualiti
BalasPadamNampak bagus produk ni....boleh juga nanti kita cuba....kenalah jaga kulit muka kan...supaya nampak berseri2
BalasPadamMakin meletups dah Mek Onie now - penjagaan kecantikan, mekap dan juga photography. And Rawlins pun macam nak try gak la id.az nie kelak.
BalasPadamUmur cam AM yg semakin menginjak usia mmg ada masalah yg mek onie sebutkan.. Jadi mmg mencari solusi bg kulit wajah.. Nnti AM nak cari kat nWatson cuba juga sementara tgh promosi nie..
BalasPadamMakin berseri-seri Mek Onie skang ni.no wonderlah, rajin guna produk produk terbaik di pasaran rupanya. Semoga terus rajin hehe
BalasPadamSaya memang suka pakai dia punya mask, and now dah keluarkan sleeping mask pula. Memang nak cuba, dah la botol cantik.
BalasPadam