KENAL HUKUM TAJWID DIUSIA MUDA BERSAMA BEANAHOMEQURAN





Kenal Hukum Tajwid Diusia Muda Bersama Beanahomequran | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Diusia kecil inilah, ibubapa perlu mendidik anak-anak untuk mengenal Huruf Hijaiyah. Permulaan untuk mengenali hukum tajwid adalah bermula daripada pengenalan huruf hijaiyah dahulu. Namun, pengenalan hukum hijaiyah ini menjadi senang kepada mereka terutama yang berusia muda seperti kanak-kanak dengan menggunakan konsep fun, colouring, game dan pelbagai lagi.


Biasalah, bila diusia muda mula ingin belajar terutama dalam kalangan kanak-kanak, pelbagai dugaan yang perlu dilalui oleh ibubapa atau tenaga pengajar. Maklumlah, minat kanak-kanak ini berlainan dengan orang dewasa kerana adalah pemikiran kanak-kanak mereka ingin bermain dan sekaligus minat untuk belajar sesuatu yang berfaedah kurang diminati.



Untuk memupuk minat yang mendalam buat kanak-kanak ini adalah dengan mengajar sambil bermain atau terpulang kepada tenaga pengajar bagaimana mereka ingin dedahkan ilmu agama sehingga menarik minat kanak-kanak untuk seronok belajar. Nak mudah bukan senang dan nak senang bukan mudah. Jadi untuk membuatkan mereka kenal hukum tajwid diusia muda bersama BeanaHomeQuran bukan satu hal yang remeh malah nakkan sesuatu yang hebat buat anak-anak adalh bermula daripada didikan ibubapa. Moga aku menjadi ibu bapa (sempat) yang rajin mendidik anak-anak sejak dari kecil dan terima kasih juga buat umi abah sebab korbankan masa, wang dan tenaga untuk menghantar aku ke kelas pengajian.


Kalau korang nak tahu, kini BeanaHomeQuran telah beroperasi hampir lebih kurang 2 tahun sejak mereka mula beroperasi sejak disember 2016 dan sehingga kini mendapat sambutan oleh orang ramai kerana BeanaHomeQuran ini memudahkan urusan orang ramai dalam belajar ilmu agama.



Mengenai BeanaHomeQuran:

Kalau korang nak tahu, BeanaHomeQuran ini merupakan home tutor kelas mengaji dan asas fardhu ain. BeanaHomeQuran menawarkan  perkhidmatan mengajar mengaji dan fardhu ain secara persendirian iaitu dari rumah ke rumah. Ini yang aku katakan, banyak memudahkan urusan orang ramai kerana mengajar mengaji dan fardhu ain secara persendirian atau berkumpulan dari rumah ke rumah. BeanaHomeQuran juga turut menjalankan perkhidmatan mengajar mengaji secara berkumpulan sama ada kecil atau besar yang mengandungi tidak lebih daripada 6 orang pelajar.


BeanaHomeQuran merupakan kelas mengaji yang disediakan untuk orang dan menyediakan home tutor untuk datang ke rumah anda dan mengajar anak-anak anda. Paling penting, anda (ibubapa) tidak perlu lagi bersusah payah untuk datang ke pusat tertentu. Hanya perlu daftar dan beritahu hari yang sesuai untuk belajar mengaji dan tutor kami akan segera ke rumah anda mengikut hari yang telah ditetapkan. See, dah la tutor datang ke rumah, jadual kita pula yang susun sendiri. Memang sangat okay.


BeanaHomeQuran ini menawarkan kelas tutor mengaji khusus untuk kanak, remaja dan dewasa. Sekiranya anda dan juga anak-anak anda ingin belajar mengaji bersama juga tidak menjadi masalah. Belajar secara personal dan berdepan dengan ustaz atau ustazah kami pasti akan lebih mudah difahami dan lebih mudah untuk tangkap dengan apa yang dipelajari kerana setiap tutor mempunyai kaedah yang tersendiri untuk membuatkan mereka terus minat dalam belajar terutama kanak-kanak.




Suasana Pembelajaran:

Suasana di rumah yang kondusif dan selesa membuatkan tumpuan akan menjadi lebih fokus. Anak-anak akan lebih mudah dan cepat faham akan apa yang dipelajarinya. Kesalahan-kesalahan yang dibuat ketika membaca Al-Quran dapat didengari dan diperbetulkan dengan segera. Pada permulaan kelas, anak-anak berkemungkinan merasa kurang selesa, tetapi lama-kelamaan ianya akan menjadi perkara biasa.


Kesemua aktiviti belajar mengaji dan kelas fardhu ain boleh dilakukan di rumah, di pejabat ataupun di mana-mana tempat yang bersesuaian. BeanaHomeQuran ini menggunakan konsep talaqi iaitu pertemuan atau perjumpaan yang berasaskan pengajian ilmu islam. Ia akan disampaikan oleh tenaga pengajar kami kepada kanak-kanak, remaja dan juga dewasa supaya lebih tekun dan fokus dalam pengajian membaca Al-Quran dan Ilmu Fardhu Ain.




Servis Yang Ada Di BeanaHomeQuran:

Sejak 2016 BeanaHomeQuran beroperasi, terdapat lebih daripada 200 orang pelanggan telah berdaftar dan menjalani kelas mengaji Al-Quran dan kelas Fardhu Ain. Tenaga pengajar juda telah ramai yang berdaftar dengan kami dan kini kami telah mempunyai lebih daripada 100 orang yang mengajar di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan juga Putrajaya.


BeanaHomeQuran juga turut menyediakan pusat pengajian bergerak. Ia merupakan pusat pembelajaran kami yang terletak di Kota Damansara, Selangor. Pusat pembelajaran ini sangat strategik kedudukannya kerana ianya terletak di antara Petaling Jaya dan Subang. Jika anda tinggal berdekatan dengan kawasan pusat pengajian BeanaHomeQuran, anda juga boleh terus berdaftar dan belajar mengaji di sini.


Sekiranya anda tinggal jauh dari kawasan pusat pengajian BeanaHomeQuran, tidak menjadi masalah kerana perkhidmatan utama BeanaHomeQuran adalah mengajar mengaji secara persendirian dari rumah ke rumah. Di BeanaHomeQuran, mereka mempunyai ramai tenaga pengajar yang secukupnya. Tenaga pengajar kami akan dihantar ke rumah anda atau tempat yang anda cadangkan untuk mengajar mengaji Al-Quran kepada anda.


Servis Beana Tawarkan:
  • BeanaHomeQuran menawarkan membaca Al-Quran selama 50 jam menggunakan kaedah-kaedah tertentu.
  • Menawarkan kelas kelas Asas Fardhu Ain secara percuma kepada sesiapa yang mendaftar kelas mengaji Al-Quran.
  • Kelas Tasmi'
  • Kelas Fardhu Ain
  • Kelas Bahasa Arab
  • Kelas Tahsin Ibadah

Lokasi BeanaHomeQuran
  • Beroperasi di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
  • Lokasi termasuklah di Puncak Alam, Shah Alam, Petaling Jaya, Bandar Klang, Banting, Dengkil, Bangi, Serdang, Kajang dan Hulu Langat.

Keistimewaan pelajari bersama BeanaHomeQuran

  • Dapat pelajari ilmu dengan mudah.
  • Tidak perlu bersesak-sesak untuk ke pusat pengajian.

Peluang Pekerjaan Kepada Pelajar IPT, Fresh Grad Atau Sesiapa Yang Berminat:

Skop Kerja 
  • Mengajar Al-Quran dan Asas Fardhu Ain
  • Mengajar Kelas Asas Hafazan
  • Mengajar dalam Bahasa Melayu atau English
  • Mengajar Kelas Advance

Syarat-Syarat Kelayakan
  • Warganeraga Malaysia
  • Berumur 20 tahun ke atas
  • Memiliki sekurang-kurangnya Diploma Pengajian Islam atau apa-apa sijil yang diiktiraf
  • Mengajar di sekitar Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya
  • Memiliki kenderaan
  • Memiliki smartphone

Kelebihan Menjadi Tutor Beana
  • Anda berhak menyusun jadual kerja anda sendiri
  • Bekerja dengan waktu yang fleksible
  • Mengajar disekitar tempat anda sahaja KL/Selangor/Putrajaya Sahaja
  • Elaun yang lumayan
  • Insentif Belian Kereta & Umrah
  • Penyata elaun disediakan
  • Reward Tutor Bulanan
  • Latihan dan konsultansi diberikan

Jika berminat boleh emailkan resume ke info.beanahomequran@gmail.com atau whatsapp cik sofea - 011-37391905 . Ustazah diutamakan dan borang pendaftaran tutor di sini.



Sebelum bercerita lebih panjang lagi tentang BeanaHomeQuran ini, izinkan aku untuk berkongsi sedikit tentang 15 kelebihan bila kita membaca al-quran:



  1. Dapat pahala dan kebaikan
  2. Dapat memberikan darjat yang lebih baik
  3. Memperoleh lindungan dan rahmat daripada malaikat
  4. Memberikan syafaat
  5. Membuatkan seseorang menjadi baik
  6. Membuatkan hati tenteram
  7. Agar selamat dunia akhirat
  8. Sebagai penawar penyakit
  9. Sebagai penyembuh penyakit hati
  10. Memberi kenikmatan kepada orang tua
  11. Mendapat ganjaran dengan membaca dan mendengarnya
  12. Menambahkan iman
  13. Menjadi panduan hidup
  14. Memudahkan untuk mendidik anak supaya pandai mengaji
  15. Memudahkan untuk menghafal al-quran


Email: beanahomequran@gmail.com
Tel: 011-5223 4111


20 ulasan:

  1. Bagusnya Beana ni. Cx pon dah lama tak mengaji berguru. Mengaji sendiri² je, itupon kadang². Allah. Rugi rasa. Bgs beana buat mcm ni, mudah ntk kita arrange masa. Dah tkde alasan lg ntk terus menimba ilmu dna kalam Allah

    BalasPadam
  2. Good information. I will share with my muslim friends. It might be very helpful for them. Thank you for sharing.

    BalasPadam
  3. Teringat zaman zekolah dulu belajar mengaji kat masjid, belajar tajwid..sekarang ddh mudah dah..ada sekolah khas kan .kalau kita nak sharp kan balik bacaan kita pun ook...selain tu dioradiorang tawarkan peluang pekerjaan kan?

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah kita pun tengah cari guru untuk ajar kita mengaji ni memang bagus ada Al Quran macam ni memang membantu lah tak perlu rasa malu nak belajar ilmu agama ni sebab setiap masa kena belajar..

    BalasPadam
  5. Happy 2 anniversary to BeanaHomeQuran . It's a nice program for all the kids. I believe the kids will learn a lot from it. Thanks for sharing

    BalasPadam
  6. Bagus dah ada camni dan start usia muda lagi. Saya start belajar dari umur 7 tahun. Semua pergi belajar dekat masjid. Semua ni amat berguna di didik dari usia awal.

    BalasPadam
  7. Wah bagusnya ada perkhidmatan home tutor macam ni. Menyenangkan parents yang sibuk dengan kerja. Boleh mengaji dekat rumah kan. Untuk dewasa pun boleh jugak kan?

    BalasPadam
  8. Memang dah lama sis teringin nak panggil ustazah datang mengajar anak sis kat rumah. Sis lebih prefer one to one sebab anak boleh tumpu pada ajaran, tapi masalahnya kawasan sis ni tak ada pulak yang boleh datang ke rumah. Nanti blehlah sis survey yang ni..mana tau kot2 diorg boleh datang area rumah sis ni pulak

    BalasPadam
  9. Bestnya ada servis macam ni. Zaman dulu2 kt kampung mmg ramai yg buat servis mengaji ni tpi kat bandar susah sikit. Dengan ada servis mcm ni senanglah ibu bapa nk sediakan ilmu agama yang lebih baik untuk anak2.

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah... Adanya perkhidmatan sebegini sangat bagus! Tertarik dengan pakej yang di tawarkan. Sayang nya belum cover kawasan Nina. Moga Selepas intake lebih ramai yang mohon nanti bolehlah cover my area. Semoga BeanaHomeQuran sukses! Aamiin

    BalasPadam
  11. Bagus ka servis2 mcm ni...
    Akak pun rasa nak belajar balik tajwid... Mcm tunggang langgang ja tajwid akak sekarang.. Harap progran ni diperluaskan di seluruh negara

    BalasPadam
  12. Pembelanjaran tentang mengenal huruf jawi dan mengaji memang patut dipupuk pada anak-anak seawal 2 tahun.. bagus sebenarnya untuk anak-anak belajar seawal yang boleh.

    BalasPadam
  13. Terbaiklah Beana Home. Dah terfikir utk mencari guru mengaji yg boleh dtg ke rumah. Ajar anak2 dan kita pun boleh join skali.

    BalasPadam
  14. Tajwid ni subjek favorite time kelas fardhu ain dulu. Best belajar. Lamanya tak join kelas macam ni. Rindunya lahai. Kalau dah ada kelas macam ni, at least kita ada choice untuk pergi kelas atau suruh tenaga pengajar datang rumah. Lagi best kan

    BalasPadam
  15. Bagusnya program ni. Dapat membantu orang ranai untuk lebih celik al-quran. Zaman sekaran nak cari ilmu dah mudah

    BalasPadam
  16. Bagusnya kalau dapat belajar balik ilmu agama macam ni. dulu bukan main hebat tentang hal-hal macam ni sebab memang fokus kan. sekarang sikit-sikit dia mula jauh. Allahu..

    BalasPadam
  17. Selamat belajar dan mengaji Quran, belajar ilmu yang baik dan diaplikasikan dalam kehidupan harian.

    BalasPadam
  18. Bagusnya ada program Bena Home, blh belajar agama/mengaji siap dtg ke rumah, klu org dewasa nk belajar semula mengaji sgt mudah

    BalasPadam
  19. Bagus program begini dimudahkan. Pengalaman akak dulu cari guru mengaji di cari.com. masa tu semua student UIA available nak mengajar sebab mereka cari duit lebih. Ada yang cas seikhlas hati, tp kita ni faham la takkan la nak percuma. kesian kos pengangkutan, makan, minyak dan tenaga. Sebab nak ilmu tu bermanfaat. InsyaAllah. Sekarang dah ada platform ni, lg bertambah mudah. hehe

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..