LUNCH DIM SUM DI DORSETT GRAND SUBANG @THE EMPEROR
Lunch Dim Sum Di Dorsett Grand Subang @The Emperor | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Beberapa minggu lepas aku berkesempatan lunch di Dorsett Grand Subang. Bila perut teringin Dim Sum, maka inilah jadinya,haha. Parking dekat Dorsett Grand Subang ni mudah je, dari tepi jalan pun dah boleh nampak.
Paling penting, makanan dim sum buatan sendiri ini adalah HALAL. Kalau korang nak tahu, restoran yang aku singgah makan Dim Sum ini memang terletak betul-betul dalam Dorsett Grand Subang dan nama restoran tersebut adalah The Emperor Chinese Restaurant. Restoran ini memang famous untuk buffet dim sum sekitar Subang Jaya. That's why la aku lunch dekat sini haritu. Ternyata, kesemuanya memang puas hati!
Konsep di restoran ini adalah 'All You Can Eat' which is, bayar je RM78/orang dan minimum spend of 2 persons. Antara hidangan yang disediakan adalah steamed crystal prawn dumpling, steamed chicken "siew mai", deep fried cheese prawn roll, oven-baked homemade egg tart dan banyak lagi. Nak kenyang, boleh jugak order nasi goreng cina. Sedap! Bagi sesiapa yang memang suka dengan buffet dim sum, yes. Korang kena makan di sini. Rasailah sendiri. Suasana di restoran ini pun sangat selesa dan bersih :)
Waktu beroperasi:
Setiap Selasa hingga Sabtu : 12.00pm - 2.30pm
Harga: RM78.00/orang (minimun spend of 2 persons)
Setiap Ahad dan Cuti Umum: 10.00am - 12.30pm
Harga: RM82.00/orang (50% diskaun untuk warga emas dan kanak-kanak lebih 5 tahun)
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi:
03-5031 6060 ext.1912 atau email: bookfnb.subang@dorsetthotels.com
Salam Sayang,
mekonie
Tiada ulasan:
Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..