MENGINAP DI HOTEL THE PEARL KUALA LUMPUR
Menginap Di Hotel The Pearl Kuala Lumpur | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Yeay! Hotel pertama yang aku menginap pada tahun 2019 adalah di The Pearl Kuala Lumpur. Hotel ini dahulunya dikenali sebagai Hotel Pearl International dan kini, The Pearl Kuala Lumpur. Sejujurnya, aku agak cuak juga sebenarnya bila dah nak dekat sampai tapi bila tengok dari jauh, nama hotel tu Hotel Pearl International. Kau cuak dia tu,macam weiiii lampu merah dah tinggal 2 saat betul ke tak hotel ni? Karang aku park pastu salah buang masa aku je. Then, time tu jugak aku call member aku, yess!hotel yang nak pergi tu betul dan bangunan hotel tu akan ada signboard Econsave. So yes! Jangan terkejut macam aku lak. Korang waze je The Pearl Kuala Lumpur then betullah tu. Memang signboard hotel tu masih ada nama 'Hotel Pearl International'. Just makluman je,kot sesiapa yang nak pergi lepas tu dah nak sampai jadi cuak macam aku,haha..
First thing first, ini adalah pertama kali aku datang hotel The Pearl Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Klang Lama which is, hotel ini memang berdekatan dengan segalanya. Kira dekat la jugak dan bukan di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur tau. Jadi untuk mengalami kesesakan lalu lintas tu lebih kurang tipis sikit kecuali kalau nak ke hotel ni masa peak hour. So, pilih timing yang betul ye guys. Masa aku pergi hotel ni pada hari jumaat jam 1 petang dan jalan sangat lancar. Seronok pulak rasa. Aku menginap di sini atas sebab ada urusan kerja pada hari tersebut. Alang-alang ada urusan kerja di The Pearl Kuala Lumpur ni jugak, aku decide untuk terus stay je satu malam di hotel sini. Saja la nak pelepas angin lepas tu siapkan kerja di hotel tu. Suasana buat kerja di hotel dan di rumah ni memang 100% lain macam tau. That's why aku nak stay hotel malam tu.
Yes. Seperti yang aku maklumkan di perenggan atas tadi, hotel ini sekarang dikenali sebagai The Pearl Kuala Lumpur. Hotel ini terletak di lokasi yang sangat strategik between Kuala Lumpur and Petaling Jaya. The Pearl Kuala Lumpur merupakan sebuah hotel ikonik yang berkelas perniagaan terletak di tengah-tengah Jalan Klang Lama yang menawarkan 480 bilik tetamu yang cukup selesa, moden dan dilengkapi dengan pelbagai fasiliti menarik.
Seronoknya bagi yang menginap di The Pearl Kuala Lumpur adalah kerana para tetamu dapat menikmati pengalaman membeli-belah yang hebat kerana hotel ini terletak di Pusat Beli-Belah Pearl Point dan di sebelahnya Pearl Point Shopping Mall dengan menggunakan jambatan berdekatan. Kemudahan fasiliti yang lain seperti kolam renang, Fitness (Level 5), Pusat Perniagaan, Dobi, Perkhidmatan Internet, In-Room Dining, Free Parking, Podium Parking, berdekatan dengan pusat beli belah dan bilik seminar.
SEKARANG IAITU MASA AKU MENAIP ENTRI INI PADA 14 JANUARI 2019 THE PEARL KUALA LUMPUR TENGAH ADA PROMOSI BILIK DELUXE SEPERTI YANG AKU DUDUK NI. HARGA BERMULA RM180+. HAA, CEPAT TEMPAH SEKARANG SEBELUM TERLAMBAT!
Bilik aku adalah Deluxe dan ya sangat selesa cuma pada masuk awal-awal tu aircond dia lambat sikit nak sejuk. Tapi okaylah, best. Bilik aku view dengan jalan raya which is boleh nampak highway NPE, Jalan Klang Lama, Kuchai Lama, Perumahan sekitar Pantai Dalam. Tempat parking pun mudah nak cari dan aku sarankan bagi sesiapa yang nak stay di The Pearl Kuala Lumpur ini carilah signboard (kecik jugaklah) Parking Lobby Hotel. Haaa follow je signboard tu supaya masa nak ke hotel tu tak lost. Maklumlah bangunan hotel ni dia bercampur dengan Pusat Beli-Belah dan makanya ikut macam cara aku cakap. Aku haritu parking dekat Basement 2 betul-betul depan pintu lif,haha..Dasar pemalas nak jalankan :P
Sampai depan lif Basement 2, aku picit ke level Lobby. Yes, jangan pening-pening. Direction nak ke lobi semestinya mudah sahaja. Rasa lost sikit, jangan segan untuk bertanya rakyat sekitar bangunan itu okay?
Dan mempersembahkan inilah bilik aku. Nama bilik aku adalah Deluxe dan masa aku stay harga satu malam dia boleh tahan mahal jugak, maklumlah hotel 4 bintang chuols. Tapi puas hati jugaklah cuma yang tak puas hati aku tak dapat mandi dekat bath tub, ginilah menginap sambil bekerja. Tak sempat manjang nak manjakan diri dekat bath tub dalam toilet. Kebersihan di bilik aku, yes okay cuma macam aku cakap tadi, aircond dia kemain lambat nak sejuk,haha. Nasib la penyabo. Tv jela, hadoi siaran kat bilik aku ni tak berapa nak onzzzzzz... geram kita wak,haha..
Berkenaan parking tu, memang la free parking. Masa parking jangan lupa simpan kad parking tu untuk di validate di Front Desk Counter dan selepas validate jangan lupa pula untuk sahkan kad parking korang sekali lagi di mesin Auto Pay dan sediakan RM3. Memang kena bayar RM3 tau. Kalau tak, bapak mahal weh parking dia. So bagi sesiapa yang stay di The Pearl Kuala Lumpur jangan lupa untuk validate kad parking di front desk counter di lobi hotel tau.
Ya, gambar atas ni adalah view dari swimming pool dan inilah view bilik aku, cuma swimming pool berada di tingkat 5 dan bilik aku di tingkat 13. Memalam kalau shoot timelapse kat bilik or executive lounge tingkat 23 tu cun gak.
Di The Pearl Kuala Lumpur juga terdapat bilik seminar, bilik mesyuarat yang sesuai bagi mereka yang nak buat kursus, seminar/bengkel, pelancaran produk, birthday party, majlis perkahwinan dan banyak acara yang boleh dijalankan di sini kerana terdapat 1 ballroom dan 13 function rooms termasuk swimming pool ( gambar pool ada dibawah). Kemudahan di sini cukup lengkap bagi mereka yang nak jalankan acara.
Gambar atas ni pulak adalah tempat aku breakfast di level 5, makanan breakfast dia bagi aku bolehlah dan kena ada peningkatan sikit. Heee..
Gambar-gambar sekitar dalam Bilik Deluxe:
Makan Malam Di Executive Lounge Tingkat 23
Yihaaaaaa, time for dinner. Benda ni la paling aku suka. Makan! Dengar kata makan malam berkonsepkan makanan Itali dan King Of The Grill yang terletak di Executive Lounge Tingkat 23. Makanan dia tengok sikit tapi bila nak mula ambik makanan tu, haiyoooooo dah kenapa tiba-tiba banyak pulak makanan ni. Pening nak pilih makanan mana dulu. Tapi kalau makanan Itali ni aku tak risau dah, dulu-dulu je macam tak tahu nak start makan yang mana dulu.
First aku akan ambil Fettuccine Carbonara, Baby Lobster, Penne Corto Con Verdure In Concasso Di Pomodoro, Verdure Grigliate Con Erbe Fresche E Parmigiano, Black Mussel dan Oyester. Wei serius! Kalau korang makan makanan itali benda first korang kena cuba adalah Fettuccine Carbonara. Allahu, sedap yang amat, sepinggan jugak aku makan. Habis sepinggan tambah pinggan kedua, bhahahaha.. Pheww, rindu pulak dengan makanan Itali dorang ni. Siapa yang mengidam nak makanan Itali ni, korang kena datang ke The Pearl Kuala Lumpur dan buat tempahan sebelum terlambat.
Harga:
King Of The Grill - Chinese New Year ( 1 - 1 Feb 2019 )
- Dewasa : RM98+
- Kanak-Kanak : RM45+
Chinese New Year Eve ( 4 Februari harga akan naik)
- Dewasa : RM118+
- Kanak-Kanak : RM45+
Chinese New Year Eve ( 4 Februari 2019 sahaja, Level 5, Cafe 5).
Menu seperti di Executive Lounge Level 23 ( King Of The Grill, Buffet Italian)
- Dewasa : RM98+
- Kanak-Kanak : RM35
Dan atas inilah view malam yang aku cakap tu, cantikkan kalau shoot night mode ni. Anyway, terima kasih banyak The Pearl Kuala Lumpur atas layanan yang diberikan. Rindu makanan Itali itu T_T
Salam Sayang,
Mek Onie
mekonie@yahoo.com
nampak selesa hotel ni.. menu pun sedap2 :)
BalasPadamWah syoknya...tambah2 lagi bab makan tu....mewahhh
BalasPadamwahh nice review kak! tu ha bab makanan dia... memang menggiurkan betul!
BalasPadam