PERKAHWINAN SYED NAQUIB DAN BALQISS DI ORCHARD VILLA GOMBAK



Perkahwinan Syed Naquib Dan Balqiss Di Orchard Villa Gombak | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Bulan 1 dah pun nak menutup tirai, jadi macamana bakal pengantin semua? Dah siap sedia cari lokasi perkahwinan ke belum? Anyway, haritu aku sempat ke majlis perkahwinan Syed Naquib dan juga Balqiss di Orchard Villa Gombak. Kali kedua sebenarnya aku sampai ke lokasi perkahwinan yang sungguh cantik dan jauh dari kesesakan lalulintas dan kesibukan bandar. Konsep lokasi perkahwinan di Orchard Villa Gombak ini bertemakan alam semulajadi dan kehijauan serta klasik.


Dengan lokasi yang tepat ini, bakal pengantin dapat merasai suasana yang lain dari yang lain apabila melangsungkan perkahwinan di sini. Anyway, tahniah juga buat pengantin Syed Naquib dan Balqiss kerana majlis yang dilangsungkan beberapa minggu lepas sungguh indah dan lengkap segalanya. Dari   lokasi yang tersergam indah, makanan, servis katering, pelamin, meja makan beradap dan iringan lagu klasik tradisional membuatkan majlis pada hari tersebut sungguh indah. Tahniah buat kalian.







Kepada bakal pengantin terutama sebelah Kuala Lumpur, Selangor dan kawasan yang berdekatan aku sarankan untuk kalian terjah di lokasi indah ini untuk abadikan hari-hari bahagia korang bersama orang tersayang. Lokasi yang cukup tenang dan jauh dari kesibukan kota dan berkonsepkan alam semulajadi ini bakal meninggalkan kenangan manis suatu hari nanti. Kedengaran air sungai sekitar lokasi ini membuatkan majlis perkahwinan menjadi lebih bermakna. Indahnya :)




Orchard Villa
Batu 10 1/4 , Sungai Salak,
53100 Gombak,
Selangor Darul Ehsan.

Part yang paling aku risau kalau pergi majlis kahwin orang ni adalah parking kereta. Untuk kali kedua aku datang sini, tempat letak kereta di Orchard Villa ini mudah sahaja. Tak macam kali pertama aku nak ke lokasi ni. Punya la takut sebab aku ni kalau bab parking kereta memang cerewet sikit. Alhamdulillah, parking kereta di Orchard Villa ini masih sama macam aku datang kali pertama di sini. Mudah je nak parking. Siap ada RELA wak! No worries, parking di Orchard Villa ni luas. 




Yeayyyyyyy! Tempat kedua. Pintu gerbang nak masuk kat majlis orang kawen ni memang glamour jugaklah. Nice gila dia punya dekorasi. Senang la sahabat,keluarga nak bergambar berlatar belakangkan pelamin raja sehari. Tempat pengantin nak jalan pun senang,takdelah serabut macam kat sesetengah majlis perkahwinan. Kau ingat kalau serabut-serabut tu feeling nak pergi treasure hunt jumpa bakal pengantin perempuan? aihhhh...haha..


Apapun persekitaran majlis yang sangat tenang dan seronok :D





Macam aku cakap atas tadi, laluan nak ke pelamin bagi pengantin sangat selesa dan tiada halangan namun, tempat ambil makanan pun sesetengah katering kena ambil serius. Jangan la letak kat tempat yang tak strategik yang boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada para tetamu yang hadir. So, kita sebagai tuan rumah kadang-kadang berhak bersuara untuk keselesaan tetamu kita nanti. Tapi untuk servis katering kali ini, apa yang aku perasan tempat makanan dia tu sangat strategik dan tidak membuat kesesakan lalulintas terutama laluan utama ke pelamin. 


Apapun katering di Orchard Villa ni memang memahami keadaan dan masa aku ada kat sana, memang tidak kelam kabut terutama semasa nak ambil makanan. Pinggan dan gelas pun banyak disediakan. Kadang-kadang la kan,setengah katering ni main ikut suka hati je susun,pastu lambat pulak tu nak sediakan pinggan balik kalau dah habis. Jadi yang tetamu sah-sah la menunggukan? Apa yang aku perasan haritu, balang air yang disediakan dibahagian atas tu satu, namun tuan rumah mohon untuk adakan 2 balang serta katering dari Felda D'Saji ini sangat memenuhi citarasa tuan rumah. 




Dekat Orchard Villa ni kan korang ( bakal pengantin terutamanya ) . Mereka sangat profesional dan kalau korang nak tahu, katering Orchard Villa ni dari FELDA D'SAJI, korang pernah dengar tak FELDA D'SAJI? Femes kot ! Memang merata dah FELDA D'SAJI ni ada. Sebelum ni aku pernah pergi ASMARA PENCHALA pun katering dia dari FELDA D'SAJI. Memang kalau kat Asmara Penchala pun sedap makanan dia,sah-sah kat Orchard Villa pun sedap.



Buktinya, aku try sendiri makanan kat Orchard Villa tu. Honestly la, time tu aku memang takde selera makan,tapi totally memang sedap dan puas hati! Lauk dia yang penting tu. Sumpah sedap ! Dari segi refill makanan tu pun, sangat cepat. Jadi, apa yang Felda D'Saji ini tawarkan memang sangat puas hati. 


Selain dari makanan dari Felda D'Saji di Orchard Villa ni, dekorasi dia pun memainkan peranan penting jugak. Yela korang, pengantin mesti nak shoot yang bebaik yang lelawa dan sedap mata dipandang jugakkan. Apa yang kat atas ni memang inilah dekorasi dia. Fresh flower gaisssssss...geram aku nak petik masuk dalam beg sekuntum,haha.. Sebenarnya fresh flower ni la yang membuatkan majlis bertambah berseri serta boleh request kalau nak upgradekan pelamin ke, meja makan beradap ke. Boleh je request dengan Felda D'Saji. Aku mampu bet dengan korang, servis Felda D'Saji memang tip top!




Meja makan beradab pengantin. Alooooooooo. Comel sangat haaaa... Nampak tak bunga tu? Yesss, Fresh Flower gaissss... Nak cerita pasal meja makan beradab ni, sebenarnya. Ada jugak yang selalu lakukan kesilapan. Dari segi peralatan, siapa yang bakal duduk kat meja beradab dan layanan kepada pengantin. Well,nama pun raja sehari, takkan la raja sehari nak layan diri dia sendirikan. Apapun, semua perfect masa kat Orchard Villa ni. Kelengkapan semua tip top dan yang penting pengantin selesa dengan meja makan beradab tu kan :)




Sampai masa bab pelamin pulakkkkkk... Yeayyy! Kalau korang nak tau pelamin ni memang pelamin idaman aku wei. Sebab?


  • Keluasan pada bahagian pelamin sangat puas hati,senang keluarga nak ambil gambar segala.
  • Kerusi pengantin jenis memanjang dan aku kalau kawen kalau boleh nak kerusi macam tu, dekat sikit dengan suami,bhahahahaha... (tibeh) kalau kerusi yang sesatu tu rasa tak puas, yela..kan dah kawen..bolehlah kepit kat pelamin,wakakakakka...Tapi ini semuanya terserah pada pengantin nak kerusi macamana. Request je :)
  • Dekorasi pelamin yang simple but nice. Memang aku suka. Tambah-tambah dengan ada sejambak bunga kanan kiri dan depan tu. Cukuplah hanya bunga dan design yang tak serabut,hehe..Aircond pun ada, jangan risau...pengantin takkan berpeluh 






Hahahhaha! Tempat paling penting jugak ni weh. Aku kalau sakit perut nak membuang ke mesti fikir malasnya la nak pergi toilet jejauh. Selesa ke idok tandas tu satu hal. Tapi kat Orchard Villa ni nasib baik ah selesa.  Bersih pun ye. Cantik pun ye :D Hopefully, kebersihan toilet di Orchard Villa ini terus dijaga.


Haaaaa, nampak periuk besar tu? Bukanlah periuk namanya anak-anak. Tulah dome! Maksimum kat Orchard Villa ni hanya 6 dome sahaja boleh digunakan. Harga dome dan buffet lain ye anak-anak,nanti kat bawah aku terangkan sikit. Oh ni meja vip dimana kebiasaanya meja vip ni adalah keluarga sebelah pengantin :)


Sampai pulak bab makanan, yeayyyyy! Korang jangan tak tahu ye dan diingatkan juga, pilih la katering yang ada buat food tester . Senang sikit nak rasa dulu makanan dorang sedap ke tak. Katering Felda D'Saji ni ada buat food tester terlebih dahulu. So jangan risau la dengan rasa makanan tersebut. Yang penting lauk-lauk dia memang tip top ! Suka hati perut tetamu :)







Punya panjang aku cerita . 


Kesimpulan apa yang aku nak cerita ini adalah tawaran pakej ini merangkumi:-

  1. JENIS HIDANGAN : Makanan dan minuman dihidang secara Buffet atau Dome
  2. TAMBAHAN HIDANGAN PENGANTIN : Tambahan tiga hidangan dimeja hi-table (meja pengantin) yang akan ditentukan oleh Chef D'Saji.
  3. MEJA HI-TABLE & HIASAN : Meja utama disediakan untuk tetamu vvip dengan bilangan maksima 10 paz. Hiasan dan gubahan bunga segar turut disediakan.
  4. MEJA KHAS : Penyediaan 4 set meja berhidang heated dome untuk tetamu khas lengkap dengan sarung kerusi,riben kerusi,,alas meja bulat dan overlay serta set crockeries dan kutleri jamuan secukupnya. 
  5. 3 TINGKAT KEK PERKAHWINAN : "Dummy Cake" perkahwinan disediakan untuk upacara memotong kek perkahwinan bagi menyempurnakan majlis.
  6. SESI FOOD TESTER : Bagi medapatkan kepercayaan dan kepuasan dari setiap pelanggan D'Saji, satu sesi Food Tester atau Food Discussion untuk 10 orang akan dijalankan.
  7. PELAMIN ASAS : Penyediaan pelamin asas oleh kontraktor yang telah dilantik oleh Felda D'Saji.
  8. STANDARD PA SISTEM : Sistem PA dan Rostrum untuk kegunaan juruacara majlis perkahwinan bersama lagu-lagu pengantin baru dimainkan melalui CD atau band.
  9. TEMPAT LETAK KERETA : Disediakan secara percuma
  10. RELA : Unit Keselamatan disediakan untuk memastikan keadaan lalu lintas berjalan dengan lancar.



Pakej yang ditawarkan bagi buffet RM28/pax dan minima pax adalah 500 pax. Bagi Dome pula RM45/pax dan minima pax adalah 400 (maksima) .

*Mengikut terma dan syarat yang ditetapkan

7 lokasi lain dibawah jagaan Felda D'Saji adalah:

  • Red Carpet Avenue, Strand Mall
  • Dewan Gemilang, Kelana Jaya
  • Dewan Merak Kayangan
  • Dewan Perdana Felda
  • Laman Warisan Putrajaya
  • Dewan Residensi UTMKL
  • Banquet Hall, Menara Felda

Apapun,khidmat di Orchard Villa sangat puas hati dan kepada bakal pengantin, Jangan lupa untuk merealisasikan impian anda di Orchard Villa Gombak ini. 



Sebarang pertanyaan,tempahan atau sebut harga boleh hubungi:-



TELEFON: 03-2698 8302



ZAIDI : 019-297 4800



HIDAYU: 012-921 4691 




Jadikan saat bahagia anda lebih romantik dan teratur bersama Felda D'Saji dan Orchard Villa. :D

Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com




24 ulasan:

  1. Wahhh.... Tenang betul suasana dia... Macam ni memang best la kalau nak lepak n borak lama-lama sikit dengan kawan-kawan kan..hehe..

    BalasPadam
  2. Cantik sgt setting meja dia. Sweet je. Pelamin pun nampak cantik. Senang gak ada pakej macam ni kan. Xyah pening2 nak pikir nak tempah tu ini satu2.

    BalasPadam
  3. When its come to design saya mengaku saya jenis yang cerewet. But i have to say design dia semua tersergm indah

    BalasPadam
  4. Meletop dapat buat majlis perkahwinan macam ni... tempat nampak sangat selesa besar untuk para tetamu.. sajian menu masakan pulak nampak sedap sangat. rindu nak makan kenduri... nasi pengantin

    BalasPadam
  5. wow complete nya info sis! meriah dan cantik tempat ni. next time nak cuba promote kt kawan2 pasal tempat ni. hehe

    BalasPadam
  6. Bukan senang nak arrange wedding event ni. Memang kena banyak sabar. Dari pengantin ke wedding planner kena komunikasi dengan baik. So baru dapat output yg memuaskan hati. Orchard Villa ni tenang je pemandangan, parking pun senang(sangat penting). Lauk kenduri, lama gila dh tak makannnn. 😂

    BalasPadam
  7. Mak aihhh gah betul majlis perkahwinan dia. Semua nya mmg tersergam indah betul, and nampak kemas, ada kelas. Nasib baik I dah kahwin, kalau tak mmg kumpul duit nak camni gak la...

    BalasPadam
  8. wow sedapnya hidangan dia. selesanya tempat ni, tak nampak sempit sangat. pinggan dan gelas pun banyak disediakan, jadi takla risau kalau ada tetamu yang bawa anak-anak ramai.

    BalasPadam
  9. Untunglah org sekarang kahwin macam2 pakej ada...tfok tempat pun selesa utk sedara dan tetamu datang..banyak instagramable area yg tetamu boleh amik gambar..pakej sure menarik ni dengan hidangan pun sedap kan

    BalasPadam
  10. Besynya kalau kita dapat kahwin kat tempat cantik macam ni hehehehe meriah dan penuh dengan alam semulajadi. Harga pun boleh tahan juga sesuai untuk orang-orang bandar merancang perkahwinan kat tempat cantik ni...

    BalasPadam
  11. Cantiknya pelamin.. Cantik juga dewan makan dia. Meriah je tengok.
    Terliurnya tengok makanan dia. Semua best best menu disediakan. Dah lama tak makan nasi kenduri. Sedapnya la hai..

    BalasPadam
  12. Bestnya sape yang buat majlis perkahwinan kat sini, tetamu pun sure seronok. Dah lah tu..makanan pun nampak sedap2 je. Bilalah sis dpt peluang ke sana ekk

    BalasPadam
  13. cantiknya tempat dengan decoration dia. kalau tangkap gambar memang cantik susana macam tu kan. tengok makanan pun nampak sedap. airah dah la tengah craving nasi minyak ni

    BalasPadam
  14. Nice sungguh tempat ni. Yang penting, makanan tu nampak high sedap..tak sabar lak nak tengok mek onie nyer majlis kat sini nanti..

    BalasPadam
  15. Beautiful wedding. I want to plan my wedding like this too.

    BalasPadam
  16. Serius cantiknya pelamin tu.. simple dan mmg eye catching betul.. warna dia pun cantik.. dewan dia pun cantik dan besar.. br tahu ada hall ni dekat gombak

    BalasPadam
  17. Wow! the wedding setup was so elegant. I love the pelamin and also the surrounding of this wedding venue with so much greenery and lots of nature.

    BalasPadam
  18. Hebat btl majlis kahwin ni tgk tempat dia pun sgt mewah dan tenant serta byk kemudian utk org ramai hadir meraikan pengantin.

    BalasPadam
  19. Cantiknya decoration dia. Berapa total budget semuanya ye?

    BalasPadam
  20. Congrats Syed Naquib and Balqiss. Their wedding at Orchard Villa Gombak look so grand and pretty! The food look delicious too. nice

    BalasPadam
  21. Wah cantiknya tmpt ni. Tenang je rasa. Boleh la ready nk book kt sini nnti. hehehe. Lauk pauk pon not bad. Nampak sedap dn menyelerakan sgt. hehehe

    BalasPadam
  22. Lama betol xdatang sini. Rindu plak masakan2 D saji ni. Kalau datang sini mesti ke Mima Land. Eh

    BalasPadam
  23. Sebenarnya dia nampak simple but, elegant ! dekorasi dia pun cun dan pastinya makanan tu nampak sedap.

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..