CANDI PARAMBANAN PENINGGALAN WARISAN DUNIA OLEH UNESCO DI YOGYAKARTA

CANDI PARAMBANAN PENINGGALAN WARISAN DUNIA OLEH UNESCO DI YOGYAKARTA

Candi Prambanan Peninggalan Warisan Dunia Oleh Unesco Di Yogyakarta | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Ya! Kali ini perkongsian saya berkenaan keindahan Candi Prambanan pula. Kalau sebelum ini saya pernah berkongsi tentang Candi Borobudur yang mempunyai Stupa dan candi yang terbesar di dunia yang telah diakui sendiri oleh UNESCO. Kali ini saya akan berkongsi tentang Candi Prambanan pula.


Candi Prambanan ini adalah satu bukti keagungan yang masih dirasai hingga ke harini terutama bagi pengunjung yang datang melawat dan melihat sendiri keindahan Candi Prambanan. Candi Prambanan ini adalah peninggalan Hindu terbesar di Indonesia dan terindah di Asia Tenggara. Lokasi ini terletak di Provinsi Jawa Tengah dan Provinsi Daerah Istimewa Yogyakarta dimana candi ini terletak diantara Yogyakarta dan Klaten, Jawa Tengah. Paling tepat sekali lokasi candi ini berada di sekitar Bokoharjo dan Tlogo. 


CANDI PARAMBANAN PENINGGALAN WARISAN DUNIA OLEH UNESCO DI YOGYAKARTA


Kisah Candi Prambanan Ini Dikaitkan Dengan Roro Jonggrang

Rata-rata kalau nak ke Candi Prambanan ini, orang di Indonesia akan panggil Candi Prambanan dengan nama Candi Roro Jonggrang. Jadi kisahnya bermula apabila adanya dua kerajaan iaitu Kerajaan Pengging dan Kerajaan Baka. Kerajaan Pengging ini merupakan kerajaan dengan wilayah yang subur serta rakyatnya yang hidup aman sejahtera. Kerajaan Pengging ini diketuai oleh seorang prabu yang sangat kuat bernama Damar Maya. Prabu Damar Maya ini juga memiliki seorang putera bernama Raden Bandung Bandawasa juga dikenali sebagai Bondowoso.


Kerajaan Baka pula dipimpin oleh susuk raksasa yang memakan manusia bernama Prabu Baka. Walaupun Prabu Baka ini memiliki sifat yang menyeramkan namun Prabu Baka memiliki seorang puteri yang cantik jelita bernama Roro Jonggrang. Kisah ini bermula apabila ada satu pertempuran antara Kerajaan Pengging dan Kerajaan Baka oleh kedua-dua pemimpin kerajaan ini sehingga putera Kerajaan Pengging terlihat akan kecantikan Puteri Kerajaan Baka.


CANDI PARAMBANAN PENINGGALAN WARISAN DUNIA OLEH UNESCO DI YOGYAKARTA


Setelah melihat kecantikan Roro Jonggrang ini, Bandung Bondowoso mengambil keputusan untuk menikahi Roro Jonggrang. Dengan keputusan Bandung Bondowoso ini,Roro Jonggrang tidak terus menerima pinangan itu dan telah meletakkan beberapa syarat untuk menikahi. Antara syaratnya adalah membuat seribu candi dan dua sumur yang sangat dalam. Bandung Bondowoso mempersetujui dengan syarat yang telah diletakkan oleh Roro Jonggrang.


CANDI PARAMBANAN PENINGGALAN WARISAN DUNIA OLEH UNESCO DI YOGYAKARTA


Syarat ini telah dikotakan oleh Bandung Bondowoso dengan bantuan bala tentera yang semuanya terdiri daripada makhluk halus demi membangunkan seribu candi dan sumur seperti yang telah disyaratkan oleh Roro Jonggrang. Sikap kerajinan bantuan makhluk halus, seribu candi hampir siap membentuk candi dan sumur. Apapun, dengan hampir siapnya syarat yang dikotakan oleh Bandung Bondowoso, puteri Roro Jonggrang ini tidak senang duduk dan pelbagai cara difikirkan untuk menggagalkan niat Bandung Bondowoso ini. 


Niat Roro Jonggrang tidak terhenti di situ apabila beliau berjaya dengan menyuruh semua gadis untuk menumbuk padi yang boleh membuatkan ayam berkokok. Kelemahan bala tentera Bandung Bondowoso adalah apabila mendengar kokokan ayam dan semua bantuan terhenti dan akhirnya Bandung Bondowoso ini gagal untuk melunaskan syarat dari Roro Jonggrang.Roro Jonggrang juga telah disumpah menjadi arca dan sehingga kini arca Roro Jonggrang boleh dilihat yang dikelilingi oleh Candi Sewu.


CANDI PARAMBANAN PENINGGALAN WARISAN DUNIA OLEH UNESCO DI YOGYAKARTA


Kisah Candi Prambanan:

Candi Prambanan ini terbina semasa abad ke-9. Kalau dahulu kita belajar subjek Sejarah, maka inilah yang telah berada disudut hadapan pandangan saya ketika ini. Tersergam indah. Candi Prambanan ini merupakan simbol dari tiga dewa Hindu utama yang dipuja iaitu Brahma, Wishnu dan Shiva. Pada ketika dahulu, Candi Prambanan ini telah ditinggalkan akibat kesan daripada letusan Gunung Merapi yang berkedudukan sejajar dengan kota yang terletaknya Candi Prambanan ini.


CANDI PARAMBANAN PENINGGALAN WARISAN DUNIA OLEH UNESCO DI YOGYAKARTA


Di Candi Prambanan ini terdapat 4 kompleks candi yang dapat dikunjungi iaitu Trimurti, Wahana, Patok dan Perwara. Kalau ke Candi Prambanan nanti, korang semua boleh tengok dimana kompleks candi yang utama adalah pada Trimurti dimana di sini mempersembahkan 3 dewa iaitu Brahma, Wishnu dan Shiva. Candi Shiva ini merupakan bangunan paling tinggi berbanding dua bangunan lagi. Sekiranya korang masuk di Candi Shiva ini, korang boleh tengok arca Shiva Mahadewa sebagai perwujudan dewa tertinggi. Manakala Candi Brahma dan Wishnu lokasinya berbeza dimana Candi Brahma terletak di sebelah selatan dan Candi Wishnu terletak di Utara serta saiz candi ini sama.


CANDI PARAMBANAN PENINGGALAN WARISAN DUNIA OLEH UNESCO DI YOGYAKARTA

Untuk kompleks Wahana ini pula atau bahasa sanskritnya bermaksud kenderaan. Rupanya Candi Wahana inilah yang memiliki beberapa kenderan yang dipersembahkan untuk kenderaan yang ditunggangi oleh ketiga-tiga dewa Brahma, Wishnu dan Shiva iaitu candi Nandi, Candi Angsa dan Candi Garuda. Setiap kenderaan candi ini mempunyai fungsi yang berbeza iaitu Candi Nandi untuk persembahan dewa Shiva, Candi Angsa untuk persembahan Dewa Brahma dan Candi Garuda untuk Dewa Wishnu. Jadi kalau korang nak tengok kenderaan candi ini, korang boleh ke kompleks Wahana.


CANDI PARAMBANAN PENINGGALAN WARISAN DUNIA OLEH UNESCO DI YOGYAKARTA


Ketiga adalah kompleks Patok dimana kompleks ini mempunyai pecahan beberapa candi yang berukuran lebih kecil. Antaranya adalah Candi Apit yang berukuran sama dengan Candi Perwara. Di sini juga terdapat Candi Kelir yang berjumlah 4 candi berukuran kecil.Keempat yang ada pada kompleks ini adalah 4 candi yang bernama candi Patok yang menyerupai miniatur tanpa tangga dengan berketinggian 2 meter.


Keempat adalah kompleks Perwara dimana kompleks ini adalah pelengkap. Candi ini tersusun mengikut aras paling teratas iaitu 44 candi pada baris pertama, kemudian 52 candi pada baris kedua, ketiga 60 candi dan keempat 68 candi. Mengikut sejarawan dahulu, setiap baris itu bermaksud kasta dalam sistem pembahagian masyarakat atau hierarki.


Sekiranya korang datang ke Candi Prambanan ini, jangan lupa juga untuk ke persembahan di Ramayana Ballet Prambanan. Menariknya kalau datang ke Ramayana Ballet Prambanan ini korang boleh menyaksikan persembahan yang berlatar belakangkan Candi Prambanan. pakaian penari yang berkilat dan cantik, tarian jawa, gamelan yang akan membuatkan kita terkedu selepas menonton.


Selain Candi Borobudur dan Candi Prambanan korang juga boleh pergi ke beberapa candi seperti:
  1. Candi Mendut
  2. Candi Ijo
  3. Candi Kalasan
  4. Candi Sambisari
  5. Candi Barong
  6. Candi Ratu Boko
  7. Candi Plaosan
  8. Candi Pawon
  9. Candi Sari
  10. Candi Kimpulan

Pelbagai kisah sejarah boleh kita lihat di sekitar Candi Prambanan ini. Kalau dulu dalam buku teks sejarah kita hanya membaca tapi kini saya boleh melihat sendiri Candi Prambanan yang tersergam indah ini. :)


SAMBUT HARI LAHIR SAYA DI CANDI PRAMBANAN

CANDI PARAMBANAN PENINGGALAN WARISAN DUNIA OLEH UNESCO DI YOGYAKARTA

CANDI PARAMBANAN PENINGGALAN WARISAN DUNIA OLEH UNESCO DI YOGYAKARTA

Perjalanan saya di Yogyakarta ini bersamaan dengan tarikh lahir saya pada 6 Disember 2018. Ketika ini saya langsung tidak terfikir bahawa sahabat dari Malaysia, Thailand dan Indonesia akan menyambut hari lahirku sekali lagi. Indah. Sesuatu yang indah tanpa saya sendiri tidak terbalas budi mereka semua. Terima kasih buat kalian semua yang sudi buat kejutan yang akan saya ingat sampai bila-bila. Satu perjalanan yang tidak pernah berakhir juga sahabat yang tidak terduga kebaikannya lahir dari dalam kalangan saya. Terima kasih semua.


Apapun, jangan lupa jika ke Yogyakarta datanglah ke Candi Prambanan untuk mengimbau kembali kisah sejarah yang pernah kita belajar. Pastikan sebelum ke Candi Prambanan ini, study serba sedikit tentang sejarah Candi Prambanan ini supaya tidak lost semasa menerokai keindahan Candi Prambanan ini. 


Sponsored Trip and thank you to The Ministry of Tourism Indonesia ♥

Tiada ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..