NONGSA NEPTUNE REGATTA SAIL TO LINGGA DAN KEINDAHAN DESA BATU BELUBANG, KEPRI
Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga Dan Keindahan Desa Batu Belubang | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kali ini saya dan beberapa rakan dari Malaysia ke Batam, Indonesia untuk kali kedua. Sebelum dipanjangkan kisah, jemput baca pengalaman saya di Batam buat kali pertama ya. Bagi yang tidak pasti, Batam atau dikenali dengan Pulau Batam (Kota Industri) yang terletak 20 kilometer di Selatan Singapura serta dipisahkan dari Pulau Bintan oleh Selat Riau, Batam juga terletak di wilayah Indonesia. Pulau Batam juga merupakan kota terbesar di Kepulauan Riau. Pulau Batam mempunyai 3 terminal feri dimana kita boleh pilih samada ingin berlabuh di Batam Center, Harbour Bay (Pulau Batam) atau Tanjung Pinang ( Pulau Bintan).
Perjalanan bermula daripada Terminal Bersepadu Selatan dimana saya bertolak jam 11 malam dan tiket bas berharga RM34.10 dengan menaiki bas jenis City Express. Tido bangun tido bangun, kami pun sampai la di Larkin jam 3 pagi dan isi perut di Larkin. Kedai mamak sudeyyyyy! Kami check in hotel dahulu sekitar Larkin dan gerak ke Berjaya Waterfront jam 12.30pm. Dari Larkin ke Berjaya Waterfront kami menaiki grab dengan harga RM9 sahaja. Haaa, kemain nak boleh sampai ke Batam ni wak, banyak kenderaan kami kena naik,kahkahkah!
Kami beli tiket di Berjaya Waterfront pada jam 12.30pm dan sampai di Batam pada jam 1.45wib. Ketika kami sampai di Batam, cuacanya agak bagus dan terima kasih buat Mas Edi sudi sambut kami di depan pintu feri. Terima kasih noh.
MENAMBAH SELERA DI AMATI TEA, COFFEE AND RESTO, BATAM
Setibanya kami di Batam, kami telah dibawa ke Amati Tea, Coffee and Resto yang terletak di Jl.Jenderal Soeprapto, Buana Central Park, Batam. Di Amati Tea, Coffee and Resto ini, pelbagai menu yang spesial disediakan seperti teh, kopi dan makanan Indonesia. Servis yang lain seperti parti dalam bentuk kumpulan, kanak-kanak, tempat duduk di luar cafe, menerima tempahan luar, takeaway dan servis meja untuk parti pun turut disediakan. Apapun kena maklumkan awal kepada pihak Amati Tea, Coffee and Resto untuk perkhidmatan servis seperti yang aku maklumkan.
Amati yang bermaksud anak muda santai ini telah menjadi pilihan nama kepada cafe yang cukup indah dan cantik dari segi dekorasi dalaman dan luarannya. Bagi anak muda dan keluarga, mereka juga bisa untuk buat kunjungan di sini sambil bersantai dan layan sunset yang cantik di sini. Bagi penggemar kopi pula, korang boleh singgah dan cuba sendiri kopi yang luar bisa dan antara kopi yang ada adalah seperti Simaluneun Underdog, Gayo Vintage, Malabar dan Gayo Wine. Kalian juga bisa mengambil bau kopinya di sini dan membuat pilihan minuman mengikut kegemaran semua. Aroma kopi di sini memang menusuk ke kalbu sehingga lupa akan hidangan lain. Snek seperti pisang keju dan makanan lain seperti daging sapi, nasi goreng juga boleh dicoba di sini.
Pilihan ramai di Amati Tea, Coffee and Resto ini adalah nasi goreng. Amati Tea, Coffee and Resto ini rasmi dibuka pada tanggal 1 desember 2018 dan masih lagi baharu. Apapun, tahniah diucapkan kepada Amati Tea, Coffee and Resto atas pembukaan cafe yang cukup cantik dan pilihan menu yang cukup sedap.
Jangan lupa untuk mencoba hidangan yang aku rasa cukup membuatkan air mata menitis ke bumi iaitu hidangan ayam goreng dimasak dengan kremes, bumbu bali, cabe hijau, sambal bakar dan daging sapi dimasak guna lada hitam, cabe hijau dan teriyaki. Cukup pedas, lazat dan pastinya ingin lagi.
Chef david berasal dari bintan ini merupakan ketua chef di Amati Tea, Coffee and Resto yang mempunyai pengalaman kuliner selama 15 tahun. Amati yang menyajikan tea, coffee dan resto ini cukup sinonim dengan kawasannya yang mudah diakses oleh sesiapa sahaja apabila ke Batam. Makanan juga boleh ditempah tidak kira masa.Satu lagi menu yang sempat aku rasa adalah tapai goreng dimana menu ini berasal dari satu permintaan anak kecil yang ibunya memasak secara membulat seperti meatball. Pemilihan bahan untuk membuat tapai ini sangat penting dan untuk makluman semua, kandungan tapai dalam menu tapai goreng ini adalah 100%, jadi rasanya tidak akan lain. Menu ini kalian harus coba. Sedap!
Setelah 2 bulan operasi Amati Tea, Coffee and Resto ini sering dikunjungi oleh remaja-remaja dan juga keluarga untuk bersantai sambil menikmati menu hidangan yang disediakan di sini. Pilihan ramai selain nasi goreng tadi, sapi, ayam, tempe dan bakwan sering ditempah oleh pelanggan. Menurut Chef David, perancangan seterusnya adalah membuka 3 cawangan lain sekitar itu. Sedap makanan dan minuman yang disediakan di Amati Tea, Coffee and Resto ni. Ngidam pulak rasanya!
PERSINGGAHAN DI BUMI BATAM SEHARI
Setelah penat seharian, kami check in di Red Link yang terletak di Pertokoan, Blok A, Jl. Mitra Raya No.16 - 20, Tlk. Tering, Batam Kota, Kota Batam, Kepulauan Riau 29444, Indonesia. Di sini kami menginap hanya 1 malam sahaja sebelum meneruskan ke Desa Batu Belubang, Kepulauan Riau, Indonesia.
BERTOLAK KE PELABUHAN TELAGA PUNGGUR TERMINAL FERRY UNTUK KE PULAU LINGGA
3Seterusnya jam 3 pagi kami telah bertolak ke Jeti Batam untuk mengambil tetamu (media) yang lain dari Malaysia dan Singapura dan terus ke pelabuhan Telaga Punggur Terminal Ferry untuk meneruskan perjalanan ke Pulau Lingga. Di Telaga Punggur Terminal Ferry ini perlu beli tiket ke Dabo Singkep yang berharga Rp.245k (mahal jugak weh!) untuk 1 kali keberangkatan sahaja bermakna one way SAHAJA! Perjalanan ini mengambil masa selama 3 jam lebih kurang untuk sampai ke Dermaga Cempa Pasir Panjang.
Perjalanan belum terhenti di Dermaga Cempa Pasir Panjang sahaja kerana di sini kami hanya berhenti dan perlu menunggu charter boat yang lain untuk ke Pulau Lingga. Jadi tiket dari Telaga Punggur Terminal Ferry ke Dabo Singkep itu hanya di atas tiket sahaja. Untuk ke pulau lingga, memang tiada tiket dijual that's why kami berhenti di Dermaga Cempa Pasir Panjang. Hasil pemantauan dari jeti, Dermaga Cempa Pasir Panjang ini seperti kampung nelayan.
DERMAGA CEMPA PASIR PANJANG KE PULAU BATU BELUBANG, PULAU LINGGA
Dari Dermaga Cempa Pasir Panjang perjalanan lebih kurang 1 jam untuk tiba di destinasi yang ingin dituju. Selepas mengharungi pelbagai halangan dan keletihan di atas feri, kami sampai di Pulau Batu Belubang dimana pulau ini lebih dikenali sebagai Desa Batu Belubang. Setibanya kami di Desa Batu Belubang ini, kami singgah di rumah Kepala Desa untuk menikmati hidangan tengahari yang sangat sedap dan lazat. Setelah menikmati hidangan tengahari di rumah kepala desa, kami terus 'check in' di satu rumah yang perkampungan orang di sini. Jadinya rumah yang aku menginap haritu adalah rumah orang di Desa Batu Belubang itu juga. Di Desa Batu Belubang ini tidak mempunyai perkhidmatan hotel atau homestay tetapi di sini, rakyat Desa Batu Belubang sangat menggemari akan kehadiran tetamu luar.
Setelah itu, kami dibawa mengelilingi kampung Desa Batu Belubang oleh Pak Raja Fahrurazi iaitu Kepala Dinas Pariwisata Kabupaten Lingga. Pertama sekali bila mula melangkah keluar dari charter boat di Desa Batu Belubang ini adalah satu perasaan yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata. Sungguh kerdilnya kita disisiMu ya Allah apabila melihat satu keindahan yang cukup cantik.
Sepanjang mengelilingi Desa Batu Belubang ini, aku agak tersentak melihat seluruh penduduk yang membuatkan aku terhenti seketika dan mengenang zaman silam dahulu. Sepertinya, persekitaran begitu macam pernah aku lalui ketika zaman 90-an.
MENGHAYATI KEINDAHAN GUA BATU BELUBANG SAAT MATAHARI TERBENAM
Selepas melalui Desa Batu Belubang, kami dikehendaki hiking untuk ke Gua Batu Belubang. Time ni memang tak bersedia lagi nak kena hiking, dah la masing-masing pakai selipar dan nasib baik jugaklah everythng went well. Turun dengan selamatnya. Masalahnya ada tempat yang curam. Adoi! Kelakar pun ada. Nasib baiklah masing-masing behave dan jaga diri sendiri demi nak sampai ke Gua Batu Belubang ni.
Di puncak Gua Batu Belubang itu terdapatnya checkpoint yang perlu berhenti seketika untuk mengambil gambar dari atas. Perjalanan pergi ke Gua Batu Belubang ini kami perlu hiking dan balik pula kami dibawa ke arah jalur kampung-kampung yang cukup tenang suasananya. Seperti di suatu perkampungan yang pernah dan masih wujud lagi di Malaysia.
Apa yang aku sadar sepanjang perjalanan pulang, aku perasan suasana yang cukup tenang, indah dan permai serta bersih ya rabbi! Kalau beginilah di Malaysia, sudah tentu rakyat di Malaysia sentiasa sihat dan hidup sejahtera dan harmonikan.
Tika jam mula menghampiri pada waktu malam, terlihat aku akan satu gerombolan dari anak remaja dan juga orang dewasa turut bermain takraw, anak-anak yang riang berlari tanpa memikirkan satu permasalahan yang sepertinya keadaan itu saat aku pernah laluinya. Mungkin mereka yang berada dalam tanggal 90-an ini mengerti setiap bait yang aku katakan. TENANG.
Desa Batu Belubang ini mempunyai lebih kurang 300 orang rakyat yang menetap di Desa Batu Belubang. Anak-anak remaja penduduk di Desa Batu Belubang ini kebiasaanya tidak bersekolah di Desa Batu Belubang tetapi ibubapa mereka memilih untuk menghantar anak bersekolah di Tanjung Pinang.
Di Desa Batu Belubang ini juga, penggunaan teknologi seperti telefon bimbit sangat terhad, sumber tenaga elektrik juga kebiasaannya menggunakan generator dan air mereka menggunakan pam air. Ini kebiasaanya sangat sinonim di pulau-pulau. Konsepnya sama juga seperti di Pulau Perhentian. Pada sebelah petang, elektrik tidak akan dipasang kecuali ada acara tertentu dan juga air perlu ditadah seawal yang mungkin. Apapun, penjimatan air dan elektrik di sini sudah menjadi kebiasaan rakyat Desa Batu Belubang malah anak-anak pun sudah seakan memahami kepayahan hidup seperti ini. Namun mereka tetap bahagia tika dalam kesederhanaan hidup ini.
MELIHAT PANORAMA KEINDAHAN TERBENAMNYA MATAHARI DI PULAU SEKELING
Setelah ke Gua Batu Belubang, kami menyelusuri jalur-jalur kampung SEPANTAS yang boleh untuk menuju ke jeti dan menaiki charter boat ke Pulau Sekeling untuk melihat kapal layar dan panorama keindahan matahari terbenam sekitar Pulau Batu Belubang dan Pulau Sekeling.
Apa yang aku boleh katakan, indah tak terkata dan bibirku mampu berzikir melihat keindahan ciptaanMu dibumi Kepulauan Riau (Kepri) ini. Yang mengejar panorama ini, datanglah ke Kepri sendiri untuk melihat matahari terbenam. Rasailah sendiri pengalaman yang cukup manis ini. Rindu akan saat ini masih terbayang dimindaku T_T
NONGSA NEPTUNE REGATTA SAIL TO LINGGA TUJUAN UTAMA AKU KE PULAU LINGGA
Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga tujuan utama aku ke Desa Batu Belubang ini. Seramai 12 orang media dari Malaysia, 3 media Singapura, 4 wakil Tourism Muar, 6 orang media dari Batam turut hadir bagi memeriahkan acara Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga ini. Acara Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga ini juga turut dihadiri oleh warga penduduk Desa Batu Belubang juga jiran pulau sebelah. Pelbagai acara tradisi ada seperti pencak silat, tarian melayu dan nyanyian bagi meraikan peserta Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga.
Pertama kali aku mendengar tentang Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga ini. Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga ini merupakan satu pertandingan kapal layar yang terbesar di dunia dan tahun ini genap menjadi tahun keempat kepada pelayaran kapal layar ini. Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga ini telah disambut meriah dengan gunapakai adat melayu semasa menyambut dan meraikan peserta kapal layar ini. Antara adat melayu yang digunakan sepanjang menyambut tetamu ini adalah paluan kompang, bacaaan doa, pencak silat, tarian tradisional, tarian tepak sireh, joget lambak antara peserta kapal layar, joget lambak bersama media dari Malaysia, Singapura dan Batam, Indonesia.
Setelah membaca doa, penyerahan tengkolok kepada VIP turut berlangsung. Sepanjang Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga ini, inilah perlumbaan kapal layar terbesar di dunia dan perlumbaan ini bermula dan juga tamat di Nongsa Point Marina pada latitude (N 01 ° 11'.86 "& E 104 ° 06'.00") di mana perlumbaan ini melintasi garisan Khatulistiwa dan sepanjang perairan di sekitar ini sangat tenang. Hal ini kerana, pertandingan Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga ini dijalankan di latitude ini.
Adat melayu dipersembahkan pada acara Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga dimana pantun yang sentiasa meniti dibibir kita semua 'Biar mati anak, Jangan mati adat' ini benar-benar berlaku di Pulau Lingga ini. Masih adanya adat ketika zaman kian canggih namun di Desa Batu Belubang ini masih menggunapakai adat resam seperti pencak silat, tarian tradisional, kompang, tarian sireh untuk dipertontonkan kepada peserta kapal layar yang adat resam melayu masih ada di Pulau Lingga ini.
Apapun, tahniah aku ucapkan kepada pemilik kapal layar Zanzibar, Jonathan Mahoni atas kemenangannya pada acara Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga dan juga semua peserta kapal layar pada acara tahun 2019 ini. Semoga terus sukses di tahun hadapan.
Sebelum acara penutup Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga ini berlangsung, aku sendiri telah melihat akan persiapan dari segi tempat acara, makan minum, rehearsel acara adalah sehari sebelum majlis berlangsung. Aktiviti rewang di Desa Batu Belubang ini cukup meriah dan hampir kesemua penduduk Desa Batu Belubang menyertainya. Dengan kekurangan air dan tenaga elektrik, mereka disini masih kuat semangat untuk sambutan acara ini. Betapa kerdilnya kita yang melengkapi segala peralatan namun tidak menggunakan sebaiknya.
Minuman yang disediakan juga adalah air mineral dan air kelapa yang dipetik sendiri dari pokok kelapa dengan menggunakan tenaga manusia. Nasi dimasak di dapur dipenginapan aku. Berasap satu rumah sebelum hari acara tu. Masak ikan jebong atau lebih dikenali ikan ayam-ayam. Besar okay ikan jebong ni dan sangat terkenal di sini. Ikan jebong ni jugaklah kalau dibeli di Malaysia agak mahal jugaklah aku rasa. Ikan jebong ini, berkulit keras dan hanya sesuai dimasak secara bakar sahaja. Tapi tetap sedap okay! Walaupun kehidupan di Desa Batu Belubang ini sangat sederhana, apa yang aku tengok di sini ianya sangat mencukupi. Allahukahbar!
Setelah selesai sahaja acara penutup Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga ini, jam 3 petang kami terus bersiap untuk bergerak ke Pulau Pancur pula. Walaupun penat masih belum hilang lagi, kami tetap memilih untuk melayani keindahan seketika di Desa Batu Belubang ini.
Tiada ulasan:
Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..