SINGGAH DI KASONGAN, BATIK PLENTONG DAN MALIOBORO DI YOGYAKARTA, INDONESIA



Singgah Di Kasongan Dan Malioboro Di Yogyakarta, Indonesia | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Berbalik kisan Yogyakarta aku ini, mohon maaf kerana agak lewat untuk habiskan semua kisah Yogyakarta saya. Jadi kali ini aku ingin berkongsi 2 tempat yang berbeda sejarahnya iaitu Kasongan dan Jalan Malioboro. Kalau kini kalian bisa tengok ianya sudah menjadi tempat pelancongan, jangan lupa setiap yang terjadi pada sesuatu tempat itu pasti ada sejarahnya bukan? Aku telah ke Kasongan dan Jalan Malioboro dimana jaraknya hanya 9.7km dan kalau menggunakan transportasi ianya mengambil masa lebih kurang 30 minit. Disebabkan kedua-dua jalan ini agak sibuk waktu siangnya. Pelancong tetap tidak berputus asa untuk datang ke Kasongan dan Jalan Malioboro ini.

MELAYANGKAN SENI TANGAN DI KASONGAN



Sejarah Di Kasongan:

Untuk yang tidak tahu lagi, Kasongan ini adalah nama daerah di wilayah Kabupaten bantuk, DIY yang sangat terkenal dengan kerajinan masyarakat di sana. Lokasi ini lagi tepatnya terletak di daerah Pendukuhan Kajen, Desa Bangunjiwo, Kecamatan Kasihan, Bantul, DIY dimana lokasi ini terletak 6km dari Alun-Alun Utara Yogyakarta ke arah Selatan.




Dahulunya, Kasongan ini adalah tanah sawah milik penduduk desa di Selatan Yogyakarta. Tetapi setelah berlakunya kejadian kematian seekor kuda yang dipercayai milik Reserse Belanda, penduduk desa telah melepaskan hak tanahnya. Setelah penduduk desa melepaskan hak tanahnya, mereka telah beralih arah menjadi seorang pembuat seramik yang mulanya hanya mengempal-ngempal tanah yang tidak dipecahkan bila disatukan. Hari demi hari, penduduk semakin berseni dan kreatif terhadap tanah tersebut walhal hanya digunakan untuk mainan anak-anak dan perabot tetapi disebabkan ketekunan penduduk ketika itu, maka Kasongan ini telah dikenali oleh orang ramai dengan tempat pelancongan yang wajib singgah ketika berada di Yogyakarta untuk bersama membuat seramik.


Sekiranya anda datang melawati sendiri Kasongan ini, jangan lupa untuk tengok pelbagai bentuk dan motif seramik telah dibuat. Disebabkan keberhasilan produksi ini,ianya telah di eksport ke Eropah dan Amerika. Hebat sekali kesenian tangan orang sekitar Kasongan ini.



Pengalaman Mengawal Mesin Kaki Seramik:


Jangan lupa untuk singgah di Kasongan Souvenier ye untuk mencedok sendiri pengalaman membuat seramik ini. Ini adalah pertama kali aku mengawal mesin kaki seramik ini dengan harapan jadilah seramik aku. Sebab aku tengok orang yang buat seramik ini mudah sahaja. Tapi bila aku kerjakan sendiri, Allahu! Ternyata memerlukan kepakaran yang luar biasa untuk mengawal seramik ini dan membentuk seramik ini. 


Sepanjang pengalaman aku membuat seramik ini, ada beberapa tips yang aku belajar untuk membuat seramik yang cantik dan antaranya adalah skill! Hei, kalau tak ada skill macamana nak lembutkan tangan untuk buat pasu seramik ini? Buat pasu seramik pun payah, inikan nak buat motif yang berbentuk haiwan, bunga dan lain? Memang hebat dan aku sangat respek dengan pekerja dia yang buat seramik ni. !


Tips Membuat Seramik:

  1. Seramik tidak boleh dijemur dalam suhu yang panas.
  2. Untuk membuat seramik ini, anda perlulah cari satu pusat pada meja seramik untuk mula membina seramik dan untuk letak tanah. Tanah perlu diuli secara menggulung dan sambungkan di bahagian center meja.
  3. Sepanjang proses membuat seramik ini, setiap penyambungan seramik perlulah rapat supaya semasa proses pengeringan seramik ini tidak akan terbuka balik. 
  4. Tujuan penggunaan kertas kikir (secan) dan guna kain bersama air ini adalah untuk menghasilkan seramik yang cantik. Sepanjang meratakan seramik ini, jangan gunakan air terlalu banyak agar seramik tidak mencair semula.
  5. Untuk melakukan corak atau motif pada seramik, pastikan corak tersebut disambung pada asas bahan yang basah supaya coran yang disambung pada asas bahan tidak tertanggal.
  6. Yes! Skill itu penting okay sebelum nak buat seramik ini.

Alhamdulillah, aku telah mendapat rentak untuk buat seramik ini pada saat akhir dah nak balik okay. Nasib baik bapak yang mengajar aku tidak putus asa mengajar. Terbaik! 



MENCANTING BATIK DI BATIK PLENTONG


Seterusnya kami pergi mencanting batik di Batik Plentong pula. Batik Plentong ini adalah kilang batik yang terletak di Yogyakarta. Kilang Batik ini bagi aku kecil dan biasa sahaja. Lokasi Batik Plentong ini sejauh 5.9km dari Kasongan. Jadi untuk akses ke lokasi ini sangat mudah juga. Di Batik Plentong ini aku telah tengok proses pembuatan batik dan cop batik. Actually aku rindu dengan proses-proses yang dijalankan di Batik Plentong ni. 




Selain tengok pekerja mencanting dan cop batik, aku juga turut diberi pengalaman untuk mencanting batik. Walaupun kita tengok mudah untuk mencanting batik ini, namun skill mencanting ini perlu ada juga. Even dulu aku belajar Mechanical Enginnering Textile dan pernah pun belajar mencanting batik, aku tetap surrender! haha


Jadi setelah aku mencanting batik aku yang corak bunga tapi tak nampak sangat pun corak bunga selepas dicanting oleh aku, proses mewarna dan mengeringkan kain pun perlu. Hasilnya cantik pulak! Di Batik Plentong ini juga terdapat kedai batik dimana anda juga boleh membeli baju batik sebagai ole-ole buat yang tersayang. Harga okay la :D


Suasana di Batik Plentong.









JALAN-JALAN DI SEKITAR JL. MALIOBORO



Di sini korang juga boleh membeli belah. Sepanjang-panjang Jl.Malioboro ni korang boleh beli ole-ole seperti baju batik, keychain, beg dan macam-macam lagi di sini. Food street pun ada cuma perlu menyeberang jalan sahaja. Di sini selalunya memang agak sibuk dengan kenderaan dan ramai orang di sini. Tapi kalau nak shopping better di sini. Banyak pilihan dan boleh tawar-menawar. Jangan lupa juga untuk bandingkan harga,kekekeke...aku di Jl.Malioboro ni sekejap sahaja. Jadi tak berapa puas sangat sebenarnya nak shopping. Tapi nasib baik jugaklah diberi masa sekejap. Kalau lagi lama duduk di Jl.Malioboro ni lagi banyak la aku shopping nanti,hahaha.. 


Ingat! Kalau datang ke Yogyakarta, jangan lupa untuk singgah di sini untuk beli ole-ole pada orang yang tersayang ya. Di Jl.Malioboro ni pun ada sejarahnya tersendiri. Jangan lupa untuk explore ya.






Di Jl.Malioboro juga terdapat beca dan kenaikan kuda. Sekiranya malas nak jalan, boleh la gunakan transportasi seperti beca dan kuda ya. Pusing-pusing Jl.Malioboro tanpa letih,hehe..


Sponsored Trip and thank you to The Ministry of Tourism Indonesia ♥

Tiada ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..