HOTEL PENGINAPAN SEPANJANG DI YOGYAKARTA
Hotel Penginapan Sepanjang Di Yogyakarta | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kembali lagi dengan kisah aku di Yogyakarta. Walaupun hampir 2 bulan lebih dah kisah aku ini. Namun, masih belum terlambat untuk aku kongsikan kisah jelajah aku di Yogyakarta pada disember tahun 2018 yang lalu. Sungguh aku tidak sangkakan, tarikh aku pergi ke Yogyakarta pada hari lahir aku. Untuk trip ke Yogyakarta baru ini, aku telah diberi 3 penginapan dimana ketiga-tiga penginapan ini sangat puas hati dan super awesome! Trip kali ini aku betul-betul puas hati kerana penginapan yang disediakan cukup lengkap dan paling penting bila balik dari berjalan dapat tengok bilik yang cantik pun hilang dah penat tu.
Untuk entri kali ini aku akan kongsikan 3 penginapan hotel aku sepanjang di Yogyakarta. Kenapa 3 hotel penginapan? Haaaa jom baca kisah ini.
Marriott Hotel Yogyakarta ini adalah penginapan yang pertama aku sampai setibanya di Yogyakarta dan ini merupakan 5 star hotel. Siapa tak kenal Marriot Hotel kan? hehe.. Bilik aku jenis Deluxe Twin/Twin Guest Room dimana bilik ini cukup besar untuk aku seorang. 5 star aku bagi untuk pengurusan Ministry of Tourism Republic of Indonesia and Travel Agency PT. Eden Gemilang ini. Honestly aku nak bagitahu korang, pengurusan Ministry of Tourism Republic of Indonesia and Travel Agency PT. Eden Gemilang ini sangat terbaik. Rata-rata yang aku pergi travel, perkhidmatan Travel Agency PT. Eden Gemilang ini memang terbaik. Sampai ke hari ini aku akan ingat.
"Fascinating history and people await you at Yogyakarta Marriott Hotel, set in one of Indonesia’s most vibrant cultural centers. Admire the architecture of Prambanan Temple and Borobudur Temple, both UNESCO World Heritage Sites. Explore the stores of Jalan Malioboro or walk in the footsteps of sultans at Kraton Yogyakarta. Our luxury hotel serves as a retreat with an indoor/outdoor connecting pool, 24-hour fitness center and spa treatments. Relax in rooms and suites featuring five-star amenities, downtown views and contemporary décor infused with classic Javanese design elements. Upgrade to an M Club-level room or suite for exclusive benefits like complimentary snacks, beverages and hors d’oeuvres. Speaking of dining, our three restaurants serve innovative interpretations of local cuisine. Conference guests will appreciate our flexible function space, including Yogyakarta’s largest ballroom, and free onsite parking. For leisure or business travel, embrace the friendly spirit of Jogja at our hotel. - Marriot.com"
Lokasi yang berdekatan dengan Marriott Hotel Yogyakarta:
- Prambanan Temple
- Goa Pindul
- Timang Beach
- Manglung Bukit Bintang
- Kasongan Keramik Workshop
- Roro Jongrang Workshop
- Sultan Palace
- Taman Sari
- Vendreburg Fort
- Bakpia Patok
- Palem Golek Restaurant
- Jl.Malioboro (The 24 hours street)
- Merapi Volcano
- Ratu Boko
- Parangtritis Beach
- Hartono Mall
Sumber: Yogyakarta Marriott Hotel
Bilik aku: Deluxe Twin Room
Antara kelengkapan yang disediakan dalam bilik aku adalah:
- Aircond
- Bilik non smoking
- Connecting rooms are available
- Windows, soundproof
- USB Outlets
- Marble bathroom
- Shower
- Hair dryer
- Robe
- Slippers
- Sofa
- Touch screen controls in room
- Alarm clock
- Table
- Desk, moveable
- Iron & Ironing board
- Mini refgirator
- Room service,24 hours
- Bottled water,complimentary
- Coffee maker, tea service
- Instant hot water
- High Speed Internet
- Phones
- Led TV
- Premium movie channels (CNN/HBO/ESPN)
- Cable/satelit
Rekaan sliding toilet yang cukup mewah
Sofa bed and table
Ini adalah bilik yang aku menginap. Bayangkan duduk seorang dan bilik sebesar apa dah? Dengan segala kelengkapan yang cukup lengkap membuatkan siri jelajah aku cukup perfect. Bilik yang aku menginap ini sangat selesa. Untuk pengetahuan semua, bersebelahan hotel ini terdapat shopping mall iaitu Hartono Mall. Besar gila dan haritu aku tak sempat explore lebih lagi apa yang ada kat dalam shopping mall. Pergi pun masa tu lagi 15 minit mall dah nak tutup, haha.. Jalan kaki je nak Hartono Mall ni, memang dekat gila.
Restoran yang ada di Marriott Hotel Yogyakarta ini pun menghidangkan makanan Indonesia dan antarabangsa (makanan barat) disediakan. Banyak gila pilihan menu makanan di restoran. Antara restoran yang ada di Marriott Hotel Yogyakarta ini adalah Yogyakarta Kitchen, Taman Sari Bar & Grill and The Lounge. If you nak try makanan selain ada di hotel ini pun boleh jugak, korang waze je Bale Raos, Gudeg Yu Djum, Sasanti Restaurant, Nanamia Pizzeria, The Duck King and Omah Dhuwur Restaurant. Recommended restaurant if you guys want try nearby from this hotel.
Aku berada di Yogyakarta dari 6 hingga 10 Disember 2018, aku menginap di hotel ini dari 6 hingga 8 Disember 2019 sahaja kerana kami perlu check out ke hotel yang lain. Hotel seterusnya adalah Plataran Heritage Borobudur. Dengar nama pun dah klasikkan? Jadi jom tengok perkongsian aku berkenaan Plataran Heritage Borobudur di bawah.
Harga sebilik untuk hotel ini bermula daripada RM341 - RM700 / malam
Boleh tengok di website : Yogyakarta Marriot Hotel
PLATARAN HERITAGE BOROBUDUR
Selepas menginap di Marriott Hotel Yogyakarta, aku check in di Plataran Heritage Borobudur ini. Dikatakan hotel ini sangat mewah di sekitar Borobudur. Aku check in di sini pula kerana keesokan harinya nak bangun awal pagi jam 3 pagi dah kena bangun sebab nak tengok sunrise di Candi Borobudur. That's why la check in di Plataran Heritage Borobudur pula. Pertama sekalinya, aku sangat impressed gila dengan keunikan hotel ini. Bermula dari pintu masuk hotel ini kami disajikan dengan sawah padi yang tidak seluas mana tapi cukup untuk mengisi ruang-ruang kosong didalam hati dan membuatkan pemandangan hotel ini cukup indah.
Plataran Heritage Borobudur ini terletak di Daerah Magelang, Yogyakarta. Jarak Plataran Heritage Borobudur dan Candi Borobudur ini adalah 3.4km dan Bukit Rhema Gereja Ayam pula adalah 1.5km sahaja. That's why kami duduk di sini. Jarak kedua tempat ini sangat dekat. Tapi kalau kami punya destinasi dari Marriot Hotel Yogyakarta ke Bukit Rhema Gereja Ayam ini pula ambil masa selama 1 jam 26 min dimana jaraknya adalah 43.1km. Jadi untuk menjimatkan masa aku stay di sini.
Kali ini, aku masih menginap seorang diri untuk bilik yang cukup indah, cantik dan dekorasi dalam bilik ini cukup mewah. Bermula dari pintu masuk hotel ini, kami disajikan dengan pemandangan yang cukup indah iaitu sawah padi yang menghijau, masuk pula di pintu utama hotel (lobi) kami disambut dengan senyuman manis oleh staf hotel sehingga kaunter receptionist, masuk pula ke bilik jadi jiwa tak keruan apabila melihat dekorasi dalaman yang cukup mewah, unik dan bersejarah.
Beginilah sudut bilik yang aku menginap. Aku menginap di sini hanya 1 malam sahaja kerana tujuan sebenar menginap di sini adalah untuk pergi ke Candi Borobudur dan Bukit Rhema Gereja Ayam. Jadilah menginap satu malam di sini. Tapi tak puas nak explore hotel ni lagi sebenarnya. Dah la cantik,hehe.. Layanan dari staf Plataran Heritage Borobudur ini sangat terbaik.
View ini dari toilet dalam bilik air, jadi dekorasi dalam toilet pun buat aku tak keruan. Cantik macam apa dah aku tengok. Sangat worth it la kalau stay di sini.
Yesss! Inilah yang aku katakan. Sungguh mewah dan cantik dekorasi dalaman dia walaupun dalam toilet. Apa yang aku perasan, bilik ini kedap bunyi, jadi kalau orang panggil dari pintu luar pun tak dengar. Tapi okay la, berbaloi gila. Time ni aku lupa nak bawak international plug, terus aku pinjam dengan housekeeping, nasib baik disediakan. Lega weh! Aku pulak nasib baik terfikir nak pinjam dengan housekeeping.
View dari bilik aku, actually kat luar bilik aku ada balkoni. Boleh feeling-feeling layan suasana hotel ni dari bilik aku. Cantik gila! Dan bilik aku ni depan dia ada swimming pool. Meriah wak! Tapi sayang, satu malam je stay di sini, jadi tak sempat nak swimming pool bagai,hahaha..
Kalau perasan, bangunan di sebelah kanan aku itu terdapatnya restoran yang menyediakan makanan yang super sedap! Di sini, makanan utamanya adalah gudeg! Jadi, kalau berada di Yogyakarta ke, menginap di Plataran Heritage Borobudur ke.. Jangan lupa untuk cuba gudeg dia tau. Sedap! Banyak lagi makanan best-best kat sana. Berbaloi wak.
Antara makanan yang disediakan di Plataran Heritage Borobudur
Bercakap tentang lobi hotel, inilah dia dekorasi dalaman yang cukup mewah dan cantik. Agak terkesima bila tengok lobi hotel yang cantik dia tak terkata.
Pemandangan dari depan hotel
Berehat seketika ditepian sawah
Disini juga, terdapat bangunan yang pamerkan barangan bersejarah. Jangan lupa untuk masuk dan bergambar ye. Tak silap aku ada hari-hari yang tertentu akan diadakan persembahan.
Bye Plataran Heritage Borobudur, satu malam sesungguhnya tidak puas untuk menikmati panorama yang ada di sini, inshaAllah aku akan kembali ke sini lagi suatu hari nanti. Selepas selesai check out hotel Plataran Heritage Borobudur ini, kami check in di The 101 Yogyakarta Tugu Hotel.
Harga sebilik untuk hotel ini bermula daripada RM362 - RM891 / malam
THE 101 YOGYAKARTA TUGU HOTEL
Setelah check out di Plataran Heritage Borobudur, aku check in di The 101 Yogyakarta Tugu Hotel pula. Hotel ini 4 bintang ya. Jarak hotel The 101 Yogyakarta Tugu Hotel ini dengan Marriot Hotel Yogyakarta ini adalah 8.2km yang mengambil masa selama 24 minit. Boleh kata, lokasi hotel ini strategik jugaklah. Sebab nak ke Jl.Malioboro pun dekat. Macet disebabkan malam minggu dan Indonesia ni juga seringkali dikategorikan negara yang sememangnya macet dijalanan.
Kebetulan malam aku menginap tu ada live band. Meriah la weh hotel. Actually ada juga orang yang tak suka dengan bising muzik ni but for me, meriah ! Seronoklah dapat hotel yang ada live band. Pastu boleh layan dekat pool pulak tu. Kalau sesiapa yang menginap di sini, jangan lupa untuk jalan sedikit bergambar dengan Tugu Pal Putih tu okay. Kami haritu letih macam apa dah, jadinya nak bergambar pun penat dah,haha.. Balik Malaysia, menyesal tak sudah, wakakakaka..
The 101 Yogyakarta Tugu Hotel ini turut menyediakan perkhidmatan beca okay. Lawakan beca dorang.
Jadi, inilah bilik yang aku stay untuk satu malam. Selesa dan cantik jugak. City view. Kalau siang hari mungkin agak bising sikit, tapi bagi aku okay je weh. Bila lagi nak tengok kehidupan di Yogyakarta ni kan,hehe..
Harga sebilik untuk hotel ini bermula daripada RM160 - RM718 / malam
Mewahnya marriot ni. Hehe kak min harap satu hari nanti dapat jugak peluang je jogja ni..
BalasPadamUish hotel dia. semua cantik-cantik. banyak jugak tempat boleh pergi yang dekat dengan Marriott Hotel rupanya. Tapi bilik hotel Plataran Heritage Borodubur tu paling cantik.
BalasPadamawak ni kaya eh? dduk hotel mahal-mahal? hahaah cantk kan hotel dia teringat pula warm hospitality dia. asyik bangettt
BalasPadamlooks like it's a great place to stay.. yet to go yogyakarta... this place looks nice..
BalasPadamWah! Mewahnyaaa! Memang seronok stay and check in hotel pelbagai ni. Dahlah eksklusif design dia. Bilik besar dan selesa. Kawasan pon pon cantik . Harga sudah pasti berpatutan
BalasPadamPerghh serius cantik n best holiday mek onie ni..duduk tempat best2 pulak tu. Sis kesana cari tempat budget je..x mampu nk yg memahal ni..hehehe
BalasPadamMemang cantik dan nampak mewah semuanhotel yang mekonie stay. Suka tengok environment kat hotel yogyakarta .Memangbpuas hatilah tengok bilik ,servis dan makanan yang disediakan .Kira berbaloi dengan duitnyang kita belanjakan
BalasPadamwow.. cecantik hotel kat sana. harga pun mengancam juga satu malam. tapi untuk keselesaan apa salahnya kan. Hopefully nanti kalau nak ke jogja boleh la survey duduk kat situ.. hehehe
BalasPadamcantiknya bilik hotel kat sana..harga pun boleh tahan mesra kalu pergi 2 3 orang. siap ada beca tu paling comel
BalasPadamTiga2 hotel tu nampak selesa sangat2. Boleh jadi rujukan kalau emi nak ke sana nanti, hehe
BalasPadamCantik semua hotel2 ni! Nampak Bersih dan Selesa nak tinggal.
BalasPadamSemua hotel best dan selesa. Kalau datang sekeluarga sesuai. Akak suka hotel begini sejak berkeluarga. Compare masa dulu tak kisah menginap di dorm atau rumah tumpangan. Hahaha. Sebab hotel macam ni rasa tenang dan selamat utk anak-anak akak yang curious level tinggi.
BalasPadamPergh.. Tiga hotel sekali dia duduk. .Semua best dan nampak mewah pulak tu.. Memg nyenyak tidur la. .Cantik dekorasi dia semua. .Hargavpun boleh tahan.. Sesuai la baqk family stay sini
BalasPadamBestnya view and bilik-bilik hotel tu semua. Mewah dan indah hiasannya. Mau kalau masuk tak nak kuar dah. Lepak dalam bilik je la. Eh. Bila nak ajak Rawlins join travel sekali? Gitew.
BalasPadamThanks for sharing ! tiap tahun saya memang akan ke Indonesia cuma, tahun ni mungkin tak pergi sebab nak visit Hanoi pula. Btw, Jogja saya belum sampai lagi.
BalasPadamMewahnya hotel dia. Nampak macam princess dah uolls kan. Kelas sangat
BalasPadamI am loving everything about the Plataran Heritage Borobudur. From your pics, I feel like every corner of the hotel and its facilities are all Insta-worthy.
BalasPadamMewahnya Hotel dia kat sana. Terus teruja nak pergi Yogyakarta jugak. Tak pernah lagi pi sana. Banyak juga attractions kat sana. Berbaloi ni kalau nak pergi.
BalasPadam