ITINERARI YOGYAKARTA, INDONESIA 5 HARI 4 MALAM



Itinerari Yogyakarta,Indonesia 5 hari 4 malam | Assalamualaikm dan Salam Sejahtera semua. Phewww! Finally, ini adalah entri terakhir aku untuk trip Yogyakarta. Untuk entri ini, aku tidak akan bercerita panjang kerana setiap tempat yang aku nyatakan di entri ini akan aku link kan direct terus ke entri detail aku berkenaan sesuatu tempat itu. Jom baca lagi lanjut ya.



Hari Pertama ( 6 Disember 2018)

15.10 - 16.55 : Flight dari Kuala Lumpur ke Yogyakarta
14.15 - 17.00 : Bergerak ke Prambanan ( lebih kurang 30 minit dari Airport)
19.00 - 21.00 : Welcome dinner at Prambanan, time ni makan di Rama Sinta Resto
21.00             : Check in Marriott Hotel Yogyakarta and Free & easy





Hari Kedua ( 7 Disember 2018) (Prambanan - Gunung Kidul Tour)

06.00 - 07.00 : Sarapan di Marriot Hotel Yogyakarta
07.00 - 08.00 : Bergerak ke Prambanan
08.00 - 10.00 : Explore Candi Prambanan selama 1 jam 15 minit
10.00 - 11.15 : Gerak ke Goa Pindul pulak
11.30 - 13.00 : Yeay! Time for tubing di Goa Pindul
13.00 - 14.00 : Makan tengahari di Area Pindul iaitu di Traditional Menu Pindul (Sedap gila!)
14.00 - 15.00 : Gerak ke Pantai Timang pulak.
15.00 - 17.00 : Explore Pantai Timang. Naik jeep! 
17.00 - 18.30 : Gerak ke restoran
18.30 - 19.30 : Have a dinner at Local Restaurant, Manglung Bukit Bintang. (Hujan time ni)
19.30 - 20.00 : Going back to Marriott Hotel Yogyakarta and sleep !




Hari Ketiga ( 8 Disember 2018 ) (Home Industry Tour - Sultan Palace)

06.00 - 08.00 : Sarapan and check out from Marriott Hotel Yogyakarta
08.00 - 10.00 : Singgah di Kasongan Keramik Workshop ( 30 minit)
10.00 - 11.30 : Roro Jongrang workshop and store (30 minit)
11.30 - 13.00 : Visit Sultan Palace ( kena lama sikit baru boleh hadam bab sejarah,hehe)
13.00 - 14.00 : Time for lunch at Pendopo Dalem
14.00 - 15.00 : Visit Taman Sari (Jangan lupa bergambar di Sumur Gumuling)
15.00 - 16.30 : Visit Vendreburg Fort
16.30 - 17.30 : Dinner at Pelem Golek Restaurant
18.30 - 20.00 : Bergerak ke Magelang
20.00 -           : Check in Plataran Heritage and free & easy




Hari Keempat ( 9 Disember 2018 ) (Sunrise at Borobudur - Merapi Lava Tour)

04.00 - 08.00 : Sunrise in Borobudur
08.00 - 11.00 : Back to hotel and get ready for check out
11.00 - 12.30 : Hallo Bukit Rhema Gereja Ayam
12.30 - 13.30 : Lunch at BS Resto
13.30 - 14.45 : Gerak ke Merapi Lava Tour 
14.45 - 17.30 : Lava Tour
17.30 - 18.30 : Gerak ke restoran (Farewell time, huwarrrrr!)
18.30 - 20.00 : Check in hotel at The 101 Hotel Yogyakarta


Hari Kelima ( 10 Disember 2018 ) (Bye Yogyakarta)

11.45 - 15.15 : Bye Yogyakarta T_T





Finally, thank you so much to Ministry of Tourism of Republic of Indonesia for inviting me for familiarization trip program. Sangat gembira dengan trip  Media Digital Famtrip For Southeast Asia from 6 till 10 December 2018, Yogyakarta - Magelang. Apa yang aku dapat dari trip ini sungguh aku simpan rapi dilubuk hati ini dan semoga korang sudi baca kisah aku di Yogyakarta. Bagi sesiapa yang nak ke Yogyakarta, aku sarankan untuk korang buat survey dulu lokasi mana yang patut pergi dahulu dan kalau boleh ambil masa yang lama sikit seperti 5 hari 4 malam atau 6 hari 5 malam di Yogyakarta. Nak lagi lama pun sebenarnya boleh je, bergantung kepada bajet masing-masing. Kalau aku, lagi lama duduk Yogyakarta ni lagi banyak la kisah aku nak bongkarkan. Hehe...


Jemput baca kisah aku di Yogyakarta dibawah ini ya:

Bagi sesiapa yang nak ke Yogyakarta, jangan lupa untuk buat survey dahulu di sini berkenaan lokasi menarik di Yogyakarta dan tiket-tiket mengikut harga terkini.



Tips kalau nak ke Yogyakarta:


  1. Kalau nak masuk Prambanan, sila bawak kad pelajar untuk dapatkan harga pelajar, kalau tak mahal jugaklah.
  2. Kalau korang nak masuk Prambanan dan Borobudur, make sure beli harga pakej Borobudur + Prambanan tau. Sebab lagi murah, kalau tak mahal jugaklah untuk foreigner macam kita ni.
  3. Sebelum nak ke Gereja Ayam atau Borobudur, jangan lupa singgah ke Kalibiru untuk bergambar di spot yang cantik-cantik tau. 
  4. Biasanya tempat spot bergambar ni kebanyakan lokasi akan kenakan bayaran sebanyak Rp.10k. Jadi standby siap-siap duit Rp.10k tau. 
  5. Pakai pakaian yang selesa. Disebabkan lokasi di Yogyakarta ni berbukit bukau dan perlu mendaki, pastikan pakai pakaian yang selesa. Jangan nak berskirt bagai. Kalau gigih apa salahnya. Demi gambar :P
  6. Di Goa Pindul, ada tandas yang cukup selesa dan banyak. Jadi jangan risau untuk tukar baju ke apa okay.
  7. Penat berjalan di sekitar Jl.Malioboro? Tak apa, naik je beca. Takde la mahal pun. Murah jugaklah harga dia.
  8. Kalau nak ke Yogyakarta ni, aku sarankan untuk korang datang dalam berkumpulan. Datang 4 orang pun okay dah. Sebab kalau nak ke Gunung Merapi kena naik jeep dan jeep tu dikira 1 jeep tau, bukan per kepala. Jadi kalau berempat murah dan jimat la korang,hehe.. Sama juga perjalanan nak ke Goa Pindul, kena naik lori sebelum sampai di Goa Pindul tu. 
  9. Jangan lupa cuba makanan tradisi Yogyakarta iaitu Gudeg tau. 
  10. Kad pelajar jangan lupa bawa tau untuk dapat harga murah. 

Yeayyyyy! Have fun korang di Yogyakarta. Jangan lupa spent time lama sikit di Yogyakarta..baru puas hati,heee...InshaAllah aku akan ke Yogyakarta lagi nanti.



Sponsored Trip and thank you to The Ministry of Tourism Indonesia ♥


18 ulasan:

  1. Bestnya dapat jalan² ke negara jiran. Itinery pon menarik. Taklah bosan dan dpt penuhkan masa dengan baik. Nanti kot² cx nak kesana, bolehlah rujuk entry itinery mekonie ! Tq! ��

    BalasPadam
  2. Wah... Bestnye dapat pergi Yogyakarta. Okay... nanti kalau nak ke sana, boleh jadikan blog ni sebagai rujukan. Dah siap sekali Itinerary tu. Memang senang sangat lah nanti.

    BalasPadam
  3. wah teringat pergi jogja dulu rasanya masa ada anak pertamaa... 5 hari 4 malam gak rasanya tinggal kat hotel ape tah lupa dah tapi heaven lah semua murah murah.. i bagi duit rm5 kat depa... tu pon depa happy oo... mesti besar kan nilai tu. heheheh.... next bandung nak tak haha

    BalasPadam
  4. bestnya mekonie, saya xpenah jejak lagi. myb dengan offer airasia skg ni, boleh lah start plan.. itinerary dah boleh refer mekonie..

    BalasPadam
  5. best nya, siap buat schedule pula tu. Semua tempat dalam ni best best, gambar pun cantik. Tapi kad pelajar saya dah lama tamat tempoh. hihhihihihihihi

    BalasPadam
  6. Onie, pakai phone apa? berkenan lak tgk gambar2 onie nih.
    seronok la dapat p travel merata. sambil2 share experience leh jadi rujukan masa depan kalau terdetik nak p sana nnt

    BalasPadam
  7. Bestnya mek onie dapat pi Yogjakarta. Banyak tempat menarik. Boleh jadi wishlist ni. Ohh kena bawak student card ek kalau nak murah? Thanks bagi tips ni.

    BalasPadam
  8. Ahh lamanya since Bella last pergi Jogja. Ada juga beberapa tempat dalam itin Onie yang Bella tak pergi pun. Best tak Merapi Lava Tour tu? Cuaca macam mana? Boleh gi dekat? Haihhh harap2 ada lah dapat sponsor gi sana tak lama lagi. Eh kbai. :P

    BalasPadam
  9. Menariknya trip ni. Tak sampai lagi area ni kat Indonesia. Baru Bukittinggi, Padang, Jakarta, Bali dan Medan je. Next time plan ke sini pulak la.

    BalasPadam
  10. Best lah dapat pergi YogYakarta hehehehe seronok tengok itineri penuh jalan-jalan kat sana jer hehehe jelous kita. Nak pergi sana juga lah tapi hajat tak sampai lagi hehehehe....

    BalasPadam
  11. Banyak jugak aktiviti boleh buat kat sini. Sesuai la untuk orang yg suka adventure. Boleh ni save untuk masuk list kalau ada plan ke sana.

    BalasPadam
  12. Syiok kan ke Yogyakarta ni..sis masa gi sana tak byk tempat gi tapi banyak jalan2 cari makan je..sb makanan dia sedap

    BalasPadam
  13. I memang rindu Jogja ni. Last I pergi masa I masih 30an. Suka makanan dan attraction kat sini. I would love to revisit with you itinerari.

    BalasPadam
  14. Wah best best tempat yang Mekonie lawat... Nanti kalau ada rezeki pergi sana boleh lah saya ikut sikit itinerari ni. Bestnya dapat jalan jalan temoat orang kan

    BalasPadam
  15. Melancong sambil berkongsi cerita travel mmg best! Kita pun blh tahu tempat , makanan dan budaya yang menarik! Tq tau.

    BalasPadam
  16. Thanks for the Itinerary. This is a really good list for those who wanna visit yogyakarta. Gotta save this since you have made it so convenient for us. :)

    BalasPadam
  17. Wah banyak article tentang Yogyakarta ni, dalam banyak banyak ni Candi Borobudur lah yang paling suka

    BalasPadam
  18. Sebenarnya kan tak puas pergi JOGJA ni atleast seminggu baru puas & dapat explore banyak tempat kat sini kan. Dah mula rasa rindu dengan Jogja baru ke lepas pergi sana. Rasa 1 day nak repeat sekali lagi lah

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..