ORANG KELANTAN,JOM TEMPAH PELAMIN DENGAN NADA BRIDAL



ORANG KELANTAN,JOM TEMPAH PELAMIN DENGAN NADA BRIDAL


Orang Kelantan, Jom Tempah Pelamin Dengan Nada Bridal | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hai siapa sini orang Kelantan dan akan adakan majlis perkahwinan di Kelantan korang boleh baca onie punya entri yang ini. Bila sebut hal kahwin mesti bakal pengantin akan rasa gementar dan pening kepala nak cari pelamin dekat mana, baju pengantin dekat mana. For me, sekarang ni semua di hujung jari even nak beli ikan pun boleh guna hujung jari dah sekarang ni. Hari tu saja la aku google mencari pelamin cantik sekitar Kelantan. Jadi aku terjumpa pakej pelamin dari Nada Bridal di Kampung Bachok, Kelantan. Survey punya survey harga pelamin dan gambar pelamin, memang puas hati juga hasil daripada Nada Bridal ni. 


Tips memilih pelamin buat bakal pengantin yang wajib korang tahu!

  • Tema Pelamin - Mestilah sama tema dengan baju pengantin. Kalau baju pengantin konsep tradisional maka pilihlah pelamin yang berkonsepkan tradisional juga. Jangan salah pilih pulak pelamin, kang tak singkronais pulak jadinya,haha. Jadi konsep yang nak dibawa tu penting ye wahai bakal pengantin sekalian.
ORANG KELANTAN,JOM TEMPAH PELAMIN DENGAN NADA BRIDAL

  • Warna Pelamin - Warna pelamin ni sebenarnya bergantung kepada persekitaran juga. Kalau dah tempat nak pacak pelamin tu dah sedia gelap, maka pilihlah warna yang cerah sahaja supaya semua orang tidak kemurungan sepanjang tengok pelamin korang tu nanti. For me, kalau pilih warna yang lembut sahaja dah good enough rasanya. Simple but nice kan? Kalau aku, aku nak pilih warna pelamin soft brown or cream macam tu. Memang cantik bila tengok pelamin yang warna lembut-lembut macam tu. Tapi warna pelamin ni kena juga tengok pada baju pengantin. Biar ianya singkronais sahaja. Tapi apa yang aku perasan di Nada Bridal ini, pemilihan warna pelamin kebanyakannya warna lembut macam warna cream gitu.
  • Shaggy Carpet - Percaya tak aku cakap kalau kat lantai pelamin tu karpet ala kadar je sebenarnya tak cantik? Kalau ada duit lebih atau bajet lebih guna je shaggy carpet, aku yakin pelamin korang akan indah sama juga didalam gambar. Indah tak terkata!

ORANG KELANTAN,JOM TEMPAH PELAMIN DENGAN NADA BRIDAL

  • Saiz kerusi - Macam aku, aku agak tak berkenan kerusi yang seketul seketul tu. Ko dah kawen pastu duduk jejauh buat apa, baik duduk kepit dekat-dekat,haaa.. Satu lagi bila kerusi jenis satu satu ni dah tentu nak ambil gambar family jadi payah dan aneh. Maka pilihlah kerusi panjang yang tak ada tempat sandar tu, ingat! Simple but nice okay.
  • Design pelamin - Jujur aku kata, design pelamin yang simple-simple dan tak crowded sebenarnya sangat cantik. Jadi kalau nak pilih design pelamin tu aku sarankan untuk tidak terlalu crowded terutama sekitar pengantin supaya bila nak bergambar dengan family ia jadi mudah.

ORANG KELANTAN,JOM TEMPAH PELAMIN DENGAN NADA BRIDAL

  • Survey harga dan pakej pelamin dengan bridal - Perkara ini sangat penting bila kita sebagai pelanggan dan kita layak untuk meninjau harga pakej pelamin dahulu. Bukan setakat harga je kena tinjau, hasil kerja bridal pun wajiblah tengok sekali. Cuma part paling takut, jangan terlalu nak demand dan mintak murah lepas tu hasil macam deko main kahwin-kahwin masa zaman kecik dulu. Awas ye nak ikut bajet pun biar beragak.haha. Jangan lupa sebelum tu cuba hubungi bridal untuk semak harga pakej dan buat perbandingan serta jangan lupa untuk cari media sosial bridal-bridal ni supaya tidak kena tipu.

Apapun, bila kita bakal menjadi pengantin ni, pilihlah dan survey harga baik-baik. Pelamin ini sebenarnya atas kemampuan masing-masing. Kalau rasa nak ada pelamin, boleh. Cuma biarlah mengikut kemampuan sendiri. Apapun semua itu ditangan anda. Nada Bridal juga seorang yang pandai memilih. Jangan lupa untuk whatsapp bertanyakan harga pakej sebelum menempah ye dengan Nada Bridal. Aku yakin Nada Bridal akan buat yang terbaik untuk anda semua.  Jadi mudahlah warga Kelantan yang nak berkahwin nanti. Pelamin dia semua cecantik.



 SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT WARGA KELATE






2 ulasan:

  1. comamnya pelamin dio awop weii.nampok simple n menarik sangat nie

    BalasPadam
  2. Wahhh nampak kemas dan classy pelaminnya!

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..