RUTIN MEK ONIE SETIAP HARI DENGAN KUASA C



Rutin Mek Onie Setiap Hari Dengan Kuasa C | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Happy Labour Day semua! Rasa macam dah lama gila aku tak menaip macam ni kan. Tak cerita pasal diri dan apa yang aku buat dari hari ke hari. Sebelum tu aku nak bagitahu dan mohon yang sudi baca entri aku kali ini untuk follow instagram aku yang baru @mekonie_ . Untuk pengetahuan semua, instagram aku baru sahaja kena hack dengan malaun mana pun aku tak tahu dan siap hacker tu whatsapp aku ye. Kalau dahulunya instagram lama aku @mekonie, kini @mekonie_ . Kalau sudi follow la aku balik. Sumpah aku down gila weh seminggu nih. Tapi aku tahu, benda instagram tu benda DUNIAWI tapi tulah, kecewa jugaklah sebenarnya. Memang banyak benda aku share dalam tu termasuk gambar travel, produk aku share dalam tu. Tapi tulah, bukan rezeki kita,hmmmm... 


Okay tutup part instagram aku kena hack, nanti aku share lebih lagi modus operandi hacker tu hack instagram aku (doakan aku rajin menaip)



Untuk perkongsian kali ini, aku akan kongsi dengan korang semua rutin mek onie setiap hari. Alaaaa, rutin bebiasa je. Kira rutin ni aku weekday je tau, weekend lain pulak cara aku habiskan masa. Kalau sudi bacalah kisah rutin harian aku,hehe



5.30 pagi: Bangun tidur


Disebabkan aku ni kerja dekat shah alam dan jalan nak ke tempat kerja tu dalam 40 minit (tak termasuk kalau ada kemalangan) dan selalu jem, aku memang akan bangun jam 5.30 pagi. Aku akan kunci jam 5.20 pagi, 5.25 pagi, 5.30 pagi dan ketukan pintu oleh umi aku kalau aku terlebih tidur,haha. 5.30 ni selalu aku bangun tidurlah. Bangun mandi, lepas tu siap-siap pergi kerja then kalau aku ngantuk gila tu kadang ada jugak terlajak sampai pukul 5.45 pagi kadang aku bangun. Habis lari timing aku. Nasib baik tempat kerja aku masa dia dah flexi. Masa flexi tu maksudnya kalau masuk pukul 7.45 pagi maka keluar 4.45 petang. Janji cukup 9 jam bekerja. Tapi sebelum flexi hours ni diwujudkan aku memang masuk jam 7.30 pagi pun, sebab kalau boleh balik kerja tu aku boleh sampai awal dekat rumah dan buat kerja lain.



6.00 pagi: Pergi kerja

Kalau azan subuh before 6 pagi, maka sempatlah aku solat di rumah, kalau lewat 6.00 pagi, aku akan solat di surau mana-mana je. Sebab aku kalau boleh biar sampai office tu awal. Taknak la pepagi dah letih ngadap jem segala tu. Letih tau kalau hari-hari ngadap jem seawal pagi tu. That's why aku lebih suka takpelah keluar je awal rumah, atleast takde la menghadap sangat jem tu even kena gak ngadap. Tapi kurang sikit la jem dia kan. 

Tips aku sebelum keluar rumah :
  • Wajib pakai toner, moisturizing, eye patch dan lipstik






Tips aku selangkah keluar rumah :
  • Baca doa keluar rumah : Ø¨ِسْÙ…ِ اللهِ تَÙˆَÙƒَّÙ„ْتُ عَÙ„َÙ‰ اللهِ، Ù„َا Ø­َÙˆْÙ„َ ÙˆَÙ„َا Ù‚ُÙˆَّØ©َ Ø¥ِÙ„َّا بِاللهِ
  • Baca ayat Kursi
  • Selawat ke atas nabi
  • Zikir
  • Sesudah buat semua tu baru aku on radio kereta aku tu haaaaa

7.00 pagi : Sampai tempat kerja

Bila sampai tempat kerja ni, aku sempat jugak rest dalam kereta main instagram, facebook, tidur ke apa. Malas nak masuk awal-awal sebab. Emmm takde sebab. Memang aku akan masuk jam 7.30 pagi atau awal 10 minit, gitu! 

Bagi blogger macam aku, time macam ni adalah time paling sesuai untuk cari engagement dengan kawan-kawan di sosial media sebelum masuk ke office. Kadang jangan ada yang terkejut pepagi buta aku dah like gambar instagram korang,haha


7.30 pagi - 4.30 petang : Waktu bekerja


Bila waktu bekerja ni memang aku fokus dengan kerja je la kan. Tapi kadang terbabas jugak layan instagram ke facebook ke twitter ke,haha! Tipu la kalau korang pun tak buat jugakkan? Cuma kena ikut pada masa la, kalau busy tu buat la cara busy, kalau takde kerja ke apa ke, pandai-pandai la selit sikit. Haaa jadi waktu aku bekerja di office tu adalah 9 jam termasuk waktu rehat. Apa yang jadi kat tempat kerja tu macam biasalah, KERJA! Gitu la. 


Waktu rehat aku lebihkan tidur sebab malam tu aku nak berjaga buat kerja lain pulak. Kadang aku cari engagement dengan kawan-kawan di sosial media. Tu kalau aku tak mengantuklah, kalau ngantuk aku tidur je! haha


4.30 petang - 5.30 petang : Driving balik rumah

Time ni aku driving balik rumah dan rehat sekejap. Kadang weekday pun ada event. Jadi memang pack gila jadual aku.



5.30 petang - 9.00 malam : Di rumah

Time ni memang aku akan banyakkan dengan family aku. Tolong mak aku pastu rehat. Kadang masa ni memang aku bahagikan badan untuk setelkan kerja rumah. Kalau mak aku ajak pergi kedai ke apa pergi. Tapi mostly time ni memang aku akan luangkan masa dengan family aku sebelum sambung buat kerja aku yang lain.


9.00 malam - 10.30 malam

Time aku blogging atau siapkan beberapa task yang perlu disiapkan. Kadang memang tak cukup weh 1 jam 30 minit tu. Tapi pandai-pandailah kita bahagikan masa. Point-point task tu kalau boleh siapkan awal-awal supaya tak kelewatan. GITOH! Scroll instagram ke, facebook ke, blogwalking ke, twitter ke. Benda ni memang wajib aku buat setiap hari.



Jadi begitulah rutin seharian aku dari isnin sampai jumaat. Penat dia tu memang tak terkata weh sebenarnya. Kadang tu takde selera nak makan langsung. Tapi dari awal pagi tu memang aku jaga sarapan aku. Sarapan tu penting ye walau macamana sekali. Memang penting ambil sarapan pagi tu. Jangan sesekali skip. Meh sini aku share dengan korang amalan makan secara sihat. Jangan lupa untuk gunakan konsep suku suku separuh tu ye.


8 Amalan Makan Secara Sihat
  1. Makan nasi dan produk bijiran lain secukupnya (utama bijiran penuh) serta ubi-ubian
  2. Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari (masih belajar makan sayur,haha)
  3. Makan ikan, daging, ayam, telur dan kekacang secara sederhana
  4. Ambil susu dan produk tenusu secukupnya.
  5. Hadkan pengambilan makanan yang tinggi lemak serta minyak semasa menyediakan makanan
  6. Pilih dan sediakan makanan kurang garam dan sos
  7. Ambil makanan dan minuman yang kurang gula (Tapi pepagi buta aku minum teh ais dah,haha)
  8. Minum banyak air setiap hari.



Selalu sibuk


Disebabkan jadual aku ni pack yang amat, kadang tu tak sempat jugak weh nak makan ke apa ke. Pengambilan buah-buahan terutama jenis vitamin C tu kadang aku tak sempat nak makan ke apa. Jadi inilah KUASA C aku yang menjadi penyelamat setiap hari. Memandangkan badan kita ni tak menghasilkan vitamin C, ia mesti diperolehi dari sumber luar-tubuh. Selain daripada buah oren, vitamin c juga banyak terdapat dari sumber semulajadi dalam buah-buahan segar seperti buah jambu, mangga, betik, buah-buahan dan jus sitrus, buah dan jus tomato. Selain itu juga, terdapat dalam sayur-sayuran berdaun dan sumber haiwan (daging, ikan, ayam, telur dan produk tenusu) Walaubagaimanapun, vitamin c juga ialah paling tidak stabil antara semua vitamin dan mudah termusnah semasa pemprosesan dan penyimpanan.




Kalau korang nak tahu, vitamin c dalam tubuh boleh dipengaruhi oleh faktor seperti pengambilan makanan, kehilangan metabolik, perkumuhan air kencing dan pembuangan air besar? Menariknya lagi, vitamin c ini juga salah satu nutrien yang sensitif terhadap tekanan dan ia juga merupakan nutrien pertama yang akan terhapusdalam penagih alkohol, perokok dan individu obes. Jadi, amalkan dan ambil vitamin c ini selalu supaya tubuh badan kita sentiasa sihat.


Jadi bila selalu sibuk ni, aku memang ambil MEGA-C Plus Bioflavonoid setiap hari. WAJIB ye untuk aku minum setiap hari. MEGA-C Plus Bioflavonoid ini adalah vitamin C dalam bentuk sachet dimana produk ini tercipta untuk memudahkan golongan yang sibuk macam aku ni. 






Tentang MEGA-C Plus Bioflavonoid:

  • Boleh didapati dalam bentuk serbuk berperisa oren dalam sachet dengan dos sekali sehari je ye.
  • MEGA-C Plus Bioflavonoid ini adalah vitamin C kekuatan tinggi dalam kalsium askorbat yang diperkaya dengan bioflavanoid.
  • Memandangkan vitamin C ini vitamin larut air, bioflavanoid membantu meningkatkan penyerapan dan penggunaan vitamin C dalam tubuh.
  • Bagi mereka yang ada sakit gastrik, MEGA-C Plus Bioflavonoid adalah diformulasikan dalam bentuk askorbat pH neutral yang boleh diambil bagi meneutralkan perut dan tidak merengsakan perut.
  • MEGA-C Plus Bioflavonoid ini dalam bentuk sachet yang memudahkan sesiapa sahaja untuk membawa bagi membekalkan vitamin C 1000mg untuk terus sihat sepanjang hari.
  • Sesuai untuk semua yang berumur 12 tahun ke atas termasuk golongan yang sibuk dan aktif, pengembara, warga emas dan golongan yang berkesihatan rendah.
  • MEGA-C Plus Bioflavonoid ini TANPA GULA TAMBAHAN 
  • Terdapat 30 sachet dalam 1 kotak
  • HARGA: RM55/kotak




Inilah tips aku seharian, even busy macamana pun aku akan amalkan untuk minum MEGA-C Plus Bioflavonoid supaya kesihatan diri sentiasa terjaga. Kalau korang nak tahu, vitamin C ini berperanan untuk menambahbaik tahap kesihatan dan kesejahteraan secara umumnya. Cara nak minum MEGA-C Plus Bioflavonoid ini mudah je. Boleh diminum bila-bila masa sahaja tapi pengambilan MEGA-C Plus Bioflavonoid ini hanya sekali sahaja satu hari. Bancuhkan satu sachet dengan segelas air sejuk dan minum. Mudah gilakan? 


MEGA-C Plus Bioflavonoid ini aku beli dekat farmasi Watsons je. Tapi farmasi Caring, Guardian dan farmasi individu pun ada. Korang boleh dapatkan MEGA-C Plus Bioflavonoid ini. Jagalah kesihatan walau sesibuk mana pun kita. Pengambilan makanan yang sihat dan teratur pun perlu dititik beratkan supaya tidak jatuh sakit. Rasa dia sangat sedap sebab berperisa oren.





Jadi inilah rutin mek onie setiap hari dengan kuasa c. Kena jaga kesihatan supaya kita dapat jalankan tugas dengan baik dan fokus. Kalau sakit nanti susah nak buat kerja ye. Jadi, ingat sihat sebelum sakit itu ya. Aku akan pastikan setiap hari aku akan minum MEGA-C Plus Bioflavonoid. Alhamdulillah hampir 3 minggu aku minum dan aku sihat sahaja even busy tak terkata. Dulu kalau korang nak tahu, aku ni jenis lemah semangat sikit. Jadi selagi aku boleh buat kerja even ada pening-pening ke, aku akan kuatkan semangat juga. Benda kalau sakit jangan dilayan sangat orang kata.


Serius sedap!
Jadi kalau korang nak cari, korang boleh cari di farmasi Guardian, Watsons Malaysia atau Farmasi individu. Harga RM55 je. Dalam 1 kotak ni ada 30 sachet dan boleh dibawa kemana sahaja dan mudah je nak buat. Ching! :D


Untuk maklumat lanjut korang boleh ke website : MEGA-C Plus Bioflavonoid

18 ulasan:

  1. Awalnya onie keluar pergi kerja. Sama macam husband Fadzi. Tapi biasanya dia pergi lepas solat subuh. die masuk keje pukul 7 pagi.

    BalasPadam
  2. Bestnya balik 4.30, by 5.30 dah ada kat rumah. Takde la mengadap jem sampai lepas maghrib pun x sampai2 lagi huhu. Yep, ambik Vitamin C mmg bagus utk kekalkan kesihatan yg baik.

    BalasPadam
  3. Ohhh ini yang onie lakukan setiap hari kalau hari yang ada event macam mana hehehe mesti lagi sibuk kan wakakak dengan ada produk minuman kesihatna ni bagus untuk mereka yang aktif...

    BalasPadam
  4. So your daily life is so packed to the max. It is good to take supplement during your hectic lifestyle to stay on top.

    BalasPadam
  5. patutlah Onie selalu nampak sentiasa segar dan bertenaga bila berjumpa walaupun jadual sibuk. ini rahsianya rupanya. okay nak cari juga dekat drugstore. samalah sentiasa busy dan kadang lesu sangat nak jumpa klien dan kawan2.

    BalasPadam
  6. wah tu rahsianya..baru BBL tahu. lepas ni boleh la cuba jugak. mana tahu sesuai dengan tubuh badan. lagi pun vitamin c sangat penting especially lelaki yang selalu expose dengan matahari tapi malas nak jaga kulit.

    BalasPadam
  7. Bagusnya... Bolehlah cuba nanti, badan selalu lesu sahaja.. macam kena ambik vitamin dan suplement. Terima kasih Mek Onie diatas perkongsian yea.

    BalasPadam
  8. Lia pun consume vitamin c juga setiap hari. Tapi x pernah try brand BioLife lagi. Memang lah life kita ni sibuk sangat. Lagi2 keja fulltime & part-time blogger

    BalasPadam
  9. Ya Allah sibuknya Mek Onie dengan rutin harian. Vita C ni lah saya nak cari juga untuk diri sendiri. Nanti takdelah badan letih je ka . Rasa cergas dan sihat je sepanjang hari

    BalasPadam
  10. Vit C aka Kuasa C memang penting dalam diri semua orang untuk kesihatan. Setuju ngan Mek Onie, rasa MEGA-C Plus Bioflavonoid. Sedap! Kak nina pun suka

    BalasPadam
  11. samalah ngan k.el kul 5.20 tu mmg terus bangun terus pergi dapur siap2 bfast anak lunch diorang sekali..w/pun bangun awal..mmg tak cukup masa..kdg2 terlena juga lepas buat kerja semua tu..pastu ngadu letih..bila letih kenalah ada supplment untuk bg kita segar n sihat kan mcm kuasa C mek ni lah..kenalah minum hihi

    BalasPadam
  12. Bila dah duduk kawasan bandar memang tak akan lari dengan masalah jammed ni. Kita yang kadang2 turun KL ni pun rasa penat nak hadap jammed apatah yang hari-hari menghadap tu kan. Tertanya-tanya juga apa rahsia onie nampak segar walaupun penat urusan seharian rupanya onie amalkan vitamin C rupanya. Thanks onie share pasal ni

    BalasPadam
  13. Kita pun dh lama tak minum vitamin c ni.. Nak kene minun balik ni.. Wah ni pun mcm menarik.. Nk puasa ni bdn kene bertanaga.. Kena amik supplement sikit.. Kuasa c ni mmg power la ye. Heheh

    BalasPadam
  14. part jem tu baca pun dah letih hehehe...yesss benda wajib amik dari start ada duit sendiri sampai sekarang adalah vit c heheheh

    BalasPadam
  15. Wah ini rupanya rahasia kesyantikan dan kehebatan awak ya. so kita dah tahu. Awas kalau kita lebih cantik dari awak nanti. haha

    BalasPadam
  16. Sis pun tiap hari amalkan ambik vic c tapi produk lain le..memang ambik tiap2 hari, tapi kdg2 terskip gak. Nanti bolehlah cuba pulak produk ni.

    BalasPadam
  17. wahhhh bestnyaaa.. macam nak cuba ler pulak..

    BalasPadam
  18. Vitamin C memang bagus, kulit jadi glowing tapi tu la kena konsisten

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..