PENGALAMAN MENGINAP DI SUNWAY PUTRA HOTEL 5 BINTANG
Pengalaman Menginap Di Sunway Putra Hotel 5 Bintang | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Alhamdulillah, finally aku berjaya menginap seorang diri di Sunway Putra Hotel selepas menginap di Sunway Velocity Hotel. Actually, percutian aku ni memang direct. 2 hari 1 malam di Sunway Velocity Hotel dan 3 hari 2 malam di Sunway Putra Hotel. Memang satu pengalaman yang berbeza. Seronok pulak rasa menginap dari hotel ke hotel. Actually aku nak bergerak naik shuttle bus tapi disebabkan malas nak tinggalkan kereta di Sunway Velocity Hotel haritu, aku decide untuk bergerak ke Sunway Putra Hotel naik kereta sendiri je,hehe..
Untuk parking di Sunway Putra Hotel pula, korang jangan tersalah masuk ke Sunway Putra Mall pulak, kalau tak.. menapak jauh sikit nanti korang. Nak selamat korang follow je sign parking hotel tau. Pastu parking hotel ni memang kadang penuh kadang tak bergantung pada hari apa korang datang, maklumlah.. orang yang datang mall kadang ada juga parking di sekitar hotel tu juga. Dah sampai parking korang boleh terus ke lift lobby hotel.
Untuk makluman korang semua, sunway putra hotel dan sunway putra mall ini satu bangunan sahaja dan kali kedua aku jejak kaki ke sini. Ada jugak lost dia sikit cuma tak selost masa stay dekat Sunway Putra Velocity dengan nak cari parking hazabedah jugak,haha..Aku ni kalau first time ke sesuatu tempat yang tak biasa lelagi part parking kereta, memang aku akan lost,kofkofkofkof (kantoi!)
Punya semangat nak stay hotel 5 bintang ni, aku sampai awal. Tapi for those yang sampai awal aku sarankan korang berjalanlah dulu sekitar mall dia tu. Sebab di Sunway Putra Hotel ni tak disediakan waiting chair. Aku masa tu sampai awal dan tak tahu pula tempat yang aku duduk tu hanya limit 30 minit macam tu, haha.. tapi nasib baik juga tak kena halau. Tapi jangan pelik korang, biasalah bila berada di hotel 5 bintang ni, mereka akan jaga. Sampai orang tertidur dekat kerusi tu pun, dia kena tegur dengan staf hotel tu. Betul. Ni aku cerita based on my story apa yang aku nampak. Jadi, aku cerita ini bukan untuk menjatuhkan atau apa, cuma bila kita berada di sesuatu tempat kita kena belajar apa yang ada didepan mata.
Dah setel check in semua tu, aku terus masuk ke bilik. Bila masuk bilik tu aku terus terjah apa yang ada dalam bilik aku, cuma part plug socket tu kenapa la takde kat kepala katil,haha.. Paling tak suka plug socket jauh dengan kepala katil. Bukan apa uols, kita ni sejenis set alarm menggunakan telefon dan akan cas fon supaya bangun esok tu full. Jenis aku.
Adei, panjang pulak aku membebel wei,haha.
6 PERKARA AKU BUAT SEPANJANG MENGENAP DI SUNWAY PUTRA HOTEL
1. Jalan-Jalan Sekitar Sunway Putra Hotel:
Ada sauna, ada pool, ada gym! Seronok. Aku sempat jugaklah layan gym sejam. Buang kalori uolss.. Kalau dekat rumah susah jugak aku nak bersenam ni, sikap tu haishh bila la nak datang rajin bersenamkan,hmmm..
2. Jalan-Jalan Sekitar Sunway Putra Mall:
Okay, part ni seronok sebab hotel dia satu bangunan dengan Sunway Putra Mall uolss.. Jadi aku sempat layan movie. Lupa dah tengok cerita apa, haha..Ingat nak marathon movie haritu, tapi aku fikir banyak kerja nak siapkan dekat bilik. So, jadilah tengok satu je kan. Bagi sesiapa yang menginap di Sunway Putra Hotel ni, korang boleh jugak pergi jalan-jalan, shopping, tengok wayang di Sunway Putra Mall. Haaaa, seronok jugak hotel satu bangunan dengan mall ni. Mudah nak mencari barang ke apa. Lagi best kalau menginap time mall ada sale,haha...
3. Layan Tea Time di Atrium Lounge, Sunway Putra Hotel
Setelah kepenatan pada tengahari tu layan movie semua, perut lapar. Nak tunggu dinner malam lambat pulak, nak makan dekat mall sayang pulak duit sebab Sunway Putra Hotel dah sediakan banyak makanan dan ada pilihan restoran yang superb kebabom nak matik! Untuk tea time ni memang tak sangka langsung la murah ya rabbi! Layan perasaan dekat Atrium Lounge lepas tu siapkan kerja sesambil makan dan borak. Memang layan la. Tak sangka Sunway Putra Hotel ni tawarkan harga makanan yang berbaloi even hotel bertaraf 5 bintang. Sungguh tak sangka awak.
Set yang onie makan ni adalah Malaysian & English Afternoon Tea Sets which is set ni boleh makan berdua. Sekali sekala treat myself and myfriend kan, lagi pun murah jugak bagi aku afternoon tea sets dia pastu dapat dengan a cup of tea lagi pulak tu, berbaloi yang amat dengan harga yang murah untuk 2 orang tu :D
Apa yang ada dalam set English Afternoon Tea Set?
Warm Scones with Cream and Blueberry Jam, Portobello Mushrooms French Puff, Salmon Quiche, Lemon Macaroons, Strawberry Cheese Cake, Sweet Waffle and Mini Cream Cup Cakes, Salmon Tortilla Wrap, BBQ Chicken Skewers with Cucumber and Fresh Fruits with chocolate dip.
Apa yang ada dalam set Malaysian Afternoon Tea Set?
Chicken Rendang French Puff, Sardine Tortilla Wrap, Malay Yam Cake (Kuih Talam Keladi), Pandan Layered Cake, Potato Curry Puff, Chinese Egg Tarts, Chicken Satay Skewers, Breaded Sesame Balls, Lime Macaroons and Fresh Fruits served with chocolate dip.
Bila boleh pergi untuk menjamu afternoon tea sets ni?
Dibuka setiap hari dari jam 2.00pm - 6.00pm
Lokasi: Atrium Lounge, Aras 9 (Lobi hotel)
Harga: RM55 nett per set for two persons
Kot nak tempah awal, boleh call terus +603-4040 9888 atau email spkl.dine@sunwayhotels.com
4. Melantak Kari Kepala Ikan di Coffee House, Sunway Putra Hotel
Bagi sesiapa yang menginap di Sunway Putra Hotel, aku sarankan korang trylah weiiii makan dekat Coffee House cuba Kari Kepala Ikan dorang. Portion besar harga mampu bayar okay! Puas hati gilolah. Coffee House ni terletak di aras 9 iaitu sama juga dengan Atrium Lounge tu. Kari Kepala Ikan ni kalau korang nak tahu, istimewa dari Chef Rossham Rosli, Executive Chef Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur. Meme rugi siapa tak cuba.
Ikan yang di marinated with turmeric powder, salt and pepper dan kari yang superb sedap rasa dia memang tak rugi langsunglah korang. Kari Kepala Ikan ni didatangkan dengan 2 portions which is RM45 untuk 2 orang makan dan RM75 untuk 4 orang makan. Memang kenyang ye. Aku makan malam tu pun tak habis,ahaha..portion dia memang besar dan sedap. Aku ambik yang RM75 dan tengoklah besar ke idok portion dia. Bayar RM75 je. Even makan dekat hotel 5 bintang pun, harga makanan yang disediakan semua mampu bayar. Itu yang aku respek dengan Sunway Putra Hotel ni. Tak letak harga mahal-mahal.
Kalau korang nak datang makan tapi tak menginap di Sunway Putra Hotel ni pun boleh. Takde hal lah! Setiap hari ada bermula dari aras 9 hingga 11.00 pagi -10.30 malam.
Kot nak tempah awal, boleh call terus +603-4040 9888 atau email spkl.dine@sunwayhotels.com
5. Menu Paling Berbaloi - A La Carte, RM28 Tapi Portion Bapak Besar!
First time la wei aku makan menu western yang portion dia bapak besar pastu siap dapat desert lagi weh! Bendalah murah sangat harga dia, nak menangis rasa! Murah dan sedap ye! Bayangkan Creamy Seafood Tomato Spaghetti, Classic Pan Seared Salmon Fish With Lemon Butter Sauce, Lamb Keema With Naan Bread, Classic Soft Shell Crab Salad, Confit Chicken Breast & Avocado Sandwich, Scallop Fried Rice, Onion Soup, Moroccan Lamb Wrap dan semua menu ni complemented with a desert @ a cup of coffee or tea! Gilakan weh?
Bayar RM28 per set sahaja pastu dapat menu yang kita pilih termasuk dessert dan a cup of coffee or tea. Dessert dia tu memang meriah ye awak-awak. Memang aku cakap puas hati sangatlah. Memang akan repeat lagi nantilah. Nak rasa semua menu dia tu :D
6. Sarapan Pagi Di Coffee House, Sunway Putra Hotel
Sarapan pagi pula, aku ingat tak la ramai orang. Sekali full house dia tu tak boleh bawak bincang ye. Pilihan makanan dari barat ke timur ye! Seronok yang amat tengok pilihan makanan sarapan, meriah gitu. Orang luar pun ramai masa breakfast haritu. Super meriah! Nasi lemak dia sedap uolsss, jangan lupa makan tau nasi lemak masa breakfast tu.
7. Dinner Japanese Bento Set Di Gen Japanese Restaurant, Sunway Putra Hotel
Okay! Rasanya onie sempat jugaklah dinner dan try makanan jepun kat sini, dengar kata restoran ni hampir tutup. I'm so sad sebenarnya. Sebab makanan dia sedap kot! Plus harga dia pun murah juga, huwarr.. Harga Japanese Bento Set ini RM55 nett per set dan memang kenyang wei. Tengok je makanan dia sikit-sikit macam tu, tapi memang kenyang ya rabbi! Onie makan kat sini haritu waktu malam dan inilah
8. Jom Tengok Apa Yang Ada Dalam Bilik Onie (Type: Deluxe Room)
Okay, inilah bilik onie stay haritu. Onie pilih Deluxe Room. Memang cantik dan cukup luas untuk onie. View pun cantik! Dapat tengok PWTC dari bilik. So, dalam bilik onie ni memang lengkap segala peralatan dan tak perlu risau dah.
Kalau nak tengok apa yang ada dalam bilik onie korang boleh refer Sunway Putra Hotel Bilik Deluxe Room ni. Keseluruhannya onie sangat happy dapat menginap di Sunway Putra Hotel ni, servis dorang pun memang tip top, paling best part makan la. Harga makanan semua murah-murah dan sangat berbaloi plus sedap pulak tu.InshaAllah, onie akan datang lagi nanti. Korang dah pernah stay di sini ke belum?
Bestnya menginap di Sunway putra hotel
BalasPadammcm best.. hehe
BalasPadamMenarik!rupanya hotel kt sini 5 bintang. Kalau servis tip top boleh pergi
BalasPadam