PART 1 : GENTING HIGHLAND RUMAH SERAM TRAIN TO BUSAN
Part 1 : Genting Highland Rumah Hantu Train To Busan | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Fuh! Setelah sekian lama aku tak blogging dan bila tengok balik posting aku pada bulan lepas sesungguhnya sangat menghambarkan ya. Memang kelaut habis mood aku untuk blogging. Kalau ikut jumlah posting aku pada bulan lepas hanyalah 2 dan itu memang menyedihkan untuk aku sebenarnya. Mungkin kecewa selepas instagram aku kena hack? huhu..Tapi serius aku kecewa yang amat sangat lepas instagram kena hack. Terus DOWN!
Jadi, bulan lepas aku telah ke Genting Highland dan saja ke sana nak tengok ada benda apa kat sana. Lebih kurang setahun gitu rasanya aku tak jejak kaki ke Genting Highland ni, jadi..aku pun nekadlah ngadap Genting Highland dengan harapan ada bahan untuk aku berkongsi dengan korang semua. Ni kebetulan cuti sekolah nak dekat dah, jadi aku sarankan korang bacalah kejap post aku berkenaan Genting Highland ini. Siapa kaki Genting Highland, memang wajib pergi sebab Genting Highland sekarang ni dah banyak tarikan baru. Sungguh. Memang tak menyesallah kalau pergi ke sini.
Jadi untuk part 1 ni aku nak share lokasi pertama aku iaitu TRAIN TO BUSAN (TTB)! Dengar je perkataan TRAIN TO BUSAN ni rata-rata pembaca aku semua tahu kot movie TTB ni kan? First thing first, apa yang aku nak kongsikan idea TTB ini adalah diketuai oleh Roger Ong, Penolong Naib Presiden Pembangunan Perniagaan AirAsia dan Jek Mok, Ketua Pegawai Eksekutif VividThree telah melancarkan produksi rumah seram bernilai jutaan ringgit dengan meriah sekali.
Kali ini aku check in macam biasa di First World Hotel! Dan kali ni juga untuk pertama kalinya aku stay di Tower 3, biasanya Tower 1 dan Tower 2. Kali ini di Tower 3 bukan sesuatu yang menyeronokkan ye sebab jarak dari lobi hotel ke bilik memang sangat 'menapak ya rabbi', HAHAHA. Tapi takpelah. Perjalanan nak ke bilik dari Tower 3 sebelum naik lif tu kami disajikan dengan view yang sangat cantik dan tenang. Bilik okay la, takat untuk tido memang puas hati.
Tempat wajib makan di food court ni. Walaupun nama food court, korang tolonglah jangan pandang sebelah mata. Try la makanan dekat sini. Lokasi food court ni berdekatan dengan pintu masuk - keluar Karnival Starlight tu. Memang puas hati walaupun harga dia agak mahal bagi aku. Tapi berbaloi woi sebab sedap. Kat sini jugak ada macam-macam makanan. Rasa tekak melayu nasi nasi tu ada. Rasa tekak orang putih sikit, haa western food ada. Jangan risau okay?
Ayam dia tu, sumpah sedap!
Kenapa korang perlu masuk ke Rumah Seram Train To Busan ini?
- Setiap apa yang tercipta pada rumah hantu TTB ini adalah bukan satu perkara yang mudah dalam mencipta dan mereplikasi kembali dunia dalam filem blockbuster TTB
- Rumah hantu yang unik. Haa, unik macamana tu? Korang kena masuk dan rasai sendiri!
- Rumah hantu Train To Busan ini wujud kerana pencipta lokasi ini membayangkan sekiranya terjadi betul-betul pada diri sendiri. Jadi, setiap apa yang berlaku dalam rumah hantu ini, keputusan adalah ditangan korang samada nak selamatkan diri atau orang lain? TERSERAH. Cis! Bunyi macam seram sangatkan?
- Sekali lagi, rumah hantu seram ini telah diadaptasi dari filem blockbuster seram Korea Selatan pada tahun 2016, dimana Genting Highland bakal mempersembahkan perjalanan keretapi.
- Rumah Seram TTB ini menggabungkan kesan khas yang praktikal, set dengan butiran terperinci dan juga menggunakan teknologi terkini visual serta maya untuk bawa para tetamu ke dalam dunia penuh dengan cabaran dan aksi menakutkan yang begitu dekat.
Lokasi Rumah Seram TTB ini terletak di sekitar Skytropolis bermula 31 Oktober 2019. Ia akan dibuka pada hari Jumaat hingga Ahad, 1 November hingga 1 Disember 2019 dan setiap hari bermula 2 Disember 2019 hingga 1 Januari 2020. Tiket-tiket dijual pada harga RM90 (RM80 untuk ahli Kelab Ganjaran Genting). Terdapat juga pakej kombo Rumah Seram sekali masuk bersama Pas Previu Skytropolis pada harga RM128. Bagi pengunjung yang nak cepat, jangan risau! Tambah je RM30 untuk FAST LANE. Bagi pemegang kad ahli BIG AirAsia, sila layari airasia.com untuk pembelian tiket!
Komen aku untuk Rumah Seram TTB ini adalah:
- Suasana sangat menyeramkan. Tak masuk lagi rumah seram pun dah seram wei.
- Persembahan hantu yang cukup bertenaga.
- Ada trick bila korang masuk dalam rumah seram tu. Jadi, beringat dan percaya pada siapa patut korang percaya.
- Puas hati jugaklah masuk rumah seram ni.
Haishhh! Rasa nak masuk lagi! Tak puas hati! Zombie-zombie dalam tu memang menyeramkan ye. Awas sape masuk. Kena kuat!
lagi best dari Night of Freight tak?
BalasPadam