PENGUSAHA PRODUK KOSMETIK TERUS TUKAR KE PRODUK MAKANAN
Dari Menjual Produk Kosmetik Terus Tukar Ke Produk Makanan | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hai korang! So macamana ye hari ini? Sebelum terlambat onie nak ucap Ramadhan Kareem to all my friends and readers. Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari tahun tahun sebelum ini ye. Maklumla, bila dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, saya berharap kita semua ada masa untuk membaca Al-Quran, membaca benda baik, mendengar benda baik dan dapat menjalankan ibadah sebaiknya. Peringatan aku dan peringatan untuk kita semua. Semoga kita semua istiqamah.
Kalau korang nak rasa Ikan Lengat Tok Yah, Jambir Tok Timah, Pelam Lejen Makcik Kiah dan Salai Abang Hensem please baca sampai habis!
Kalau korang nak rasa Ikan Lengat Tok Yah, Jambir Tok Timah, Pelam Lejen Makcik Kiah dan Salai Abang Hensem please baca sampai habis!
Jadi, siapakah yang pengusaha produk kosmetik terus tukar ke produk makanana ni? Beliau adalah pemilik produk kosmetik CPG Cosmetics. Sebelum aku nak cerita panjang status pengusaha produk kosmetik ini tukar angin izinkan aku untuk ceritakan serba sedikit tentang pengusaha kosmetik ini yang katanya telah belajar berniaga sejak di bangku sekolah lagi. Pandai ya beliau merebut peluang yang ada didepan mata ni?
Berbekal dengan semangat dan kerajinan, Ismaniza Fahida Ismail, 38 yang berasal dari Baling, Kedah ini tidak pernah jemu berusaha mencari duit poketnya sendiri. Ismaniza atau mesra dengan sapaan Cik Puan Gojes (CPG) yang tidak pernah malu untuk berniaga. Terbaiknya tentang CPG ini, pada sebelah pagi CPG akan menjual laksa hasil air tangan ibunya dan petang pula CPG tekun menjual jeruk buahan.
Kejayaan demi kejayan, produk CPG kini telah menerima Anugerah Kosmetik Terbaik Kedah pada tahun 2018, Anugerah Inovasi Solekan Terbaik 2018 dan sebagai pengasas CPG Cosmetics, beliau juga telah menerima Anugerah Ikon Usahawan Utara 2019. Memang terbaikkan! Dalam pada kisah menarik CPG ini, sebenarnya ada seorang yang sangat memahami dan amat membantu dalam urusan perniagaan mereka iaitu suaminya sendiri, Mohd Rozaini Khazali dimana suami CPG ini pada dahulunya seorang Pegawai Bomba & Penyelamat yang kini telah meletakkan jawatan semata-mata untuk memberi fokus kepada perniagaan yang diusahakan.
Sebelum aku pergi lebih jauh ke produk terbaharu CPG ini, izinkan juga untuk aku berkongsi antara produk yang dijual oleh CPG seperti compact powder, makeup base, mascara, eyebrow, foundation, lipstick dan banyak lagi.
Hari demi hari, CPG mengakui dirinya sangat terkesan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan. CPG juga tidak pernah menuding jari kepada mana-mana pihak dan akur dengan apa yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Jadi dengan adanya PKP ini, perniagaan online kosmetik dan butik mengalami kemerosotan dan sekaligus membuat keputusan untuk membantu pekerja menambah pendapatan. Baguskan CPG kita ni, walaupun produk kosmetiknya tidak memberangsangkan jualannya, tapi tetap memikirkan nasib pekerjanya dalam masa PKP ni.
KORANG NAK TAHU APA CPG BUAT UNTUK PEKERJA DIA UNTUK TAMBAH PENDAPATAN PADA MUSIM PKP INI?
Majikan macam CPG ini, aku sangat respek!Memikirkan nasib pekerjanya dikala musim PKP. Jadi CPG dan suaminya membantu para pekerja mereka menambah pendapatan dengan hanya duduk dirumah sahaja. Kita selalu tengok pengusaha kosmetik mengeluarkan produk makanan tapi bagi CPG pula berlainan, dia hasilkan produk makanan sendiri gais!
Idea penghasilan produk makanan ini adalah datang dari suami CPG, Mohd Rozaini dan terhasillah Lengat Ikan Tok Yah, Jambir Tok Timah dan Salai Abang Hensem. Proses menghasilkan dibuat di rumah dan dihasilkan sendiri oleh mereka.
Semenjak mengusahakan produk makanan yang dihasilkan dari rumah ini, para pekerja mereka dapat menambah pendapatan mereka sementara menunggu tempoh PKP berakhir. Sedikit sebanyak usaha ini juga dapat membantu menampung perbelanjaan harian mereka.
Bukan itu sahaja, mereka juga memberi peluang pada orang ramai untuk menjadi ejen pada produk yang dihasilkan. Memandangkan kita berada di bulan Ramadhan, produk-produk yang dihasilkan bukanlah dengan harga yang mahal. Jangan risau harga mampu milik tau.
YANG BESTNYA PRODUK SALAI ABANG HENSEM INI, BUAT PERTANDINGAN PULA. MASAK DAN MENANG XBOX ONE! KALAU BERMINAT BOLEH WASAP +6012-436 3187 DAN JEMPUT TENGOK DI FACEBOOK SALAI ABANG HENSEM.
JANGAN LUPA FACEBOOK SALAI ABANG HENSEM KORANG. SEDAPNYA!!!!!
Adoii adoii semuanya sedap belaka oii...nak order laaa, jual online aje ek Mek..?
BalasPadam