REVIEW MOISTURIZER (PELEMBAB) WATER BASED YANG TIDAK BERMINYAK



Review Moisturizer (Pelembab) Water Based Yang Tidak Berminyak Dari Hansaegee Nature | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Jadi hari ini aku nak berkongsi moisturizer apa yang aku pakai lebih kurang satu bulan ni. Honestly, aku ni sangat cerewet bila part untuk memilih moisturizer terutama bab fungsi dan tekstur sesuatu produk ni. Tapi since aku google dan ramai yang review berkenaan produk Hansaegee Nature ni, maka aku jadi tertarik untuk guna sebab katanya water based kan? Jadi aku nak cuba jugak.


Kalau korang nak tahukan, produk yang aku nak kongsi ini memang sesuai untuk semua jenis kulit, jadi korang yang berkulit kombinasi dan sensitif pun sesuai untuk pakai produk ini. Jangan takut sebab ingredients yang ada dalam produk ni adalah dari herba dimana fungsi kandungan ini untuk merawat kulit sehingga dalam kulit, menormalkan tahap kelembapan kulit muka, merawat kulit yang berminyak, kulit kering, kulit yang sensitif, tona kulit muka yang tidak sekata dan garis kedutan di wajah. Produk ini sangat membantu dari segi melembap dan memutihkan kulit wajah.





Selain itu, moisturizer ini berfungsi untuk merawat sunburn dan kemerahan pada kulit muka. Paling istimewa berkenaan produk ini adalah ianya mudah meresap ke dalam kulit muka, menyegarkan dan tekstur produk ini langsung tak melekit.


Keistimewaan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream;
  1. Water Based
  2. Oil-Free
  3. Tak melekit langsung 
  4. Boleh guna 2 kali sehari; siang dan malam
  5. Sesuai untuk semua jenis kulit
  6. Melembapkan kulit muka


Fungsi Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream;

  1. Melembapkan kulit wajah
  2. Memutihkan kulit wajah
  3. Memulihkan kulit wajah dari jerawat, kulit muka sensitif, kulit kering, kulit berminyak, kemerahan, sunburn, tona kulit muka yang tidak sekata.




Nampak tak water drop tu?


Langkah-langkah menggunakan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream:






Step 1 dan Step 2: Sapukan dalam amount yang sedikit pada setiap kawasan muka.
Step 3 dan Step 4: Sapu dalam urutan ke atas dan membulat sehingga water drop keluar kemudian dab kan sehingga sekata supaya terus meresap ke dalam kulit muka. Di sini, cara nak sapu pun ada cara tau, kalau salah sapu tak keluarlah water drop tu. 

Selamat mencuba korang!




Before: Sebelum menggunakan Aqua Whitening Cream ni muka aku memang kusam dan langsung tak bermayalah.
After: Tapi lepas guna, see! Kulit muka aku terasa segar dan lembap je. Dah takde dah kulit kusam uols!

Kandungan yang ada dalam Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream;
  1. Camellia Japonica Seed Oil - Fungsi bahan ini adalah untuk membantu melembapkan kulit, tidak menyekat liang kulit dan halang pertumbuhan pada kulit muka. Selain itu, fungsi bahan ini adalah untuk menyerah, merawat kulit dari kering dan sunburn.
  2. Niacinamide - Rata-rata peminat skincare telah mengetahui fungsi niacinamide dalam sesuatu produk ini dan bahan ini popular di bibir-bibir mereka yang penggemar produk penjagaan muka. Fungsinya adalah untuk penuaan kulit sebagai agen pemutihan, membantu menyeratakan tona kulit yang tidak sekata, memutih, membersih dan merawat kulit sensitif. Bagusnya niacinamide ini adalah ianya mempunyai vitamin B3.
  3. Non-comedogenic - Fungsi bahan ini adalah untuk menghalang dari pori tersumbat.
  4. Bahan semulajadi yang ada dalam Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ini adalah Niacinamide, Ekstrak Root Angelica Acutiloba, Camellia Japonica Seed Oil, Ekstrak Cicidium Officinale Root, Ekstrak Buah-Buahan Florida Gardenia, Ekstrak Paeonia Albiflora, Ekstrak Daun Pinus Densiflora, Prunus Armeniaca (Apricot) Minyak Kernel, Ekstrak Rehmannia Chinensis dan banyak lagi.




Tekstur;

First thing first, bila aku guna moisturizer ni benda yang first aku tengok adalah tekstur dia. Kalau sapu kat muka tapi tekstur dia tu buat aku spoil mood memang aku tak pakai moisturizer tu. Tapi untuk produk Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni tekstur dia memang aku suka! Langsung tak melekit, ringan dan tak membuatkan muka jadi berminyak yang over tu. You know what i mean is it?haha. 


Pengalaman aku pakai Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream;

  1. Sebelum aku pakai Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ini, kulit muka aku kering tak terkata. Dia jadi macam kusam gitu. Paling tak suka ye wak bila kulit muka kusam dan kering. Memang tak happy. 
  2. Almost 1 month jugak aku tinggal dari pakai moisturizer, tapi since kawan aku suggest untuk aku pakai Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni, aku pun pakai jelahkan. Mula tu takut nak try sebab tak biasa dengan produk ni. Tapi bila aku pakai nak dekat sebulan ni (nak habis dah pun), kulit muka aku jadi segar, bermaya, lembap dan tak rosakkan kulit muka. Love gila wei!
  3. Aku suka Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ini sebab, dia water based sekaligus aku boleh kata produk ini sangat ringan pada kulit muka aku. Bila aku sapu pada kulit muka, dia akan keluar water-drop dan inilah yang dinamakan produk water-based serta seperti aku kata, dia ringan kat muka. Untuk penggunaan produk ini aku guna sedikit sahaja pada kulit muka.Tak perlu calit banyak pada muka. Letak sikit pun hasil dia the boom guys! Love sangat.
  4. So, yes! Kalau aku, aku akan repeat pakai lagi Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ini!Produk Korea selalunya tidak pernah menghampakan aku ya. Sangat sesuai untuk kulit muka aku yang kombinasi ini.
  5. Aku pakai waktu pagi nak pergi kerja dan waktu malam sebelum nak tidur. Cara penggunaan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ini perlulah bersihkan muka dahulu sebelum pakai. Jadi bersih dulu kulit muka dengan cleanser. Nak cun kena pakai 1 set. Maybe later aku try cleanser dorang ni pulak,hihi.



So kalau korang nak beli, boleh beli usha link bawah ni tau. Benda happy wajib share!








1 ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..