KAKI SELALU KEBAS. INI TIPSNYA!

Kaki Selalu Kebas. Ini Tipsnya! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Finally, setelah sekian lama onie tak kongsikan sesuatu. Nahhh! Harini onie nak sharekan satu benda yang aku rasa mesti ramai tercari-cari jugakkan iaitu produk nak hilangkan rasa kebas/semut-semut pada bahagian tubuh badan kita. Honestly onie nak cakaplah dengan korang. Aku ni sejenis yang kalau duduk sekejap tak kisah duduk dekat lantai ke kerusi ke aku jenis cepat kebas kalau duduk bersila atau bersimpuh. Last-last aku berlunjur kaki jelah. Aku tak faham orang yang duduk bersila lelama tu korang memang rasa tak sakit atau kebas kaki ke wei? Aku asal duduk dalam 10 minit mesti rasa kebas wei! aishhhh stress mak! 


Sebenarnya ada beberapa tanda kenapa kaki atau tangan mudah berasa kebas/semut-semut ni kan. Antara puncanya adalah saraf terhimpit oleh otot, tendon, tisu dan tulang yang berdekatan, Cakera teranjak yang boleh menyebabkan hernia pada tulang belakang, kencing manis, Angin Ahmar dan penyakit arteri periferal (PAD). Kesemua penyakit ini kebiasaanya perlulah dirujuk kepada yang lebih pakar iaitu doktor dan jangan pandang ringan dengan punca-punca yang ada ya. Silalah rujuk ke doktor dengan kadar segera. Mungkin onie pun kena rujuk dengan doktor jugakkan?


Kali ini onie nak kongsikan dengan korang berkenaan produk dari syarikat MISG GLOBAL SOLUTION dimana syarikat ini adalah syarikat bumiputera melayu sepenuhnya yang mula beroperasi pada tahun 2016. Dah lama dah rupanya syarikat ini menapakkan. Sebelum ramai yang tanya, yess ini adalah no.pendaftaran syarikat MISG GLOBAL SOLUTION : 002987910-M.


Produk yang onie nak kongsikan dengan korang adalah Herba CP Tongkat Ali Plus dan Gel Garcipro. Kedua-dua produk ini mempunyai fungsi yang lebih kurang sama sebenarnya. 




GEL GARCIPRO


Apa itu Gel GarciPro?

Produk ini kalau korang nak tahu, ia mampu melancarkan peredaran darah di saluran darah dan saraf. Ia juga mudah meresap ke dalam kulit kerana telah dihasilkan menggunakan teknologi nano. Haaa, hebatkan? Aku kalau pilih produk yang jenis sapu ni, aku suka pilih yang mudah meresap dimana ia tidak meninggalkan kesan ubat dan buat melekat di pakaian setelah sapu di badan. Untuk Gel GarciPro ini memang aku pakai hampir seminggu dah dan kesan dia memang membuatkan aku rasa terkesima! Sebelum ni aku cepat betul kebas kaki, tapi bila aku sapu gel ni terus rasa kurang dah kebas atau sesemut pada bahagian kaki terutamanya. Tulah kalau korang nak tahu produk ini dapat membantu kehidupan kita menjadi lebih sihat dan bebas. Mereka pun telah menciptakan satu gel yang boleh membantu proses rawatan rasa kebas dan sakit sendi dari 100% bahan semulajadi. 


Penggunaan 100% bahan semulajadi ini juga memang salah satu penyebab aku pilih produk gel ini. 

Antara kandungan gel yang ada adalah:
  1. Minyak Kayu Putih
  2. Apple Hijau
  3. Tea
  4. Argan Oil
  5. Aloe Vera
  6. Peppermint

Kelebihan Gel:
  1. Tidak melekit
  2. Highly water based
  3. Lebih pantas menyerap
  4. Tidak panas
  5. Sejuk dan berangin
  6. Bau menyegarkan (Aromaterapi)

Kelebihan penggunaan Gel Garci Pro
  1. Membantu proses rawatan kebas pada anggota badan
  2. Membantu proses melancarkan pengaliran darah dan merawat salur darah tersumbat
  3. Membantu proses melegakan kekejangan otot
  4. Membantu proses melegakan sakit urat dan sendi
  5. Melegakan pening kepala
  6. Melegakan selesema
  7. Melegakan sakit perut/senggugut

Cara nak guna Gel Garci Pro ini?

Alah senang gila la nak guna. Just picitkan sedikit gel dan sapu pada bahagian rasa kebas sambil tu urut perlahan-lahan. Kalau rasa senggugut sapulah pada bahagian perut.

Okay ini untuk penggunaan rasa kebas kurang dari 6 bulan dinasihatkan guna 3 kali sehari iaitu pada awal waktu pagi, petang dan malam sebelum tidur. Sekiranya rasa kebas lebih dari setahun dan stroke dinasihatkan supaya sapu gel kebas ini 4 jam sekali. Tu je. Apa yang penting, kita kena ikhtiar kemudian kita doa dan tawakal semoga rasa sakit terus surut.





Kenapa korang kena pakai Gel Garci Pro ini?
  • Rasa gel ini memang sejuk dan tak panas.
  • Tekstur gel ini tidak greasy dan bau dia segar macam bau aromaterapi
  • Cepat meresap ke dalam kulit dan tak oily langsung bila sapu pada bahagian badan
  • Merawat saluran darah dan saraf yang rosak penyebab kebas/sesemut
  • Melancarkan aliran darah di bahagian kebas
  • Mengelakkan risiko strok dan serangan jantung mengejut
  • Merawat sakit-sakit badan
  • Membuang angin dalam badan
  • Yes! Ada kelulusan KKM. So, jangan risau okay!

Bila ada rasa sakit macam kebas/sesemut kaki dan tangan, sakit dari pinggang ke bawah, lenguh tengkuk/leher, sakit lutut, sakit dan lenguh sendi, strok separuh badan, frozen finger, sakit tumit menyucuk dan ada angin dalam badan aku sarankan untuk korang cuba Gel Garci Pro ni. Memang tak menyesallah kalau pakai. Ia memang dapat melegakan ya. Semua orang sesuai pakai produk Gel ini. Jangan takut dan bimbang. Pakailah sebab kalau tak pakai korang akan menyesal. Love gila bau dia! Sangat menenangkan.
 

 


HERBA CP TONGKAT ALI PLUS



Apa itu Herba CP Tongkat Ali Plus

Well, aku yakin korang dah tahu kelebihan yang ada pada tongkat ali ini kan dan kalau korang nak tahu, bahan utama yang ada dalam produk ini adalah tongkat ali, patawali dan herba kayu manis. See, dalam produk ini pun setiap bahan utama dia memang hebat ye. 


Fungsi dan kegunaan produk ini adalah:
  • Menguatkan otot sendi dan lutut
  • Merawat sengal-sengal tulang dan sakit badan
  • Melawaskan pembuangan asid urik
  • Merawat urat saraf
  • Membantu mencairkan darah
  • Membersihkan saluran darah tersumbat
  • Memberi tenaga tambahan
  • Mengurangkan keletihan dan kelesuan
  • Menurunkan paras gula dalam darah
  • Membersihkan badan daripada toksin
  • Membantu merawat masalah kebatinan untuk kaum lelaki


Jadi siapa yang sesuai consume produk ini?
  • Lelaki dan wanita yang mempunyai masalah seperti sakit sendi-sendi badan
  • Mereka yang sakit lutut ketika solat
  • Mereka yang sakit urat ketika lakukan kerja seharian
  • Mereka yang rasa sengal-sengal tulang
  • Mereka yang sakit lutut dan kaki ketika mendaki
  • Mereka yang ada masalah kencing manis, darah tinggi dan kolestrol

Jadi kalau korang rasa ada sakit sendi, sakit lutut, sakit otot, sendi bengkak, sakit urat dan saraf, sakit pinggang, lenguh badan, sengal-sengal tulang, sakit kebas dan kejang urat bolehlah try makan Herba CP Tongkat Ali Plus ini untuk melegakan setiap rasa sakit yang datang dalam diri kitakan. Kita ikhtiar je dulu.  Kemudian doa dan tawakal. 


Cara nak guna mudah sahaja:

  • CP Tongkat Ali Plus dalam bentuk kapsul, memang mudah nak dibawa kemana-mana sahaja. Setiap botol ada 60 biji kapsul.
  • Amalkan pengambilan 2 biji pagi dan 2 biji malam selepas makan.
  • Banyakkan minum air suam untuk percepatkan proses herba meresap dalam badan
  • Sekiranya korang ada ambil mana-mana ubat, make sure kena jarakkan pengambilan dalam 3 - 5 jam ya.


Pengalaman onie menggunakan Gel Garci Pro adalah yesss! onie sangat happy lepas sapu gel pada bahagian kaki. Sebab kebiasaannya, onie akan bersila kalau duduk dikerusi dan hal ini membuatkan onie sangat terganggu bila waktu bekerja. Kebas kaki tu memang akan datang dalam masa yang terdekat dan kadang-kadang tu nak rebah pun ada. Pastu kalau rasa kebas kaki memang ada satu masa tu macam nak terkencing sebab tahan sakit. Adoiii, nasib baik ada Gel Garci Pro ni. Memang dapat bantu onie setiap masa. Sekarang since onie pakai produk ni sekarang, memang kemana-mana je onie bawak. Paling best, bila nak tidur malam tu onie akan sapu dulu sebelum tidur sekaligus buat tidur onie sangat berkualiti. Maklumlah, kadang tengah tidur pun boleh jadi kejang urat wak! Stress gila kalau nak betulkan balik dan menahan sakit dia tu. Mujor la ada Gel Garci Pro ini. Untuk Herba CP Tongkat Plus pulak, onie memang ada consume jugak sekarang ni. Pun dapat jugak melegakan kekejangan urat. Alhamdulillah. Selebihnya kita doa dan tawakal. Harap makin okay la rasa kebas tu selalu kan.



Anyway, thank you sudi baca onie punya kali ini. Maaf sangat sebab dah lama gila tak update blog. Rasa macam tak guna rasa,haha! Okay next entri onie akan update soon! Bye everyone, love you! 






Tiada ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..