5 PRODUK BEST HIMALAYA UNTUK KEKALKAN IMMUNITY BADAN

5 Produk Best Himalaya Untuk Kekalkan Immunity Badan | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Yes! Rata-rata kenal dah kan dengan produk Himalaya dan pernah pakaikan? Kalau sebelum ini, onie ada share berkenaan penjagaan kulit muka, harini onie nak share dengan korang produk selain penjagaan kulit muka pulak. Haaa! Sebenarnya produk Himalaya ni memang betul-betul banyak dan onie yakin kesemua produk Himalaya ni memang selamat digunakan kerana ingredient dia mostly berasaskan dengan herba. So, why not korang pun guna dan beli jugakan?




5 produk best Himalaya untuk kekalkan immunity badan dan diri ini yang onie nak kongsikan adalah Amalaki, Koflet Lozenges 10, Septilin Tabs, Septilin Syrup and Cold Relief Balm. Antara kesemua ni mostly untuk mejaga kesihatan tubuh badan kita dari terus sakit. Al-maklumlah, sekarang musim covid, jadi memang kena jaga kesihatan betul-betul. 5 produk ni kalau boleh kena simpan kat rumah. 


1. Himalaya Amalaki 60's (AMLA C)

Untuk yang tertanya-tanya apa benda la Amalaki ni kan? Fungsi dia macamana? Okay untuk yang first time tak pernah dengar Amalaki ni apa. Ianya adalah bertindak sebagai Vitamin C yang 10 kali ganda berbanding buah oren. Selain itu, Amalaki ini pun dikenali sebagai AMLA C iaitu vitamin c. Bertindak meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan, menyuburkan tisu badan dan mengalakkan pertumbuhan semula sel dan sebagai sumber antioksidan semulajadi yang sangat berkhasiat dan terkaya. 



Apa yang korang patut tahu tentang Himalaya Amalaki 60's (AMLA C)

  • Himalaya Amalaki ini mengandungi 250mg yang diekstrak dari buah Gooseberry India. Ia kaya dengan antioksidan dan merupakan sumber makanan penting vitamin c, mineral dan asid amino. Seperti yang kita tahu, Amalaki ini membantu untuk menyuburkan tisu badan dan memproses pertumbuhan semula sel-sel dan membantu menjaga kesihatan dan fungsi sistem imunisasi yang tinggi.
Siapa yang sesuai untuk guna Amalaki ini:
Berumur 14 tahun ke atas.

Cara penggunaan:
1 kapsul ( 2 kali sehari )

Harga:
RM51.70




2. Koflet Lozenges 10

Yes dia gula-gula untuk mengurangkan batuk kering dan memberi kelegaan kepada tekak. Jadi sesiapa yang batuk boleh la try Koflet Lozenges ni. Rasa dia sedap dan boleh ditelan.



Apa yang korang kena tahu tentang Koflet Lozenges 10:
  • Koflet Lozenges 10 ini mempunyai ingredient seperti Trikatu, Lavanga (Clove) dan Licorice (Yashtimadhu). 

Cara penggunaan:
1 lozenges (setiap 3 ke 4 jam setiap kali makan )

Harga:
RM10.50


3. Septilin Tablet 100's & Septilin Syrup

First time aku dengar nama Septilin ni dan rupanya, aku tak perlu bawak panadol segala bagai dah! Septilin ni dah ada pun sangat membantu. Kadang aku ni banyak jalan bila balik rumah or balik hotel mesti penat dia Ya rabbi. Jadi sebelum aku mulakan perjalanan, aku ambil 1 atau 2 tablet untuk sehari. First impression aku berkenaan Septilin ini adalah, OMG! Look like coklat M&M derrrr! Pastu bila ngappppp! Aku ingat bau ubat ! Sekali manis dia macam gula-gula! Siapa yang tak suka ubat panadol atau ubat apa-apalah, korang kena try Septilin ni, produk ni buat kita senang untuk telan dan tak rasa nak muntahkan balik wei! 




Septilin ni pun ada dalam bentuk tablet dan syrup. So, kalau macam untuk kanak-kanak tu sesuai la kalau bagi jenis syrup, tapi kalau bagi yang jenis tablet pun aku yakin kanak-kanak suka sebab rasa dia tu macam gula-gula! Septilin ni sebenarnya untuk meningkatkan ketahanan mekanisma badan dan sebagai penyembuh sakit dari demam ke, ulcer ke. So, highly recommended! Sebab masa hari keempat aku di Laos, aku muntah-muntah dan finally aku telan Septilin dan alhamdulillah aku dapat keluar dan bertenaga balik! Lega wei! Kira masa aku keluar travel masa nak explore mesti wajib bawak. Takut mabuk perjalanan ke apa kan. Memang wajib aku bawak!


Apa yang orang kena tahu tentang Septilin Tablet & Septilin Syrup:

  • Septilin ini, mempunyai Tinospora Gulancha (Guduchi), Licorice (Yashtimadhu) dan Indian Bdellium (Guggulu). Ketiga-tiga ingredient ini mempunyai fungsi tersendiri.
  • Tinospora Gulancha (Guduchi): Meningkatkan tahap antibodi yang kuat dari jangkitan penyakit.
  • Licorice (Yashtimadhu): Sebagai agen antivirus dan ekspektoran yang berfungsi untuk penyakit asma dan batuk kronik.
  • Indian Bdellium (Guggulu): Sebagai sifat anti-radang yang melegakan sakit tekak dan membantu mengurangkan keradangan serta menjaga kesihatan keseluruhan.

Harga Septilin Tablet: 
RM48.40

Harga Septilin Syrup: 
RM27.30


4. Cold Relief Balm

Produk terakhir yang aku nak share ni adalah balm. Semua tahulah kegunaan balm ni untuk apa kan? Kalau rasa tak sedap hidup, selesema dan susah nak bernafas bolehlah sapu Cold Relief Balm untuk memberi kelegaan pada pernafasan. Sapu je kat tempat tak selesa


Harga:
RM10


Kesemua produk untuk set immunity ni memang baik dan banyak memberi manfaat kepada tubuh badan kalau kita gunakan. Pun senang nak bawak kemana-mana. Rasa dia pun senang ditelan. Harga untuk kesemua produk ini takde la mahal pun. Harga mampu milik. Kalau korang nak dapatkan produk ini boleh terus ke website mereka seperti dibawah atau terus ke butik mereka yang berdekatan dengan korang. Nak puas hati pergilah butik dorang tau. Memang kelabu mata tengok range product dorang,hihi...



3 ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..