JOM PERGI KEDAI CERMIN MATA MURAH DAN VIRAL DI SUNGEI WANG PLAZA



Jom Pergi Kedai Cermin Mata Murah Dan Viral Di Sungei Wang Plaza | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Yeayyy! Korang baca tajuk pun mesti dah tahu aku nak share apa kan? Minggu lepas aku ada ke Kuala Lumpur dan alang-alang aku ke KL aku decide nak pergi buat cermin mata baru. Dah alang-alang aku sampai KL tu, aku pergilah kedai cermin mata viral di Sungei Wang Plaza. Nama kedai dia EYE SMART VISION. Sebab apa aku ke sini? Sebab aku dah terpengaruh dengan kawan-kawan aku yang duk cakap pergi kedai ni cepat siap, design cermin mata pun banyak design dia, customer service dia pun tip top! Jadi aku pun pergilah last week nak rasa sendiri betul ke kawan-kawan aku cerita ni kan? 

Benda penting yang onie wajib titikberat sebelum beli cermin mata baru!
  • Macam aku, aku akan pilih design cermin mata ikut keselesaan aku.
  • Saiz cermin mata kena ngam dengan muka, kalau tak...menyesal tak sudah la chuols.
  • Harga! Onie pakai je cermin mata yang murah. Sebab murah pun selesa jugak uols!
  • Servis kat kedai cermin mata pun onie tengok jugak. Mana yang layan kita kekwat tu. Ok bai! haha. Sebab kadang onie ni jenis cerewet kalau part pilih cermin mata dan memang harap staf kedai cermin mata untuk bantu pilih sama design yg sesuai dengan muka onie.
  • tempoh siap dia tu tak lama! Siap dalam 1/2 jam hingga sejam i is okey cunzzzzz!



And now, onie dah jumpa pun kedai cermin mata yang okey, berbaloi, worth for money dan best! 


So here we go! 

1. Cari kedai EYE SMART VISION di Level G114
Kedai EYE SMART VISION ni sangat senang nak cari ye. Korang pergi je Level G pastu cari nombor kedai 114 yang mana kedai EYE SMART VISION ni betul-betul sebelahhhh kedai Beryl's tau korang. Lepas tu korang cari la Jimmy. Jimmy ni la serve aku masa aku buat cermin mata. Cari je jimmy okay. Dia sangat membantu dan kalau korang sendiri dilema tak tahu nak pilih cermin mata jenis macamana please tanya jimmy jugak sebab dia boleh pilihkan untuk korang jugak. Dilema tu sebenarnya aku sendiri dilema, hahahahah! Sebab apa dilema? Sebab design cermin mata dekat kedai EYE SMART VISION ni semua lawa-lawa sampai tak tahu nak pilih jenis macamana, warna apa, hahaha.. Dilema aku ni teruk sikit. Saiz cermin mata tu sesuai ke tak dengan muka aku? Kembang ke idokkk tudung bila pakai cermin mata tu. Benda-benda macam ni, memang aku titik berat sebab cermin mata ni untuk mata. Keselesaan mata wajib diutamakan. khenzzz?






2. Jangan terkejut. Harga cermin mata hanya RM65 sahaja termasuk frame + lens!
Yeeee korang! Harga cermin mata dekat kedai EYE SMART VISION ni hanya RM65 sahaja tau. Harga RM65 tu termasuk bingkai dan lens siap! Sape yang power tinggi tapi nak jimat yesss! Marilah ke kedai EYE SMART VISION ni! Korang akan rasa berbaloi yang amat! Walaupun RM65 jerr, yess! Memang selesa bila pakai!






3. Siap dalam masa 1/2 jam hingga sejam
Haaa! Sesambil nak tunggu cermin mata siap tu kan, korang jalan la area KL tu dulu. Tempoh cermin mata siap ni bergantung kepada jenis lens dan power cermin mata korang juga tau. Yang mana lens sedia ada di kedai EYE SMART VISION ni inshaAllah boleh siap dalam tempoh yang onie nyatakan. Kalau yang special contohnya power tinggi ke, lens rabun jauh dekat ke..itu ambil masa juga nak siap. Bergantung juga tau korang. Tapi apa yang onie nak cakap, cermin mata kat sini memang boleh siap 1/2 jam hingga sejam macam tu je. Cepat!



4. Nak Alpha Blue 420? Tambah RM60 jurr. Apa itu Alpha Blue 420?
For those yang tak tahu Alpha Blue 420 ni untuk apa? Ye dia untuk orang yang jenis kuat hadap laptop ke pc ke pastu yang kerja atas jalan tu. Kenapa kena ambil Alpha Blue 420? For me bagi yang jenis suka driving malam tu, better ambil Alpha Blue 420 untuk menghalang silau lampu menembusi mata. Selain itu, Alpha Blue 420 ni juga menghalang sinar uv dari samada dari cahaya komputer, laptop, tv atau skrin telefon. Jadi kalau korang ambil alpha blue ni, total cermin mata jadi RM125. Still dalam bajetkan korang?



5. Cermin mata EYE SMART VISION ni fleksibel chuols!
Maksudnya, pada yang jenis lasak gila tu kan. (macam aku la tu,haha) Onie suggest beli jela cermin mata kat kedai EYE SMART VISION ni korang wei. Dia kalau terbengkok pun still helok cermin mata tu, kot korang terduduk atas spek mata ke terkepakkkkk ke. Still cantik terletak balik cermin mata tu. Haaa itu yang dimaksudkan fleksibel.


6. Tak sempat ambil? Rushing nak tunggu? Abg DESPATCH HANTAR depan rumah korang!
Yessss! Contoh kalau cermin mata korang tak dapat siap dalam tempoh 1 jam dan korang tak boleh tunggu sebab rushing benda lain. Takpe. Abg despatch akan hantar sampai depan pintu rumah korang. Free je weiiiiii! Tapi hanya untuk Klang Valley la, hehe.. Syokkan? Tu yang onie suka datang kedai EYE SMART VISION ni. Dia punya service tip top tau chuols!


7. Takdan nak datang kedai EYE SMART VISION? TAKPE! Whatsapp je Jimmy!
Haaaa, yang mana takdan nak pergi kedai cermin mata EYE SMART VISION ni takpe chuolss! Korang whatsapp je Jimmy beserta details power spek mata korang. Nak tepat lagi, korang pegi je mana-mana kedai cermin mata untuk check mata dan minta dia details power mata dan silau korang then hantar ke jimmy. Cuma onie lagi prefer korang datang terus ke kedai EYE SMART VISION ni untuk pemilihan cermin mata yang sesuai dengan muka korang. Penting tau datang kedai EYE SMART VISION ni terus supaya tiada penyesalan gitu kalau tersalah pilih cermin mata ke apa. Sebab size cermin mata ni kadang tak sama tau korang.

Whatsapp JIMMY -----> KLIK SINI



Jadi, onie pilih EYE SMART VISION ni sebab:
  • Staf dia sangat informative dan helpful! Thanks jimmy!
  • Frame dia banyak pilihan wei.
  • Harga pun sangat berbaloi
  • Siap cepat gila! 
  • Cermin mata fleksibel.
  • ada penghantaran door to door jugak! (for Klang Valley only!)

Overall! Onie memang suka dengan kedai EYE SMART VISION ni. Banyak lagi frame yang onie suka, tapi onie pilih frame yang jenis ni sebab Jimmy kata cantik dan sesuai dengan muka onie. Lagipun frame jenis transparent ni pun tengah in trend kan, why not follow trend terkini,hihi. Nak color brown nude gitu, tapi takde. Jadi color ni pun onzzz jugakkan. jadiklah, hihi :D



Untuk maklumat lanjut:

 INSTAGRAM : 

FACEBOOK PAGE : 

ALAMAT : 
Lot G114, G Floor, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur

WHATSAPP : 



Tiada ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..