PRETTIAN SKINCARE MERAWAT KULIT MUKA BERMASALAH




Prettian Skincare Merawat Kulit Muka Bermasalah | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Ya Allah onie rasa dah lama gila tak menaip dan alhamdulillah i'm back! Sebenarnya rindu yang amat nak menaip ni, tapi disebabkan kekangan masa, onie terpaksa akur. Jadi setelah sekian lama onie mendiamkan diri. Onie just nak share dengan korang semua yang mana onie dah jumpa produk berbaloi-baloi dan lebih jimat! Yang penting apa yang onie nak share dengan korang semua ni, produk Prettian Skincare ni memang terbaik dan tak menyesal pun kalau beli.


Tentang Prettian?
Prettian is a brand that originates from Korea. We all know how Korean has an advanced technology in beauty & health products. Hence, it's quality is un-compromised and suitable for our skin type. Prettian stands for Pretty + Angel = Prettian. We have 30 years of research experience and use all natural ingredients in our products with all natural recipe. 

Plus, Prettian is co-developed with SKIN MEDS which has 17 domestic doctors. In addition to that, we have various clinical tests of our products such as; skin irritation test, sebum improvement, pore improvement, gloss improvement, transparency improvement. We are proud to say that our products are recommended by skin specialist! And, Conquer Tech (our company) is the sole distributor of Prettian in Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei.


Pernah dengar Prettian Skincare?

Siapa yang selalu follow kisah aku di facebook atau instagram mungkin tahu onie ni sejenis memilih sikit dengan produk penjagaan muka terutama skincare ni la kan, sangat cerewet! #SeriousTalk

Actually onie dah lama nak cari skincare yang berasaskan bahan semulajadi dan 100% dicipta dari pakar dermatologi Korea yang melalui ujikaji dan saringan keberkesanan yang ketat, bersih dan patuh piawaian. Jadi setelah onie memikirkan banyak kali, akhirnya onie jumpa dengan produk Prettian Skincare yang superb! Sebab apa superb? Sebab korang kena baca sampai habis kenapa onie suka dengan produk Prettian Skincare ni. Sikit pun tak menyesal bila pakai.


Prettian Skincare
Silky Brightening Cream (80ml)




Komen aku tentang Silky Brightening Cream ini adalah:

1. Harga dia berpatutan dengan saiz.
2. WAJIB beli sebab sangat berbaloi terutama bagi mereka yang mempunyai kulit yang ada pigmentation, jeragat, dark spot serta parut jerawat. Percayalah Silky Brightening Cream ini bila dipakai pada kulit muka ia membuatkan kulit muka sentiasa selamat terutama dari sinar UVA/UVB.
3. Yang bestnya kalau korang nak tahu, Silky Brightening Cream ini memberi kesan instant whitening serta mengandungi SPF 25++ yang bertindak melindungi kulit dari sinar UVA/UVB macam onie cakap atas tadi. Korang kalau korang nak tahu, even tak kena panas tapi sepanjang hari duduk dalam aircond pun boleh menyebabkan kulit muka rosak tau. Jadi nak selamat, kena pakai Silky Brightening Cream yang bertindak sebagai sunscreen.
4. Sesuai untuk semua jenis kulit
5. Sesuai untuk semua peringkat umur tak kira lelaki atau perempuan.
6. Sesuai untuk mereka yang ada masalah kulit seperti jeragat, jerawat, parut jerawat, kulit kusam dan kulit sensitif. 
7. Satu je onie nak cakap, kulit kita perlukan sunscreen ye untuk terus menjaga kulit dari sebarang masalah yang onie sebut. Tembusan cahaya UVA/UVB tu lah paling bahaya untuk kulit kalau korang nak tahu, jika takde penjagaan rapi.
8. Love the packaging! Dia punya packaging memang in love dan senang nak dibawa kemana-mana sahaja.
9. Bila pakai Silky Brightening Cream ni korang jangan takut sebab cream dia tak ikut kulit korang tau. Sebenarnya dia take time sikit dan dalam beberapa minit dan seterusnya percayalah korang akan dapat kulit yang cun melecun! Malah kalau korang pakai makeup dia tahan lama! Ingat, jangan apply terlalu banyak pada kulit muka. okay?hihi






Kenapa Perlu Memilih Produk Ini: Takut ke korang kalau kulit muka korang tetiba ada jeragat?ada jerawat? Ye! Kalau takut, pakailah Silky Brightening Cream sebagai sunscreen setiap hari. Pakai je! Sebab apa kena pakai? Sebab taknak kulit kita ni terdedah dengan sinar UVA/UVB yang membahayakan untuk kulit muka kita. Dalam produk ini juga mengandungi bahan pelembap ekstra yang dapat melindungi kulit dari merangsang produksi melanin iaitu PIGMEN penentu warna kulit. Jadi nak kulit sentiasa sihat, lembap, bebas dari cela serta jeragat aku sarankan untuk pakai Silky Brightening Cream.


Saiz: 80ml

Tekstur: I love the texture. very lightweight! Bila pakai tu, terasa takde apa pun kat muka, percayalah.
Cara pakai: Pakai sebelum nak keluar rumah. Boleh juga pakai untuk bagi makeup tahan lama bila pakai. Tak percaya boleh try! hihi




Prettian Moisturizing Cream



Komen aku tentang Prettian Moisturizing Cream ini adalah:

1. Harga dia berpatutan; RM118.
2. Bagi yang mengalami kulit muka yang sangat kering, aku sarankan untuk korang pakai Prettian Moisturizer Cream ini. Kerana fungsinya yang bertindak sebagai pelembap, ianya mampu melembapkan kulit muka korang secara mendalam juga menguatkan skin barrier dengan kandungan yang selamat dan terbaik.
3.Packaging dia mudah nak dibawa kemana sahaja. Cuma tak berapa hygiene sebab tak disediakan spatula. Tapi overall okay sahajur. Bangun pagi memang muka glowing dan tak kusam. Seronok pakai. Love ah!
4. Membantu melindungi kulit dari kerosakan akibat pencemaran dan menjadikan kulit kebal dari kedutan dan penuaan.
5. Memudarkan bahagian kulit yang gelap, mengurangkan masalah pigmentasi dan mencerahkan kulit.
6. Nutrien aktifnya dapat memulihkan kulit, menstabilkan sel untuk penyembuhan luka serta melicinkan parut.






Kenapa Perlu Memilih Produk Ini: Korang nak tahu? Sebenarnya Moisturizing Cream ini snail slime ye iaitu lendir siput yang mana banyak kelebihan dia. Snail Filtrate ini mengandungi banyak nutrien seperti hyaluronic acid, glycoprotein, proteoglycans dan antimicrobial peptides. Fuh! Hebat!


Saiz: 80ml 

Tekstur: A bit greasy but overall okay. Cuma lambat meresap. Tak selesa sikit nak tido, tapi seharian kulit muka glowing u!

Cara pakai: Basuh muka dengan pencuci muka, layangkan toner dan jangan lupa untuk memakai Skin Relief Calming Cream. 



Prettian Triple Oil Cleanser



Komen aku tentang Prettian Triple Oil Cleanser ini adalah:

1. Harga dia berpatutan; RM128.
2. Aku suka Triple Oil Cleanser ini sebab dia ada 3 fungsi tau! Hebat tak?
3. First impression aku bila dapat pegang sendiri Triple Oil Cleanser ni adalah lapisan dia tu. Mula ingat packaging. Rupanya bukan. Dia ada 3 lapisan tau. 
4. Yang mana lapisan pertama start dari atas adalah Natural Oil yang terdiri daripada bahan semulajadi iaitu jojoba seed, argan oil, borago seed, macadamia seed oil, rosa canina fruit oil untuk melembab, menganjal dan membersihkan kotoran. 
5. Lapisan Kedua adalah Ampule. Terdiri daripada bahan semulajadi iaitu daun pudina, Juniperus, lemon balm, witch hazel untuk mengawal pengeluaran minyak yang menjadi penyebab jerawat.
6. Lapisan Ketiga adalah Air. Terdiri daripada ekstrak dan nutrisi acai berry, vitamin B5, yang bertindak sebagai ejen anti penuaan, anti pigmentasi, memulihkan kulit rosak dan mengecilkan liang pori.
7. Kalau korang pakai makeup kan, terus je bersihkan muka dengan Triple Oil Cleanser ni. Tak payah dah pakai makeup remover. Sebab Triple Oil Cleanser ni fungsi dia makeup remover, toner dan cleaser. Cunzzz betholahhhhh! All in 1! Hebat betul Triple Oil Cleanser ni :)


Before shake

After shake

Kenapa Perlu Memilih Produk Ini: Sebab dia all in 1 !! Korang kena pakai sebab Triple Oil Cleanser ni berfungsi sebagai makeup remover, toner dan cleanser. Memang powerrrrr! Walaupun bila pakai dimuka tapi takde buih itu bukan bermakna produk ni tak okay ye. Pencuci muka yang takde buih ni sebenarnya better than that! Trust me. Tapi sebelum nak pakai this product make sure shake first!hihi

Saiz: 150ml 

Tekstur: Oil based and its good for sensitive skin, combination skin and normal skin. 

Cara pakai: Shake first then start use it and feel it :D


Overall:
I love this product. Bila pakai semua produk terasa kulit sangat sihat dan best! Dari hari ke hari kulit muka aku glowing dan tak nampak kusam dah. Tona kulit muka pun dah okay. Takde dah tak sekata. Tu yang best produk Prettian ni. Berbaloi sangat dengan harga. Korang kalau nak try jugak boleh klik link bawah ni tau. Try tau! Memang superb gila this product! Rupanya 'Usu Sakinah' pun pakai juga produk ni. Letopsssssss



Maklumat lanjut:



Salam Sayang,
mekonie@yahoo.com

1 ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..