5 PANTAI YANG BOLEH DIJADIKAN DESTINASI PERCUTIAN KELUARGA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Diharapkan walaupun dan boleh merentas negeri ni dan bercuti-cuti, tiada peningkatan kes seperti berbulan-bulan yang kita hadapi. Alhamdulillah, syukurkan sebab dah boleh merasa balik kampung, jumpa ibu bapa di kampung, kaum keluarga dan sahabat handai. Rindu yang bersarang lama sejak negara kita dilanda Covid-19, terubat jua. Tapi ada juga yang tak dapat berjumpa selama-lamanya. Onie ucapkan takziah dan moga mereka yang telah meninggalkan kita ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Sepanjang PKP dulu, Onie ada terbaca luahan hati yang teringin dan bercuti-cuti di tepi pantai. Teringin bermain air laut, rindu deruan ombak. So kat sini, Onie nak suggestkan beberapa pantai di Semenanjung Malaysia yang sesuai untuk staycation percutian keluarga. 

1. Pantai Tanjung Rhu, Langkawi

Kebanyakkan pelancong akan berkunjung ke Pantai Cenang. Sebab tu Pantai Cenang sentiasa penuh dengan orang ramai. So kat sini Onie nak suggest Pantai Tanjung Rhu sebagai destinasi percutian. Pantai Tanjung Rhu terletak di luar pantai Pantai Pasir Hitam dan airnya jernih serta pasir yang halus. Ada beberapa buah resort yang berdekatan seperti Four Seasons Resort.


SUMBER: FACEBOOK PENDUDUK SUNGAI PETANI KEDAH

Tetapi jika ada budget lebih, korang boleh la bercuti di hotel yang mempunyai private beach seperti The Datai Langkawi dimana Pantai Teluk Datai terletak. Tak ramai orang dan boleh lah beriadah di tepi pantai dengan selesa.

2. Pantai Feringghi, Pulau Pinang

Feringghi merupakan salah satu destinasi pelancong yang popular di Pulau Pinang. Pantainya berpasir putih di sepanjang jalan dan tidak hairanlah hotel-hotel yang bertaraf lima bintang seperti Shangri-La terletak di sini. 


SUMBER: BLOG JOM MELANCONG DI MALAYSIA

Selain tempat untuk pelbagai aktiviti sukan air, Batu Feringghi juga dikenali dengan pasar malamnya yang menjual aneka barangan dan makanan. Orang Malaysia terutamanya memang suka shopping kan. Memang pelbagai aktiviti boleh korang lakukan jika bercuti ke sini.

3. Pantai Teluk Senangin, Perak



Berdekatan dengan Swiss Garden Resort di Damai Laut, Perak ada satu pantai yang cantik dan tidak sesak dengan pengunjung berbanding dengan Teluk Batik. Onie cadangkan korang tengok sunset di sini kerana pemandangan ketika matahari terbenam di sini sangat cantik. Terdapat penginapan juga di sekitar pantai seperti Chalet Teluk Senangin.

Bercuti di Teluk Senangin | Percutian Bajet

SUMBER: BLOG PERCUTIAN BAJET

4. Pantai Pelindung, Beserah, Pahang

Destinasi yang ke empat ialah Pantai Pelindung, Berserah di  negeri Pahang. Berserah merupakan perkampungan nelayan yang mempunyai aktiviti-aktiviti memungut hasil laut dan memproses ikan kering. Terletak kira-kira 7km dari Kuantan  dan mempunyai pantai yang cantik. Di sini juga ada kilang batik  dan kampung memancing. Selain beriadah boleh lah menambah ilmu melihat aktiviti-aktiviti di sini.  

pantai pelindung

SUMBER: BLOG MALAXI.COM

Tidak ramai pelancong yang tahu tentang pantai ini, lalu pantai ini agak tenang dan jauh dari orang ramai. Walaupun tidak terkenal, pantai ini lengkap dengan banyak kemudahan asas seperti tandas, surau dan kedai dan warung makanan. So kalau korang berjalan-jalan ke Kuantan, boleh la check out Pantai Pelindung.

5. Pantai Desaru, Johor

Destinasi terakhir adalah di selatan semenanjung Malaysia. Pantai Desaru mempunyai pasir putih yang bersih sepanjang 25km. Pantai paling popular di Johor dan menjadi tumpuan pelancong. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini seperti bermandi manda, berkayak, luncur angin dan piknik bersama keluarga. Tetapi awas, pada musim-musim ombak tinggi, tidak digalakkan bermandi manda atau aktiviti air yang lain. Ombak nya tinggi dan berbahaya, boleh mengakibatkan maut walaupun pandai berenang. 

Pantai Desaru | Destinasi Percutian Pantai Di Johor – Lokasi Percutian

SUMBER: BLOG LOKASI PERCUTIAN 

Moga perkongsian kali ini mampu memberi manfaat pada korang semua. Jika bercuti-cuti di tepi pantai menjadi pilihan korang, selain dari jaga SOP jangan lupa juga untuk menjaga persekitaran. Jangan buang sampah dan rosakkan keindahan pantai-pantai kita ini supaya kita dapat nikmati keindahan alam ini bersama-sama.

Tiada ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..