KELEBIHAN MENGGUNAKAN AZOMIS SKINCARE

Kelebihan Menggunakan Azomis Skincare | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kali ini kita pergi terus kepada produk penjagaan kulit muka yang diberi nama Azomis Skincare. Onie yakin, ramai yang tidak tahu tentang produk ini, tapi bila korang baca artikel ini, onie yakin korang akan menyukai tentang kebaikan yang ada dalam setiap produk Azomis Skincare ini. Macam onie, onie sendiri sangat memilih dengan produk penjagaan kulit muka, tak kisah mahal atau murah. Kalau murah, onie akan kaji dahulu kandungan apa yang terdapat dalam sesuatu produk penjagaan kulit dan kalau mahal pula sebab apa mahal produk tu. Ada juga ya produk yang mahal tapi tak semua yang mahal itu berkesan. Pernah sekali tu onie pakai produk yang agak pricey jugak tapi at the end muka jadi teruk. Salah satu penyebabnya jugak adalah faktor persekitaran kita. Even, duduk kat dapur pun kadang boleh buat muka kita berminyak. Ini semua datangnya dari persekitaran kita; luar rumah atau dalam rumah. Jadi setiap fungsi produk penjagaan kulit Azomis Skincare ini mempunyai fungsi tersendiri.




Azomis Skincare ini mempunyai 4 produk penjagaan rutin kulit harian yang mana, setiap produk itu bukan sesuai dengan semua masa dan hari tau. Kita sendiri kena pandai educate diri kita supaya kulit muka kita tak teruk dikemudian hari. Bukan seminggu sekali cuci muka ye korang. Rata-rata yang onie jumpa, suka menggunakan pencuci muka seminggu sekali. Hal ini boleh menyebabkan kulit muka berjeragat/berjerawat/berminyak dan sebagainya. Jadi, kalau sayang kulit muka tu, marilah start jaga balik kulit muka. Okay dah jom onie nak kongsikan dengan korang berkenaan 4 produk Azomis Skincare yang terbaik dari ladang ini yang membersih secara mendalam.


1. Cleansing Mousse

  • Pencuci muka dengan buih yang lembut ini mengandungi ekstrak aloe vera yang bersifat menenangkan dan memulihkan kulit selain kaya dengan sumber antioksidan serta memberi kelembapan berpanjangan. 
  • Ekstrak Daun Teh Hijau yang antibakteria serta memperbaiki tekstur kulit dan mengekalkan kelembapan.
  • Disodium Cocoamphodiacetate ini adalah bahan yang sesuai untuk kulit sensitif. 
Komen onie berkenaan Cleansing Mousse ini:
  1. Tekstur Cleansing Mousse ini adalah foam soap tau korang. Bila kita tekan pada picu botol tersebut, akan keluar foam (berbuih la senang cerita). Dia bukan jenis gel tau. Luaran sahaja macam gel, padahal tidak. 
  2. Bila bersihkan muka, cleansing mousse ini tidak membuatkan kulit muka kita jadi berminyak atau tidak selesa. 
  3. Cara nak guna cleansing mousse ini pun mudah sahaja, perlu pam pada tangan bersih kemudian sapu la ke muka


2. All in 1 Serum


  • Hydroviton Pus untuk kelembapan sehingga 48 jam
  • Acetyl Hexapeptide-8 untuk mengurangkan garis-garis halus dan kedutan
  • Sodium Hyaluronate yang mampu menghilangkan kedutan dan garis halus
  • Ekstrak Aloe Vera yang bertindak menenangkan dan menyembuhkan kulit
  • Tekstur yang tak greasy dan lightweight! Suka betul Serum yang jenis cepat meresap ke dalam kulit ni
  • Kelembapan sehingga 48 jam
  • Mencerahkan kulit
  • Mengawal pengeluaran minyak
  • Membuatkan kulit lebih halus dan licin
  • Mengecilkan liang roma
  • Melindungi kulit dari sinar UV
  • Mengurangkan bintik hitam dan jerawat
  • Anti radang
  • Tahan lebih lama

Komen onie berkenaan All in 1 Serum ini:
  1. Dengan tekstur yang sangat lightweight dan selesa dipakai, membuatkan kulit muka onie lagi terus glowing walaupun hampir 24 jam ye. 
  2. Cepat meresap ke dalam kulit muka dan tidak membuatkan kulit muka berminyak


3. Tone Up Cream




  • Niacinamide yang onie rasa ramai dah tahu sebab bahan ini sangat famous dalam kalangan peminat skincare. Tujuan Niacinamide ini adalah untuk membantu membina protein kulit dan mengunci kelembapan yang berkekalan.
  • Witch Hazel untuk mengecilkan liang pori dan mempercepatkan penyembuhan jerawat.
  • Ekstrak Bengkoang bagi membantu mencerahkan kulit.
  • Hydroviton Plus untuk kulit lebih sihat.
  • Tone Up Cream ini jugak berfungsi sebagai SPF 15 bagi melindungi kulit dari sinar cahaya matahari dan juga lampu. Yes! Lampu pun boleh membuatkan kulit muka berjeragat dan bermasalah ya.

Komen onie berkenaan Tone Up Cream ini:
  1. Apa yang onie suka dengan tone up cream ini adalah ianya tidak 'cakey' which is cream ini takde merekah ke apa. Very lightweight dan non-greasy. Onie paling tak suka ya kalau cream muka jenis yang bila kita pakai, kita rasa macam pakai, tak selesa tau. Tapi Azomis Tone Up Cream ini sangat selesa dipakai. 
  2. Apapun selepas memakai Tone Up Cream ini kita pun boleh end up kan dengan any sunscreen supaya lebih terjaga kulit muka kita.
  3. Ohya, Tone Up Cream ini pun long lasting! Tahan lama, jadi sesiapa yang nak pakai makeup tu, pakai la Tone Up Cream ini dulu baru makeup. Ini kerana untuk membuatkan makeup kita tu tahan lama. 

4. Oxygen Mask


  • Sorbitol yang merupakan agen kelembapan semulajadi dari buah beri dan dia bertindak sebagai antiseptik yang berkesan serta mengekalkan kelembapan pada kulit
  • Ekstrak Aloe Vera yang bertindak menenangkan serta menyembuhkan kulit.
  • Sodium Hyaluronate bagi mengekalkan struktur kulit agar ia terus anjal.
  • Vitamin C yang sememangnya terkenal untuk mencerahkan kulit, antioksidan, mengurangkan cela kulit dan membuatkan kulit lebih cantik dan berseri.

Komen onie berkenaan Oxygen Mask ini:
  1. Apa yang onie suka dengan oxygen mask ini, ianya lain dari yang lain sebab teksturnya selepas beberapa minit selepas kita apply pada kulit muka. 
  2. Onie makan Oxygen Mask ini biasanya 1 - 2 kali seminggu sahaja. Pakai waktu pagi baru rasa segar je muka.
  3. Yang onie tak berapa okay dengan Oxygen Mask ini adalah bila kita bersihkan kulit muka, dia terasa seperti masih ada sabun lekat di kulit muka dna membuatkan kulit muka seakan berminyak.

Overall okay jugak Azomis Skincare ini. Onie dah pakai nak dekat 5 hari dan alhamdulillah kulit muka onie masih okay dan tidak naik benda yang aneh.

Nak beli waktu sale di Shopee? ayuhhhhhh follow rapat link ini ---> SALE 12.12 AZOMIS SKINCARE



Untuk sebarang pertanyaan :


Tiada ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..