RESELLER/STOKIS TUDUNG RUFFLE SELANGOR


Assalamualaikum semua, last update blog sendiri 7 Januari 2022 and now onie kembali semula, maklum la lepas kahwin onie kena adapt dengan dunia baru dan now dah ada anak 2 orang jadi onie kena toleransi dengan masa serta suami dan anak-anak,hihi. Since anak-anak tengah tidur lagi, izinkan onie untuk berkongsi tentang hobiku dirumah. Hobi ini boleh bantu permudahkan ekonomi dalam rumahtangga since onie pun dah sepenuh masa jadi suri rumahtangga, jadi jom teruskan bacaan anda semua.


Menjadi suri rumahtangga ini bukan sesuatu yang mudah sebenarnya, kadang-kadang tidak pernah cukup masa untuk aktiviti seharian tu. Apa yang boleh buat, onie hanya gunakan masa sebaik mungkin dan abaikan waktu tidur siang. Mengantuk tu ada tapi demi aktiviti dan hobi yang kita minat,onie berkorban masa demi mencari rezeki walaupun dirumah. 




Saya dengan Tudung Ruffle dah nak masuk 2 tahun dan alhamdulillah saya happy dengan perjalanan hidupku bersama Tudung Ruffle. Saya bermula dengan koleksi Marrakech, selepas bermula dengan koleksi Marrakech, pelanggan yang mencari Tudung Ruffle kian hari semakin bertambah. Alhamdulillah kerana kalian semua sudi beri sokongan terhadap bisnes kecilku sebagai seorang suri rumahtangga. Perkara yang membuatkan saya lebih semangat untuk mencari rezeki di rumah adalah anak-anakku, Walaupun saya punya suami yang baik dan mampu untuk persiapkan anakku, tapi aku sebagai isteri dan mama kepada 2 orang anakku teringin juga untuk membeli sesuatu kepada anakku dengan duitku. Maklumlah kedua anakku adalah perempuan, jadi aku hilang arah bila tengok baju gegirl ni,hahahaha.. Since aku jarang keluar ke shopping mall sebab anak-anakku masih kecil, aku follow telegram personel shopper then order je dengan dorang, itulah orang kata. Dalam rezeki kita terselit juga rezeki orang lain. Ewah. Panjang pula aku share,haha..






Di sini, dengan berlapang dada. Aku ingin mengajak sesiapa yang ingin mencari pendapatan sampingan sambil isi masa terluang di rumah atau zang bekerja pun boleh juga untuk bersama menjual tudung, Sekiranya korang berminat untuk menjana pendapatan semasa musim perayaan boleh terus dm onie di instagram onie @shopee.mekonie.  Saya tak letak no telefon di sini, sebab yang datang ke website ini ada dari negara asing. Jadi korang boleh DM onie terus di ig onie tau.


Klik je link di bawah:
INSTAGRAM MEK ONIE

Tiada ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..